Sokong Plan Transformasi Negara
Wednesday, 30 November 2011
Why Don't We Have Both! Samsung Galaxy and iPhone..
Tuesday, 29 November 2011
Kenapa orang sakit makan bubur..
Friday, 25 November 2011
Multitasking Gestures for IPad..
Thursday, 24 November 2011
Perlukah kita berubah..
Dalam hidup kita ni, kita tak boleh hidup dalam satu cara sahaja. Bila sampai masanya kita harus berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan mahupun seseorang.
Sejak kecil jika kita boleh bertanya pada ibu bapa mahupun mereka yang rapat dengan kita, sebenarnya kita sedang berubah dengan pesat tanpa pengetahuan kita.
Sama ada perubahan itu ada perubahan pada fizikal mahupun kelakuan itu semua mungkin tidak lagi sama dengan apa diri kita 10 tahun yang lpas.
Dalam Islam sekalipun menuntut umatNya untuk merubah diri mereka ke arah kebaikan.
Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."
Ini sudah jelas menunjukkan sebagai seorang manusia kita seharusnya sentiasa merubah diri kita untuk mengubah nasib kita.
Contohnya, jika kita tahu kita ini orang yang malas tetapi kita mahu berjaya dalam kehidupan, maka kita perlu berubah untuk kepentingan masa depan kita.
Selain itu, jika kita merasakan peranai kita tidak elok dan tidak disenangi orang yang rapat dengan kita, berubahlah sebelum kita dibiarkan menjadi kera sumbang.
Janganlah ambil kata2 seperti 'saya cintakan awak seadanya' ataupun 'walau bagaimana diri awak saya tetap terima awak' sebagai faktor kita berhenti dari usaha mengubah diri kita.
Mungkin benar kata2 itu tetapi sejauh mana keikhlasan kata2 itu kita sendiri pun tidak pasti, jadi utk lebih pasti ia perlu hadir dengan usaha kita memperbaiki diri kita.
Sebaliknya ada juga manusia diluar sana berusaha untuk merubah diri kita menjadi yang kurang elok.
Desakan kehidupan duniawi menyebabkan manusia sentiasa mencari jalan mudah dalam mencapai suatu matlamat dengan cepat.
Contohnya seorang anak kepada imam sekalipun jika hatinya tidak cukup kuat dia bakal dipukul badai kehidupan hingga jatuh ke lembah hina.
Perubahan jenis ini perlulah kita hindari hatta berfikir sekalipun sepatutnya tidak patut muncul dalam cetusan minda kita ini.
Berjaya atau tidak itu kita berserah pada Allah kerana tidak semua yang kuta hajati itu dikabulkan Allah tetapi apa yang penting di sini adalah usaha kita ke arah kebaikan itu.
Tetapi kita tidak harus berhenti usaha jika kita lihat usaha kita untuk berubah itu gagal pada percubaan yang awal.
Sejarah membuktikan dengan kesabaran dan ketekunan, usaha kita satu hari mampu membuahkan hasil dalam satu tempoh masa yang hanya Allah dapat tentukan.
Oleh itu, jelas di sini persoalan tentang perubahan sesorang (ke arah kebaikan) itu sememangnya suatu yang perlu dan ia perlu dilakukan secara istiqamah(berterusan).
Dan sesungguhnya kita perlu mengelakkan diri kita daripada sikap suka mengambil jalan mudah kerana ini memudahkan kita dipesong ke arah keburukan.
Saya tujukan entry ini pada mereka yang merasakan perubahan itu amat janggal pada mereka dan berkeras itu hidup sebagaimana yang mereka ada sekarang.
Sedangkan Rasullullah S.A.W sendiri berubah apabila menerima perintah Allah untuk mengubah hala tuju dari Mekkah ke Madinah, inikan pula kita hamba kerdil yang menentang lumrah perubahan kehidupan.
