Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Wednesday, 23 June 2010

Kepada Pemegang Biasiswa JPA Yang Sudah Tamat Pengajian

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Selepas berbincang dengan seorang pgawai JPA melalui telifon pada 23 Jun 2010, sesiapa yang mendapat surat daripada JPA diwajibkan menghantar borang lapor diri(borang tamat pengajian) yang boleh didapati di laman web JPA dan surat pengesahan jawatan yang anda mohon di mana-mana agensi kerajaan seperti SPA, JPA atau lain-lain.

Untuk ini, anda tak perlu menyertakan salinan ijazah atau transkrip peperiksaan tetapi anda perlu melampirkan bersama salinan slip keputusan peperiksaan dari sememester 1 sehingga 8(atau semester khas jika ada).

Jika anda tidak mendapat salinan keputusan peperiksaan yang diposkan oleh pihak universiti ke rumah anda, anda boleh cetak di laman web umisis

Pastikan salinan keputusan peperiksaan anda dan surat pengesahan mohon jawatan itu disahkan oleh pegawai kerajaan yang berkelayakanSelepas konvokesyen, anda akan mendapat transkrip peperiksaan dan ijazah kita dan kita perlu menghantar sekali lagi salinan transkrip dan ijazah yang disahkan ini kepada JPA.
Sebar-sebarkan kepada pemegang biasiswa JPA yang lain..

55 comments:

  1. saya graduan pemegang jpa.saya belum dapat tawaran kerja drpd jpa.saya juga perlu hantar borang tamat pengajian? adakah maksud encik setiap permohonan kerja kerajaan y kita buat,kita lampir kn juga kepada jpa?apa tujuan nya?

    ReplyDelete
  2. begini..kita mmg takkan diberikan kerja oleh jpa selagi kita tidak habis pengajian...untuk membuktikan kita dah habis pengajian, anda perlu menghantar borang tamat pengajian, transkrip, slip result exam dan juga bukti yang anda sudah memohon jawatan sama ada dr jpa,spa atau mana-mana agensi..anda boleh rujuk link di bawah untuk maklumat lebih lanjt

    http://mhafizzuddin.blogspot.com/2010/04/buat-pelajar-tahun-akhir-tajaan-jpa.html

    ReplyDelete
  3. atau layari http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=451%3Apengurusan-kerjaya&catid=55&lang=ms

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Muhammad Hafizzuddin,

    Saya mempunyai kemusykilan dan mungkin anda boleh membantu.
    Adakah anda tahu sekiranya ada agensi-agensi kerajaan lain di mana kita dapat memohon untuk bekerja selain daripada SPA dan JPA seperti yang anda utarakan di atas?

    Seperti saya sendiri, saya akan tamat dalam jurusan Perakaunan.

    Sila tolong tunjuk ajar.
    Terima kasih. =)

    ReplyDelete
  5. sebenarnya..kalo anda pemegang JPA..anda boleh saja aply apa2 kerja yang anda mahu tidak kira kerajaan mahupun swasta. tetapi kalo ikut prosedur JPA, lepas tamat pengajian kena isi di laman web SPA, print dan hantar kan bersama2 dokumen lain la..jikalau anda dapat kerja di tempat lain, tetapi mendapat panggilan daripada JPA (untuk jawatan yang anda mohon melalui web SPA)untuk temuduga atau ujian, anda kena la pegi.
    macam saya dah hampir setahun tapi belum ada apa2 panggilan pun daripada JPA, jadi saya sedang kerja di syarikat swasta buat masa ini tanpa sebarang masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sLm. Mungkin ini sudah 7 tahun yg lepas. Tapi, sy mau tanya tips macam mana encik boleh diterima bekerja dekat syarikat swasta masa tu. Encik bagitau juga ka yg encik sebenarnya menunggu panggilan dari SPA? Sebab pemegang JPA bonded dgn JPA kan. Sebab, saya baru ja habis konvo, dan saya seorang pemegang JPA. Tambahan pula, biasiswa JPA saya jenis pinjaman yang boleh diubah (biasiswa penuh atau pinjaman). Maksudnya, duit JPA tu boleh diubah jadi biasiswa penuh kalau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, atau kena bayar balik beberapa percent berikutan dengan perjanjian kalau berkhidmat dengan swasta atau GLC. Semestinya saya mau berkhidmat dengan kerajaan supaya duit JPA tu jadi biasiswa penuh. Dalam masa yang sama, saya juga mau cari kerja dalam masa terdekat ni, kerajaan mahupun swasta. Apa pendapat encik? Harap dapat dibalas. Terima kasih banyak-banyak dan minta maaf kalau bahasa saya lain sedikit sebab saya dari Sabah :)

