Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Friday, 30 December 2011

Bila cinta ditolak..2 kali!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Harini banyak benda nak tulis..tadi pagi dengar fly fm pasai one night stand igt nak tulis pasal tu aa..pastu baca paper ada pasai gangguan seksual plak rasa nak tulis pasai tu.

Tapi harini saya memilih utk menulis ttg perasaan saya bila rasa cinta saya pada seseorang ditolak mentah2.




Apa la nasib kan..bila kita suka kan seseorang tu..kita sentiasa ingin dia bahagia dan gembira..jadi kita akan cuba buat baik je dengan dia.

Al kisahnya pertemuan ini terjadi 4 ke 5 tahun sudah..time tu aku dah mcm tgk je sukaa kat dia tapi dia senior dr aku so sah aa budget mahal takdenya pndang aku ni..

Pastu aku pnah kuar skali dgn dia n pnah jugak luah rasa di hati tapi atas sbb ape tah(buat2 lupa utk sedapkan hati) perasaan ku di tolak..

Tapi time tu cool aa takde rasa apa sgt pon so i move on je la..

Baru2 ni plak kami mcm kmbali keep in touch..ye aa skang da maju ada whatapps n imsg so takdenye nak pkir pasai kredit..heehe

Bila lama2 perasaan lama ni kembali semula tapi yg bes tu belum sempat luah lagi dah kena reject..hahaha

Ini la dlm sjarah hdup aku d reject 1 girl yg sama..slalunya aku je reject org(hambik ko..2 kali lak tuh.. padan muke!!)

Tapi apa nak buat kan..cinta tak semestinya memiliki, sayang xsemestinya bersama..asal dia bahagia dlm cara apa pon aku hargai aa..

Aku akui aku agak sentimental aa gak..mungkin sbb aku ni bkn org kl yg tau apa itu gucci dan prada atau mungkin aku ni terlalu 'bosan' baginya..or mungkin i'm too good for her(mungkin jga) atau apa jua alasannya..aku redha je laa.. i'll always be ur jacob my bella(perghhh nak perasan twilight pulakk)

Bila cinta ditolak, its not the end of our life. Maybe its just the beginning of sumthing new..tpi new tu dri segi apa?

For me, pmahaman aku ttg cinta dan perhubungan dah jauh beza dr dulu.. Dulu nk bcnta spya bla kuar ada tmn, sdih ada yg pjuk, gmbira ada yg kongsi.

Tp bgi aku smua dah beza..watpe nak kaple lama2 tpi xde rasa utk memperisterikan dia? Mcm bg harapan palsu je kan.

So since that my mind has change thus i wont think of myself anymore but to my partner as well.

Bek la kita bcinta lepas kawen je kan(haha mcm uztaz azhar idrus je)..sbb rasanya itu akn last longger..

Tp nk kawen bkn sehengget dua skang..hantaran letak tinggi xhengat..org keja kuli cam aku ni mau dua 3 tahun kmpul baru ckup kot.

Fuhh jauh plak aku mlalut kan..so to those yg frust mnonggeng sbb awek or mamat hensem reject korang..takyah aa nk sedey sgt..ada lg truk kot dr korang '-_-.

Bak kata kwn baik ku, nanan..just let go n follow the flow..although the flow is uncertain but u will be happy travelling through it..

Akhir kata, bila cinta di tolak..takyah aa p bnuh diri..ingat Allah cintakan kita tu dia timpakan musibah utk kita sentiasa ingat padaNya..

Sunday, 25 December 2011

Surau Queensbay terabai..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sedih juga bila dipikir-pikir yang sebuah pusat membeli belah yang tersohor di Penang iaitu Queensbay mall gagal menjaga fasiliti surau dengan baik.

Sudah berkali2 saya memerhatikan hal ini tadi saya tak terpanggil utk menulis pape sebab ingat ini pkara mudah dan patutnya akan ditangani.

Tapi nyata setelah hampir sebulan dan beberapa kali saya hadir ke surau ni langsungvtak berubah.

Apa yang saya maksudkan adalah fasiliti penghawa dingin dalam surau yang sudah rosak dan bocor.

Apa yg mampu mereka lakukan hanya meletak satu bekas untuk menakung air hasil kebocoran penghawa dingin tersebut.

Masalahnya ia diletakkan betul2 di tengah surau dan nyata mengganggu pengguna surau terbabit.

Misal kata pada waktu puncak solat dan ramai jemaah yg hadir, tidakkah ini mengundang kesukaran apabila jemaah perlu menyusun saf supaya tidak kena pada lelehan air yang bocor itu.

Selain itu, dinding surau ini pun sudah nampak berkulat dan kotor. Ini nyata bertentang dengan konsep rumah Allah yang semestinya perlu dalam keadaan bersih dan cantik.

