Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday, 30 April 2009

NASIONAL 4 langkah cegah risiko jangkitan selesema babi

Rakyat Malaysia bakal ke luar negara disaran patuhi panduan
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggariskan empat langkah pencegahan sebagai panduan untuk diambil rakyat Malaysia yang bakal ke luar negara, balik dari luar negara atau sedang berada di luar negara, bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak selesema babi yang sudah menular daripada manusia ke manusia.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, kementerian menasihati mereka mengambil langkah pencegahan itu susulan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4.

Empat langkah pencegahan itu ialah:

- Merancang dan mengambil langkah pencegahan kendiri dalam mengelakkan hubungan dengan mereka yang diketahui atau disyaki pembawa virus selesema babi atau kawasan, mahu pun negara dilanda wabak itu, ketika di luar negara.

- Memberi perhatian serius serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang mereka sedang berada, dan melaporkan kes atau kes yang disyaki dalam usaha untuk memantau keadaan dan juga memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.

- Rakyat Malaysia juga dinasihati mengambil inisiatif membentuk kesedaran diri mengenai wabak selesema babi.

- Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak selesema babi.

Menurut kenyataan itu lagi, semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sudah diarahkan untuk menasihati rakyat Malaysia di sana supaya berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di lokasi masing-masing.

Selain itu, kementerian sudah mengarahkan semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara untuk melakukan pemantauan berterusan serta mengemas kini Wisma Putra dengan maklumat mutakhir mengenai perkara berkenaan.

"Seramai 60 rakyat Malaysia berdaftar tinggal di Mexico, negara yang dikesan tercetusnya selesema babi dan lima lagi di negara Amerika Tengah, kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada wabak berkenaan," katanya.


Katanya, kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Amaran Selesema Babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau serta mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak itu daripada merebak ke Malaysia. "Sehingga 28 April (kelmarin), tiada kes selesema babi dilaporkan di Malaysia dan tiada laporan rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti wabak itu.

"Kementerian akan terus mengeluarkan kenyataan media dari semasa ke semasa mengenai perkembangan wabak itu. Orang ramai dinasihati melaporkan kepada Bahagian Konsular, Kementerian Luar, di talian 03-8887 4000 sekiranya mereka mengetahui atau dimaklumkan sebarang kes (membabitkan rakyat Malaysia) oleh kawan, saudara mara atau rakan sekerja yang berada di luar negara," katanya.

Wednesday, 29 April 2009

RASUAH!!Pemusnah Bangsa

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Di mana-mana sahaja rasuah dan manusia kini bagaikan gula-gula yang sering di mulut kanak-kanak kerana sedar ataupun tidak, gejala ini makin menular dalam masyarakat kita baik di sektor awam mahupun swasta.

Isu ini sering dibincangkan dan kemudian lesap seribu bahasa. Adakah mulut-mulut yang membicarakan ini juga sudah disuap oleh tangan-tangan syaitan durjana?

Sewaktu pemerintahan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, akta berkaitan pencegahan rasuah ini digubal dan dahulunya Badan Pencegah Rasuah kiri diberikan nama baru iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memperkasakan dan mempergiatkan lagi aktiviti mencegah rasuah tak kira dimana-mana sektor.

Saya pernah mendengar satu ceramah berkenaan ini baru-baru ini dan walaupun kasar tetapi penceramah tersebut telah menyamakan rasuah ini dengan khinzir.

Bagi orang Melayu, khinzir adalah satu binatang yang amat jijik, bukan sahaja nak memegang, melihat mahupun menyebut namanya pun sudah membuatkan orang itu jijik dan sangat terhina dengan perkataan itu.

Penceramah sangat kagum dengan penerapan rasa jijik binatang itu dalam masyarakat Melayu tetapi sayangnya mereka tidak berbuat sedemikian terhadap rasuah durjana ini.

Sesungguhnya jika kita tersentuh khinzir, kita mampu menyamak dan menyucikan diri kita akan tetapi jika kita makan rasuah walaupun sekali, maka daging yang tumbuh daripada zat makanan hasil rasuah itu akan menjadi bahan bakar di neraka kelak.

Statistik menunjukkan kadar rasuah di negara kita adalah antara yang tertinggi di dunia ini dan ini bukan satu imej yang baik untuk kita ketengahkan di persada antarabangsa.

Malaysia yang juga negara Islam sesungguhnya perlu memerangi habis-habisan isu rasuah ini hingga ke akar umbi, tak kira walaupun dia pemimpin politik, syarikat mahupun pekerja am biasa, mereka ini perlu diberkas sebelum budaya ini semakin cepat merebak.

Bagi saya, pencegahan ataupun cara penerapan budaya ini sepatutnya bermula daripada institusi keluarga lagi kerana ibu bapa yang paling dekat dengan anak-anak sentiasa perlu memberikan penerapan agama yang secukupnya disamping nilai-nilai moral yang tinggi kepada anak-anak mereka.

Guru-guru di sekolah tak kira sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan perlu memainkan peranan yang penting juga kerana mereka bagaikan ibu dan bapa kedua bagi murid-murid ini untuk mendapatkan ilmu serta didikan yang mulia bagi membimbing mereka menjadi insan yang mulia satu hari kelak.

Kepada rakan mahasiswa, saya menyeru agar anda menjauhi diri anda daripada gejala ini di dalam apa jua aktiviti yang anda lakukan sepanjang penglibatan anda di alam varsity ini.

Mahasiswa perlu lebih bijak mengawal hawa nafsu terutama bila berdepan ganjaran yang tidak sepatutnya bagi menyediakan diri menempuh alam pekerjaan kelak kerana kita merupakan bakal pelapis pimpinan dan penjawat jawatan tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.

Sesungguhnya kekayaan di dunia ini tidak boleh membeli kesejahteraan di akhirat kelak dan Allah sentiasa mengetahui tindak tanduk kita walaupun kite terlepas daripada perbicaraan dan undang-undang kerana tiadan undang-undang lebih baik daripada undang-undang Allah dan tiada hakim yang baik selain Allah S.W.T. di Padang Mahsyar kelak.

Monday, 27 April 2009

Selsema Babi Menular Ke Seluruh Dunia!

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Dunia sekarang heboh dengan penyakit selsema yang telah melanda khinzir.
Akhbar Agence France-Presse telah memberitakan bahawa pihak berkuasa kesihatan dunia bekerja keras untuk menghentikan jangkitan selsema babi yang dikatakan telah menyebabkan kematian-kematian di Mexico di mana terdapat rasa takut penyakit itu mungkin akan berjangkit ke seluruh dunia.

Seramai 20 orang telah disahkan meninggal dunia akibat selsema babi itu dan menambah ianya mungkin boleh mencecah sehingga 81 orang.
Kes-kes yang disyaki sedang dikaji di Eropah, Timur Tengah dan Asia pada hari Ahad sepertimana disahkan sekurang-kurangnya 10 orang yang dijangkiti penyakit ini telah pun menyeberangi Mexico dan kini berada di Amerika Syarikat.
Ajaran Islam sendiri mengharamkan umat Islam memakan daging babi. Ini adalah berdasarkan kepada ayat Quran yang dibawah ini.
Firman Allah SWT: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)
Dari Jabir bin Abdullah RA, bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada tahun penaklukan, ketika beliau masih berada di Makkah: “Sesungguhnya ALLAH dan Rasul-NYA telah mengharamkan penjualan khamar, bangkai, babi dan berhala (patung)”.Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Baqarah: 173).
Berdasarkan penyelidikan ilmiah, bahawa makan daging babi itu salah satu sebab timbulnya cacing pita yang sangat berbahaya. Lebih-lebih lagi makanan-makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis.
Negara Rusia yang takut dengan penularan jangkitan selsema babi pada hari Ahad telah meletakkan larangan mengimport daging dari Mexico, beberapa negeri dari Amerika Syarikat, sembilan negeri Latin America kata jurucakap bagi Perdana Menteri Vladimir Putin.
Tanda-tanda selsema babi juga nampaknya sudah menular ke New Zealand di mana sepuluh penuntut-penuntut dari New Zealand yang baru-baru ini pergi ke Mexico 'mungkin' telah dijangkiti penyakit selsema babi, kata Menteri Kesihatan Tony Ryall pada hari Ahad.
Di Timur Tengah pula, satu kes disyaki selsema babi adalah di mana seorang lelaki Yahudi berusia 26 tahun telah dimasukkan ke hospital di Netanya selepas kembali dari Mexico.
Akhbar The Gurdian dari United Kingdom pula melaporkan simptom-simptom selsema babi adalah sama dengan selsema manusia.
Mengikut Agensi Pertahanan Kesihatan, peletusan wabak selsema babi, sejenis penyakit yang disebabkan oleh influenza jenis A - selalunya menjangkiti babi-babi.
Mereka yang bekerja di sekitar babi-babi juga kemungkinan besar akan dijangkiti virus H1N1 itu dan ianya juga mungkin bagi virus itu menjangkiti manusia kepada manusia lain.
Oleh itu, lebih elok sekiranya babi-babi yang dijangkiti oleh selsema babi ini dimusnahkan untuk melindungi dari ianya menjangkiti manusia pula.
Memakan daging babi juga boleh menyebabkan penyakit antaranya ialah Sistiserkosis, iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh Cacing Taein seperti t.solium akibat dari memakan babi.
Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” (Surah al-Baqarah : 145).
Babi juga telah tersenarai sebagai binatang yang menyebabkan kematian ramai penduduk dunia akibat virus dan kuman bawaannya.
Di antara kematian besar-besaran manusia akibat wabak bawaan babi ialah :
1- Spanish Flu – 1918 mengorbankan 20-40 juta orang
2- Hong Kong Flu – 1968 mengorbankan 2 juta orang
3- Russia Flu – 1977 (tiada rekod rasmi)
*Artikel ini bukan untuk menyentuh mana-mana sensetiviti tetapi untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai. Harap maklum.

