Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Tuesday, 17 April 2012

Raynox for Macro Photography

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Dunia fotografi sememangnya satu dunia atau hobi yang bukan murah..sekali anda terkena anda sanggup mengeluarkan ratusan ringgit untuk memenuhkan aksesori kamera anda.

Oleh itu, saya nak ambil kesempatan untuk memperkenalkan satu produk..Raynox DCR 250 khas untuk mereka yang suka mengambil gambar bercirikan makro.


Dengan Raynox DCR 250, anda tidak perlu menghabiskan duit beribu2 untuk membeli lensa khusus untuk makro, you can just mount this lens onto your own kit lens and you can start hunting for you macro 'talent'.

Dalam set ni anda akan diberi satu 49mm lens dan satu adaptor untuk mount pada lens yang berukuran 52-67mm.


Bukan saja perkenalkan...saya juga buka untuk sesiapa yang ingin membeli lens ini..kawan saya baru saja beli 10 unit dengan saya..harganya sangat murah..RM230 sahaja..tapi untuk pelajar saya kurangkan RM 220 sahaja..tidak termasuk wang untuk pos. Harga wang untuk urusan pos berlainan mengikut negeri masing2..

Tuesday, 10 April 2012

New hobby carried myself away..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Kebelakangan nih susah sikit nak buat entry utk blog..hmm bukan ape sbb busy lak dengan hobi baru nih..hehe..fotografi is a very good time filling hobby..

Dulu balik kerja bleh aa nak merapu2 sikit..sabtu ahad lak takde apa banyak laa idea yg mencurah2 untuk disumbangkan dlm blog nih tapi skang dah macam tersekat sikit..

Balik kerja sekarang pon masa digunakan untuk edit gambar2 stok lama yg diambil pada setiap hujung minggu..jadi terma masa luang bagi saya macam...pffttt...ade ke??heheh

Skang bila kita minat dgn fotografi nih..saya dengan sendiri merelakan diri untuk mempelajari lebih mendalam berkenaan teknik dan juga jenis2 fotografi yang ada untuk dipelajari dan dipraktikkan..setakat nih saya sudah mencuba landscaping, potrature, macro, HDR, light painting (nih fail sebab saya mmg buta seni selamanya), light trailing dan juga panning.

Nak cuba semua tapi bagi saya takde semua pon yg dah perfect or dah hebat..tapi takpa la buat masa mula nih nak cuba2 dulu untuk cari jiwa saya sebenarnya pada teknik mana yang saya rasa sesuai untuk saya lebih mendalami..

Saturday, 31 March 2012

Light Painting..New technique To be learn..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Harituh aku ada cakap nak test2 light painting kan..so harinih aku buat aa and guess what...it was so cool and awesome...rasa puas pas dapat tuh mmg terbaek aa..

Tapi sayang aku nih mmg dilahirkan buta seni sikit so menda yang aku buat mmg menda yang cikai2 n mcm budak2 laa jugak..apa nak buat Allah tak bagi semua manusia nih sempurna..

Apa yang penting semangat nak belajar and rasa ingin tahu sebab ilmu Allah nih luas seluasnya..selagi bernyawa cedoklah sebanyak yang mungkin k..so aku share aa attemp aku harinih..korang kalo nak komen..feel free to do so aku mmg tak simpan dalam nye...




Thursday, 29 March 2012

Ada apa dengan esok?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Aku suka sangat esok..heheheh esok adalah hari yang sangat unik sebenarnya untuk aku nih..hehehe sejarah yang mcm2 berlaku..

Esok aku cuti dri kerja..actually bukan aa sebab pe pon tapi sebab ada interview esok..kalo nak amik half day bleh je tapi alang2 tgh tak byk keja...aku cuti je laa...hehe

Kalo korang nak tau..last year pon aku cuti gak on this date..hahah aku p dentist buat gigi...erkk maknanya dah setahun..kena p buat scalling lagi nih tapi bila nak ada masa pon..adehh...hehe

Basically y i cant let this date out of my mind is that this is the date yang aku mula2 berchenta la kot..hahaha tuh bila eh..ermm...wahh lama gak aa..hahahaha..gila dah 2 digit pon jumlah tahun itu..

Wednesday, 28 March 2012

Penang Butterfly Farm: Shoot for Nature's Life

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

10 Mac Lepas aku p butterfly farm...fuhh nak sampai sana pon punyala dugaan..dari ofis aku bertolak kui 3..punya lah jem..mau dkat kui 5 baru sampai..adoyaii..sib baik tak tutup lagi..so this is what i get..hehe.










Tuesday, 13 March 2012

Selamatkah Kita??

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Masih ingatkah anda pembunuhan kejam seorang usahwan wanita yang dibakar bersama pemandu dan rakan niaga beliau tahun lepas? Pada saya kes ini masih belum lagi selesai dan ia masih bermain lagi diingatan rakyat Malaysia amnya.

Semalam pula kita digemparkan dengan berita adik Nurul Nadirah atau lebih dekat dipanggil Dirang ditemui mati akibat dibakar oleh segolongan manusia durjana berhati syaitan dan bertopengkan manusia untuk hidup di bumi ini.

Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac yang lalu ditemui dalam keadaan yang sangat sukar untuk dicam, hanya ujian DNA berjaya memastikan bahwa itu adalah anak kepada Puan Roselyn Alan.


Sekaligus menimbulkan persoalan dibenak pemikiran saya, benarkah Malaysia ini selamat tanpa perlu ada rasa ragu2..hingga Malaysia diiktiraf negara ke-19 paling selamat dan aman di dunia, adakah cukup dgn transformasi yang jalankan oleh PDRM untuk kurangkan kadar jenayah?

Saturday, 10 March 2012

PTD Interview Mac 2012...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hmm Isnin lepas dapat berita yang saya kena p interview PTD 30/3/2012 ni..hai la tarikh nih...sgt la simbolik buat saya..hehe..takde tarikh lain ke eh..

Nak dipendekkan cerita, mula2 apply PTD nih semangat la juga tapi skang nih cam dah bkurang je semangat nak masuk gov nih..apa sebab eh..

Gaji? Hmm..gaji ni bukan la 1 faktor pon sbb skang nih gov gaji pon bleh tahan..tapi mmg aa swasta byk lagi yg tawarkan tinggi2 tapi tempat aku nih mcm..ciputt je so..ada gak rsa nak blah tapi lek lek lu aa kot.