Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara
Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Friday, 6 March 2015

Maried to a queen

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan umur yang panjang dan masih dapat membawa kudrat mencari rezeki.

Tanggal 1 Muharram 1436(24 oktober 2014), lepas Isyak saya telah menikahi tunang saya, Normawar bt Ali dengan 1 kali lafaz.


Its a new chapter in my life and hope it will go well till Jannah.

From strangers became friend, from fiancer to wife.. She is finally here beside me.

Alhamdulillah, terima kasih pada ahli keluarga kami yang banyak memberikan bantuan dan sokongan. Tidak lupa juga pada kawan2 yang banyak berikan dorongan serta nasihat.

Doakan kami supaya bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..

Thursday, 18 October 2012

Pukau! Benar atau Rekaan?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Pernahkah anda dalam situasi dipukau? Apakah itu pukau? Secara umum, pukau adalah satu kejadian dimana kita disihir supaya minda kita kosong dan dikawal orang orang yang memukau kita. Dengan kata lain, orang tersebut mampu mengambil kesempatan ke atas kita dengan apa cara jua tidak kira mencuri, merogol, menganiaya dan sebagainya.

Jika dikaji, di barat juga ada mengamalkan ilmu ini yang mereka lebih kenali sebagai hypnosis atau hyptonism.

"Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.
Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.
Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang"  Petikan dari blog Tuan Zahiruddin.

Tuesday, 10 April 2012

New hobby carried myself away..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Kebelakangan nih susah sikit nak buat entry utk blog..hmm bukan ape sbb busy lak dengan hobi baru nih..hehe..fotografi is a very good time filling hobby..

Dulu balik kerja bleh aa nak merapu2 sikit..sabtu ahad lak takde apa banyak laa idea yg mencurah2 untuk disumbangkan dlm blog nih tapi skang dah macam tersekat sikit..

Balik kerja sekarang pon masa digunakan untuk edit gambar2 stok lama yg diambil pada setiap hujung minggu..jadi terma masa luang bagi saya macam...pffttt...ade ke??heheh

Skang bila kita minat dgn fotografi nih..saya dengan sendiri merelakan diri untuk mempelajari lebih mendalam berkenaan teknik dan juga jenis2 fotografi yang ada untuk dipelajari dan dipraktikkan..setakat nih saya sudah mencuba landscaping, potrature, macro, HDR, light painting (nih fail sebab saya mmg buta seni selamanya), light trailing dan juga panning.

Nak cuba semua tapi bagi saya takde semua pon yg dah perfect or dah hebat..tapi takpa la buat masa mula nih nak cuba2 dulu untuk cari jiwa saya sebenarnya pada teknik mana yang saya rasa sesuai untuk saya lebih mendalami..

Thursday, 29 March 2012

Ada apa dengan esok?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Aku suka sangat esok..heheheh esok adalah hari yang sangat unik sebenarnya untuk aku nih..hehehe sejarah yang mcm2 berlaku..

Esok aku cuti dri kerja..actually bukan aa sebab pe pon tapi sebab ada interview esok..kalo nak amik half day bleh je tapi alang2 tgh tak byk keja...aku cuti je laa...hehe

Kalo korang nak tau..last year pon aku cuti gak on this date..hahah aku p dentist buat gigi...erkk maknanya dah setahun..kena p buat scalling lagi nih tapi bila nak ada masa pon..adehh...hehe

Basically y i cant let this date out of my mind is that this is the date yang aku mula2 berchenta la kot..hahaha tuh bila eh..ermm...wahh lama gak aa..hahahaha..gila dah 2 digit pon jumlah tahun itu..

Tuesday, 13 March 2012

Selamatkah Kita??

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Masih ingatkah anda pembunuhan kejam seorang usahwan wanita yang dibakar bersama pemandu dan rakan niaga beliau tahun lepas? Pada saya kes ini masih belum lagi selesai dan ia masih bermain lagi diingatan rakyat Malaysia amnya.