Saturday, 25 April 2009

Dato Saifuddin Kunjung UM

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Semalam, Universiti Malaya berbesar hati menerima kunjungan mesra Dato Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 1 yang baru dilantik baru-baru ini.

Kehadiran beliau ke Kolej Kediaman Ke-12, lebih kurang jam 9 malam disambut oleh TNC HEPA, Dato Azarae, Pengetua Kolej 12 dan Pengetua Penghuni Luar, barisan penyelia dan pembantu penyelia kolej 12 serta beberapa kepimpinan pelajar.

Sebelum duduk semeja bagi berbicara dengan para hadirin, Dato’ Saifuddin melawat terlebih dahulu CafĂ© Kolej 12 untuk berjumpa penghuni-penghuni kolej tersebut yang nampak sibuk mengulang kaji bagi menghadapi minggu peperiksaan ini.

Beliau yang nampak mesra melayan para mahasiswa beramah mesra untuk lebih mengenali alam universiti ini kembali setelah lama beliau meninggalkan UM ini.

Beliau mengambil masa 15 minit untuk beramah mesra bersama penghuni-penghuni sebelum menuju ke bilik mesyuarat bagi berbincang dan mendengar amanat beliau timbalan menteri yang baru.

Dato' Saifuddin (tengah) diapit oleh Presiden Kolej, Sdra. Hafiz(kiri) dan Pengetua Kolej 12, Prof. Mohd Saha(kanan).


Pengetua Kolej 12, Prof. Mohd Saha memulakan bicara dengan pengenalan terhadap kolej 12 secara khususnya dan UM secara umumnya kepada Dato Saifuddin bagi memberi sedikit gambaran tentang cara dan kehidupan mahasiswa kolej-kolej kediaman.

Sejurus selepas itu, Dato’ Saifuddin memulakan ucapan beliau dengan menyampaikan beberapa idea bernas dan cadangan-cadangan yang masih dalam pemantauan beliau dan memerlukan bantuan kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran untuk bersama-sama beliau memajukan lagi institusi pengajian tinggi ini.

Menurut beliau, UM merupakan universiti yang keempat beliau lawati untuk berjumpa bersama pentadbir dan penghuni setelah beliau dilantik pada 13 April yang lalu dan beliau masih meneruskan untuk menemui pelajar daripada universiti yang lain untuk tempoh sebulan pertama beliau menjawat jawatan ini.

Dengan lawatan ini, beliau sebenarnya sedang menjalankan ‘3M’ iaitu Menyelami Minda Muda kerana katanya beliau sudah lama meninggalkan dunia universiti dan memerlukan input dan merasa kehidupan di kampus untuk lebih memahami jiwa dan hati mahasiswa.

Beliau yang menyatakan setelah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini, mahasiswa sebenarnya mempunyai ruang yang lebih terbuka dan lebih bebas berbanding sebelum ini kerana masih ramai yang mengatakan perubahan AUKU ini sebenarnya hanya berupakan perubahan kosmetik.


Antara yang hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Dato' Saifuddin


Beliau juga yakin dengan pindaan terhadap AUKU ini dapat memberi lebih ruang kepada mahasiswa mengembangkan bakat dan menyuarakan pendapat mereka dengan lebih intelek dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Beliau juga menyatakan menteri mahupun timbalan menteri sekarang tidak boleh menganggap mereka sudah tahu semuanya dan melayan remaja ataupun mahasiswa ini seperti budak sekolah malah pemimpin mahasiswa sebenarnya perlu diiktiraf tahap kepimpinannya sejajar dengan pemimpin nasional yang lain.

Mahasiswa zaman sekaran mempunyai 3 tuntutan iaitu mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranan mereka diiktiraf dan mahasiswa mahu isu yang berkenaan dengan alam universiti ini ditangani lebih efisen dan teratur.

Oleh itu, beliau menyatakan pentas Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merupakan pentas terbaik terutamanya bagi mahasiswa melalui pemimpin mereka menyatakan suara dan keperluan mereka bagi meningkatkan mutu dan kondisi mahasiswa di kampus mereka masing-masing.

Kementerian juga perlu bersikap lebih terbuka bagi mendengar suaran dan perlu lebih banyak memberi pengiktirafan bukan sahaja pada pelajar malah kepada staf pentadbiran kolej mahupun akademik.

Diakhir bicara beliau, beliau juga mempunyai visi untuk memperkuatkan sahsiah dan modal insan mahasiswa ini dengan memperkuatkan bidang kokurikulum dan bidang keusahawanan di semua varsiti bagi membolehkan universiti tidak sahaja melahirkan pelajar yang hebat di bidang akademik tetapi menyerlah di dalam bidang sosial dan sukan.

Pada pendapat saya, ini adalah permulaan yang baik untuk Dato Saifuddin selaku timbalan menteri yang turun padang sendiri ke kampus-kampus untuk mendapatkan maklumat bukan melalui pegawai khasnya sahaja.

Tindakan dan aktiviti ini perlu dijalankan dengan kerap agar jurang antara kementerian dan mahasiswa tidak jauh beza dan membolehkan mahasiswa lebih mudah berinteraksi dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Semoga kunjungan mesra ini dapat dijalankan lebih kerap terutamanya daripada Menteri Pengajian Tinggi sendiri, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin sejajar dengan saranan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak agar pemimpin kerajaan lebih kerap turun padang bagi mengetahui masalah rakyat kerana ini bagi menjamin kepentingan setiap pihak terbela dan terjaga.

Tuesday, 21 April 2009

Pemimpin Perlu Berjiwa Rakyat

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Saya berminat dengan sebuah artikel yang disiarkan di akhbar Berita Harian hari ini apabila Dato' Seri Najib menyatakan kepada pemimpin kerajaan agar turun padang bertemu rakyat tanpa sebarang protokol yang melecehkan.

Jika orang yang pernah membuat projek besar dengan menjemput tetamu bertaraf YB ke atas, sudah tentu mereka merasa serik dan perit dengan birokrasi yang perlu dilalui dan pelbagai alasan yang diterima oleh pihak yang berkenaan.

Akan tetapi itu boleh juga diterima kerana mereka mungkin sibuk dalam pelbagai hal tidak kira mungkin urusan rasmi mahupun tidak rasmi.

Apa yang cuba saya bincangkan di sini adalah pimpinan-pimpinan remaja ataupun di peringkat universiti ini.

Sebagai pemimpin, anda mempunyai konsep yang sama seperti wakil rakyat tersebut, anda perlu turun padang bersama-sama rakyat, dalam konteks ini mahasiswa/i itu sendiri bagi kita lebih mendampingi dan mendengar masalah serta rintihan mereka.

Saya ambil contoh pimpinan kolej, jangan disebabkan tiada surat jemputan atau tiada panggilan rasmi menyebabkan kita tidak perlu hadir dalam acara atau sesuatu majlis sedangkan ini adalah peluang kita menonjolkan diri membuktikan komitmen kita.

Bukan setakat itu, anda tidak perlu menumpukan kepada acara ataupun majlis sahaja, tetapi perlu kerap menyelami isi hati mahasiswa/i ini dengan cara yang lebih santai dan berhemah agar traksaksi idea dan rungutan itu dapat dijalankan dengan lancar.

Tetapi saya juga faham anda mempunyai komitmen yang tinggi terutamanya menelaah ilmu bidang masing-masing, sama juga dengan situasi wakil-wakil rakyat yang sentiasa sibuk dengan hal mereka.