      Delete
    2. WAssalam.. cuba periksa semula perjanjian anda. Kalau saya dulu kami ambil jpa mmg bond to jpa. Tapi jika kami tidak diambil kerja oleh kerajaan/jpa dalam masa 2 tahun kira perjanjian kami terbatal.
      Oleh itu saya ketika itu apply kerja swasta saja, dan diambil bekerja di sebuah kilang. Dalam masa sama saya juga meminta dan interview dengan jpa tapi tiada rezeki. Dalam tempoh 2 tahun juga jpa tiada buat sebarang panggilan oleh itu kes saya dianggap dah terbatal.
      Jika jpa ada panggil dalam tempoh 2 tahun, anda perlu berhenti kerja dan meneruskan kerja bersama jpa ataupon ambil keputusan bayar balik pembiayaan mereka

      Delete
    3. Asslm, sy pon sma pemegang jpa yg bru grad dan ingin mcari keje sendri since gomen x call dan sy x pasti sma ade gomen akn call atau x...sbb sy xnk bazir mase tuk tggu gomen call...klau nk tggu 2 taun, mmg x bbaloi la...(in case gomen call). Kalu gomen x call dlm 2 taun ni, bazir la 2 taun sy duk kat umah x bt pape...
      Jd, sy dh gi interview dgn company and company setuju nk ambk sy... tp kan ... company minta tgk surat JPA..sbb diorg nk tgk brapa lama bru blh cri keje sendri... ade org kat luar kata selps 6 bln grad gomen x call kire u r "free to go" tuk mcari keje... btol ke? sy dh selik2 surat jpa...x mention pon brapa lama kne tggu....
      pls help me ...thank you

      Delete
    4. Wassalam..
      1. Utk kerja dengan kerajaan anda bukan perlu duduk dan tunggu panggilan sahaja, anda perlu register dalam web jpa dan jika ada kekosongan dalam jawatan diminta baru akan dipanggil. Tapi kita tahu sekarang mmg kerajaan sedang bekukan pengambilan baru kecuali yg amat diperlukan sahaja.
      2. Tindakan anda bijak, takperlu tunggu lama abda boleh terus mencari pekerjaan lain sahaja tapi bila dipanggil untuk interview pekerjaan kerajaan anda wajib hadir dan jika berjaya diserap anda mesti berhenti dan masuk dalam sektor awam.
      3. Pada masa saya dulu mmg ada klausa tempoh masa tertentu untuk diserap kerja oleh kerajaan dan jika lebih dari masa tersebut kira free to go. Jadi cuba anda teliti semula perjanjian awal anda

      Delete
  6. assalamualaikum ,, nak tanya ,, kalau masa diploma dapat biasiswa JPA , dan nak sambung lagi ke peringkat Ijazah ,, macam mana pulak temuduga untuk kerja tu ?? kalau tak payah mohon SPA sebab kita nak sambung belaja boleh tak ?? dan nanti masa ijazah boleh tak mohon biasiswa JPA lagi , =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak salah saya memang takda masalah untuk lanjut pelajaran, dari degree ke master pon boleh..ada borang untuk di isi pada masa saya dulu..jumpa HEP lebih baik

      Delete
  7. boleh saya tahu lepas konvo berapa lama tempoh diberikan oleh jpa untuk pelajar hntr trnskrip?? ada tak tempoh masa..tkut kalau lambat kena denda@ saman?

    -terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stahu saya takda lak masa diberikan..tp bla2 diorang check tgk xda, xtau la diorang ambil tindakan atau x.

      Delete
    2. bolehkah saya hantar melalui pos ataupun email jika saya tidak dapat pergi ke tempat tersebut?