Nyata pengurusan queensbay gagal dalam menjaga fasiliti penting mereka yakni surau ini.

Dengan nada sedih dan kesal saya mengharapkan pengurusan cepat membuat perubahan kerana masalah yang dihadapi itu tidak sukar utk diperbaiki.

Apa yang mereka perlukan adalah usaha dan rasa bertanggungjawab ke atas salah satu fasiliti penting bagi umat Islam ini.

Akhir kata, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, diharapkan pengurusan queensbay akan cepat mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah ini.

Medical checkup..what do they check??

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..




Beberapa minggu lepas aku kena p buat medical checkup kat Tanjung medical center atas permintaan company. Yg bes ttg company ni apa ja berkenaan medical tak kira amik ubat or checkup skali pon..semua ditanggung beres..FOC beb..





Aku yang 1st time p utk real med checkup pon blur2 aa kan..tapi menda biasa macam amik berat, darah, kencing n xray tu biasa la..tapi ada tambah dua yang tak penah aku buat sebelum ni iaitu ecg utk check jantung kita dan ultrasonic untuk check liver, pankreas dan juga kidney.





Semalam aku p jumpa doktor untuk amik result dia..hmmm seems ok tapi rasanya kalo aku tak jaga gaya hidup dan pemakanan aku rasanya akan ada masalah je di masa hadapan..






1st of all BMI aku dah terlebih..27 kot..org biasa dlm 24 je(kalo tak salah aa) so ini mmg yang 1st skali doktor tegur dan minta aku untuk kurangkan berat badan lepas ni..





Blood pressure aku pon dah normal high..Huhu so aku ni nampaknya dok ada di par je la antara yg sihat dan kurang sihat ni...huhu ada lagi kot..huuhu





Ultrasound, xray dan ecg aku semua ok takde masalah ketumbuhan ataupon gallstone yang ditemui..tapi banyak masalah tu dtg dr arah aku sebenarnye..huhu





Gula dalam darah aku pon katanya da tahap normal high dah..errr...tapi aku rasa sbb aku p mnum nescafe kot mlm tuh sikitt baru prasan esoknya nak p med checkup..tapi aku check biasa guna mesin mak aku beli pon cam tak jauh beza je..5.3 gak..so rasanya i need to cut from dringkin to much sugar base drinks and less carbo in my meal.





Cholestrol plak..aku tatau plak sblum ni ada good kolestrol (HDL) tau ada bad kolestrol je(LDL) so bila doc cakap hdl aku rendah dr biasa aku pon heran aa..tambah lak dia kata ldl aku agak tinggi(3.6) lagi laa aku pelik..



Persoalan aku mcm mana nak improve..dia kata paling senang makan ubat kolestrol tapi pada umur aku itu tak digalakkan..dia suruh aku ubah cara hidup dan pemakanan ku..kena kurangkan minyak serta lemak tapu n byk buat senaman untuk kuat dan sehatkan badan.





Lepas dapat dr nasihat doktor ni baru aku sedar kita ni dok rasa kita punya cara hidup dah betul selama ini tapi bila dah test baru tau apa sbnarnya impak pada badan kita.

Oleh itu saya rasa med checkup ni penting dan perlu dititik beratkan oleh semua orang.

Pada yang company sponsor, bagus la tapi kalo yg tak sponsor blnja la dlm 2-3 ratus.. Insyaalah berbaloi.



Jika kita dapat tau masalah dlman kita lebih awal kita mampu mengubah sebelum ia melarat hingga umur kita lanjut.

Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jangan dah terantuk baru nak terngadah.

Kekalkan cara hidup sihat dan insyaalah dengan izin Allah kita akan sihat walafiat sentiasa.






P/S Camna nak tau yang mana kanan yg mana kiri??

Saturday, 24 December 2011

Pengumuman penting!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Dengan lafaz Bismillah-ir Rahmah-ir Rahim..saya Muhammad Hafizzuddin Bin Baharin@Md Daud dengan ini ingin mengumumkan kepada semua orang bahawa saya sekarang SINGLE but NOT AVAILABLE!

Sekian, terima kasih.

Ku tak cari kesempurnaan..

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Zaman sekarang ni ada ka manusia yang hidup di dunia ni yang kita boleh kategorikan sebagai sempurna?? Mcm takde je..

Tapi lain plak kata Andra & the black dog bone dlam lagu sempurna:
"kau begitu sempurna,
Dimata ku kau begitu indah,
Kau membuat diriku agar slalu memuja mu"

Hakikatnya memang tiada manusia yang sempurna dalm hidup ini tapi kita melihat seseorang itu sempurna sbb dia ada ciri2 yang boleh melengkapi kita.