Apa yang ingi saya tekankan di sini adalah, anda yang memilih untuk memegang tanggungjawab dan amanah itu perlu sentiasa adil pada diri sendiri dan juga pada rakyat anda dan bukan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Kepimpinan yang baik perlu berdasarkan tauladan yang baik. Oleh itu, satu nasihat saya kepada pemimpin mahupun bakal pemimpin supaya menjaga imej dan dan memberi contoh atau menjadi satu idola yang baik kepada rakan-rakan anda agar karisma anda sebagai pemimpin terserlah dan tidak dipersoalkan kelak.

Buang jauh-jauh sifat angkuh dan sombong anda bila mula memegang jawatan kerana disebalik jawatan yang anda pegang itu ada beban yang lebih besar daripada gunung-gunung dalam dunia ini yang kita perlu pikul dan laksanakan dengan baik.

Suka saya ingatkan, jika anda membuat sesuatu dengan ikhlas dan amanah, beban sebesar mana sekalipun tetap boleh membuatkan anda tersenyum riang walaupun sebenarnya kita melalui saat-saat getir bagi menjalankan setiap satu amanah yang kita pikul selama itu.

Ingatlah anda selaku pemimpin juga memikul amanah dan tugas daripada Allah untuk kita berlaku adil dan sentiasa membawa rakyat kita ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya.

Kesimpulannya, tidak ada beza pemimpin peringkat nasional mahupun pemimpin di kampus kerana apa yang kita perlu tahu dan sedar adalah tanggungjawab yang kita pikul ini bukan sekadar menjadi topik bualan orang ramai malah ianya turut akan dihitung kelak di Padang Mahsyar. Insaf dan muhasabah diri kita serta betulkan niat di hati kita jika mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya kelak.

Isu Penginapan Penghuni Senior sesi 09/10 Selesai

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Senarai nama kedua bagi penghuni yang layak menghuni kolej bagi sesi depan telah dikeluarkan semalam oleh pihak pentadbiran dan telah ditampal di papan notis bersebelahan dengan Pejabat Am Kolej.

Sekalung tahniah dan syabas kepada hampir kesemua penghuni sesi ini yang berjaya menginap bagi sesi hadapan di Kolej Kediaman Pertama. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga kepada pihak pentadbiran yang sangat memahami situasi para penghuni di kala minggu-minggu yang memeritkan ini.

Kami di pihak JTK faham akan kegusaran anda setelah senarai pertama keluar, kerana bukan mudah untuk hidup di luar dengan keadaan kegawatan ekonomi yang dihadapi negara serta tempiasnya dirasai oleh kita sendiri buat waktu ini.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan kepada yang berjaya mendapat tempat agar membuat pengesahan untuk tinggal di kolej pada sesi hadapan di pejabat am kolej selewat-lewatnya 8 Mei 2009.

Jika anda gagal berbuat demikian, anda dianggap tidak berminat untuk menghuni dan nama anda akan digugurkan daripada senarai itu bagi memberi peluang kepada orang yang lebih memerlukan.

Kepada 37 orang yang gagal mendapat tempat atau kepada mana-mana bekas penghuni yang ingin terus menghuni di kolej padas sesi depan, sesi rayuan akan bermula pada 22 April 2009 dan anda boleh mendapatkan borang rayuan tersebut di pejabat am kolej.

Saya ingin memberi peringatan kepada mana-mana yang telah layak menghuni pada sesi depan agar terus menyertai dan menyokong projek-projek kolej mahupun peringkat universiti agar anda tidak perlu gusar seperti yang berlaku pada sesi ini.

Saya berharap lebih ramai yang menyertai program-program besar seperti SUKMUM dan FESENI sekaligus mewakili dan mengharumkan nama ASTAR di peringkat UM.

Anda menyertai projek-projek bukan untuk mencatat nama sebagai AJK atau peserta sahaja, akan tetapi anda perlu menyertai sesuatu projek atau acara dengan bersungguh-sungguh dan memberi 100% komitmen bagi membolehkan anda dikenali bukan sahaja oleh pengarah dan pimpinan JTK malah oleh pihak pentadbiran sendiri.

Akhir kata, saya berharap anda berpuas hati dengan keputusan ini dan dapat meneruskan pembelajaran anda seperti biasa bagi menempuh minggu peperiksaan ini.


KEBAJIKAN PENGHUNI KEUTAMAAN JTK ASTAR

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Monday, 20 April 2009

Penginapan Semester Khas Sesi 08/09

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Untuk pengetahuan para ASTARIAN, permohonan untuk menginap di Kolej Pertama semasa semester khas sudah dibuka mulai 15 April – 30 April 2009. Tempat adalah terhad(First come first serve).

Akan tetapi semasa menginap pada semester khas akan berlaku beberapa siri gangguan yang tak dapat dielakkan. Antaranya adalah;

- Makanan tidak disediakan kerana DTP akan dibaikpulih.
- Gangguan bekalan elektrik
- Pekerja-pekerja kontrak akan memasuki bilik penghuni
- Gangguan bunyi bising dan habuk akibat baikpulih.
- Penghuni akan diminta pindah bilik (Jika perlu).

Pelajar yang akan menginap pada waktu semester khas mungkin perlu berpindah keluar daripada bilik asal selewat-lewatnya 11 Mei 2009.

Penginapan yang disediakan adalah sehingga 20 Jun 2009 sahaja kerana kerja-kerja pembersihan setiap bilik akan dijalankan oleh pekerja-pekerja bagi persiapan menjelang Minggu Haluansiswa yang dijangkakan pada 28 Jun 2009.

Oleh itu, sebarang kesulitan adalah amat dikesali dan setiap informasi akan disediakan dari masa ke semasa. Harap maklum.

'Raja berada di atas politik'

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah menyampaikan titahnya pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam menegaskan, Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kumpulan politik tertentu.


Bagaimanapun, titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat umpama 'menyalakan api dalam sekam'' yang amat berbahaya serta boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.


Bertitah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah, semalam, Sultan Azlan Shah kesal dengan perbuatan kuasa politik mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian.


"Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara. Betapa kumpulan politik tertentu berasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan.


"Betapa pula beberapa individu politik yang berasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda.


Sultan Perak berpendapat negara kini sudah terlalu berlebihan berpolitik hingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan menjejaskan imej negara di kaca mata antarabangsa.



"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga. Rakyat biasa akan menjadi mangsa, terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan hidup harian," titah baginda.


Sambil meminta pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama demi kepentingan rakyat, baginda turut menjelaskan raja berperlembagaan mempunyai tiga hak, iaitu untuk menyampaikan nasihat atau pandangan, memberi galakan atau dorongan dan memberi peringatan atau teguran.


Baginda bertitah, raja bukannya buta, pekak atau bisu kerana segala perkara yang berlaku adalah dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka.


Adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat.


"Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab lebih luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi.



"Raja pemerintah adalah sebahagian daripada institusi negara yang diperuntuk dalam kuasa budi bicara oleh Perlembagaan, untuk melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang, demi memelihara ketenteraman awam, kestabilan negara, kepentingan umum dan kebajikan warga terus terpelihara, di samping memastikan perkara pokok dan fundamental mengenai agama Islam dan orang Melayu kekal dipertahan," tegas baginda.


Sultan Azlan Shah bertitah, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja serta agama Islam, bahasa Melayu dan kepentingan sah kaum lain.


"Perkara ini adalah asas persefahaman yang sudah tercapai dan menjadi resipi kejayaan terbentuknya negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah baginda.

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

Sunday, 19 April 2009

Peperiksaan : Bermulanya Suatu Perjuangan

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Berakhir sudah minggu yang menggetirkan iaitu minggu ulangkaji atau lebih dikenali dengan ’study week’ di kalangan pelajar bermula hari ini.

Esok bermula satu episod perjuangan baru oleh rakan-rakan, para pelajar universiti di hampir seluruh IPTA terutamanya di Universiti Malaya apabila dengan rasminya minggu Peperiksaan dimulakan.

Ini adalah medan kita menguji kefahaman yang kita perolehi di dalam bilik serta dewan kuliah selama 1 semester ini agar dapat dinilai prestasi kita dari semasa ke semasa.

Waktu ini, dapat kita lihat pelbagai ragam dan gelagat pelajar dalam saat-saat terakhir menghafal dan memahami segala jenis nota yang mereka ada sepanjang semester pembelajaran ini.

Rata-rata takut dan gerun terutamanya bila suda berada di pintu Bangunan Peperiksaan yang bukan sahaja sejuk membeku malah ’aura’ ataupun tekanan makin memuncak di kala itu bagi setiap pelajar.

Akan tetapi, kita yang sentiasa memandang berat akan pepriksaan duniawi ini semakin lama semakin lupa yang kita sebenarnya masih mempunyai satu peperiksaan besar sama ada kita sedar mahupun tidak.