Semalam pula kita digemparkan dengan berita adik Nurul Nadirah atau lebih dekat dipanggil Dirang ditemui mati akibat dibakar oleh segolongan manusia durjana berhati syaitan dan bertopengkan manusia untuk hidup di bumi ini.

Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac yang lalu ditemui dalam keadaan yang sangat sukar untuk dicam, hanya ujian DNA berjaya memastikan bahwa itu adalah anak kepada Puan Roselyn Alan.


Sekaligus menimbulkan persoalan dibenak pemikiran saya, benarkah Malaysia ini selamat tanpa perlu ada rasa ragu2..hingga Malaysia diiktiraf negara ke-19 paling selamat dan aman di dunia, adakah cukup dgn transformasi yang jalankan oleh PDRM untuk kurangkan kadar jenayah?

Saturday, 10 March 2012

PTD Interview Mac 2012...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hmm Isnin lepas dapat berita yang saya kena p interview PTD 30/3/2012 ni..hai la tarikh nih...sgt la simbolik buat saya..hehe..takde tarikh lain ke eh..

Nak dipendekkan cerita, mula2 apply PTD nih semangat la juga tapi skang nih cam dah bkurang je semangat nak masuk gov nih..apa sebab eh..

Gaji? Hmm..gaji ni bukan la 1 faktor pon sbb skang nih gov gaji pon bleh tahan..tapi mmg aa swasta byk lagi yg tawarkan tinggi2 tapi tempat aku nih mcm..ciputt je so..ada gak rsa nak blah tapi lek lek lu aa kot.

Wednesday, 29 February 2012

Jualan Pakaian & Mainan Kanak2/Bayi Online

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sekarang nih semua pon nak online..daripada bersosial, menunjukkan bakat, menambah kenalan baru hingga ke berniaga pon dah online..

Skang orang dah makin lama makin busy je ngan keja masing2 sampai nak kuar beli brg pon susah dan takde masa dan saya rasa membeli melalui online nih satu cara yang terbaik.

Tambahan kalo ada baby lak kan, uish mana nak dukung, nak sorong baby tuh membuatkan mak bapak nak shopping pon pening kepala dan mood nak bershopping pon menurun.

Kali ni saya nak promote la sebuah kedai yang diasaskan oleh abang n akak ipar aku, mereka menubuhkan sebuah perniagaan menjual baju2 kanak/baby serta mainan yang selamat dan juga educative la buat anak2 anda.
Kedai dia berpengkalan di Sabah tapi mereka juga bukak untuk tempahan melalui online melalui page Facebook mereka iaitu BabyPaws boutique..haa klik nama tu untuk layari facebook diorang..



Jadi kalau anda ada anak buah ke or anak sendiri atau anak2 kawan ke pon dan ingin membeli hadiah untuk mereka, boleh la lawat2 page facebook mereka nih..banyak barang yang menarik ditawarkan..harga plak mmg berpatutan..

Jadi ibu ibu, bapak bapak, makcik makcik, kakak kakak, abang abang, adik adik di luar sana yang rasa ingin menambahkan koleksi buat bayi kesayangan anda, boleh la layari facebook mereka eh..

Monday, 20 February 2012

Selamat 25

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah berkat belas kasih sayang Yang Esa, aku masih dipanjangkan umur hingga ke hari..pada semua yang mengucapkan ucapan selamat, saya amat berterima kasih pada anda semua..

Sebab nak beskan hatini..nak nyanyi la lagu happy besday..heheh..

Allah Selamatkan Aku..
Allah Selamatkan Aku..

Allah Selamatkan Muhammad Hafizzuddin..
Allah Selamatkan Aku..


Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi Hafizzuddin..
Selamat Hari Jadi..

Happy birthday to Me..
Happy birthday to Me..
Happy birthday to Hafizzuddin..
Happy birthday to Me..


Gambar Sekadar hiasa, saya tak penah nak beli kek utk besday saya..

