Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday, 17 September 2015

Fujifilm X-M1 mirorrless camera

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah hampir 3 tahun berkecimpung dalam dunia dslr, sekarang tengah hip pulak laa berkenaan mirrorless ni..

Melalui banyk kajian dan pendapat senior dan expert, mirrorless yg berbaloi sekarang di pasaran mainly dari Fuji dan Sony..

They come from the price range as low as rm1000 up to rm10 000(dah nak sama harga dslr). But then why mirrorless?

Mirrorless ni kecik, ringan mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya mereka yg gemar untuk travel dan streets. Jadi banyak fotografer yg ke arah mirrorless sekarang.

Saya pon tak ketinggalan, lepas kaji punya kaji hati dah bertaut dengan fuji tapi masih tak pasti Fuji apa yang sesuai.

Setelah saya jual camera pertama saya iaitu eos550d, saya mencari pula sebuah camera mirrorless fuji. Saya aim pada x-a2, x-m1 dan x-e2. Tapi sebabkan faktor harga, x-e2 saya terpaksa lupakan saja la.

Setelah bincang dengan isteri, abang saya dan test dengan sebuah kedai di kota raya, saya nampak berkenan dengan x-m1.

Dengan harga yg agak murah dari pasaran, saya beli kamera ini malah dapat lagi free PU case, 8gb memory card sd class 10 serta extra battery.

Friday, 7 August 2015

Penang 1 day tour for Mr. and Mrs Holdaway



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Semalam saya membawa 3 orang pelancong warga Australia, Mr. and Mrs Holdaway berserta anak merka Mr. Garreth Holdaway  berjalan2 di Pulau Pinang.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Tour bermula seawal 8.30 pagi dan dimulakan ke Penang Hill.. Oh sudah masa nih risau gak sebab hujan turun mencurah2..tak lebat sangat tapi rasa tak syok aa xdapat nikmati pemandangan.. Sebelum keluar rumah dah agak akan hujan nih so siap2 dah prepare paying dalam kereta. Sampai penang hill mmg lebat la..so beli tiket semua naik dalam jam 9.15 am..

Dah naik atas pon hujan masih lebat so macam sabar je la, mereka pon Nampak redha dan takde la nak frust ke apa kan..nak tengok pemandangan mulanya pon berkabus tebal apa pon tak Nampak di bawah..bawa mereka pusing tengok kawasan love lock dan kemudian turun dan masuk ke Owl museum, banyak gak info2 yang kami perolehi ttg burung hantu dalam nih..

Mrs Holdaway sedang baca info tentang burung hantu
Masa nak turun tu, baru Nampak cuaca kembali baik dan kabus mula menghilang, so leh la ambik sikit masa menikmati pemandangan keseluruhan pulau pinang dri atas penang hill..

Thursday, 28 May 2015

Melancong ke singapura ( Day 2 )

Assalamualaikum..

Day 2

Day 2 nih mmg dah plan nak pi USS saja, hehe. Kami beli tiket online dari web resort world sentosa, dapat seorang SGD 68 tgh promo, dapat SGD 5 free voucher makan dan beli barang dalam USS, pastu dapat express pass ke Puss in Boot adventure, baru punya mainan tuh..

So pagi tuh bangun awal, makan lu sikit roti dengan tuna then kami gerak dalam kui 8 dari hotel ke ferrers park mrt, terus ke habour front mrt. situ lak kita stop di vivo city mall, sebelum ke sentosa express kami terjumpa food court..apa lagi..lapaqq kan..sebatt duluu..hihi

Pas makan kami naik ke tingkat 3 vivo city mall tu ke sentosa express. Sini leh ambik train dia ke waterfront di mana USS berada..tiket dia sorang SGD 4 je..p balik dalam sentosa island tuh.

Sebelum naik Sentosa express



Kami turun waterfront station tuh..jalan sikit dalam 200m sampai ke USS, ingatkan kami awai..rupanya ada dah mai lagi awai..kami dalam kui 9.15am da sampai..tapi kui 10 baru bukak.. so lepak2 lu ambik gambar di luaq USS la kan..heheh
Ha..kui 9.15am dah ramai macam nih..

Mau ada gambaq depan nih..hehe
Ini juga wajib ambik..hehe

Wednesday, 27 May 2015

Melancong ke singapura ( Day 3 )

Assalamualaikum..

Hari ke3 ni last aa.. Leteyy dah weii bangun subuh.. Pastu xtahan sambung tdo balik aa.. Tdo smpai 9 gak aa.. Pastu siap makan roti cicah lauk paket brahims kami bawak laa pagi tu..