Jangan kita menjadi angkuh kerana mereka yang angkuh seperti Firaun, qarun dan Abu Jahal akhirnya tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Akhir kata, sempena Sambutan Awal Muharam yang bakal kita sambut Ahad nanti, sama2 lah kita berazam untuk merubah diri kita dari situasi yang kurang elok ke situasi yang lebih baik.
Tuesday, 22 November 2011
Lets talk about Harimau Muda..
Tetapi sebalik kegembiraan ini, nyata banyak lagi lompang yang nyata perlu diperbaiki oleh ong kim swee terutamanya jentera serangan negara.
Indonesia pula dilihat gagal mengambil kesempatan bermain di laman sendiri tatkala mendapat sokongan hampir 100 000 orang penyokong malam itu.
Mereka gagal bermain sebagai satu pasukan tetapi banyak melihat pergerakkan mereka hanya berkisar pada individu tertentu dan ini nyata membawa padah pada negara yang sekurang-kurangnya mendapat dua pemain import ini.
Biarlah kemenangan ini menjadi batu loncatan buat pasuka muda negara ini untuk mengorak langkah lebih bermakna di masa hadapan dan esok mereka akan sekali lagi turun bagi menentang Syria untuk kelayakan ke Olimpik.
Walaupun dilihat ini satu disadvantage bagi mereka tetapi apa yang penting mereka harus profesional dan menguatkan mental serta fizikal bagi mengharungi setiap perlawanan yang mereka sertai.
Akhir kata, kita perlu segera bangkit membimbing skuad muda negara bukan sahaja sukan bola sepak malah sukan seperti badminton, sepak takraw, skuash dan boling perlu sedar yang mereka memerlukan pemain pelapis untuk meneruskan kegemilangan sukan negara di mata dunia.
Sunday, 20 November 2011
Kumbang Rove a.k.a Charlie, the scary insect
Pergh mmg heaven la charlie dok KMPP tuh..mcm2 dia dapat kot..yang jantan p kat asrama pompuan..menyengat plak di kawasan yang tuttt tuttt lak tuh...(info manusia yang open minded citer je kat aku)..Kalo yang laki plak biasa aa tido tak pakai baju badan tuh mmg mendapat 'tatu' semula jadi aa..hahaha
Morfologi
Habitat dan tabiat permakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.
Kesan pada manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Nasihat kepada yang dijangkiti
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
PTD Assesment Center..daaa.. :0
Saya baru je habis kursus PAC ni..mula2 ingat apa la yang akan dapat kan dah la seminggu rest di Sabah tak prepare pape pon..kire p berserah je laa
Sampai sana ada la pendaftran n sdkit briefing sesion terus aktiviti,and i was like what..group discussion to discuss an issue..1 in BM and another issue in english..
Next plak problem solving..also same one in english and other in BM..
Petang tu enjoy la siket..buat senaman and also senamrobik..bleh plak lompat bintang aku bleh overshoot sdangkan tu mkanan aku kot..lama tak buat la katakan..
Saat yang paling tak bes kena lari 2.4 km..arggg aku mmg mlas bab ni..tapi apa mau buat..lari+jalan je la..but ok la bawah 13minit..hehe
Malam plak preparation untuk buat presentation keesokan harinya..aku dapat satu tajuk yg common giler so tpaksa aa kecikkan skop sebab masa diberi hanya 5 minit.
Aktiviti last ni agak baru rasanya called inovasi..kena cadangkan satu produk berdasarkan barang yg diberi, pertahankan produk kita dan akhirnya pilih produk terbaik utk kita ramai2 bina guna barang diberi..
Pada pendapat saya PAC ni nak uji kita bekerjasama dalam 1 kumpulan..semua boleh bercakap dan semua ada pendapat tapi team work dan way to convince people may not be part of most people.
Tapi PAC ni tak bes in certain part sbb masa aktiviti byk jadi kami ahli kumpulan ada yang tak kenai nama kwn pon(nk dpt facebook or twitter lg jgn harap). Satu lagi kita kena nilai kwn2 kumpulan kita, i think its not fair to judge people that we barely know, which we have only work less than 24 hours with them.