Hehe..sapa yang nyanyikan tuh..trima kasih la ye..hehe

Monday, 13 February 2012

Katakan TIDAK Pada HARI KEKASIH@VALENTINE

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Dalam blog saya ada beberapa artikel yang saya tulis berkenaan Larangan Menyambut Hari Kekasih dan teringat pula masa dulu2 ada juga hadir dalam forum untuk bahaskan hal ini. Saya yakin ini banyak menjawab persoalan2 anda berkenaan hari kekasih ini.

Hari yang diciptakan oleh orang Kristian untuk memperingati seorang paderi kini menjadi 'trend' anak muda bagi menunjukkan rasa kasih dah sayang mereka pada kekasih mereka dan ini bukan sahaja salah malah boleh dikatakan melanggar akidah Islam.


Allah menciptakan manusia memiliki pelbagai perasaan dan cinta tidak lari dari perasaan manusia, ciptaan Allah yang cukup cantik di muka bumi ini. Tetapi cinta juga banyak memakan diri manusia diseluruh alam, ada yang sanggup mati, korbankan maruah serta gadaikan harta benda semata2 cinta itu.

Perasaan ini sepatutnya menjadi kekuatan dalam diri kita masing2 dan bukan menjadi faktor kehancuran tak kira dari segi fizikal mahupun rohani bagi manusia ciptaan Allah ini.

Justeru, jangan la kita cemarkan bulan Februari sebagai bulan Maksiat pula dan jangan pula jadikan bulan Oktober, November mahupun Disember sebagai bulan buang anak beramai2 pula..

Thursday, 9 February 2012

I Welcome Myself To The DSLR World..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sebenarnya dah lama terpikir untuk ada camera dslr nih tapi sbb rasa masih bukan keperluan untuk diriku ini so mcm tak kesah sgt aa tak de pon takpe sebab kalo ada dan tak pakai nampak sgt la sebagai pembaziran pulak.

Tapi minggu nih mcm terpikir banyak gak aa sebab aku nih tetibe je suka la p berjalan2 nih so kalo harap kamera hanfon nih..hmmm paham2 je laa handfon la tempat nak twitter, nak fb nak whatapps dan sebagainya, bateri consumption mmg tinggi dan kadang2 nak amik gambar pon tak cukup bateri.

So aku pon decide untuk belila satu kamera dslr nih..sebabnya aku rasa ini mungkin satu cabang ilmu gajet yang aku mampu pelopori dan kuasai so mcm biasa sebelum beli pape mesti bincang ngan abg aku..dia nih bab slr mmg sifu aa..tahap taiko dah oo..

Bincang punya bincang semalam aku p Komtar kat bahagian bawah, kedai tuh nama Click and Snap..aku masuk n check harga Canon EOS 550D..mulanya nak beli Sony A55 tapi cam xde stok je..ada pon body tapi takde lens..watpe kann..

Saturday, 28 January 2012

Kisah bantu Elfira sesat di Penang

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Ohh ini kisah yang agak hott aa..tah pape je tolong org sesat hot kan? Hahaha hot sbb org tu nama dia Nurul Elfira Loy, alaa yg lakon Qalesha tu..



Nak dijdikan crita aku ni skang tetibe je la suka men tweet ni kan(anyway leh follow saya @MHafizzuddin) ternampak la tweet el(nama singakatan nurul elfira loy) katanya nak p queensbay. Time tu aku ada kat giant bayan lepas so mcm dekat aku p aa queensbay..harapan nak bergambar dgn dia..hehe

Tapi sampai sana round satu queensbay tak jumpa, kuciwa dowww igt nak lucky aa mcm jumpa najwa latif hari tu..tapi xde aa selucky tu dah i guest..

Lapar nye pasal aku p membelasah lunch kat queens food market den beli tiket tgk bujang terlajak..tau pasai pa nak tgk bujang terlajak? Sebab ada fazura je kot..haha

Friday, 27 January 2012

PAC for PTD on 19/11/2011 Result Is Out!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Harini(kot sebab baru check je), keputusan PAC(klik untuk semak keputusan anda) untuk mereka yang pergi last november dah keluar.. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan rezeki Allah kurniakan saya berjaya lulus bagi PAC yang saya hadiri pada 19/11/2011 di INTURA(Intan Wilayah Utara, Sg. Petani).

