Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Wednesday 13 June 2012

Street photography: Penang Road 9 Jun 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Streets photography atau fotografi jalanan adalah satu cabang fotograpi dimana kita turun ke jalanan untuk mencari subjek tidak kira orang, bangunan, atau pon kenderaan.

Bidang fotografi ini sebenarnya banyak menguji fotografer dari segi komunikasi dan cara memujuk terutamanya orang yang kita tak kenali untuk bagi kita keizinan untuk mengambil gambar mereka.

Ini adalah sesuatu yang agak sukar bagi saya sebab saya nih dah la pemalu, bila nak cakap dengan orang nih rasa mmg sangat susah lah..huhu..

Asas streets fotografi nih kita tak digalakkan guna telefoto lens, baik lens pendek atau prime lens untuk menguji teknik dan keramahan kita di jalanan ini. Yang sebaiknya guna f rendah macam f/1.8, fuhh baru dapat bokeh lak..mmg sedap aa..

Tapi streets bukan sekadar ingin memaparkan gambar orang itu saja, ia lebih kepada penceritaan seseorang itu terhadap situasi yang sedang berlaku disekelilingnya. Oleh itu kita cuba dapatkan depth of field yang lebih supaya background jadi jelas dan penonton faham penceritaan yang cuba kita bawa melalui gambar tersebut.

Saya tak pernah cuba, tapi teknik motion blur yang salah seorang saya buat ketika event di Penang road harituh pon nampak menarik..simply reduce shutter speed n increase f number..kita mampu menceritakan jalan itu sibuk dengan gambar bayang manusia yang lalu lalang.

Kita tidak terkongkong dalam satu cara sahaja bila kita turun ke jalanan untuk mengambil gambar, pelbagai cara dan teknik fotografi yang kita boleh jelmakan dalam karya kita di jalanan tersebut.

Dengan ini, saya selitkan beberapa gambar yang saya dapat di Penang road tempoh hari.

No comments:

Post a Comment