Jadi kepada yang berminat join ptd, minta ja..insyaalah anda bole lepas punya(nasib sendrik pon tatau macam mana).
Yang penting tu keikhlasan je kalo anda rasa minat betul2 tu minta la tapi kalo takat suka2 je baik bg tempat pada yang lebih memerlukan..
Last words from me, u dont need a sun to enlighten u up, be a star in urself and proud of yourself..
Thursday, 17 November 2011
Mau balik suda aku..
Harini 17/11/2011 banyak juga prkara2 penting yg berlaku dan bakal berlaku harini..tapi kita cakap tiga je la iaitu keluar keputusan upsr, plawanan bola sepak sukan sea n i hate most is..mau balik penang suda aku..
Harini adik2 kecik kita pasni beremosi ye la nak dapat result peperiksaan terbesar diorang aa katakan..yg kita ni takyah ckp la..dpt result tu da macam..wat dee..hehee
Pasti ada yang tawa gembira mahupun tangis sedey tapi tak kurang yg blur semacam je sebab yg dlm pikiran diorang apa aku dpt aku masuk seklah mngah jugak..
Buat yang berjaya tahniah saya ucapkan dan pada yg kurang bnasib baik, cuba lagi peperiksaan yg mendatang.
Tak lupa tahniah juga pada Terengganu kerana menjadi negeri yang paling cemerlang dalam mendapat keputusan upsr terbaik selama 11 tahun.
Bagi peminat sukan umumnya dan bola sepak khasnya malam ni mest yang dinantikan sebab malam ini bola sepak sukan sea kumpulan A menemukan indonesia bertemu malaysia.
Kedua2 pasukan ini ada kelebihan dan kekurangan masing2 tapi jika pasukan malaysia tidak memperbaiki taktikal serta mutu permainan mereka, mereka pasti tenggelam dengan sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.
Apa yang penting sudah semestinya mentaliti pemain kerana jika mereka gagal mengawal emosi sudah tentu mereka 'menang', menang pungutan kad merah.
Oleh itu rakyat malaysia..jom kita sumbangkan semangat dan doa buat pasukan harimau muda kita agar mereka mampu menjinakkan garuda muda sekaligus melangkah ke separuh akhir.
Akhir sekali ni yang aku tak suka ni..esok aku kena balik dah..demmm tak puas lagi kot nak manja2 dgn faris..
Aku kena balik esok sebab hari sabtu dan ahad ni ada penilaian untuk masuk PTD..ermm harapnya pengorbanan ku ini membuahkan hasil di masa depan..
So i guess thats all i can write for today..and i hope to be back here in Sabah soon..kinabalu is waiting for me..huhu
Monday, 14 November 2011
Baby Faris da sihat..
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, harini Insyaalah Faris boleh kuar dri hospital..yea yea..
Selepas dua hari bermalan bawah cahaya uv..faris da disahkan tahap kekuningannya di bawah paras normal(bawah or lebih kurang 200 kot).
Jadi lepas ni boleh la faris balik n cadangnya nak balik Papar nanti jumpa tok nek dia di kampung..hehe
Papar mmg bes, suasana yang aman damai dan persekitaran yang bersih sebenarnya sangat untuk baby faris.
Tapi katanya duduk sampai petang je..hehe takpe la janji faris boleh gak hirup udara segar kampungnya..
Ha just to share, aku ni sejak kecik mmg tak penah dukung baby sbb tok aku kata aku ni kasaq.
Selama 24 tahun aku hidup ni..aku cuma main dr jauh je baby2 ni..cuit pp..main tgn dan korang paham2 je la kan..
Tapi harini aku pecah rekod aku dengan faris..dulu dgn baby damia pon tok aku kata aku boleh dukung da tapi aku yg tak berani..