Tidak lain tidak bukan ianya peperiksaan kita dengan Allah S.W.T yang mana kita sering kali diuji tetapi kita kadang kala leka dan lalai dalam mengambil berat akan ujian Allah ini dan akhirnya kita kecundang disisi Allah walaupun kita seorang yang berjaya di mata manusia.

Dikala peperiksaan menjelang ini, jangan dilupa solat 5 waktu walau sesibuk mana kita. Jangan dilupa zikir serta puji-pujian ke atas Allah walau sebanyak mana nota yang perlu dihafal dan jang dilupa dakwah Islamiah yang perlu kita jalankan walau sebanyak mana tugasan yang perlu kita siapkan.

Allah akan menghitung dan memberi ’gred’ pada kita kelak di Padang Mahsyar, adakah kita rela menerima gumpalan api ataupun kita mahukan nikmat syurga selama-lamanya? Persoalan ini hanya boleh dijawab dengan bekalan amal dan iman yang kita bawa selama ini.

Saya ingin berpesan pada diri saya dan rakan-rakan saya, teruskan berjuang demi cita-cita anda dan berusaha sehabis boleh bagi mencapai gred 4.00 yang diidam-idamkan oleh mana-mana mahasiswa sekalipun akan tetapi jangan dilupakan pada Ilahi kerana apa sahaja usaha yang kita buat, hanya Allah yang menentukan.

Saya yakin anda semua sudah berusaha bersungguh-sungguh dan hanya menunggu masa menghadapi peperangan dalam dewan peperiksaan itu.

Oleh itu kita harus memahami konsep bertawakal pada Ilahi setelah kita berusaha dan jangan kita toleh ke belakang semula kerana ini mungkin akan mematahkan semangat anda untuk peperiksaan seterusnya.

Oleh itu, tabahkan hati anda untuk menjalani peperiksaan mendatang dan sentiasa kita mengingati Allah kerana hanya Dia yang mampu menolong kita disaat tiada siapa boleh. Jangan disalah tafsir, akan tetapi kita bukan sahaja perlu ingat pada Allah dikala peperiksaan tetapi kita seharusnya secara konsisten mengingati dan beriman pada Allah.

Tanamkan keyakinan dalam diri dan pastikan anda menggengam kejayaan disaat mendapat slip keputusan peperiksaan nanti.

Akhir kata, saya mendoakan kejayaan anda semua dalam peperiksaan yang bakal menjelang esok. Semoga anda tenang dan mudah menghafal serta memahami nota-nota sebagai senjata untuk anda menongkah arus dan akhirnya berjaya dalam peperangan sempena peperiksaan yang bermula esok.

Wednesday, 15 April 2009

Senarai Nama Penghuni Senior ASTAR

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Senarai nama penghuni senior telah dikeluarkan pada hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya mendapat tempat. Anda diingatkan untuk mengesahkan yang anda akan menghuni di kolej ini pada sesi depan di pejabat kolej.

Kepada mereka yang tidak dapat, harap anda bersabar kerana senarai ini hanya terdiri daripada lebih kurang 250 orang sahaja. Pihak pentadbiran akan membuat satu mesyuarat pada waktu terdekat untuk memilih kira-kira 100-150 orang lagi.

Senarai kedua ini dijangka keluar pada pertengahan minggu hadapan. Kepada sesiapa yang namanya tidak tersenarai pada senarai kedua itu nanti, anda dinasihatkan membuat permohonan rayuan untuk menghuni di kolej.

Oleh kerana kemasukan junior sesi akan datang mungkin dikurangkan, peluang anda untuk menghuni masih ada.

Harap anda bersabar dan pihak JTK akan cuba membantu sedaya-upaya kami. Kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak tetapi kami akan cuba yang terbaik bagi mengurangkan sebarang kemusykilan. Harap maklum.

Keamanan : Suatu Nikmat Ilahi

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

“Malaysia Oh Tanah Airku,
Tanah Tempat Tumpah Darah ku,
Negeri elok aman ku cinta…”

Ini adalah antara bait-bait lagu patriotik yang sering terngiang-ngiang di dalam pendengaran saya, walaupun tidak tahu akan tajuknya tetapi tetap ia ssebuah lagu melambangkan keindahan negara kita.

Negara Malaysia di bawah pepimpin yang bijak telah berjaya berkembang pesat dan sentiasa aman makmur dari kekecohan yang melampau.

Minggu lepas dan berlarutan hingga sekarang kita sering terbaca di dada akhbar mahupun di tayang di kaca tv akan kekecohan di Thailand, negara jiran kita yang bergolak akibat kehilangan kestabilan politik dalam negara mereka.

Kita tidak mahu unsur-unsur sebegini beranak-pinak di Malaysia untuk terus menjaga keharmonian serta perpaduan antara semua kaum dan penduduk negara kita.

Tidak dinafikan negara sekarang masih tidak stabil bukan sahaja di peringkat ekonomi malah dari segi politiknya juga dilihat masih terumbang-ambing setelah penukaran tampuk pimpinan kerajaan pada minggu lepas.

Parti komponen sesama kerajaan juga bergesel inikan pula parti lawan yang sentiasa mencari ruang dan menghidu kelemahan bagi mereka menyusup masuk dan memecahbelahkan terus kerajaan seterusnya menjadikan negara berada dalam keadaan lebih goyah.

Baru-baru ini di Perak, ada suara sumbang yang menyatakan bahawa kejadian rusuhan berdarah di Thailand mungkin terjadi di Perak sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu tidak dibubarkan.

Ini bagi saya satu tindakan yang mengikut emosi semata-mata tanpa memikirkan masa depan negara malah keluarga masing-masing.

Bunuh membunuh, rusuhan dan demonstrasi ini hanya mampu memburukkan nama negara dan tidak lebih dari itu kerana kerajaan memperuntukkan banyak saluran dan cara bagi kita meluahkan rasa tidak puas hati sesama kita.

Sistem perundangan yang ada bagi saya cukup telus untuk membuat keputusan yang mana hak dan yang mana batil bukan mengkiut kemahuan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Saya sangat sedih apabila keamanan negara diperjudikan dan dijadikan satu permainan demi mencapai agenda politik yang sungguh jumud bagi saya.

Allah telah menciptkan kita untuk kita sama-sama menjaga dan memakmurkan bumi Allah ini dan bukan bagi kita membuat kerosakan serta jauh sekali bagi kita bunuh-membunuh sesama makhluk.

Sedarlah manusia, bila anda meminta satu pihak membuang ‘amalan lama’ mereka, tetapi anda sendiri yang terus menerus menggunakan taktik kotor yang lama dan ketinggalan itu, menampakkan bertapa tidak matangnya anda semua berbicara bak org yang meludah ke atas, akhirnya terpalit di muka sendiri.

Saya memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jang sesekali menyentuh hal isu sensetif negara dan jangan memperjudikan keamanan yang telah sekian lama kita kecapi untuk perkara yang sungguh tidak munasabah.

Jangan kita hendak terngadah bila sudah terhantuk kerana pada waktu itu, nasi sudah menjadi bubur dan jika ditangisi dengan air mata darah sekalipun, negara yg kita sayangi ini belum tentu dapat dipulihkan kembali.


Elakkan diri daripada sifat hasad dengki dan tamak haloba kerana kita perlu sentiasa beriman pada Allah dan kita perlu sentiasa tahu yang rezeki itu datang daripada Allah dan hanyya Allah boleh membuat keputusan seadilnya.

Dia mampu memberi apa yang tidak pernah orang miliki dan hanya Dia mampu menarik segala nikmat daripada sesiapa yang Dia mahu untuk kita sentiasa dekatkan diri denganNya dan bagi kita sedar yang dunia ini hanya satu persinggahan sahaja.

Kuasa, pangkat, wang, harta dan darjat itu sekadar perhiasan di dunia sahaja, walhal apa yang kita perlukan adalah ketaqwaan, Iman, dan bekalan pahala yang banyak bagi kita mengahadapi hari penghitungan di hadapan Allah kelak.