Wow..lama juga amik masa 2 bulan untuk keluarkan keputusan, ye la mau tak lama 1 pusat pon dok ada brapa ratus..ada brapa puluh pusat lagi..so agak2 aa kalo nak keluarkan cepat2 kan..

Tapi bila dapat lulus nih mcm 10 minit happy..so aku bukak aa web nak kaji2 punya kaji apa la PTD nih..dalam masa yang sama tiba2 mcm rasa syahdu aa plak..

Setahun lebih aku dok buat kerja engineering then tiba2 masuk PTD, mcm nak lompat dr kandang rimau p ke kandang lembu plak..hai laa..terus mcm "betul ke keputusan aku nih?"..

Bak kata pepatah, masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang lembu mengemooo(betul ke..hentam je la).. tak rasa takut utk berubah tapi rasa sayang la dah 4 tahun susah payah penat lelah blajar engineering nih tibe2 nak p buat kerja pasai pelaksanaan dasar..i was like *_*...

Wednesday, 25 January 2012

Blogku berwajah Baru

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Harini aku ada ubah sikit la design blog nih..amcm cantik tak (tak cantik pon nak buat ape kan)..aku nih org jenis tak berseni..tak pandai nak melawa2..so bleh la kalo lain dr sebelum nih eh.


Sejak start aku berblog pada Disember 2008 sampai la, mmg tak penah ubah la design blog aku nih..dok macam tuh je..so aku pon terasa cam buat la perubahan sikit harini..bukan apa..baru nampak class sikit kan(class la sgt kan)..


Haa tgk atas, tuh pon dah lain sikit kan..hehe org mest tanya..apsal cantik2 drawing abstark kat tepi tiba2 ada lak logo green lantern kat tgh2 tuh..haha sbnarnya aku minat giler kot dgn citer green lantern..


Tuesday, 24 January 2012

Cuti-cuti CNY

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Alhamdulillah saya baru balik dari brcuti. Kalini saya p ke KL,Nilai, Senawang dan las skali ke kuala kangsar.

Ni semua sbb aku baru download M8 papago dlm iphone, so kiranya nak test power la kan..hehe..sib baik la aku tak beli gps betul2 sbb kalo beli pon mau 4 5 ratus, nih download dr appstore baru 75 je..huhu(aku tak jailbreak ok)..



So harinih nak crita ttg cuti2 saya nih la kan..hehe sampai KL pon dah malam 22/1/2012 sebab patutnya aku standby utk apa2 masalah di kilang, tgk sampai tgh hari tuh takde masalah sgt..pas Zohor aku pon bertolak..

Sampai malam tuh lapar giler..niat dihati nak p makan nasi lemak antarabangsa di Kpg baru sebab aku duduk pon kat KL international hotel tuh mmg dekat dgn kpg baru. Tapi sayangnya aku p tadak lak parking kan, pastu igt nak makan aa western kat kpg baru..nasib baik ada satu spot letak kreta..masuk2 kedai tuh full house lak..arghhh geram nye pasal aku shoot p bangsar makan nasi di pelita..habis crita aku kenyang..

Esoknya 23/1/2012 mula2 igt nak p melaka tapi baca kat twitter plustrafik, tulis trafik sesak lak nak ke melaka nih..sudahh aku mmg malas bab sesak2 nih..so tukar la plan..shoot p Putrajaya..hehe..rancang nak jalan2 tgk tasik dye..

Tapi bila sampai sana rasa nak p masjid besi lak..hehe so cam ok aa p jalan2 kat tasik den p solat kat masjid besi tuh..usha2 tgk putrajaya cruise tuh jalan 2.15 petang lak, so aku amik keputusan p aa semayang dulu..so pas semayang tgk pon dah kui 2 aku bajet takdan dah..so p makan n it nak p naik kui 3.30ptg punya.