      Delete
    3. Baik anda rujuk hep, saya tak pasti sistem sekarang

      Delete
  8. Salam.. Nak tanya.. Semua dokumen tu kita kena pos kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya dulu kena pos..skang saya xpasti la cmna

      Delete
  9. Assalamualaikum..sy nak tanya..blh tak pemegang biasiswa JPA mohon kerja kerajaan selain SPA?cthnye,majlis perbandaran johor..then,if dpt kerja tu,mcm mane pulak kalau SPA pon panggil?kompius sikit..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nak minta kerja swasta pon boleh sebab tak semestinya dpt pon spa tu..hehe

      Delete
  10. Salam anon, maaf terdelete soalan anda:
    Salam, saya nak tanya. Saya lepasan diploma dan menerima biasiswa jpa, saya nak sambung degree dah ingin sambung kontrak jpa. Boleh ke macam tu eh? Atau saya kena mohon semula?

    Pada pendapat saya, awak kena mohon semula di takkan bagi lanjutan tnpa mohon

    ReplyDelete
  11. Kiranya saya kena mohon semula ikut result semester degree saya nanti la, bukan ikut cgpa diploma. Sbb permohonan bukak bulan julai. Atau ada ke borang lanjutan?

    ReplyDelete
  12. Rasanya ada borang lanjutan ni..cuba call jpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ok. Maaf, kalau saya nak sambung ijazah, lepastu sy nak minta biasiswa MARA pula. Rasa ada kena apa apa tindakan tak?

      Delete
    2. Mara?nk p oversea atau ipts ke?patutnya anda dpt penerangan lanjut pegawai jpa

      Delete
  13. Salam.. sy pmgang jpa sem akhir... tp dkenakn tindkan tatatertib... tkut kene extend... jpa ad kenakan apa2 tndkan x??denda???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak salah, if extend boleh minta rayuan, kalau tak diluluskan, sem yang extend kena guna duit sendiri

      Delete
    2. Asslmualaikum. Lepastu duit yang diberi semester2 yg lepas masih ada peluang tak untuk jadi biasiswa instead of pinjaman? Sbenarnya soalan sy nk tanya ialah adakah extend sem tu dikira melanggar perjanjian?

      Delete
  14. salam..
    sy nk tnye brkenaan "membuat temujanji untuk menetapkan tarikh temuduga denga pegawai SPA'. boleh terangkan tak?sy kurang faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WASSALAM..errr ada tulis camtu ke..di mana ya..lama dah tak jenguk..hehe

      Delete
  15. Suami tak benarkan saya kerja selepas tamat pengajian. Tapi saya terikat dengan kontrak 3 tahun bekerja selepas tamat pengajian. Macam mana ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah soalan mencabar ni..saya tak berani nak jawab.tapi saya rsa kecuali awak ambik bidang medik atau dental rasanya takda masalah

      Delete
  16. Apa kesannya kalau kita gagal ujian spa? Adakah kita masih terikat dgn jpa atau kena byr ganti rugi atau mcm mana?

    ReplyDelete
  17. Ikut pengalaman saya, rilek ja tadak apa..

    ReplyDelete
  18. Salam. Lapor diri tu after result final exam published ke after hari graduasi? Kalau spa panggil temuduga tapi kita xpegi kene tindakan x?

    ReplyDelete
  19. Hi, nak tanya sikit pasal lapor diri JPA.. I dah setahun lebih since tamat pengajian tapi hanya lapor diri online je n belum hantar document wajib lagi.. JPA akan ambil apa-apa tindakan tak kalau lambat hantar document?

    ReplyDelete
  20. nak tanya. saya pemegang biasiswa jpa. jika saya praktikal di jabatan kerajaan bolehkah saya menyambung bekerja di jabatan kerajaan berikut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika khidmat anda diperlukan tidak salah untuk teruskan kerja di situ, tetapi untuk masuk kerja sebagai kakitangan awam anda perlu isi dan mohon melalui spa dan sebagainya

      Delete
    2. Assalamualaikum...
      nak tanya ,, kalau masa diploma dapat biasiswa JPA , dan nak sambung lagi ke peringkat Ijazah perlu ke mohon jawatan..? Sbb sy nak sambung degree dlu bru kerja... Dan time ijazah nnti kena buat permohonan semula ke untuk dpt kn biasiswa JPA..? Mcm mana plak dgn kontrak time diploma...? Mohon Pencerahan...