Ya Allah, Kau lindungi negaraku ini daripada kemudaratan Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah kepada pemimpin kami untuk membuat keputusan yang baik bagi terus memakmurkan bumiMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang Maha Pemurah lagi maha Bijaksana..Amin Ya Rabbul Alamin…

Monday, 13 April 2009

Mansuh MeCD tak jejas usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) tidak akan menjejaskan nasib usahawan Bumiputera di negara ini sebaliknya mereka akan terus dibela, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Katanya, usahawan Bumiputera tidak perlu bimbang mengenai nasib mereka kerana kerajaan akan terus memberikan bantuan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kini diserapkan di bawah kementerian itu.
"Pemansuhan MeCD tidak bermakna orang Melayu dan kaum Bumiputera di negara ini terabai sebaliknya agensi yang ada di bawah kementerian itu diserapkan ke beberapa kementerian lain seperti kementerian yang diterajui saya dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Langkah itu dilihat akan lebih memudahkan kerajaan memfokuskan kepada kumpulan sasaran yang lebih khusus terutama dalam konteks pemberian bantuan dan khidmat nasihat.
Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sebab tertentu apabila membuat keputusan untuk memansuhkan MeCD.
"Saya juga yakin bahawa dua agensi yang diserap ke kementerian ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi usahawan baru terutama di luar bandar kerana menerusi Mara, masyarakat miskin, belia dan pelajar dari luar bandar akan dibantu untuk menjadi usahawan dan mendapat pekerjaan yang lebih baik," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa pemansuhan MeCD dibimbangi akan menimbulkan rasa terkilan di kalangan orang Melayu kerana tiada lagi kementerian khusus yang boleh dijadikan tempat mendapatkan bantuan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat.

Sebelum ini, Tekun dan Mara adalah agensi di bawah MeCD yang pernah diterajui Datuk Noh Omar, bagaimanapun MeCD dimansuhkan ekoran penyusunan semula Kabinet, Khamis lalu. Shafie berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membuat perancangan, kementerian yang diterajui beliau akan memastikan masyarakat luar bandar khususnya Bumiputera mendapat tempat seperti diharapkan oleh kerajaan.
"Dua agensi yang baru diserapkan itu juga boleh membantu memantapkan lagi ekonomi penduduk di luar bandar, malah memberi peluang melahirkan lebih ramai golongan Bumiputera luar bandar menceburi bidang perniagaan," katanya.

Amanat Presiden JTK ASTAR


AMANAT PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA
SEMPENA PEPERIKSAAN
AKHIR SEMESTER
SESI 2008/2009



Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan nikmatNya yang membolehkan kita terus bernafas bagi menyambung kehidupan kita untuk terus mengabdikan diri padaNya. Sesungguhnya tanpa izinNya kita tidak berupaya terus hidup sehingga ke saat ini.

Tidak lama lagi warga Astar akan menjalani peperiksaan akhir semester yang juga peperiksaan terahir bagi sesi 2008/2009 ini. Bagi sesetengah orang, ini mungkin pepriksaan terakhirnya selama belajar di Universiti Malaya (UM) ini.

Peperiksaan dan pelajar tidak boleh dipisahkan lagi. Bila sampai pada musim peperiksaan, kita dapat lihat perpustakaan dipenuhi pelajar dan bilik-bilik belajar di kolej-kolej kediaman menjadi tumpuan para pelajar tidak kira waktu.


Ini merupakan suatu yang baik dapat kita lihat kerana agama Islam sendiri menuntut agar umatnya memperkasakan diri dengan ilmu yang secukupnya. Akan tetapi cara ini masih kurang efektif bagi pendapat saya.

Sebagai mahasiswa yang intelek, kita patut mengulangkaji pelajaran bukan pada musim peperiksaan sahaja tetapi ia patut bermula seawal permulaan semester lagi.

Dengan berbuat demikian ia dapat mengelakkan kita daripada keadaan tertekan dan membolehkan kita lebih mudah menghafal atau memahami mata pelajaran tersebut dalam masa yang lebih singkat.

Bagi sesetengah pihak, mereka mempersoalkan sistem pembelajaran di Malaysia yang berteraskan peperiksaan berbanding beberapa negara maju di Barat. Bagi saya, usah kita terlalu agungkan budaya barat ataupun mana-mana negara lain. Kita perlu percaya yang negara kita membuat sistem ini berdasarkan sebab yang kukuh dan terbaik untuk masa kini.

Walau bagaimanapun, para pelajar perlu elak situasi belajar hanya untuk peperiksaan kerana ini langsung tidak membawa faedah pada diri anda malah akan merugikan masa dan tenaga anda. Anda perlu perbetulkan niat anda dan belajar dengan ikhlas bagi kita menjadi orang yang berguna pada masyarakat suatu hari kelak.

Selain perpustakaan dan bilik bacaan, surau juga menjadi tumpuan pada musim-musim peperiksaan ini. Pada masa ini dapat kita lihat pelajar turun beribadah lebih ramai daripada biasa. Selain itu, ia juga dijadikan tempat belajar kerana ada orang tertentu yang tenang dan mudah menerima ilmu bila belajar di dalam surau.

Ini bukan satu kesalahan tetapi ia sepatutnya diamalkan lebih awal dan secara berterusan ataupun istiqamah.

Tulus ikhlas dari benak hati saya, saya amat berbangga dengan warga ASTAR. Walaupun dihuni oleh pelajar daripada fakulti-fakulti yang mencabar seperti Pergigian, Kejuruteraan, Undang-undang, Perubatan dan sebagainya, anda masih mampu terus menyumbangkan bakti pada kolej ini.

Kolej Kediaman Pertama adalah antara kolej yang paling banyak menjalankan aktiviti dengan keseluruhan sebanyak 20 projek telah dianjurkan di bawah JTK dan JKP tersendiri.

Tanpa anda sebagai tenaga penggerak projek-projek ini, maka tiadalah gunanya kita adakan projek dan aktiviti yang sebanyak itu. Di kolej ini, kami cuba melatih anda bukan sahaja menjadi pelajar yang baik malah seorang manusia yang cekap berorganisasi di samping itu boleh mengadaptasi pelbagai situasi kerja bersama-sama rakan-rakan lain dengan kata lain berkerja dalam kumpulan.

Tak kenal maka tak cinta, mungkin peribahasa ini sesuai dengan pelajar tahun 1 yang buat pertama kali menjejak kaki ke UM dan ditempatkan di ASTAR ini. Setelah anda mengharungi 1 sesi bersama kami, saya harap anda lebih memahami konsep pembelajaran dalam UM dan jangan samakan ia dengan kolej-kolej matrikulasi mahupun sekolah-sekolah anda.

Anda datang ke UM membawa 1 objektif tak lain tak bukan, untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berguna pada negara, bangsa dan agama.

Justeru itu, mari kita sama-sama memartabatkan pendidikan dan pembelajaran kita. Jangan kita hanya hadkan kepada subjek di kuliah sahaja tetapi saya menyarankan anda lebih terlibat dalam aktiviti kolej agar anda boleh mengembangkan potensi dan belajar lebih mendalam ilmu kepimpinan dan berorganisasi.

Saya amat berharap akan bertemu anda semua semula pada sesi akan datang. Once an ASTARIAN, always an ASTARIAN. Walaupun kita tidak ditakdirkan lagi duduk sebumbung, kenangan di ASTAR ini saya harap menjadi kenangan terbaik bagi hidup kita di universiti ini.

Akhir kata, saya mewakili seluruh kepimpinan JIK, JTK dan JKP ingin memohon jutaan ampun dan maaf jika ada kecacatan dalam organisasi kami sepanjang sesi ini. Sesungguhnya kami sudah berusaha sedaya upaya bagi membela kebajikan dan menjulang nama baik ASTAR. Moga kepimpinan JTK akan datang akan terus berusaha memperbaiki segala kelemahan sebelumnya bagi menjadi pemimpin yang baik dan aspirasi ikutan remaja zaman kini. Selamat maju jaya dalam menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 2 bagi sesi 2008/2009. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T..


Muhammad Hafizzuddin Bin Baharin
Presiden

Jawatankuasa Tindakan Kolej
Kolej Kediaman Pertama
Universiti Malaya

Thursday, 9 April 2009

Tahniah Dan Syabas Menteri-menteri Kabinet Yang Baru

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi, saya dapati antara yang paling mengejutkan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Bagi pandangan saya, ini mampu menguatkan kembali kementerian yang sebelum ini dilanda pelbagai masalah terutamanya apabila berdepan dengan isu PPSMI yang kian hangat.

Walau bagaimanapun, Menteri Pengajian Tinggi masih lagi dikekalkan dengan penukaran terhadap timbalan menteri sahaja. Saya dengan ini ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada Dato’ Seri Idris Haron yang telah menjadi timbalan menteri Pengajian Tinggi dengan baik dan berdedikasi.

Berikut adalah senarai penuh ahli kabinet kerajaan Malaysia yang baru.

PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)



Timbalan-timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah



MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah



Timbalan-timbalan Menteri Kewangan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin



MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin



Timbalan Menteri Pelajaran:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi



MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat



Timbalan-timbalan Menteri Pengangkutan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew



MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok



Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi:

1. Datuk Hamzah Zainudin



MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein



Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat



MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim



Timbalan-timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian Dan Kebudayaan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie



MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui



Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:

Noriah Kasnon



MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal



Timbalan-timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun



MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah



MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed



Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan



MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili



Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Innovasi:

Fadillah Yusof



MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas



Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:

Tan Sri Joseph Kurup



MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen



Timbalan Menteri Pelancongan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib



MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar



Timbalan-timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim



MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi



Timbalan Menteri Pertahanan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad



MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor



Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng



MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai



Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shirlin



MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek



Timbalan: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Wee Jeck Seng



MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam



Timbalan: Datuk Maznah Mazlan



MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob



Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe



MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha



Timbalan:

Datuk Lajim Ukin



MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil



Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun



MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman



Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin



Timbalan:

Datuk M.Saravanan

Wednesday, 8 April 2009

Teks Ucapan Sempena Makan Malam Pelajar Tahun Akhir

Yang berusaha, Dr. Woo Chaw Seng, Pengetua Kolej Kediaman Pertama, En. Mat Zaid, penyelia penasihat Majlis Makan Malam Pelajar Tahun Akhir(MMPTA), barisan penyelia, barisan pembantu penyelia, saudara Aidil selaku pengarah MMPTA, barisan JIK, JTK dan tak dilupakan hadirin para pelajar tahun akhir ASTARIAN sekalian, Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat ilahi, MMPTA dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada tenaga penggerak projek ini, daripada pengarah hingga kepada semua ahli jawatankuasa. Komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang penglibatan anda dalam projek ini.

MMPTA yang saban tahun diadakan tidak lain tidak bukan untuk menghargai jasa pelajar tahun akhir yang menghuni kolej kediaman pertama ini. Sesungguhnya jasa dan bakti yang anda taburkan amat-amat dihargai dan tidak dapat dilupakan.

Sebagai pelajar senior ataupun pelajar tahun akhir, kami prihatin dengan kesibukan anda dalam bidang akademik masing. Ada yang perlu membuat tesis dan ada juga yang membuat projek tahun akhir bergantung pada bidang masing-masing.

Walau bagaimanapun, anda tetap meluangkan masa memberi sokongan pada projek kolej seperti SUKMUM dan FESENI. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berkenaan sesungguhnya penyertaan anda ini akan menjadi satu inspirasi buat pelajat junior bagi mengikut jejak langkah anda.

Dengan tema Kenangi ASTAR, saya berharap rakan-rakan yang bakal menamatkan pengajian ini agar tidak terus melupakan ASTAR sebaik sahaja mendapat skrol anda di DTC kelak. Kami senantiasa mengalu-alukan kehadiran anda di kolej ini satu hari kelak.

Tidak dilupakan, malam ini kita turut akan menyampaikan anugerah-anugerah bagi bidang kesenian kepada seniman dan seniwati ASTAR. Tahniah dan syabas kepada anda semua kerana berjaya mendapat juara keseluruhan dalam FESENI baru-baru ini. Semoga anda akan terus berusaha mengekalkan prestasi ini di masa-masa akan datang.

Akhir kata saya mewakili barisan JIK dan JTK memohon maaf jika ada kekurangan yang menimbulkan ketidakpuasan hati bukan sahaja kepada pelajar tahun akhir malah kepada penghuni lain sepanjang sesi pimpinan kami, yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu hakikatnya daripada Allah jua tetapi disebabkan kekurangan kami sendiri. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T..


PENTING : Isi CTES Untuk Elak Kesukaran Kelak


This is to inform that the online (web based) ‘Course and Teaching Evaluation System’ for Semester II, Session 2008/2009 will start from the 10th of March 2009, 8.30 am and end on the 17th of April 2009, 11.59 pm. It is COMPULSORY for all first degree students to evaluate the courses they have registered in the current semester.


Students have to log into the Course and Teaching Evaluation System (CTES) by browsing http://umctes.um.edu.my/ using the perdanamail account. Please take note that students who fail to do the Course and Teaching Evaluation within the given period will be barred from the online early registration for courses in Semester I, Session 2009/2010.


Thank You.

Date: 5 March 2009
Released by: Academic Division
University of Malaya

Tuesday, 7 April 2009

Kipas Di Sudut Maklumat: Suara JTK Masih Relevan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Untuk pengetahuan para ASTARIAN, petang ini sebanyak 2 buah kipas sudah siap dipasang di Sudut Maklumat atau lebih dikenali sebagai kawasan ’Pigeon Hole’.

Ini membuktikan yang pihak pentadbiran prihatin dengan suara penghuni yang mengeluh menginginkan kemudahan tersebut sejak lama lagi.



Selain itu, ia juga telah membuktikan suara pimpinan JTK masih relevan dalam memperjuangkan kebajikan dan keperluan mahasiswa terutamanya penghuni kolej kediaman ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentadbiran kolej dan jutaan penghargaan kepada penghuni kolej atas sokongan anda pada kami.



Semoga kemudahan ini dapat digunakan untuk kebaikan dan elakkan pembaziran elektrik. Sama-sama kita jaga kesejahteraan kolej kita.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Pantun Hatiku

Masjid dibina ditengah taman,
Dibina oleh raja dermawan,
Taat patuh perintah Tuhan,
Nescaya hidup kekal aman.

Harmoni sungguh kicauan unggas,
Unggas berterbangan segenap udara,
Ikhlaskan hati jalani tugas,
Agar tidak merasa sengsara.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Usah dinilai harta dan benda,
Yang penting ialah budi pekerti,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali,

Puteri kayangan banyak sakti,
Tetapi hidup sebatang kara,
Hidupku adbi untuk berbakti,
Demi bangsa, agama dan negara.

Bunyi tabuh bertalu-talu,
Dengar sampai ke kampung hulu,
Siapa tahu hatiku pilu,
Bagai diri tiada perlu.

Hidup susah seorang penternak,
Perlu tanggung isteri dan anak,
Kasih ku tatang bagaikan minyak,
Akhirnya diri dilanyak-lanyak.

Bermain bola di tepi parit,
Parit bertakung kerana hujan,
Sedangkan lidah lagi tergigit,
Inikan pula rakan dan taulan.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dah salah,
Jangan disimpan dalam hati.

Monday, 6 April 2009

Penentuan Kursus: Lepasan SPM, STPM Perlu Pilih Program Pengajian Tinggi Ikut Minat Dan Kemampuan

SETELAH menerima keputusan minggu lalu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini mula memuktamadkan pemilihan kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) sesuai, yang bakal menentukan hala tuju kerjaya mereka apabila tamat pengajian kelak.

Bagi lepasan SPM, hanya tinggal seminggu lagi bagi mereka mengesahkan permohonan lapan pilihan program pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi.

Tidak terkecuali bagi mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian ke kolej atau universiti swasta, juga perlu bijak merangka strategi bagi mengelakkan mereka 'berputih mata' apabila gagal mendapat akses ke pengajian tinggi. Jika mendapat keputusan baik atau cemerlang seperti yang diharapkan, tidak mustahil bagi pelajar memilih kursus pengajian kompetitif yang diidamkan.

Namun, jika keputusan sebaliknya, maka pilihan kursus pengajian perlu sesuai dengan pencapaian diperoleh kerana persaingan memasuki IPTA khususnya kini semakin sengit terutama dalam bidang profesional termasuk perubatan, farmasi, perakaunan dan kejuruteraan.
Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar, berkata analisis data permohonan ke IPTA sebelum ini menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar memilih program pengajian melebihi tahap kemampuan dan mensasarkan universiti perdana saja sebagai IPT pilihan.

Beliau berkata, strategi terbaik dalam pemilihan kursus di IPT adalah bersesuaian dengan minat, kebolehan serta tahap kemampuan pelajar yang dicerminkan menerusi keputusan peperiksaan.

Status universiti yang dipohon juga, katanya, adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan permohonan pelajar kerana syarat kelayakan minimum bagi bidang yang sama adalah berbeza di kalangan IPT.

"Percaturan strategi permohonan tanpa mengambil kira kedua-dua faktor penting ini boleh mengakibatkan pelajar yang cemerlang sekalipun gagal dalam permohonan mereka mengikuti pengajian bidang diminati.

"Sebagai contoh kebarangkalian bagi lepasan matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.8 dan menetapkan permohonan mengikuti pengajian perubatan di universiti baru sebagai pilihan pertama adalah lebih tinggi berbanding pemohon dengan PNGK 3.999 yang memohon kursus sama di universiti perdana.

"Ini kerana syarat kelayakan bagi program kompetitif seperti perubatan lazimnya lebih rendah di universiti baru dan sederhana berbanding universiti perdana yang turut menerima jumlah permohonan yang amat tinggi serta kebanyakannya berkelulusan PNGK 4.0," katanya.

Radin berkata, kecenderungan membataskan pilihan bidang pengajian juga antara faktor yang membuatkan pelajar gagal dalam permohonan kerana enggan mengikuti bidang berkaitan sedangkan hakikatnya jurusan alternatif masih dalam skop minat pelajar sementara syarat kelayakannya pula lebih bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.