Dalam kui 3 p nak beli tiket, dah habis pulak kena tunggu 4.45, so aku pon mcm malas je, lain kali je la aku naik cruise tuh..by the way harga takde la mahal sgt..RM30 je utk warganegara Malaysia..hehe

Saturday, 14 January 2012

Arranged Marriage?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Arrange marriage once so popular about 20-30 years ago by our grand parents and great grand parents but is it still relevant these days?





Zaman sekarang nih semuanya start dari darjah2 lagi pandai dah nak bercinta2..dan hingga ke besar mereka memilih untuk mencari teman hidup mereka masing2 dan bukan lagi mengikut telunjuk ibu bapa mereka.


Tapi kalo kita nak kaji, divorce rate between arranged marriage couple is less lower compared to nowdays love marriage, thus a question rised in my head whether do we really need to continue this tradition nowdays?




Sumber Blog cintaohcinta


Tapi nak kata arrange marriage la 'ubat' bagi masalah penceraian di malaysia nih pon takleh jugak sebab pada pendapat saya, sikap individu itu sendiri yang memainkan peranan.

20 30 tahun lepas cara ibu bapa, nenek datuk kita dibesarkan sangat berbeza berbanding kita sekarang. Paling nyata sekarang kanak2 dimanjakan dan hingga ke satu tahap mereka boleh dianggap 'spoil' hingga sikap bertanggungjawab dalam diri itu langsung tiada.



Mereka banyak bergantung pada sokongan ibu bapa dalam segenap hal hatta ini juga bakal dipengaruhi jika mereka sudah berkahwin kelak dan ini salah satu faktor yang sangat lain berbanding orang dulu.


Orang2 dulu mereka sangat berdikari dan menurut nenek saya kanak2 10 tahun pada zaman dulu sudah mampu menjadi cikgu di rumah mengajar adik2 membuat kerja rumah dan sebagainya.


Begitulah besarnya jurang zaman dalam negara kita ini, dan tak terkecuali kecanggihan teknologi juga memberi kesan pada rumah tangga zaman sekarang. Zaman dulunya mana ada facebook twitter nih semua jadi bila mereka sudah berkahwin, mereka mmg akan kekal setia dan sayang pada pasangan mereka kerana mereka kurang ruang untuk mengenali orang lain dan bersosial.


Lambakkan laman sosial juga boleh dikatakan punca menaiknya kadar kecurangan dalam masyarakat kita. Mereka mudah berkenalan dengan perempuan atau lelaki lain dan jika nafsu mereka goyah maka runtuhlah masjid yang telah mereka bina.


Faktor pornografi juga tidak terkecuali dalam proses meruntuhkan rumah tangga sekarang ini bila lelaki mahupun perempuan yang ketagih dengan bahan ini akan mula rasa kurang puas bila bersama pasangan masing2 dan mula membandingkan dengan aksi yang mereka tonton itu.


Mentaliti juga semakin berubah sekarang nih bila dulu mereka bukan hanya memikirkan kekayaan dan kesenangan semata2 tetapi mendahulukan kebahagian anak isteri mereka tetapi sekarang ni semuanya dah terbalik.


Kepesatan negara membangun telah memberikan tekanan pada rakyat sehingga mentaliti mereka lebih terarah kepada kesenangan hidup dan ini nyata makin menggoyahkan institusi rumah tangga itu sendiri.


Anak-anak terbiar dan jika dijaga pon oleh bibik bukan ibu bapa mereka jadi tumbesaran mereka sudah tidak berpandukan acuan negara kita tetapi lebih terarah kepada cara bibik itu membesarkannya.


Bila anak2 diluar kawalan, suami isteri masing2 menyalahkan satu sama lain hingga mencetuskan situasi yang digambarkan sebagai mengegarkan Arasy itu.


Oleh itu, bukan saya nak kondem arrange marriage nih sebab kadang2 ia bagus bila merujuk pada bercinta lepas kahwin tetapi saya cuma tidak setuju jika dikatakan arrange marriage nih la sebab perkahwinan org dulu2 bertahan lama.


Kesimpulannya, jika kita mampu memupuk kasih sayang dalam keluarga kita mirip zaman datuk nenek kita, kita mampu membentuk rumah tangga yang bahagia meskipun ianya perkahwinan suka sama suka.

Tuesday, 10 January 2012

Puisi masa; Tiada Nilai Setandingnya

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Puisi masa ni pula puisi kedua yang pernah saya nukilkan..so enjoy..love the time that we have k..

Masa,
Engkau amat penting,
Tanpa engkau,
Maka kakulah dunia ini.

Masa,
Engkau pantas berlalu,
Dikala kuingin menikmati kegembiraan,
Engkau cemburu padaku,
Aku kehairanan.

Masa,

Kau sering dibazirkan,
Tidakkah mereka tahu?
Kehilanganmu,
Lebih berharga daripada kehilangan emas, permata.
Sesungguhnya engkau sangat penting,

Wahai masa,
Aku sering berdoa pada Ilahi,
Agar diriku tidak tergolong,
Dikalangan orang yang merugikanmu,
Wahai masa..

Puisi Bumi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Ini merupakan puisi yang pertama saya cipta 8-9 tahun yang lalu. Mencuba nasib dalam majalah sekolah dan pernah memenangi Hadiah Puisi Pilihan bagi majalah tahun 2008. Mari kita hayati dan insaf atas perbuatan diri kita di muka bumi ini.

Bumi,
Dahulu kau hijau,
Dahulu kau jernih,
Dahulu kau nyaman,
Tetapi itu sekadar kenangan.

Bumi,
Apa sudah jadi?
Isimu dipunggah,
Hutanmu ditebang,
Udaramu dicemar,
Oleh manusia,
Yang jahil lagi zalim.

Bumi,
Hutanmu bukan lagi ditumbuhi tumbuhan,
Tetapi ditumbuhi oleh besi dan konkrit,
Yang lebih dikenali sebagai Hutan Konkrit.

Bumi,
Airmu bukan sekadar air,
Tetapi ditemani sampah dan sisa toksik,
Yang bukan sahaja mencemar airmu,
Tetapi membunuh tumbuhan dan hidupan,
Di dalam airmu.

Bumi,
Apakah dosamu?
Sehingga diperlakukan sebegini rupa,
Tak ku sangka,
Manusia yang diturunkan Tuhan untuk membelamu,
Akhirnya menjadi musuh dan pemusnah dirimu.

Bumi,
Sabarlah sebentar,
Hayatmu sudah pendek,
Bila kau digulung Yang Maha Berkuasa,
Kau bebas dari semua ini,
Manusia yang jahil,
Mencemarkan dan merosakkan dirimu,
akan dihadapkan kepada Yang Maha Esa,
Untuk pengadilan dan hukuman,
Atas apa yang telah mereka lakukan.

Pantun Putus Cinta

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Lama dah rasanya saya tak menukilkan pantun..so ini sekadar suka2 dari saya..

Bila diajak makan bihun,
Tidak mahu pula katanya,
Bercinta betahun-tahun,
Putus jua akhirnya.

Pi pasar beli kelapa,
Bukan yang muda tapi yang tua,
Muka tak handsome takpa,
Hati yang baik dikenang jua.

Bapa sedang baca buku,
Mama pula dok potong kuku,
Biar beribu tolak cintaku,
Asal Allah kasih padaku.

Kakak manja bila meminta,
Minta ayah sebuah cermin,
Buat apa kita bercinta,
Kalau bukan untuk ke pelamin.

Diriku kini sangat sadis,
Kusut masai tak urus diri,
Kalau diri direject gadis,
Jangan pula bunuh diri.

Guruh dilangit kuat berdentum,
Yang turun pula hanya gerimis,
Bunga diluar bukan sekuntum,
Tidak juga ia sejenis.

Buat apa badan sasa,
Kalau takut pegang sepat,
Jangan kita putus asa,
Terus mencari sampai dapat.