Sebenarnya dalm mencari pasangan hidup setiap orang ada pilihan dan cara masing2. Ada yg nak cantik, ada yg nak cool, ada yg suka tough dan sebagainya.

Tapi bagi aku aku cuma mencari 3 sifat ja dalam diri seorang wanita untuk menjadi bkl suri hidupku.

Pertama taat pada Allah, Rasul dan aku sebagai bakal khalifahnya. Ketaatan ini penting kerana jika ada sifat ini pasangan kita mest akan mendahulukan hukum Tuhannya dan patuh akan kata2 suaminya..

Kedua adalah ingatan yang kuat. Ini bukan sebab nak suruh hafal nama ubat atau formula2 math tapi ingat pada nasihat dan peringatanku selagi ia tak bertentang dgn syarak.

Ketiga sedap mata memandang, sebab walau tak cantik sekalipun di mata tapi dia sedap dimataku, aku sudah cukup gembira dan syukur atas kurniaanNya..

Memang banyak kalo nak ikut pada penjelasan nabi untuk memilih bakal pasangan hidup kita tapi aku tak mencari kesempurnaan.

Asal dia mahu berubah dan mahu belajar, akan ku pacu dia ke arah kebaikan dan terus menjadi insan yang solehah.

Manusia mmg takkan lari dari membuat kesalahan tapi jadikan kesalahan yang kita buat sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri kita.

Saya tidak suka org yang sudah ditegur tapi masih melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Jika ia dibuat tanpa sedar mungkin boleh dimaafkan tapi jika dibuat secara terang-terangan memang tak dapat diterima.

Kejujuran seseorang itu juga memainkn peranan yang penting kiranya dia betul2 mahu menjadi sebahagian dari hidupku.

Hidup dalam pembohongan dan kepura-puraan hanya akan memacu kita ke jalan kemusnahan walaupun ia nampak indah di permukaan tapi didasarnya ia hodoh bak kurap, busuk bak bangkai.

"Its not perfection i'm looking for, its the sincererity is what i'm searching".

Ini adalah kata2 yang terlintas dibenakku tika beberapa perkara yang merumitkan timbul dalam diriku baru-baru ini.

Insyaalah masa masih panjang bagiku dan jodoh aku yakin Allah akan berikan dalam apa jua cara yang Dia inginkan.

Dan sehingga aku berjaya mendapat dia yang diredhai Allah, aku takkan berhenti usaha dan terus mencari bakal suriku, bakal pelengkap hidupku.

Thursday, 22 December 2011

Cara-cara ganti kad sim dalam IPhone 4/4S

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Hmm..dah hampir setahun pakai Iphone nih tapi tak penah lak try nak bukak micro sim kad tray dia nih..susah sebenarnya nak bukak nih..adalah dalam 10 kali aku try 3 kali je terbuka..huhu tapi bila dah dapat cara dia jadi mudah la sikit.


Sebenarnya apa yang rasa susah sebenarnya sebab kita kena cucuk, takut kalo cucuk kuat nanti rosak ke apa kan..so mcm ishh betul ke nih..huhu so di sini saya nak share la dengan kawan2 cara bagaimana nak ganti/keluarkan slot untuk micro sim card:


1. Boleh guna klip kertas biasa yang diluruskan atau guna special tool yang tersimpan dalam kotak iphone kita pada tempat buku manual dia.


2. Tengok belah kanan IPhone ada satu lubang kecil je..haa sini la tempat untuk sim kad anda. Sim kad untuk IPhone 4 nih tak macam sim kad biasa, nama pon micro sim kad kan..saiz dia 15mm x 12 mm je banding dengan sim kad biasa 25mm x 15mm.





3. Masukkan pin atau special tool tersebut ke dalam lubang kecil tu. Tekan kuat sikit je sampai nampak tray sim kad tuh dah nak terkeluar den tekan lagi sampai dia kuar habis je..



4. Letakkan micro sim kad anda dalam tray tersebut. Pastikan dia betui2 duduk dalam tempat dia dan bahagian emas sim kad kita mengadap ke bawah.


5. Masukkan balik tray tu dalam tempat yang kita keluarkan tadi. Tekan sampai dengar bunyi klik..kira dah settle la tuh..



6. Tunggu IPhone anda untuk cam kan sim anda and walllaaaa....its ready to be use..hehehe..

Jadi untuk kawan2 yang rasanya nak tukar IPhone 4S bleh aa gunakan tips2 ini..buat sendrik je takyah hantar kedai2..jgn2 diorang caj lagi ade..haha..

Monday, 19 December 2011

Peribahasa Melayu Yang Tak Jelas


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..




Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yg TIDAK JELAS

1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.

Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.


Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.

BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).






Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.

Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.

هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

Sekarang ini jelas??? =)




Thanks to Aniq and KKM