Sokong Plan Transformasi Negara
Saturday, 28 January 2012
Kisah bantu Elfira sesat di Penang
Friday, 27 January 2012
PAC for PTD on 19/11/2011 Result Is Out!!
Wednesday, 25 January 2012
Blogku berwajah Baru

Tuesday, 24 January 2012
Cuti-cuti CNY
Ni semua sbb aku baru download M8 papago dlm iphone, so kiranya nak test power la kan..hehe..sib baik la aku tak beli gps betul2 sbb kalo beli pon mau 4 5 ratus, nih download dr appstore baru 75 je..huhu(aku tak jailbreak ok)..
So harinih nak crita ttg cuti2 saya nih la kan..hehe sampai KL pon dah malam 22/1/2012 sebab patutnya aku standby utk apa2 masalah di kilang, tgk sampai tgh hari tuh takde masalah sgt..pas Zohor aku pon bertolak..
Sampai malam tuh lapar giler..niat dihati nak p makan nasi lemak antarabangsa di Kpg baru sebab aku duduk pon kat KL international hotel tuh mmg dekat dgn kpg baru. Tapi sayangnya aku p tadak lak parking kan, pastu igt nak makan aa western kat kpg baru..nasib baik ada satu spot letak kreta..masuk2 kedai tuh full house lak..arghhh geram nye pasal aku shoot p bangsar makan nasi di pelita..habis crita aku kenyang..
Esoknya 23/1/2012 mula2 igt nak p melaka tapi baca kat twitter plustrafik, tulis trafik sesak lak nak ke melaka nih..sudahh aku mmg malas bab sesak2 nih..so tukar la plan..shoot p Putrajaya..hehe..rancang nak jalan2 tgk tasik dye..
Tapi bila sampai sana rasa nak p masjid besi lak..hehe so cam ok aa p jalan2 kat tasik den p solat kat masjid besi tuh..usha2 tgk putrajaya cruise tuh jalan 2.15 petang lak, so aku amik keputusan p aa semayang dulu..so pas semayang tgk pon dah kui 2 aku bajet takdan dah..so p makan n it nak p naik kui 3.30ptg punya.
Dalam kui 3 p nak beli tiket, dah habis pulak kena tunggu 4.45, so aku pon mcm malas je, lain kali je la aku naik cruise tuh..by the way harga takde la mahal sgt..RM30 je utk warganegara Malaysia..hehe
Monday, 23 January 2012
Khutbah terakhir Rasullullah S.A.W
Harini saya nak kongsi berkenaan amanat terakhir manusia yg paling Allah dan kita umat manusia syg iaitu Nabi Muhammad S.A.W.. Moga kita ambil iktibar akan peringatan Baginda.
"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
Sunday, 22 January 2012
Gong Xi Fa Cai
Esok rakyat Malaysia berbangsa Cina akan menymbut perayaan tahun baru lunar. In fact malam ni pon dah start dgn gathering dan reunion dinner with families, makan yee sang(betui ke ejaan ni).
Sebagai salah satu bangsa utama dalam negara kita, nyata sambutan ini disambut meriah tambahan pula dengan seruan Dato Seri Najib Razak yang meminta agar rakyat Malaysia mengamalkan rumah terbuka pada semua rakyat Malaysia.
Ada juga yang tanya aku, aku tak sambut ke perayaan ni sbb aku pon ada darah keturunan Cina. Jawapannye aku tak sambut pon sbb takde family Cina pon.
Mak saya mmg seorng yg pure Cina tapi dia dah diberikan dan dibela oleh keluarga Melayu jadi dia pon dibesarkan Islam. Orang dulu2 snng amik anak angkat takyah birokrasi2 ni.
Surat branak pon snng2 je boh nama sapa, ibu bapa sapa semua leh bubuh je nama sapa kita nak kan. So, aku tak sambut cuma aku banyak tau adat dan cara2 perayaan ni disambut sbb banyak kawan dan semua jiran tu pon Cina.
Tahun ni tahun Naga air, fuhh terigt dulu2 baca komik mesti ada unsur2 naga2 ni paling takleh lupa 18 cakar penunduk naga(ni hikmat khas kumpulan pengemis)..adehh jauh lak aku menyimpang kan..
So di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Cina buat semua rakan2 berbangsa Cina khususnya dan seluruh rakyat berbangsa Cina Malaysia amnya, may u have a prosperous year ahead.
Friday, 20 January 2012
Wanita dan Semalu..
Tengah melayari internet tanpa arah aku terjumpa satu artikel menarik, kisah Rasullullah S.A.W dan anaknya Saidatina Fatimah r.a. mengenai pohon semalu..jom kita ambil iktibar.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