Duduk rumah makan serabai,
Serabai makan bersama kuah,
Bila dapat jangan abai,
Kelak menyesal tak sudah.

Untung nasib siapa nak duga,
Girangnya hati tak terperi,
Kasih abadi sampai syurga,
Kasih halal suami isteri.

Friday, 6 January 2012

Kenapa aku anti giler Legging..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Legging..ape sebenarnya legging ni..pda noob di luar sana..legging nih sejenis kain ketat2 yg cover dari pusat kebawah yg mana dia diperbuat dari bahan yang boleh strecth dan ikut boddy shape..so besar punggung ke, paha berlekuk ke..segala lurah dendam pon mmg nampak la..so this is y the main reason y i hate it.

Please la perempuan ni Allah ciptakan sangat mulia, sebagai ibu, sebagai kekuatan di sebalik seorang lelaki jadi tak perlu la korang menjatuhkan maruah korang free2 je dengan pakai pakaian tak senonoh nih semua.



Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadith ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)


Hadith di atas menguatkan lagi sebab aku tak suka pompuan dok pakai legging nih..sedangkan wanitalah yang paling senang masuk syurga..buat mknan anak dapat pahala, bagi suami seronok dapat pahal..jadi anak yang solehah dapat pahala..tapi sebab nak berfesyen bagai nak gadaikan habuan di akhirat..arghhh tak dapat nak terima.



Buat adik2 yang baru nak test2 pakai legging nih..saya nasihatkan baik korang pakai bikini or g string je la keluar sebab takde beza kot..habis semuanya nampak..aduhh..malu la sikit dengan masyarakat di luar sana tu.



Allah bagi kita otak, bagi kita akal, bagi kita segalanya untuk kita pikir dan guna bagi memilih mana yang baik dan mana yang buruk..watpe nak pilih yang clearly buruk dan terbonjol2 weii...plss laa



Jadi muslimah bukannya takleh berfesyen..fesyen la tapi ikut apa yang dilandaskan oleh syariat..paling tak bleh blah or in english cannot go is perempuan yang bertudung..tapi legging...wooo ini mmg aku pangkah depan2 wei..



Tolong la mmg tulisan kalini agak emosional dan kasar tapi tolong la sedar dr 'lamunan' korang yang legging tuh bukan sejenis pakaian pon..aku kalo ada adik pompuan, kakak, isteri or anak perempuan mmg aku haramkan je legging tuh dlm rumah aku tuh..



Biarla korang beli rm100 ke 200 ke..aku nampak mmg aku bakor je..this shows how much i hate it..





Certain ppl say, alah aku pakai legging bukan kaco ko pon..kubur lain2 kot..n my answer will always be simple..KEPALA HOTAK KO!! memang la kubur lain2 tapi yg ko pakai depan aku sampai aku pon tertengok..tak ke dosa kering aku dah kena tuh..aku pon laki wei..aku tak kata aku suci so jgn la tempt aku..


Lagi satu kalo aku tak tegur ko..tak ke dlm kubur aku pon aku kena soal..tak pasai2 aku kena sebat sbb aku tak bagitau perkara yang sebenarnya pada korang..nehi nehi..kuch nehi bettehh..aku tamau laa tanggung di sana..aku tanggung di hina korang takpe lagi tak sanggup kalo Allah yang hina aku..





Ermm..you can say i'm kolot tapi aku lebih suka perempuan yang menjaga tata tertib serta adap sopan Melayu Islam yang tulen..aku suka perempuan dengan bertudung (bawal pon ckop takyah nak hana terjahmak semua tuh), baju kurung kalo nk ketat pon kebaya moden pon ckop la..




Selera aku agak kekampungan tapi itulah aku..aku tak rela wanita2 kesayangan aku menjadi tontonan umum masyarakat di luar sana..biar hanya mereka yang berhak saja menikmati kecantikan sejati seorang muslimah.




So di sini aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun kalo aku dah 'menghancur leburkan' hati korang yang membaca ini bak kata pepatah org yang makan cili, dia je la yang merasakan kepedasannya..




Berubahlah ke arah kebaikan wahai wanita-wanita di luar sana yang terlekat dengan memakai legging ini, masih ada ruang untuk korang insaf dan menjadi seorang muslimah yang berjaya selepas ini.




Akhir kata, legging ni serupa ja kalo korang bogel cuma korang tak dedahkan kulit je..its clearly not a pants so elakkan la dr pakai legging saja..pakai la kain or seluar longgar di luarnya dan legging tuh sekadar protection dalaman korang itu fine la..harap kita semua mendapat hidayah dan redha Ilahi.

Friday, 30 December 2011

Bila cinta ditolak..2 kali!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Harini banyak benda nak tulis..tadi pagi dengar fly fm pasai one night stand igt nak tulis pasal tu aa..pastu baca paper ada pasai gangguan seksual plak rasa nak tulis pasai tu.

Tapi harini saya memilih utk menulis ttg perasaan saya bila rasa cinta saya pada seseorang ditolak mentah2.




Apa la nasib kan..bila kita suka kan seseorang tu..kita sentiasa ingin dia bahagia dan gembira..jadi kita akan cuba buat baik je dengan dia.

Al kisahnya pertemuan ini terjadi 4 ke 5 tahun sudah..time tu aku dah mcm tgk je sukaa kat dia tapi dia senior dr aku so sah aa budget mahal takdenya pndang aku ni..

Pastu aku pnah kuar skali dgn dia n pnah jugak luah rasa di hati tapi atas sbb ape tah(buat2 lupa utk sedapkan hati) perasaan ku di tolak..

Tapi time tu cool aa takde rasa apa sgt pon so i move on je la..

Baru2 ni plak kami mcm kmbali keep in touch..ye aa skang da maju ada whatapps n imsg so takdenye nak pkir pasai kredit..heehe

Bila lama2 perasaan lama ni kembali semula tapi yg bes tu belum sempat luah lagi dah kena reject..hahaha

Ini la dlm sjarah hdup aku d reject 1 girl yg sama..slalunya aku je reject org(hambik ko..2 kali lak tuh.. padan muke!!)

Tapi apa nak buat kan..cinta tak semestinya memiliki, sayang xsemestinya bersama..asal dia bahagia dlm cara apa pon aku hargai aa..

Aku akui aku agak sentimental aa gak..mungkin sbb aku ni bkn org kl yg tau apa itu gucci dan prada atau mungkin aku ni terlalu 'bosan' baginya..or mungkin i'm too good for her(mungkin jga) atau apa jua alasannya..aku redha je laa.. i'll always be ur jacob my bella(perghhh nak perasan twilight pulakk)

Bila cinta ditolak, its not the end of our life. Maybe its just the beginning of sumthing new..tpi new tu dri segi apa?

For me, pmahaman aku ttg cinta dan perhubungan dah jauh beza dr dulu.. Dulu nk bcnta spya bla kuar ada tmn, sdih ada yg pjuk, gmbira ada yg kongsi.

Tp bgi aku smua dah beza..watpe nak kaple lama2 tpi xde rasa utk memperisterikan dia? Mcm bg harapan palsu je kan.

So since that my mind has change thus i wont think of myself anymore but to my partner as well.

Bek la kita bcinta lepas kawen je kan(haha mcm uztaz azhar idrus je)..sbb rasanya itu akn last longger..

Tp nk kawen bkn sehengget dua skang..hantaran letak tinggi xhengat..org keja kuli cam aku ni mau dua 3 tahun kmpul baru ckup kot.

Fuhh jauh plak aku mlalut kan..so to those yg frust mnonggeng sbb awek or mamat hensem reject korang..takyah aa nk sedey sgt..ada lg truk kot dr korang '-_-.

Bak kata kwn baik ku, nanan..just let go n follow the flow..although the flow is uncertain but u will be happy travelling through it..

Akhir kata, bila cinta di tolak..takyah aa p bnuh diri..ingat Allah cintakan kita tu dia timpakan musibah utk kita sentiasa ingat padaNya..