Dalam kui 10 dah tatau nak buat apa kami jalan la g mustafa tu, kalini masuk ke dalam tngok apa ada dalam.. Wife terbampak luggage diorang jual.. Murah gak banding yg jual di malaysia.. Dia pon menyambar 1 beg yg saiz kecik punya.. Katanya senang nak packing bawak kalau nak ke mana2..

Pastu balik kami singgah kedai dekat sana pekena nasi daun pisang, hmm boleh tahan gakk lauk dia tu.. Licinn daun pisangg.. Hehe

Balik hotel pastu kui 12tgh hari kami kluaq la check out.. Dri hotel jalan balik ke ferrers park, trus ke outram park.. Pastu tukar lak ke tanah merah mrt sebelum naik satu lagi train ke changi station..

Dari changi tu p terminal 2 balik, utk dapatkan deposit tourist pass tu.. Hehe leh guna makan lak.. Pastu kami pon merayau2 la dalam changi airport ni.. Mula nak claim aa gst sbb beli barang2 di sanA.. Tapi sayang lak xleh sebab baru tau kena beli barang lebey sgd100 in single resit baru boleh.. Byk kot gst yg terlepas tu dalam sgd20.. Huhu apa nak buat bukan rezeki.. Pastu p makan n check in barang smua..



Melancong ke singapura ( Day 1)

Assalamualaikum,

23-25 may 2015, saya dan isteri telah pergi utk vacation di singapore.. Hmm prancangan dibuat agak lama, dalam 2-3 bulan awal. Beli tiket AA p balik dua orang dalam RM436. 22/5 aku gerak dari penang, jumpa wife di putrajaya, dok sana semalam rumah kak ipaq. 

Day 1

Pukui 5.30 pagi 23/5 tu dah gerak keluaq, park di putrajaya sentral pastu ambik klia transit dr putrajaya ke klia2.tiket dalam rm 6 kot.. tak igt wife yang beli..hehe

Sampai klia2 dalam pukui 6, kami p surau solat dulu.. Pastu singgah kfc jap makan.. Dalam kui 8 camtu kami p check in beg trus masuk je dalam.. Tara nak cari gate lagi.. Adoii jauh nyaa..
Sementara tunggu flight, layan sunrise lu di KLIA2

Kui 10 flight, kui 11 sampai la singapore..kami sampai kat terminal 1 changi airport.. masa sampai nih hujan..mula2 pikiaq alaa..rosak aa plann nak jalan2 sebab hujan..tapi tgk macam dah seriat so tiba2, harapan kembali bersinar..hehe

Tiba di Changi
Dari terminal 1 kena ambik lak train yang disediakan ke terminal 3, sebab terminal 2 tuh train takleh pi..rosak kott.. sampai terminal 3, kena lak jalan pi ke terminal 2 melalui bridge penyambung tuh dan turun ke mrt..dari sana baru boleh beli tourist pass..pass nih harga dia SGD30 untuk 3 hari(SGD10 deposit, balik nanti claim balik tempat sama) Dengan tourist pass nh, kita boleh naik mrt dan but under SMRT secara percuma selama 3 hari tersebut..

MAP MRT SIngapore

Wednesday, 15 April 2015

Freelance Photography Trainer / Pembimbing Fotografi bebas

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Anda tidak pasti apakah itu aperture, iso, shutter speed, komposisi dan pencahayaan?

Adakah anda tidak mahir untuk edit gambar anda untuk nampak lebih elok dari biasa?

Insyaallah saya boleh membimbing anda memahami asas fotografi DSLR/handphone dengan lebih mudah.

Add saya di facebook, dan IM saya niat anda insyaallah boleh diberikan tunjuk ajar.

Jika anda berada sekitar penang, kita boleh aturkan untuk satu perjumpaan untuk pengajaran praktikal bersama.

Bayarannya?? Untuk kumpulan kecil, belanja teh tarik ka mee goreng pon boleh la.. Hehe

Untuk kumpulan besar, harga boleh dibincang kemudian mainly untuk persediaan ruang mengajar yang selesa.

Jadi, untuk mereka yang ingin belajar boleh je add saya ye www.facebook.com/hafizzuddin ..

Thursday, 19 March 2015

Journey Penang : Private Penang Tour Guide

Assalamualaikum..Salam 1Malaysia..

Penang ni merupakan salah satu tumpuan pelancong dalam negara. Menggabungkan nilai moden dan juga sejarah, Pulau pinang memang tidak lekang dari kunjungan pengunjung dalam dan juga luar negara.