      Delete
    3. Wassalam,
      Kalau x salah, ada pelepasan jika nak sambung dr dip ke degree, even degree ke master pon ada. Tapi kena mohon dengan jpa, sekrang jpa byk berubah dah mungkin cik boleh hubungi jpa terus utk lebih kepastian

      Delete
  21. Salam. Saya ada beberapa soalan nak tanya, pada admin :
    1. apakah kelebihan dan kekurangan untuk pidn 2016 ini?
    2. Lepas graduate, memang kena mohon spa atau jpa terus panggil untuk lapor diri?
    3. Adakah pemegang biasiswa jpa memang akan dipanggil oleh jpa untuk bekerja walaupun kita menganggur lebih dari setahun

    ReplyDelete
  22. Salam
    sya under jpa dan dlm prjanjian ktanya kna kerja 4 tahun utk byar blik..
    cthnya klau sya nk smbung master after degree kiranya sya tak kerja utk byar blik mcm mna?
    boleh tak ambil jpa utk smbung master Lps tu? -AI-

    ReplyDelete
  23. salam
    sya under jpa pidn.untuk byaran balik pinjaman kna kerja slama 4 tahun selepas tamat pngajian. cthnya klau sya smbung master dan tidak bekerja untuk byar balik lps tmat pngajian mcm mna? boleh ke mcm tu?
    mcm mna nk byar blik pnjaman?
    bolehkah sya sumbung master under jpa lagi?

    ReplyDelete
  24. salam
    saya di bawah bond jpa
    saya bekerja dlm bidang doktor perubatan (ho) tp saya sdh pn berhenti dan sudah menghantar resignation letter kpd pihak hospital.
    dimaklumkan saya perlu membayar penalti pinjaman jpa sbyk 160 000.. jika saya memohon jawatan kerajaan dalam bidang lain dan diterima.. adakah saya masih perlu bayar penalti pinjaman kerana saya sudah pun dikira berkhidmat di bwah sektor kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. kena ikut perjanjian.. jika katakan bomd tu 5 tahun tapi kalau tak sampai 5 tahun kita kerja, mest kena bayar juga

      Delete
  25. hai, saya tahu ni dah 11 tahun lepas haha but can i know ur opinion regarding which one do u think is the best between mara tesp and pidn jpa? saya risau untuk jpa sebenarnya takut xdpt kerja kerajaan. lgpon mara just based on result.can u advice me something? btw betul ke jpa lagi bnyk elaun, just asking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry jika lmbat. Back then saya lebih suka mara sebab mara actually give more 😂😂 tapi mara open only for ipts masa tu. So i choose jpa.
      Kalau dapat jpa jangan set in mind nak kerja kerajaan, 50% takkan dapat pon. So just grab whats in front of us

      Delete
    2. It's okay, thank you! Btw yes i amik jpa now haha doakan.

      Delete
  26. Hi, I just graduated, and I want to further my master degree. Should I work/pay to jpa first Be4 going to my master degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi i guess you must get back and check your agreement papers with jpa

      Delete
  27. Hi, nak tanya sikit pasal lapor diri JPA. Saya dah lapor diri tapi belum mengemukakan apa apa dokumen sebab belum konvo. Bolehkah saya bekerja sebelum saya submit dokumen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tp kalau dipanggil boleh aa pi interview tu

      Delete
  28. assalamualikum cik ..nak tnye kalau lepasan diploma jpa tpi taknak sambung degree kene kerja under government jugak ke

    ReplyDelete
  29. Muhammad Hafizzuddin26 January 2023 at 22:11

    Ya ikut pda perjanjian

    ReplyDelete
  30. hello, nak tanya saya macam pelik sikit bab bayaran balik ni, kakak saya dapat JPA and lepas sahaja graduate, dia tak terus bayar balik duit tu. And after few years, dia pon mohon untuk kerja kerajaan tapi gagal interview, tapi dia masih lagi tak menerima panggilan dari pihak JPA untuk suruh dia bayar balik duit. So saya pelik takkanlah even dah 5 tahun tak dapat kerja kerajaan, kita tak perlu bayar balik sebab mestilah akan ada limit tahun untuk kita bayar balik pinjaman tu kan? So soalan saya,

    1. Adakah kita perlu bayar pinjaman pidn ONCE kita dah dapat kerja? Contohnya, dalam masa 5 tahun, saya tak dapat dipanggil kerja lagi, saya tak perlu lagi bayar. Macam tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jpa zama saya ni bukan pinjaman tapi biasiswa, bila biasiswa mmg tak perlu bayar balik tapi ada bond saja la. Cumanya cuba tgk balik perjanjian patut ada tulis jika kita xdpt kerja kerajaan dalam berapa tahun kr ada ke clause pelepasan

      Delete