Katanya, hal ini terbukti apabila masih ada pelajar yang menandakan tidak bagi pilihan memproses permohonan mereka kepada bidang pengajian berkaitan jika gagal mendapat kursus yang diminta.

"Sebagai contoh, jika pelajar gagal dalam permohonan asal mengikuti kejuruteraan kimia kerana tidak mencapai tahap kelayakan ditetapkan, permohonan boleh diproses untuk jurusan berkaitan yang masih dalam skop minatnya tetapi memberi penekanan berbeza seperti kejuruteraan industri.

"Malah, dengan mengikuti program berkaitan di politeknik terlebih dulu sebelum layak mengikuti pengkhususan program di universiti adalah satu lagi alternatif bagi mereka yang berkelayakan rendah tetapi mahu meneruskan minat dalam bidang kejuruteraan. Tetapi tempoh pengajian mereka lebih lama," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi supaya meneliti semua pilihan program pengajian yang ada serta IPT yang menawarkannya supaya pilihan dibuat berasaskan pengetahuan dan bukan sekadar ikutan.

Guru kaunseling sekolah, pakar industri dalam bidang berkaitan, ahli akademik serta program hebahan termasuk Karnival Jom Masuk U kementerian serta pameran pendidikan, katanya, antara sumber serta saluran terbaik bagi pelajar mendapatkan bimbingan pemilihan program yang sesuai.

"Pemilihan program pengajian di IPT ini antara keputusan penting dalam kehidupan dan perlu disesuaikan dengan kemampuan, minat dan perawakan pelajar kerana ia juga penentu masa depan kerjaya mereka.

"Justeru biarlah asas pilihan itu adalah pengetahuan dan bukan berasaskan faktor yang tidak sewajarnya seperti mengikut pilihan kawan sedangkan calon tidak tahu langsung apa tuntutan kelayakan serta kriteria bagi membina kerjaya bersesuaian dengan program dipilih," katanya.


Rujukan Berita Harian Online

Air

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Antara kurniaan terbesar yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya di muka bumi adalah air.

Air secara saintifik terhasil dengan cantuman 2 atom Hidrogen bersama dengan 1 atom oksigen merupakan sesuatu yang amat unik dan tiada persamaan atau benda lain yang dapat menggantikan air di muka bumi ini.

Kitaran dunia yang adil dan saksama membolehkan air daripada laut, sungai dan tasik diolah naik ke awan dan di bawa ke tempat yang telah ditetapkanNya lalu air itu turun sebagai hujan.

Air ini sangat berguna pada kita tetapi jangan dipandang rendah akan kebolehan air kerana beberapa sejarah telah menunjukkan dengan air sahaja, harta mahupun nyawa boleh lesap dengan sekali lalu sahaja.

Air takkan terputus walau dicincang mahupun ditahan kerana ia telah dijadikan dengan sifat yang mengalir tanpa mengenal erti kesukaran ataupun cabaran yang menimpanya.

Air juga antara objek yang boleh secara normal kita dapat lihat perubahannya samada ia menjadi wap tak berbentuk bila sampai ke tahap didihnya ataupun menjadi ketulan ais yang sangat keras di takat bekunya.

Air juga mudah dibentuk mengikut bekasnya kerana susun atur molekulnya membolehkan ia bergerak bebas mengikut acuan yang ditetapkan untuknya.

Sesungguhnya air ini sangat penting dalam kehidupan kita dan meliputi peratusan yang besar di muka bumi ini malah dalam badan kita sendiri mengandungi jumlah cecair yang sangat banyak.

Apa salahnya kita mencontohi resmi air dalah kehidupan kita yang semakin hari semakin mencabar ini.

Kitaran kita jua bagai air, dari kecil kita diasuh, dibelai dan dimanja lalu kita dibawa ke sekolah untuk dibekalkan dengan ilmu supaya satu hari nanti kita mampu pergi ke tempat-tempat lain untuk memberi nikmat pada orang lain dengan ilmu yang kita ada.

Hidup kita mesti tenang seperti air yang tenang menyusuri pantai tetapi jangan kita biar orang ambil kesempatan atas ketenangan kita dan buktikan dengan ketenangan kita sebenarnya adalah satu senjata yang boleh meruntuhkan mana-mana pihak yang cuba mencabar kita.

Jaga baik-baik perpaduan sesama kita seperti air yang tetap mencari sambungannya walaupun dihalang dan ini menampakkan aliran itu sangat kuat. Dengan perpaduan, kita sebenarnya mampu menggoncang dunia dan memberi impak yang sangat mendalam kepada dunia yang memerhari kita.

Kita perlu mudah menyesuaikan diri di tempat-tempat lain selain tempat asal kita kerana tidak selamanya kita mampu bersenang lenang di laman sendiri malah kehidupan ini menuntut kita agar mengembara jauh untuk mencari ilmu dan pengalaman hidup dan dengan itu, kita perlu mudah bergaul dan memahami budaya sesuatu kaum di tempat tersebut.

Jadi orang yang berguna dan diperlukan oleh orang ramai kerana tidak guna kita berilmu tetapi tidak beramal dan membawa kebaikan kepada orang ramai dan sudah jatuh ke hukuman berdosa sekiranya ia terjadi.

Air di laut juga ada pasang surutnya bergantung pada kedudukan bumi dan bulan menurut sains.

Tidak ketinggalan kehidupan kita seharian yang banyak dugaan dan cabaran bergantung dengan faktor-faktor persekitaran kita kerana kita hidup tidak boleh bergantung dengan diri kita sahaja akan tetapi kita memerlukan ramai orang untuk membantu malah ada juga untuk menjatuhkan kita.

Muhasabah diri kita bersama-sama ciptaan Ilahi untuk kita tambahkan iman kita serta kasih dan sayang kita pada Yang Maha Esa.

Tanpa nikmat yang diberikanNya, nescaya kita tidak mampu hidup dan berjaya hingga ke saat ini.

Sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib sesebuah kaum itu jika mereka tidak ubah nasib mereka sendiri dan ingatlah rakan-rakan, kehidupan kita masih belum sempurna dan mungkin jua tidak akan sempurna.

Justeru itu, mari kita menyusuri kehidupan kita yang penuh panca roba bagi mencari damai di penghujungnya bak air yang bergerak laju kembali tenang bila sampai ke muara sebelum memasuki dunia lautan yang sangat luas itu.

Saturday, 4 April 2009

Juara Keseluruhan FESENI - ASTAR

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Syukur pada Ilahi atas kurniaanNya dengan memberikan nikmat kejayaan pada pasukan kesenian daripada Kolej Kediaman Pertama atau lebih senang dikenali sebagai ASTAR.

Ini merupakan hadiah istimewa terutamanya kepada jawatankuasa FESENI dan JKP KREATIF yang menghadapi ribuan liku dan cabaran apabila berdepan bukan sahaja daripada sudut pihak pentadbiran malah daripada hal kebajikan peserta juga.

Setinggi-tinggi penghargaan saya taburkan kepada Reen selaku pengarah Feseni 2008/2009 dan Hazwan selaku pengerusi JKP KREATIF sesi ini atas semangat gigih dan usaha kuat mereka dan rakan-rakan untuk terus menjulang nama ASTAR dalam bidang kesenian ke tahap lebih tinggi.

Kepada adik-adik juniorku, syabas dah tahniah atas penyertaan pertama kali anda semua ke alam kebudayaan ini telah membuahkan hasil apabila kolej kita julung kalinya ditabalkan selaku juara keseluruhan. Saya tahu dan saya sedar bertapa getir cabaran yang dihadapi rakan-rakan seperti Hazwan, Reen, Ijin, Fairuz, serta banyak lagi rakan-rakan yang bukan sahaja meletakkan segala usaha bagi menjayakan Feseni kali ini malah banyak mengorbankan masa, wang dan apatah lagi waktu pembelajaran yang sudah tentu tidak tersusun lagi.

Saya tahu sejak dari bulan Disember lepas, sudah bermula saat getir apabila menghadapi kesukaran berdepan dengan pihak pengurusan apabila bajet Feseni yang dijangka dipotong secara besar akibat kegawatan ekonomi pada masa kini.

Tidak kurang pula dengan kehadiran yang mengecewakan peserta pada perkampungan Feseni 2 minggu sebelum bermula semester 2 yang lalu benar-benar menduga emosi yang ketahanan mental adik-adik ku yang kebanyakannya masih di tahun 2.

Sesungguhnya, saya di sini memohon jutaan maaf kepada semua warga FESENI kerana gagal membantu anda dari segi kewangan ini kerana sesungguhnya hak saya amat terbatas bila berdepan isu ini. Bila saya dengar ada kawan saya merintih menangis tak tahan tekanan, hati saya jadi sayu sedih dan pilu bila kenangkan nasib mereka tanpa saya boleh membuat apa-apa.

