Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Sunday 20 November 2011

Kumbang Rove a.k.a Charlie, the scary insect

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..



Tibe2 je terpikir nak buat entry pasai menatang nih..apsal?? Hehe ni sebab masa kat INTURA smalam aku ternampak menatang nih setelah beberapa tahun aku tak tengok menatang nih.



Menda nih sangat popular terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan sawah-sawah padi..tak ketinggalan la jugak pengalaman aku dia KMPP..

Pergh mmg heaven la charlie dok KMPP tuh..mcm2 dia dapat kot..yang jantan p kat asrama pompuan..menyengat plak di kawasan yang tuttt tuttt lak tuh...(info manusia yang open minded citer je kat aku)..Kalo yang laki plak biasa aa tido tak pakai baju badan tuh mmg mendapat 'tatu' semula jadi aa..hahaha



Jadi aku pon mula la mencari di internet so aku jumpa satu pdf file dari web MPSP. Jadi aku dengan ehsan MPSP nak menterjemahkan isi kandungannya ke dalam blog ini..



Apa sebenarnya Charlie nih??


Jawapan:






Morfologi



Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.






Habitat dan tabiat permakanan



Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.



Kesan pada manusia




Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.





Nasihat kepada yang dijangkiti




Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.



Haa...jadi ini lah sedikit sebanyak berkenaan kumbang rove a.k.a charlie nih..so pada budak2 bandar yang rasanya tak penah nak tau..harap entry ni dapat mengisi cawan ilmu anda..buat bakal2 yang nak masuk kolej atau universiti yang berdekatan sawah nih..berjaga2 la ye..hehe

No comments:

Post a Comment