Tapi dgn faris rasa nak plak..so apa lagi..berjaya jugak aku dukung dia..hehe
Sib bek dia tido je tapi ada aa skali dua dia merengek tadi tapi dgn jayanya aku buat dia tido balik..haha
So lepas ni aku bercita2 nak azan kan baby lak..so sapa2 perlukan perkhidmatan ni jgn segan silu cari aku..free of charge je..ikhlas demi Allah.
So i end my entry with a memorable picture taken by my brother..
Sunday, 13 November 2011
iOS 5.0.1 is a failure
iOS 5.0.1 is out..get it now
Finally apple has come out with this update which supposely fix the batery life problems
As u know, now u dont need to plug in to itunes to update your idevice.
What u need is your idevice and a wifi spot. Go to setting>general>softwere update.
Scroll down and u will find download and install button, click in and for few moments..u can try the result.
But sadly in Sabah its hard dor me to find a stable wifi spot..so i might only update once i arrive in penang..sob sob..
So guys..enjoy the batery life saving(s apple ensure) and stay alert with ur idevice..it may need few other upgrade..lets find what it is
Saturday, 12 November 2011
KK sudeyyy..
Yea dah sampai KK..oh my flight was great and the stewardess..hmmm spicy..hehe
Sampai2 tunggu jap abg sampai and guess what..faris dan kakak jua ada..yahoo first time faris met his uncle..hehe
Tapi biasala baby kan..tidoo je...zzzz mmg ikut perangai bapak dia..opss sori ye abg..hehe
Sampai tadi p klinik utk check faris..badan dye da ada tompok2 kuning lak..
Bleh plak klinik tu kata result lambat baru dapat..kena la pi spital sib bek dekat ja..
Oleh itu..kna la amik drah faris utk check..skali dia nangis rasa panass je cam nak sekeh je nurse tu bagi anak buah aku nangis tapi nak buat apa dia baby lg mmg takleh buat apa so dia nangis la..tapi dia nangis cumill sgttt
*update: Faris kena admit hospital..huhu reading kekuningan dia sampai 286(aku pon tatau apa unit dia pakai)..harap dia cepat baik..
12.11.11 lagi bes dari 11.11.11
People all around the world is talking about 11.11.11 like its the most unique day..its sux for me
Dah lah kena siapkan keja yang byk..iso ler report ler..bla bla bla
What i really want is for 12.11.11 to come soon..why? Cause i'm gonna fly to Sabah today..
Dengan kata lain..boleh la jumpa anak buah aku serta sanak saudara di Sabah..hehe
Melarikan diri seketika dari kerja pada waktu kritikal mmg kepakaran aku..dulu lepas habis f3 shutdown aku cuti p sabah gak, tak kire dah start up ke hape ke.
Tapi apa yang betul2 mengujakan aku adalah Muhammad Faris Gabriel a.k.a MFG anak buah aku..huhu tak sabar nak main dengan dia..
So dengan ini aku conclude 12.11.11 adalah lebih baik dari 11.11.11 tapi jangan la ada sesapa yg terasa..
Contohnya beberapa kawan saya yang bernikah pada hrini..mesti la harini hari bahagia korang tapi mlm2 dekat nak masuk 12.11.11 la yang paling 'bahagia' kan..haha opss terlebey sudeyy
Selamat pengantin baru saya ucapkn pada mereka yang melangsungkan perkahwinan mereka semalam, moga berkekalan ke anak cucu.
Thursday, 10 November 2011
Beri laluan pada Ambulans
Tuesday, 8 November 2011
Paip pecah..
1st day after 3 days holiday doesnt look so good for me..
Pagi2 dapat call..kata ada paip bocor..ala igtkan benda simple aa paip bocor..
Rupanya p tgk on site..perghh bukan papi bocor ni..da tahap paip pecah..adoyaii pening2..
Ditambah pening..paip tu plak sambung dgn main line..yg mana kalo tutup valve tu maka dua tiga mesin mest terencat jadinya..mau x maunlalo nak repair kena stop la line tu..