Apa yang saya mampu buat adalah sekadar memberi sokongan moral pada anda sahaja dan memberika semangat agar perjuangan perlu diteruskan dan bukan terhenti akibat cabaran-cabaran yang getir ini.

Feseni akhirnya bermula pada akhir Mac lalu dengan keresahan yang tak sudah melanda bukan sahaja saya malah kesemua ahli jawatankuasa FESENI kali ini yang resah adakah kita mampu sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi kita pada tahun lepas? Hari demi hari dan dengan izin Allah, ASTAR menempah nama dan kejayaan dalam kebanyakan acara yang disertai termasuk beberapa acara yang tidak pernah kita juarai sebelum ini.

Akhirnya Feseni ditutup semalan dengan saat paling manis bila diumumkan Kolej Kediaman Pertama muncul juara keseluruhan Feseni 08/09 mengalahkan pesaing tradisi kita kolej 12 dan kolej 9.

Saat kegemilangan ini benar-benar memberikan impak besar dalam sejarah hidup saya sepanjang 3 tahun berada di kolej ini kerana tidak disangka-sangka kita yang sebelum ini hanya mampu merangkul naib juara akhirnya menampakkan kenaikan prestasi dengan kejuaraan pada tahun ini.

Tetapi adik-adik kita boleh bergembira menyambut kejayaan ini tetapi kita harus ingat yang ini juga satu tanggungjawab yang berat kerana mempertahankan kejuaraan adalah lebih susah daripada mengejar kejuaraan itu adik-adik.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada kesemua peserta Feseni dan teruskan perjuangan anda pada sesi depan pula bagi memartabatkan seni Astar di UM ini khususnya.

Tak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara belakang tabir seperti Maamin and crew teknikalnye, Ijat a.k.a mamak, Apip, Yazman n pasukan penyokong di terajui oleh Faris a.k.a Ayie yang sungguh mantap, semangat dan berdedikasi dalam melancaran setiap acara terutamanya bagi pasukan ASTAR.

Kepada yang berjaya, teruskan prestasi anda untuk mencapai kejayaan bagi acara yang sama pada sesi hadapan dan pada yang kurang berjaya teruskan usaha dan jadikan ia sebagai satu cabaran untuk kita mencapai kejayaan lebih baik di sesi akan datang.

Selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang pertengahan April ini kepada semua penghuni kolej kediaman dan teruskan perjuangan anda. Jangan anda berpuas hati hanya pada satu tahap kerana perjalanan kita masih panjang dan sehingga kini, ia masih belum sempurna..Seni menjulang ASTAR.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!

Friday, 3 April 2009

Tahniah Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Pedana Menteri Malaysia Ke-6

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Hari ini akan menjadi hari yang besejarah dalam kalender negara kita apabila Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak (DS Najib) bakal ditabalkan dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Saya mewakili suara ASTAR ingin mengucapkan sekalung tahniah terhadap DS Najib atas pelantikan beliau dalam memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan Malaysia.

Tidak dilupakan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang telah memimpin negara dengan jayanya dan membawa pelbagai jenis perubahan terutamanya dari segi sahsiah dan integriti rakyat Malaysia.

Saya secara peribadinya mengharapkan DS Najib akan meneruskan kepimpinan dan menjalankan tanggungjawabnya di tahap yang terbaik seperti yang pernah dipikul oleh ayahanda beliau, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2.

DS Najib yang terkenal dengan dengan ilmu kepimpinan dan semangat berpolitiknya tidak lari dari kelemahan-kelemahan yang jelas dan nyata kerana beliau juga insan biasa ciptaan Allah sama seperti kita semua.

Oleh itu, saya mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan padu pada DS Najib agar beliau dapat memimpin negara dengan adil, tegas, dedikasi dan berkebajikan.

Kita berhak menegur mana-mana pemimpin jika beliau tidak menjalankan tugas dengan baik tetapi gunakan saluran yang betul dan cara yang terbaik kerana negara kita merupakan negara yang demokrasi dan terbuka untuk sebarang pendapat.

Semoga pelantikan beliau yang akan diadakan pada hari ini akan memberi sedikit sebanyak impak pada kerajaan supaya lebih menitikberatkan unsur kebajikan dan kembali kepada rakyat untuk memenangi semula hati rakyat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada DS Najib. Semoga Dato Seri akan terus mengutamakan aspirasi rakyat memacu negara ke arah kejayaan.

Thursday, 2 April 2009

Sayang Bumi Yang Kita Pijak

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Sejak dari kecil lagi kita belajar dan diterapkan dengan semangat patriotik atau semangat cintakan negara untuk kita sedar dan berusaha sama-sama memakmurkan dan memajukan negeri kita ini.

Walau bagaimanapun, adakah kita sudah boleh katakan yang kita ini patriotik pada negara?

Mungkin definasi patriotik menurut kamus dewan mahupun pakar bahasa akan merungkai segala-gala persoalan tetapi hakikatnya pada saya, ia membawa kita hanya kepada satu objektif iaitu untuk kita terus sayang dan menyanjungi negara kita ini.

Negara kita yang baru 51 tahun merdeka sudah mengalami transformasi yang padu dari pembangunan sahsiah, pendidikan, ekonomi dan pelbagai macam lagi hasil usaha dan aspirasi yang dibawa oleh pemimpin negara yang terdahulu.

Semangat patriotik mereka jauh menjangkaui pemikiran kita dan apa yang patut contohi adalah usaha gigih mereka ini bukan untuk diri sendiri akan tetapi bagi memajukan lagi anak bangsa mereka, tanah yang dipijak dan agama yang dianuti.

Sahabat yang saya sayangi sekalian,

Kita perlu banyak membaca sejarah bagi kita tahu bagaimana pengorbanan yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu untuk membebaskan negara kita daripada cengakaman penjajah.

Bukan setakat harta mahupun pangkat, malah keluarga dan nyawa sanggup digadai demi membebaskan bumi yang mereka pijak ini daripada diganyang oleh nafsu penjajah yang rakus bak binatang.

Berkat usaha gigih pejuang-pejuang tanah Melayu ketika itu, 446 tahun setelah kerajaan Melayu Melaka tumbang, Persekutuan Tanah Melayu berjaya mengukir namanya sebagai negara sendiri tanpa bergantung harap pada sesiapa lagi.

Dengan pengorbanan oleh pejuang-pejuang seperti Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, kita bebas dari cengkaman penjajah dan bersedia untuk memacu negara ke arah acuan kita yang tersendiri.

Aspirasi rakyat diteruskan lagi dengan kepimpinan yang hebat seperti Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan yang terbaru Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Mereka yang telah memacu negara selama 51 tahun ini telah banyak bekorban dan berusaha bagi meneruskan agenda pemulihan sosio-ekonomi rakyat serta secara terus memartabatkan negara di mata dunia.

Daripada ladang kelapa sawit, ladang getah dan lombong timah, kita sudah menukarkannya kepada Menara Berkembar KLCC, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC) dan banyak lagi kemewahan yang kita kecapi selama ini.

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak rakan-rakan untuk sedar bertapa bertuah kita berada di bumi Malaysia ini dan saya yakin, kita mungkin tidak dapat lagi menjumpai bumi yang bertuah seperti Malaysia di mana-mana tempat yang lain.

Dengan itu, kita sudah semestinya wajib menyayangi dan mencintai negara kita seadanya dan sebolehnya jangan membuat onar dalam negara kita ataupun menjadi gunting dalam lipatan, menanti masa untuk memecahbelahkan kita antara satu sama lain.

Kita boleh belajar semangat itu dari sekarang sebagai mahasiswa kampus umumnya. Siswa dan siswi harus belajar menyanyangi kampus masing-masing dan jaga keamanan kampus sebagaimana kita mahu negara kita aman.

Tak perlu kita mencetuskan huru-hara mahupun menanam perasaan hasad dengki sesama kita sebaliknya kita perlu bersatu padu dan mengembelengkan tenaga dan kebijaksanaan kita ke arah memajukan lagi universiti kita ini.

Kelak bila kita keluar ke alam pekerjaan, kita tidak akan lagi merasa nikmat ataupun keseronokan hidup sebagai mahasiswa malah kita akan lebih dihujani beban dan tanggungjawab yang lebih mencabar kelak.

Oleh itu, pupuklah semangat cintakan negara kita dari sini. Kita mulakan dengan kampus kita dan seterusnya negara kita agar kita tidak akan dipijak oleh anasir-anasir luar yang tidak serik-serik mencuba untuk mencabul kedaulatan negara kita ini.

Akhir kata, sebagai rakyat Malaysia ayuh bangun dan lafazkan..AKU SAYANG BUMI YANG AKU PIJAK INI!!