Tapi ramai yang bertanya, apa yang best di penang ni? Mana nak pegi? Apa tempat2 menarik? Persoalan yang sering timbul pada fikiran orang-orang yang mungkin 1st time nak datang penang.

Jadi di sini, saya ingin menawarkan diri saya untuk menjadi tour guide anda.. Banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati dan juga banyak tempat2 menarik untuk menjamah makanan juga..

Antaranya tempat menarik bukit bendera, rumah p ramlee, batu ferringi, street art area town, trick art muzium dan bermacam2 lagi..
Bukit Bendera

Trick art museum

Makanan jangan cakap la, cakap ja nak makan apa mee goreng sotong hameed pata, nasi kandaq line clear, best penang teow chew cendol, pasemboq.. semua saya boleh cover.
Jeruk Madu Pak Ali


Image result for nasi kandar line clear
Nasi Kandar Line clear

Mee Hameed Pata

Saya cuma perlukan tarikh lawatan anda dan juga planning anda. Kalau hujung minggu insyaallah saya boleh, Nak sight seing ka nak makan2 ka atau nak dua2..tapi just booking awal dulu ya.. Cuma kalau weekdays tolong booking awal ya dalam seminggu atau dua sebelum tarikh anda sampai..

Tapi untuk stay hotel, itu saya tak cover, tapi saya boleh bantu anda untuk book dan juga suggest tempat2 menarik untuk anda stay..

Jika anda datang dalam kumpulan kecil(4 orang ke bawah) pengangkutan saya sediakan tapi kalau dalam group yang besar, saya cadangkan anda cari kereta sewa, saya boleh menolong anda dapatkan.

Sebarang soalan..anda boleh whatsap saya 0193750057 atau email pada mrapeace2004@yahoo.com
Pakej yang ditawarkan pada harga mampu semua, sekadar duit minyak dan duit servis aje serendah RM40/day dan takda GST :)

So jangan risau lagi kalau nak mai penang, mai saja yang lain saya settle.

Penang is one of the tourist spots in the country. Combining modern and historical value, Pulau Pinang is not far from the traffic of visitors within and outside the country. But many are asking, what is best in penang? Where to go? What sights? The question that often arises in the minds of people who might want to come penang 1st time.So here, I want to offer myself to become your  tour guide .. Lots of interesting places that can be visited and also many interesting places to eat too ..Among the attractions of the penang hill, home of our legendary actor/singer/director P Ramlee, Batu Ferringi, street art in town area, and lots more ..There plenty of exotic food in Penang. Famous with its fried spicy mee with squid pata hameed, nasi kandaq(rice with lots of curry) line clear, penang best cendol teow chew, pasemboq .. all of this I will cover.  I just need your visit and your planning. But kindly book earlier especially if you need it during weekdays, kindly do so 1 or 2 weeks earlier before you arrival date. But for car rental or hotel stay, I did not cover it, but I can help you to book and also suggest interesting places for your stay according to your budget..   About the price.. you can contact me via WhatsApp +60193750057 or email me at mrapeace2004@yahoo.com . God willing I will not charge with extreme charges, just the petrol charge and service charges as low as RM40/day :)   So do not worry anymore if you want to visit Penang, just contact me and I’ll settle your trip.

Friday, 6 March 2015

Maried to a queen

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan umur yang panjang dan masih dapat membawa kudrat mencari rezeki.

Tanggal 1 Muharram 1436(24 oktober 2014), lepas Isyak saya telah menikahi tunang saya, Normawar bt Ali dengan 1 kali lafaz.


Its a new chapter in my life and hope it will go well till Jannah.

From strangers became friend, from fiancer to wife.. She is finally here beside me.

Alhamdulillah, terima kasih pada ahli keluarga kami yang banyak memberikan bantuan dan sokongan. Tidak lupa juga pada kawan2 yang banyak berikan dorongan serta nasihat.

Doakan kami supaya bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..

Tuesday, 3 March 2015

iPhone tak dapat line (no signal) bila tukar sim/phone?

Assalamualaikum,

Hmm baru2 nih saya terkena(actually bukan saya tapi buyer iphone 5 lama saya) satu situasi yang tak pernah kena. Bila masukkan sim baru dalam phone tu, tak dapat2 signal asyik searching ja kat iphone tu.. nak kata sim rosak mmg tak la sebab pakai di iphone lain ok, iphone rosak pon tak gak sebab sebelum nih pakai ok je, tapi sebab ape ehh??




Gamba dari mr google.. untuk tujuan bagi faham je abaikan version ios dia ye..