Sib bek boss mai tgk dia aa arrange utk line stop..biasa aa bab2 nak stop line ni boss je bleh buat..kiter bagitau apa yg patut je aa
Sib baik la production pon nak buat llf change skali so nasib baik aa downtime mungkin x la byk sgt tapi syg aa ttp ada gak tu..ishh dah sbulan lebey aku jga bagi mechanical takda downtime tapi kena gak..dahh nasib
Sib baik aa aku ada support technician tahap pakar aa..dlm sejam lebey je proses penukaran paip ni siap..tu pon dah dekat 1.15 petang aa..
Baru ingat nak senang2 utk settle hal documentation,tiba2 ada lagi maintanance job yg kena..plus kalo ada trouble ni maka bertambah la report nak siapkan..adoyaii
Hmmm..esok plak ada presentation lak..bayangkan aa aku ni yg stahun lebey je keja nak buat slide n ngajar operator yg dah bertahun2 ttg machine..hope this goes well..insyaalah esok ada masa aku citer ttg ni k..
Monday, 7 November 2011
Kelahiran Anak Abang Haris..I'm offically a Pakcik!!
Tanggal 11 Zulhijjah 1432 bersamaan 7/11/2011 lebih kurang jam 10.59 pagi, lahirnya seorang insan baru ke dunia ini. Anak yang dinantikan dengan penuh kesabaran oleh kedua pasangan ibu bapa akhirnya menjenguk alam nyata. Allahhu Akbar, Alhamdulillah syukur padaNya yang memudahkan perjalanan kelahirannya dan menjaga keselamatan ibunya.
Tahniah buat abang ku, Haris Jeffrey dan isteri Kak Fatimah atas kelahiran bayi lelaki comel ini. Bayi yang lahir seminggu lebih awal dari due datenya keluar dengan sempurna, berat yang dikhabarkan adalah 2.75kg.
Kelahiran normal baby ini diharapkan akan menambahkan lagi seri rumah tangga abg dan kakak dan dengan harapan anak ini bakal membuka seribu satu peluang tak kira dari rezeki mahupun keimanan anda masing-masing.
Nama baby baru ini belum dipastikan lagi tapi apa yang aku dengar, Muhammad Faris, Insyaalah..Moga Muhammad Faris akan menjadi insan yang terpuji di sisi Allah dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.
Bismillah ir Rahman ir Rahim, Ya Allah Engkau berkatilah anak kecil ini, Engkau berikanlah Rahmat dan kasih sayangMu padanya Ya Allah, Engkau paculah dia ke jalan yang benar jalan yang Engkau Redhai Ya Allah dan Engkau palingkan dia dari jalan yang Engkau murkai Ya Allah. Jadikanlah anak kecil ini anak yang soleh, beriman, rezeki yang melimpah ruah dan berakal cerdik agar dapat Dia tempuhi kehidupan dunia yang melalaikan ini dengan selamat Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Amin...
Akhir kata..tahniah abang dan kakak..for your newly born son just made me UNCLE!!..
Girls..beware of iPhone users..
K mest gadis2 pelik apsal laa aku kata kena berhati2 ni..
Tahukah anda..dengan teknologi ios 5 orang dah tak perlu tekan butang capture di phone utk amik gamba??
What they need is a handsfree and walla..by pressing the up button they ready to take ur pictures..
Ini sebab kita pon tatau betui ke dia tekan tu nak up volume dye ke or mmg nak amik gamba kan..jadi hati2 la..stalker itu ramai di luar sana..
Same goes to guys gak la kalo ada pmpuan yg minat kat..they might do the same as well..
Sorry guys/girls kalo korang igt aku mengkantoikan korang..sebagai lelaki, khalifah di muka bumi dan pelindung wanita2 yang lemah..aku rasa bertanggungjawab utk menjelaskan hal sebenar pada semua..
So when u see a person holding/pressing his iphone volume toggle, just be carefull..ur picture might end up somewhere u wont want it to be..
Saturday, 5 November 2011
This is my Kura-Kura a.k.a torties stories
Entry Kura-kura Sebagai Haiwan Peliharaan nampaknya sangat mendapat hit daripada pengunjung blog saya ni..terima kasih kerana anda sudi mencedok serba sedikit ilmu di ruangan saya yang hina ini..
Seperti yang saya pernah katakan, jaga kura2 nih bukan la sesuatu yang susah tapi agak remeh dan memerlukan penjagaan yang sedikit rapi..
Dah lebih setahun saya bergiat membela kura2..rasanya lebih kurang 10-12 ekor kura2 dah saya bela..tapi sekarang ini yang tinggal hanya 7 ekor je..jadi saya pon ingin la perkenalkan anda dengan mereka2 ini..
Ini plak kopral..dia ni betina..mesti pelikkan nape la nama kopral..hehe dulu saya ada beli 3 ekor kura2 sekali..nama sbb tatau nak bagi apa saya boh je sarjan (akan diperkenalkan nanti), lans kopral(akan diceritakan kemudian gak) dan ini la kopral..dia ni aktif menepis ajakan asmara si gemuk di atas..oh lupa citer..dua2 nih duduk satu akuarium..hehe..dia pon kuat makan nih...
Ini yang paling latest...tak sampai setahun pon..ada aa 4 5 bulan..nama dia acu..hehe..nih ganas/liar siket..tak pandai bermanja..tgk org lari(berenang dengan laju) melarikan diri untuk bersembunyi..huhu.dari segi makan lak..dia pon tak byk makan..ala kadar je..takpe la janji ko sehat ye tak acu..hehe..
Najwa Latif in Penang...Eve of Aidil Adha
Hari ni cuti and i'm not so good in staying at home..jadi petang pas zohor tu tido mmg tak ingat dunia la...bangun pon sebab uncle nak balik dah..mamai2 p salam diorang n naik check twitter..
Bukak2 tgk ada twit najwa latif perform di Gurney..aku baru je berhajat dia perfom di Penang..nak gak layan live..tup2 dia mai..mmg Cun aa..
Drive direct p Gurney n up to red box..tgk mcm sunyi sepi je..mcm dah habis kot..agak kuciwa..tapi tup2 tgk seorang gadis kecil keluar membawa gitar yg agak besar dr dia sendrik..aku mcm eh biar betul mata aku nih..najwa latif tu..
Bak lirik CMB..otak kata jangan hati pula kata ya..aku nih dah aa segan amik2 gamba dgn org nih tapi beranikan diri..pederaih p jumpa dia aa..aku bajet dia mest ingat aku cina so aku cakap aa melayu..
Pas bergambar aku pon citer aa dgn seseorang nih and mms gambar di atas tuh, sampai dia jeles..huhu jangan la jeles ya..minat najwa latif for her talent at her young age..tak ramai yang berani expresikan diri pada umur yang sebegitu muda..
Tapi sayang tak dapat sembang panjang..nampak mcm letih je..ye aa smlm kat ASK, pagi tadi jauh jalan ke penang n petang tuh lak perform..so mmg paham aa condition dia..n satu lagi sayang..tak dapat tgk dia perform live..haizz..hope ada lagi show di Penang ye dik..
But just a reminder, jangan lupakan pelajaran ye adik najwa..SPM next year kan..be prepare and Insyaalah, nak sambung bidang seni pon takda masalah..
Last but not least..esok umat Islam akan menyambut salah satu hari lebaran yang dinanti2kan..sama ada di Tanah Haram bagi yang mengerjakan haji, di sini yang mengerjakan ibadah kurban dan tak kurang semua umumnya..
Saya dengan penuh rasa kerdil ini mengucapkan Selamat Hari raya Aidi Adha buat semua rakan dan ahli keluarga..maaf zahir dan batin...moga kita sentiasa mendapat barakah daripada Ilahi..
Thursday, 3 November 2011
ios 5 cekik bateri!!
Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia