Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Sunday, 7 November 2010

Kepujian Sejarah Bukan Jawapan

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mewartakan antara skema yang dititikberatkan untuk kemasukan pelajar ke IPTA adalah mencapai kepujian untuk subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Antara IPTA yang pertama menyahut seruan kerajaan adalah UiTM yang mahukan bakal pelajar UiTM perlu terdiri daripada mereka yang benar-benar memahami sejarah.

Sehubungan dengan itu, banyak yang diperkatakan mengenai subjek Sejarah dan pembaharuan yang akan dibuat bagi memperkuatkan lagi pemahaman pelajar mengenainya.

Akan tetapi walau diperhalusi sedalam mana sekalipun berkenaan sejarah, adalah sukar bagi mendapatkan seorang pelajar yang benar-benar ‘memahami’ Sejarah jika format peperiksaan tidak diubah.

Boleh dikatakan hampir 90% pelajar yang mengambil peperiksaan di Malaysia hanya menghafal fakta-fakta yang tertulis dalam buku teks, jauh sekali daripada memahaminya.

Walaupun format diubah kepada tugasan atau ‘assignment’ yang lebih diberikan sekalipun, pelajar di abad yang serba moden ini sudah pandai menggunakan internet untuk salin dan cetak.

Jika mereka tidak mahu ditangkap plagiat sekalipun, mereka akan mengubah beberapa kata-kata yang senang agar ia tidak kelihatan serupa.

Dengan kata mudahnya, tugasan yang diberikan bukan sekadar tidak difahami malah meeka juga tidak membaca apa yang mereka salin daripada internet itu kerana apa yang mereka mahukan adalah gred yang baik.

Oleh itu jika kerajaan benar-benar mahukan pelajar itu memahami dan mendalami sejarah, satu mekanisma yang lebih teratur dan menjurus kepada objektif perlu diwujudkan.

Ini kerana sekadar menghafal fakta dan menyalin daripada sejarah, sesiapa sahaja boleh mendapat kepujian bermakna apa yang telah ditakrifkan oleh kerajaan bukan sahaja tidak menepati objektif malah lebih teruk mereka meneruskan kesalahan yang lampau bertopengkan perubahan baru.

Apa yang pelajar ini perlukan adalah kajian demi kajian dan pembentangan kepada semua kajian-kajian mereka untuk menilai sejauh mana pemahaman mereka terhadap kajian yang telah dijalankan.

Dari segi mental, pelajar yang cekap menghafal memang mudah menterjemahkan apa sahaja hafalan mereka melalui tulisan di atas kertas tetapi bila ia disoal oleh guru mahupun rakan sekelas, rasa gugup itu boleh menghilangkan semua hafalan mereka dan apa yang tinggal hanya apa yang mereka fahami.

Dengan itu, guru mampu menilai tahap kefahaman sebenar pelajar itu malah ia sebenarnya lebih menjimatkan wang dari segi pencetakan kertas peperiksaan dan masa dari segi peruntukan untuk menyemak kertas-kertas peperiksaan pelajar tersebut.

Selain itu, kita mempunyai banyak aliran sekolah seperti sekolah aliran kebangsaan, aliran jenis kebangsaan dan juga aliran agama Islam.

Ini juga mungkin menyumbangkan kepada kegagalan rancangan kerajaan ini kerana ‘handicap’ yang perlu diberikan kepada beberapa sekolah jenis kebangsaan.

Bukan saya ingin menuduh, tetapi bolehkah anda bayangkan sekolah jenis kebangsaan mengajar dan menitikberatkan kepada pelajarnya yang kontrak sosial perlu dijaga dan menghormati hak istimewa Melayu di Malaysia?

Jika difikirkan dan dibayangkan semula, ia boleh dianggap sebagai kelakar tetapi realitinya perlu ditimbang kerana ini sebenarnya wujud di dalam negara kita ini.

Oleh itu, mereka yang mahukan pelajar anak bangsa mereka mendapat kepujian dalam sejarah mampu berbuat apa sahaja contohnya mengurniakan ‘handicap’ tertentu kepada pelajar-pelajarnya.

Ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh Kementerian Pelajaran kerana bukan mudah untuk menguatkan jati diri seseorang hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja.

Akhir kata, sikap sayangkan negara dan memahami kronologi sejarah negara tidak mampu dicapai melalui peperiksaan sahaja tetapi jiwa dan hati mereka perlu dipahat dengan tinta-tinta sejarah negara untuk menjadikan mereka seorang warganegara Malaysia yang benar-benar faham sejarah perjuangan negara ini.


Thursday, 4 November 2010

Bencana Alam Milik Allah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hampir sebulan blog ini dibiarkan bersawang gara-gara kekangan masa untuk mengemaskini artikel-artikel yang terbaru.

Kebelakangan ini sibuk di tempat kerja apabila ‘major shutdown’ telah berjalan selama hampir 3 minggu menyebabkan saya hampir 3 minggu menumpukan masa di tempat kerja sahaja.

Alhamdulillah, Allah terus memberi kesihatan yang baik buat diriku sehingga hari ini dan mengharapkan kesihatanku akan terus dipelihara oleh Ilahi.

Terbaru, Utara tanah air sedang dilanda banjir yang dikatakan antara yang terburuk dalam tempoh 100 tahun.

Dengan 3 kematian telah dicatatkan serta hampir keseluruhan Bandar Kangar dikatakan sudah ditenggelami air, masih belum ada tanda-tanda banjir ini akan surut melainkan di Rantau panjang yang menunjukkan perkembangan yang baik.

Inilah salah satu bencana alam yang Allah turunkan kepada kita untuk membuka mata kita dan memberi kita kesedaran tentang apa yang sedang berlaku di persekitaran kita.

Allah Maha Kaya dan Maha Agung, mampu menciptakan dan tidak mustahil untuk meghapuskan apa sahaja yang Allah inginkan.

Akan tetapi kita juga perlu tahu yang Allah itu Maha Bijaksana, apa sahaja yang Allah turunkan kepada kita sentiasa mempunyai isi atau hikmah yang tersirat yang perlu kita singkap dan kita perhalusi.

Ini kerana kita perlu mengambil iktibar atas kesalahan kita selama ini dan berusaha memperbaiki diri kita kerana jika kita terus lalai walaupun sudah ‘ditegur’, maka tidak mustahil tiada lagi amaran yang akan diberi, mungkin kemusnahan itu datang tanpa disangka-sangka.

Antara banyak-banyak golongan, sudah pasti pelajar tingkatan 5 di kawasan yang terjejas yang paling banyak menanggung impak bencana ini kerana tarikh peperiksaan SPM sudah menjelang tiba.

SPM yang dijangka pada 23 November 2010 mungkin akan menambahkan beban mereka yang sudah kehilangan buku-buku serta nota-nota akibat dihanyutkan arus deras air bah.

Diharapkan golongan ini akan tabah mengharungi ujian Allah ini dan setiap kesabaran ini pasti akan dibalas dengan ganjarang-ganjaran Allah baik yang boleh kita lihat atau rasai mahupun secara ghaib yakni pahal untuk akhirat kelak.

Jika dibandingkan negara-negara lain, rakyat Malaysia sudah dikira sangat beruntung kerana bantuan serta bekalan makanan semuanya cukup untuk menampung jumlah mangsa yang terjejas.

Tempat tinggal dan makanan semuanya sudah disediakan kerajaan tempatan dan pusat untuk memberikan keselesaan dan kemudahan buat mangsa-mangsa banjir.

Sudah menjadi kewajipan pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi apa yang saya kesalkan adalah sikap meminta-minta mangsa banjir di sesetengah tempat amat mendukacitakan.

Kita faham situasi mereka yang mengalami kesusahan tetapi mereka juga perlu faham yang pihak berkuasa perlu melayan beratus-ratus keluarga dan jika perancangan teliti dibuat sekalipun, sudah pasti ada kepincangannya.

Inilah masa kita diuji bukan sahaja secara fizikal tetapi mental juga diuji secara tidak langsung membuatkan kita hilang pertimbangan diri.

Oleh itu, saya mendoakan agar setiap seorang mangsa bencana kali ini dikurniakan kesabaran yang tinggi bagi melalui bencana banjir ini dan diberikan kekuatan untuk membina semula hidup mereka selepas surut bencana ini.

Akhir kata, berimanlah kepada Allah kerana setiap kejadian itu hanya berlaku dengan keizinanNya dan setiap yang Allah izin itu datang dengan hikmah buat umat manusia.

Friday, 1 October 2010

Murahnya ‘Hati’ PTPTN

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Bila disebut namanya, ada yang suka tetapi tidak kurang ada juga yang fobia bila orang mengungkit hal mengenainya, apakah ia? Semestinya Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional atau PTPTN.

Mahasiswa yang baru masuk ke alam varsiti pasti gembira apabila mereka dapat pinjaman daripada PTPTN kerana ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban untuk meneruskan pelajaran mereka.

Tetapi tidak dinafikan apabila disebut PTPTN orang hanya ingat akan hutang-hutang lama mereka dek ‘lupa’ membayar setelah tamat pengajian.

Walau bagaimanapun, itu semua cuma sekadar rencah di alam varsiti kerana wang adalah sangat penting untuk membiayai kos pengajian mereka dan oleh itu, mereka seharusnya bertanggungjawab untuk membayar pinjaman mereka setelah tamat pengajian.

Semalam, PTPTN mengumumkan untuk memberi pelepasan bayaran ataupun skim pinjaman itu ditukarkan kepada biasiswa bagi mahasiswa lepasan universiti yang mendapat kelulusan kelas pertama.

Tindakan pemurah ini sebenarnya amat dialu-alukan dan sudah menjadi asas perjuangan aktivis mahasiswa bagi mencapai keputusan yang dibuat semalam.

Persoalannya, adakah tindakan ini adalah untuk membantu mahasiswa yang cemerlang ataupun sekadar memancing undi bagi pilihan raya yang akan datang?

Hal ini sudah dibangkitkan bukan setahun dua tetapi bertahun-tahun pemimpin pelajar duduk semeja bersama pemimpin negara membincangkan dan meminta agar hal ini disegerakan secepat mungkin.

Pilihan raya yang lalu memaparkan bagaimana pengundi muda memainkan peranan sehingga berlaku apa yang dinamakan tsunami politik dalam negara pada Mac 2008 yang lalu.

Adakah kerajaan baru sedar yang mahasiswa bukan bahan mainan yang boleh ditunjuk-tunjuk dan diperkotak katikkan sebaliknya mahasiswa juga mempunyai kuasa undi dengan berbekalkan minda yang matang untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

Pemuda zaman ini tidak lesu seperti yang diperkatakan sebelum ini kerana disebaliknya prinsip hadir ke kelas untuk belajar, tetapi mahasiswa juga sudah membuka fikiran mereka untuk mencorak pimpinan negara masa akan datang.

Selain itu, kerajaan mahupun PTPTN perlu telus dalam menyatakan sumber kewangan yang mereka dapatkan kerana sebelum ini PTPTN seringkali memainkan isu yang mereka menanggung rugi untuk meminta lepasan universiti untuk membayar balik pinjaman mereka.

Kita tidak mahu peristiwa di Pulau Pinang di mana kerajaan negeri didapati menggunakan wang yang sumbernya dari perjudian untuk diagihkan kepada warga emas atas nama wang ehsan ataupun wang bantuan berlaku pula pada kerajaan pusat.

Hal ini tidak siapa pun fikirkan selama ini tetapi dek bingit dan heboh di Pulau Pinang, sepatutnya semua wang bantuan, biasiswa serta pinjaman yang diberikan perlu diwartakan sumber atau punca datangnya duit itu agar mereka yang menggunakannya terutamanya orang Islam tidak lagi ragu-ragu.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan pusat serta PTPTN kerana memberikan biasiswa buat pelajar universiti yang mendapat kelas pertama.

Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat atau dalam situasi ini biar lambat asalkan dapat.

Kepada mahasiswa pula, teruskan berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang kerana peluang ini hanya datang sekali seumur hidup dan rebut peluang yang sedia ada.

Buktikan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, nusa dan bangsa yang kita mampu mencapai kecemerlangan akademik selaras dengan pembangunan sahsiah diri seiring arus globalisasi sekarang.

Akhir kata, peluang sudah terhidang dan cuma tinggal kita sahaja untuk berusaha gigih bagi merebut peluang itu dan mencapai kejayaan bagi berkati semua pada agama, bangsa dan negara kita kelak.

Monday, 13 September 2010

Nilai Kebersihan Diri

Asslamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Baru-baru ini kecoh di mana terdapat beberapa ahli politik yang bukan beragama Islam didapati memasuki ruang utama masjid serta surau dengan niat memberi sumbangan dan ceramah.

Tindakah ini mendapat kecaman daripada umat Islam seluruh negara walaupun sebaliknya ada yang mengatakan perbuatan ini sebenarnya adalah tidak salah.

Antara sebab yang menyebabkan kemarahan umat Islam akan perbuatan ini adalah pakaian mereka yang kurang sopan serta kebersihan orang bukan Islam itu diragui dan didakwa akan mencemari tempat ibadah umat Islam.

Mungkin ya mereka sebagai umat bukan Islam, mereka tidak tahu menahu berkenaan membersihkan diri dan mandi wajib, tetapi adakah kita sebagai umat Islam benar-benar ‘bersih’.

Artikel ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi untuk membuka mata umat Islam terutamanya untuk lebih menitikberatkan soal kebersihan diri mereka.

Oleh itu, artikel di bawah ini saya petik daripada sebuah forum ‘jom layan’ untuk menjadi bahan rujukan buat para pembaca yang merasakan diri mereka memerlukan pembaharuan dan ilmu untuk bidang kebersihan ini khususnya bab mandi wajib.

“Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.”

Jelas daripada artikel ini menunjukkan ramai daripada kalangan umat Islam sendiri yang leka dan lalai dalam bab kebersihan dan ini boleh menyebabkan amalan serta ibadah kita menjadi sia-sia sahaja.

Oleh itu, mari sama-sama kita mengambil iktibar dan mengubah diri kita untuk menjadi insan yang lebih bijak dengan mengamalkan gaya hidup yang bersih daripada sudut Islam daripada hanya tahu sembang kosong sahaja.

Mari kita sama-sama menjaga kesucian institusi keagamaan kita daripada dicemari bukan sahaja oleh mereka dari golongan bukan Islam malah juga daripada saudara Islam kita juga yang daif ilmu serta pengalaman.

Akhir kata, mari kita berkongsi-kongsi ilmu dan pengetahuan dengan orang lain semoga ilmu yang sedikit ini boleh membawa manfaat yang besar untuk kita dan sahabat-sahabat kita kelak.

Sunday, 5 September 2010

Salam Lebaran, Terima Kasih Ya Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Jika diizinkan Allah, 5 hari lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut hari lebaran atau hari kemenangan buat umat Islam yang selama sebulan menahan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang membatalkan puasa.

Alhamdulillah saya berpeluang untuk menjalani Ramadhan sekali lagi dan setulus hati mengharapkan Ramadhan kali ini membawa buah hasil yang bercambah-cambah di sisi Allah.

Syukur yang tak terhingga kepada Allah yang mengurniakan 1 bulan yang sangat banyak manfaat dan rezeki yang melimpah ruah pada bulan yang mulia ini.

Diharapkan seluruh umat Islam telah memanfaatkan bulan ini sepenuhnya dan mengharapkan ganjaran yang tak terhingga daripada Allah untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Ramadhan kali ini juga istimewa buat saya kerana saya memulakan kerjaya saya buat kali pertama di bulan Ramadhan dan dapat membayar zakat Fitrah menggunakan duit sendiri buat pertama sekali dalam hidup saya.

Akan tetapi persiapan untuk menyambut hari lebaran hanya dijalankan secara sederhana sekadar mengecat bahagian luar rumah dan mengenakan sarung kusyen yang baru sahaja.

Seringkali bila terfikirkan kedatangan Syawal, hati ini sedih dan pilu kerana kedatangan bulan sambutan ini bermakna tamat sudah 1 bulan yang dipenuhi barakah dan ganjaran yang tidak mungkin kita dapati di bulan-bulan yang lain.

Sama ada kita dapat berjumpa dengan Ramadhan akan dating atau tidak, itu satu persoalan yang hanya Allah ada jawapannya tetapi yang pastinya ia mengajar kita untuk mengambil kesempatan yang ada sebaiknya.

Anggaplah Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terakhir untuk kita kejar dan kaut segala kelebihan yang dikurniakan di bulan ini seakan-akan kita sudah tidak mempunyai peluang di tahun depan.

Di hari-hari yang terakhir ini, saya menganjurkan agar rakan-rakan tidak terlalu terbawa-bawa dengan kegembiraan menyambut Syawal sehingga kita lupakan amalan dan juga ibadah kita kepada Allah.

Ambil inisitif sepenuhnya untuk mengejar kelebihan Ramadhan terutamanya di 10 malam terakhir ini di mana Allah telah menjanjikan Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Muhasabah diri kita adakah sudah cukup amalan kita selama kita melalui Ramadhan kali ini atau tidak dan sentiasalah kita mempunyai rasa tidak puas beribadah pada Allah kerana dengan cara itu, kita mampu mendekatkan diri kita dengan Allah.

Jangan terlalu dipengaruhi keselesaan dan keseronokan duniawi kerana apa yang kekal itu cuma ukhrawi dan sama ada kita bahagia atau sengsara di sana ditentukan dengan apa yang kita lakukan di dunia ini sekarang.

Selain mengejar ganjaran dan kemaafan daripada Allah, kita juga perlu saling bermaaf-maafan sesama umat Islam sempena bulan baik dan hari baik yang bakal menjelang kelak.

Dengan itu, saya dengan rendah diri ingin memohon ribuan maaf daripada semua rakan dan taulan yang mengenali diri ini sama ada sahabat di ASTAR, UM, KMPP, Penang Free mahupun dari sekolah rendah Francis Light lagi.

Selain itu, saya juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada ahli keluarga dan sanak saudara saya atas kekhilafan diri dan kelemahan diri ini.

Tidak lupa juga ribuan ampun dan maaf dipohon daripada seluruh umat Islam yang mengenali diri ini jika ada kata ataupun tindakan saya yang telah mengecilkan hati atau mengguris perasaan anda.

Akhir kata, jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terbaik buat diri kita dan sambutlah Syawal yang bakal tiba dengan penuh kesederahaan dan bergembira bersama-sama sanak saudara masing-masing. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, 31 August 2010

Memerdekakan Pemikiran Kita

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari ini tanggal 31 Ogos 2010, Malaysia sudah pun merdeka daripada cengkaman penjajah selama 53 tahun dan dalam tempoh masa tersebut banyak sudah kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi rakyat negara ini.

Akan tetapi sayang sekali pemikiran rakyat Malaysia nyata masih tidak maju-maju dan ini menampakkan kita sbenarnya masih belum bersedia menjadi sebuah negara maju terutamanya dalam 1 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya.

Tahun ini dilihat sebagai tahun yang lebih menyedihkan daripada tahun lepas kerana masalah utama yang dihadapai iaitu masalah perkauman masih bertambah dan jika ini tidak dikawal, bak kata Dato Seri Najib dalam perutusan Hari Kemerdekaan, apa yang kita kecapi selama ini akan hancur berkecai serta merta.

Malah masalah sosial yang bercambah seakan-akan tiada penghujungnya dan penguatkuasaan nyata gagal dijalankan atas sebab ketandusan cara terbaik bagi merawat penyakit sosial ini.

Anak-anak yang terbuang semakin hari semakin meningkat dan ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada merdeka atau tidak pemikiran orang yang bertanggungjawab ini atau masih jumud seperti kafir Quraisy suatu ketika dahulu.

Saya analogikan Malaysia sebagai rumah yang papan yang mempunyai 4 kaki untuk menyokong dan memberi kekukuhan pada rumah tersebut yakni tiang-tiang tersebut mewakili kaum-kaum yang ada di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum.

Di dalam rumah itu pula ada dua orang yang menghuni dan tinggal di dalam rumah itu dan ini mewakili amalan baik dan masalah yang kita alami sekarang dalam negara kita.

Untuk memiliki sebuah rumah yang kukuh, kita harus mempunyai batu asas yang kukuh dan ini sudah disediakan oleh pimpinan yang terdahulu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambathan dan ramai lagi pemimpin veteran negara.

Selepas itu, kukuhnya rumah itu bergantung pula pada kekuatan tiang-tiang itu dan jikalau ada 1 tiang yang rapuh maka nasib rumah itu tidah ubah seperti telur dihujung tanduk bila berdepan masalah-masalah luar.

Sebagai contoh, jika rumah itu mengalami bencana alam seperti angin kencang atau banjir, ini sudah tentu akan memusnahkan dan menghanyutkan terus rumah itu daripada tapaknya lalu menghancurkan segala rekaan dan hiasan yang sudah kita lengkapi dalam rumah tersebut.

Jikalau rumah itu dilengkapi dengan tiang yang kukuh, tidak semestinya rumah itu akan berada dalam keadaan baik jika isi di dalamnya tidak menjaga rumah itu dengan baik.

Awalnya saya menganalogikan dua orang penghuni rumah itu sebagai amalan baik dan buruk yang dilakukan oleh rakyat terhadap negara kita ini.

Untuk membuat jahat amat senang sekali, maknanya untuk orang yang membawa amalan buruk untuk merosakkan rumah itu memang senang, semudah mengambil penukul dan mengetuk-ngetuk dinding serta perhiasan di dalam rumah itu hingga musnah.

Tetapi untuk membuat amalan baik pula bukan senang, contohnya untuk menghiasi rumah itu memerlukan wang untuk membeli pekakas rumah dan untuk mendapatkan wang tersebut memerlukan usaha dan ketekunan bagi memperolehi sumber kewangan itu.

Dengan ini, kita dapat melihat anasir-anasir yang ingin memusnahkan negara semakin mudah menyelusup masuk untuk menghancurkan kemakmuran dan keharmonian serta kemajuan negara ini dengan bantuan penghuni negara ini sendiri.

Penjajahan mental juga semakin meluas dalam negara ini dengan budaya-budaya asing yang tidak mencerminkan budaya kita semakin berleluasa di mana-mana sahaja contohnya penagihan dadah, seks rambang, rempit dan banyak lagi.

Kita perlu ingat, untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi negara kita sebenarnya memakan masa yang sangat panjang dan usaha yang sangat besar supaya kekayaan ini dapat dikongsi dan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat.

Oleh sebab itu, semua penduduk negara ini perlu bersama-sama berganding bahu untuk memajukan lagi negara ini kerana suatu pekerjaan itu lebih mudah jika kita buat bersama-sama dengan semangat perpaduan.

Jika kita berpecah belah untuk memajukan ekonomi masing-masing sahaja tanpa menghiraukan kemajuan negara, maka sukar sebenarnya negara untuk terus berkembang untuk menjadi suatu tempat yang selesa buat anak cucu kita nanti.

Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu merapatkan benteng pertahanan mental dan fizikal agar kita dapat menangkis penjajahan moden yang membawa anasir-anasir luar untuk menghasut serta meracuni pemikiran kita supaya kita berpecah belah dan melupakan sejarah negara ini.

Kita tidak perlu memainkan polemik perkauman mahupun penghinaan terhadap mana-mana agama semata-mata untuk mendapat sokongan mana-mana kaum mahupun kumpulan tertentu.

Sebaliknya kita perlu bersatu untuk menutup kelemahan kaum-kaum yang ada di negara ini agar kita menjadi kebal dan kental menahan hasutan serta tuduhan-tuduhan pihak luar terhadap negara kita ini.

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira berjawatan tinggi mahupun sekadar orang bawahan bertanggungjawab dalam memastikan agenda kemajuan Malaysia diteruskan bukan sahaja dari segi meterialistik tetapi juga dari segi spiritual.

Walaupun saya merasakan hari kemerdekaan kali ini sebenarnya adalah antarayang menyedihkan berlandaskan perkembangan semasa negara kita tetapi marilah kita menyambut hari kemerdekaan ini bagi mengenang jasa dan budi para pejuang dan pemimpin yang terdahulu berjuang untuk kita mengecapi kebahagian masa kini.

Akhir kata buat raykat Malaysia, mari sama-sama kita memedekakan pemikiran kita supaya Malaysia akan menjadi lebih utuh di mata dunia dan kerharmonian serta keamanan negara ini dapat kita kekalkan hingga bila-bila. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke 53…

Wednesday, 18 August 2010

1Malaysia Disalah Anggap

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Gagasan 1Malaysia yang dibawa sejak pengambilalihan tampuk kepimpinan kerajaan Malaysia oleh Dato Seri Najib, Perdana Menteri kita yang ke 6 telah menunjukkan penerimaan yang positif dikalangan penduduk bukan sahaja di bandar malah juga di desa.

Kita dapat melihat hamper di mana sahaja, rakyat Malaysia menyambut 1Malaysia dengan hati yang terbuka dan menjayakan kempen menjenamakan Malaysia menjadi 1Malaysia.

Tetapi malang sekali apabila boleh dikatakan ramai dikalangan rakyat yang masih kabur berkenaan apa itu Gagasan 1Malaysia sungguhpun ia sudah dilancarkan lebih kurang setahun dan pelbagai hebahan mengenainya sudah dibuat.

Mungkin ini adalah sikap tidak mengambil kisah rakyat Malaysia yang hanya tahu membudayakan proses ikut-ikut dimana orang laun 1Malaysia, mereka juga ingin nak laungkan 1Malaysia tanpa sebarang idea apa sebenarnya konsep 1Malaysia.

Secara asasnya, 1Malaysia membawa mesej perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk bersama-sama kita berganding bahu untuk menjayakan dan memajukan lagi Negara yang tercinta ini.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang yang berkepentingan nyata mengambil 1Malaysia ini sebagai sesuatu yang menguntungkan mereka sahaja tanpa memikirkan sentimen yang berkaitan perlembagaan dan kontrak sosial.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah terang lagi bersuluh sedang menjalankan proses menyahkan penduduk bumiputera dari tanah Pulau di sini secara beransur-ansur malah banyak sudah kedai serta perumahan yang telah mereka ambil alih tanpa persetujuan penduduk tersebut.

Baru-baru ini, Tony Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Utara dengan lantang meminta agar diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri Selangor dimansuhkan.

Yang terbaru, tuntutan daripada kongres ekonomi MCA meminta agar 30% ekuiti Melayu dalam sektor ekonomi dimansuh dilihat sudah mengkhianati perjuangan 1Malaysia memandangkan MCA juga merupakan salah satu parti tunjang kerajaan Barisan Nasional.

Semua kejadian ini jelas membuktikan pemahaman pemimpin itu sendiri terhadap gagasan 1Malaysia sendiri tidak memberangsangkan, inikan pula rakyat yang banyak hanya membudayakan 1Malaysia ikut-ikut.

Jika mereka tidak memahami konsep 1Malaysia, mungkin tidak ralat bagi saya untuk menerimanya tetapi pemimpin-pemimpin yang senior seperti Dato Chua Soi Lek dan seangkatan dengannya dilihat seperti tidak memahami sejarah.

Tidakkah mereka ingat, 60-70 tahun yang lalu, mereka semua merupakan orang yang datang ke negara ini kerana dibawa oleh British untuk menjayakan sektor industri pada ketika itu.

Akan tetapi, menjelang kemerdekaan bumiputera merelakan jus soli yakni mengiktiraf mereka sebagai warganegara di Malaysia dan berhak mendapat kebaikkan daripada negara ini dan mereka juga menyetujui agar bumiputera diberikan hak-hak keistimewaan berlandaskan perlembagaan.

Tidak mungkin saya yang lahir selepas 30 tahun Malaysia merdeka memahami sejarah ini, mereka pemimpin yang veteran ini tidak memahami sejarah pembentukan Negara yang kita pacu bersama selama ini.

Ini tidak lain tidak bukan, hanya satu provokasi untuk menguji toleransi bumiputera negara ini akan tetapi saya merasakan hal sebegini tidak sepatutnya diteruskan demi keharmonian negara ini.

Selain itu, tindakan ini tidak lain tidak bukan hanya sekadar mahu tunjuk ‘hero’ di kalangan bangsa mereka agar dapat meraih undi di kala pilihan raya kelak.

Parti komponen BN seharusnya bertoleransi dan bekerjasama dalam mengukuhkan perjuangan masing-masing dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka di kerusi parlimen.

Jika ini terus berlaku, tidak mustahil untuk melihat kerajaan BN runtuh buat pertama kali di pentas pilihan raya umum yang mungkin diadakan tidak lama daripada sekarang.

Malah ianya tidak mustahil jika BN kalah, beberapa parti komponen yang kuat menyokong BN bakal menyusur keluar dan mula menyokong parti-parti lain demi kepentingan bangsa, bukan rakyat Malaysia lagi.

Oleh itu, pesanan buat pemimpin buat yang mencipta mahupun yang menjayakan 1Malaysia, rakyat sudah mula jelik dengan perbuatan yang dilihat bersifat perkauman di kala anda melaungkan laungan 1Malaysia.

Sedarlah diri anda di atas sana akan hal-hal yang kecik ini sebelum anda ditelanjangkan daripada pangkat yang anda semua pegang sekarang ini.

Akhir kata, semoga Allah memelihara negara ini dan dikurniakan pemimpin-pemimpin yang celik akan keinginan rakyat tidak kira dalam sektor ekonomi mahupun sosial demi menjaga keamanan dan keharmonian negara yang selama ini kita kecapi.

Monday, 9 August 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan yang mulia bagi umat Islam, bulan Ramadhan al- Mubarrak.

Pada bulan ini, umat Islam akan berpuasa selama sebulan untuk melahirkan rasa syukur dan insaf terhadap saudara kita yang kurang bernasib baik.

Syukur pada Allah kerana sekali lagi kita diberikan peluang untuk menjalankan ibadah dalam 1 bulan yang penuh dengan ganjaran dan barakah seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, kita sentiasa akan menempuh ranjau dan cabaran dan pada bulan yang mulia ini nafsu dalam diri kita bakal menjadi penghalang untuk kita melengkapkan segala ibadah kita.

Sesungguhnya semua iblis dan syaitan akan dikurung dan dikunci di dalam neraka tempat asal mereka tetapi nafsu dalam diri kita ini tidak pula Allah kekang kerana ini adalah satu ujian untuk kita menaklukinya dan memenangi peperangan di bulan mulia ini.

Alhamdulillah pada Ramadhan tahun ini juga bakal menjadi satu pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini saya menyambut Ramadhan sebagai pelajar, tetapi pada tahun ini Insyaalah saya akan menempuhnya sebagai seorang pekerja.

Usaha, doa dan tawakkal yang gigih akhirnya telah membuahkan hasil apabila saya telah diterima bekerja di sebuah kilang di Prai sebagai seorang jurutera mekanikal.

Cabaran yang baru ini akan saya pikul dan saya ambil peluang untuk menimba sebanyak mana pengalaman di alam pekerjaan kelak terutamanya bila suda bergelar pekerja.

Di sini saya ingin mengambil peluang untuk memohon ribuan ampun dan maaf buat rakan-rakan di universiti setelah bertahun-tahun kita bersama, akhirnya kita terpaksa berpisah untuk mencari haluan masing-masing.

Sama-sama kita ambil peluang untuk beribadah dan meneruskan usaha mencari Nur Ilahi pada bulan yang penuh barakah ini, moga Allah akan sentiasa membuka pintu-pintu syurga buat kita.

Akhir kata, anggaplah Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terakhir dan beribadat lah bersungguh-sungguh kerana kita tidak akan tahu adakah kita sempat untuk bertemu Ramadhan di tahun yang mendatang.

Saturday, 31 July 2010

Khairy Tandus Idea

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kenyataan Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dimana beliau mahukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian tetap dan ketandusan idea.

Dengan alasan memberi peluang mahasiswa menceburi politik peringkat nasional untuk melatih pemimpin akan datang merupakan alasan yang lemah, sebaliknya bakal menghancurkan masa depan mahasiswa yang terlibat.

Umum tahu penglibatan dalam politik memerlukan dedikasi yang tinggi dan pemahaman yang benar-benar mendalam dalam aspek perjuangan parti tersebut nyata akan terus membebankan mahasiswa di universiti.

Akan tetapi, hal ini mungkin menjadi kenyataan jika kurikulum di universiti diubah untuk memberi sedikit ruang masa kepada mahasiswa membuat penglibatan yang seimbang bagi kedua-duanya.

Tetapi, nyata ini mengambil masa yang lama dan hanya meninggalkan mahasiswa terus menanti bagai pungguk rindukan bulan.

Mahasiswa yang berada di kampus sudah cukup terdedah dengan politik yang tidak jauh bezanya dengan politik di luar dengan adanya pilihan raya kampus ataupun pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar universiti masing-masing.
Selain itu, mahasiswa juga diberikan peluang yang secukupnya untuk menguji dan mengasah bakat kepimpinan mereka dalam pelbagai jenis aktiviti dan persatuan dalam universiti.

Mungkin cadangan tersebut akan diterima baik oleh segenap aktivis mahasiswa tetapi buat Khairy Jamaluddin, jangan mengharap lebih 70% daripada mereka akan menyokong UMNO.

Apa yang saya titik beratkan bukan pecahan mahasiswa yang akan menyokong kerajaan mahupun pembangkang tetapi apa yang lebih penting adalah tanggungjawab mahasiswa untuk menuntut ilmu bakal tercicir jika ini berlaku.

Sekarang, AUKU telah dilonggarkan untuk memberi pendedahan secukupnya buat mahasiswa di dunia luar dan politik nasional sesungguhnya tidak sepatutnya diterima dalam kampus.

Segelintir mahasiswa mungkin mengatakan artikel ini bersifat jumud dan juga tidak berfikiran terbuka tetapi saya tahu niat sebenar orang-orang sebegitu ingin menyertai politik.

Bukan sahaja untuk menimba pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan tetapi membawa pengaruh politik ke kampus untuk bertanding kuasa dan mendapat saluran kewangan bagi menjayakan proses merekrut orang-orang baru dan juga menaja calon-calon mereka dalam pilihan raya kampus kelak.

Jika benar mahasiswa dibenarkan mempunyai hak politik, jangan terkejut jika peranan Timbalan Naib Canselor mahupun Naib Canselor bakal diperkotak-katikkan dan dipengaruhi oleh individu-individu tersebut.

Sepatutnya orang-orang seperti Khairy Jamaluddin perlu lebih memahami apa sebenarnya peranan mahasiswa di universiti dan jika benar mereka mahukan mahasiswa menceburi politik, langkah dan cara tertentu perlu diterapkan.

Bukan sekadar mengeluarkan kenyataan hapus AUKU setelah bertahun-tahun dia mempertahankan AUKU dan ini mungkin sebab mengapa pemimpin yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti tidak tersenarai dalam kabinet.

Buat Khairy Jamaluddin, berkhidmat buat masyarakat untuk meraih sokongan dan undi terutamanya daripada golongan pemuda dan bukan dengan cara membuat kontroversi kerana anda mungkin dipangdang jelik sahaja.

Buat mahasiswa, usah terlalu rakus untuk berpolitik di kala anda masih mempunyai tangungjawab utama untuk menghabiskan pengajian anda.

Ambil masa untuk mendalami politik itu sebagai nilai tambah buat diri untuk berada dalam arus perdana, bukan untuk mengambil alih peranan kita untuk belajar di universiti.

Sesungguhnya mahasiswa tidak boleh lari dalam mengejar dua perkara di universiti iaitu keputusan yang cemerlang dalam akademik dan nilai modal insan atau nilai tambah bagi melengkapkan keputusan peperiksaan kita.

Seimbangkan diri anda dalam kedua-duanya kerana jika anda terlalu menumpukan kepada satu perkara sahaja, mungkin anda keluar daripada universiti dengan sia-sia sahaja.

Thursday, 29 July 2010

Nasib Lorong Kulit

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Lama rasanya tidak dapat makan di astaka lorong Kulit sebab kerja yang tidak menentu dan kesempatan kerja pada syif malam membolehkan saya untuk pergi ke gerai Sri Bintang dan makan Mee Hokien.

Tatkala sedang makan, saya terlihat satu kain rentang yang menulis “Persatuan Penjaja-penjaja Kecil Lorong Kulit; Kami Membantah Keras Cadangan Ubah Kami Ke Tapak Baru”.

Suatu isu yang dilihat agak sunyi tetapi bakal memberi impak yang besar sekiranya apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan.

Saya teringat lebih kurang 10 tahun yang lalu, penjaja-penjaja ini terpaksa beralih tempat mencari pendapatan mereka gara-gara pembaikpulihan Stadium Bandaraya yang terletak bersebelahan dengan tempat jual beli ini.

Keadaan di sana menjadi kurang meriah dan ini merupakan sesuatu yang sangat menduka citakan apabila pengunjung bukan sahaja daripada dalam negeri mahupun luar negeri yang datang, malah ada pengunjung daripada luar Negara yang datang mencari Lorong Kulit.

Lorong Kulit atau dikenali sebagai ‘Rok Wok’ oleh penduduk tempatan adalah satu -tempat perniagaan buat penjaja kecil yang rata-rata menjual barangan terpakai, buah-buahan, buku-buku, pakaian dan pelbagai barang lagi.

Yang istimewa berkenaan tempat ini adalah semuanya dijual dengan harga yang rendah jika dibandingkan dengan tempat-tempat yang lain dan ia mampu menarik pelancong untuk datang ke tempat itu.



Akan tetapi, suasana meriah di tempat itu bakal menjadi kenangan sejarah jika perkara ini benar-benar berlaku dan Lorong Kulit diambil alih untuk dimajukan semula.

Apakah nasib yang akan menimpa kira-kira 50-80 peniaga di kawasan tersebut yang rata-ratanya daripada golongan pertengahan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Bila saya fikir-fikirkan semula, kita sebenarnya rugi apabila menerima seorang Ketua Menteri(KM) yang bukan berasal daripada Pulau Pinang kerana dia tidak akan faham dan jauh sekali menjaga nilai sentimental Pulau Pinang ini.

Jika dahulunya dia berusaha untuk menjaga tapak warisan dunia di Georgetown daripada dibangunkan hanya kerana takut untuk dikenakan tindakan oleh pihak UNESCO dan hanya untuk menunjuk-nunjuk dia memahami tapak warisan Pulau Pinang.
Akan tetapi, satu persatu kawasan yang tumpuan orang ramai menjadi mangsa bermula daripada tempat penjaja di Batu Feringgi, kafe unik Do Re Mi yang berada di atas pokok dan sekarang, Lorong Kulit bakal membuka kisah yang baru.

Tetapi bila dipikirkan buat kali kedua, ini mungkin satu pengajaran buat penduduk Pulau Pinang yang mengundi hanya mengikut perasaan dan tertipu oleh janji-janji palsu mereka pada pilihan raya yang lepas.

Satu demi satu kawasan perumahan dirampas dan lebih banyak kawasan perniagaan terutamanya kawasan perniagaan orang Melayu di’cuci’ sebersih-bersihnya oleh pemimpin yang berasal daripada Melaka ini.

Timbalan-timbalan KM nampaknya hanya sekadar pak turut dan tukang angguk dikala KM memerintah dengan sendirinya.

Nyata saya tidak setuju jika dikatakan mereka ini adalah puak yang menjaga kebajikan masyarakat tetapi hanya puak yang menjaga kaum kerabat mereka masing-masing sahaja.

Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam harus sentiasa memperbanyakkan doa agar pemimpin kita terutamanya yang beragama Islam diberikan hidayah dan pedoman untuk menjadi lebih kuat dan menjaga hak penduduk terutamanya kaum Melayu Pulau Pinang.


Akan tetapi ini bukan bermakna kita harus duduk diam apabila kita ditindas malah menjadi satu seruan buat kita bersatu padu tidak kira apa ideologi kita untuk mencabar dan menjaga kebajikan orang-orang kita sendiri.

Lorong Kulit dilihat suatu tempat yang ideal untuk memupuk perpaduan kaum di Pulau Pinang di mana peniaganya dilihat sama banyak di antara Melayu dan Cina dan pengunjungnya juga hadir daripada pelbagai latar belakang.

Adakah ini dilihat sebagai suatu yang mencabar misi dan visi DAP yang berleluasa memerintah negeri ini, adakah mereka ingin melaksanakan dasar pecah dan perintah seperti penjajah seperti dulu.

Sepatutnya tempat sebegini yang perlu dijaga dan dimajukan kerana rakyat daripada pelbagai kaum dan budaya dapat berjumpa dan bersatu tetapi lain pula perancangan pemimpin negeri ini yang mencadangkan tapak ini dipindahkan.

Apakah jaminannya mereka akan mendapat keuntungan yang sama seperti sedia ada, apa pula jaminan pengunjung akan terus hadir daripada pelbagai kaum untuk memupuk semangat perpaduan, semangat 1Malaysia.

Sudah tiba masanya untuk membawa Pulau Pinang kembali kepada jalan asal, kepada pemerintah yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat tidak kira apa kaum sekalipun.

Detik pilihan raya dilihat satu masa yang tepat untuk memberi pengajaran kepada mereka yang memperkotak-katikkan kita sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan mereka kuasa untuk memerintah.


Ayuh kepada sesiapa yang sudah berkelayakan, daftarlah sebagai pengundi dan mari kita tunjukkan sebenarnya apa yang kita mahukan dan usir anasir-anasir luar yang jahat ini daripada bumi Pulau Pinang.

Saturday, 17 July 2010

Coret Sini Sana

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

“Memang susah nak dapat satu pekerjaan yang kita nak”, mungkin ini satu ungkapan yang saya mulai sedar kebenarannya.

Mungkin juga rezeki belum terbuka buat diriku untuk menjawat jawatan tinggi-tinggi dan mendapat gaji yang lumayan.

Apa pun, itu bukan penghalang buat diriku untuk berusaha mengisi masa lapang dan mengumpul sedikit sebanyak sumber rezeki buat masa depan.

Saya mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan di 7 Eleven Jalan Gottlieb sementara saya mencari satu kerja tetap agar dapat saya aplikasikan apa yang sudah saya pelajari di universiti.

Hampir seminggu berkerja, sememangnya ia suatu pekerjaan yang tidak semudah yang disangka kerana ia mungkin tidak mencabar dari segi pemikiran dan ilmu pengetahuan tetapi ia banyak memberi cabaran pada fizikal dan mental.

Bekerja selama 8 jam sehari dan boleh dikatakan berdiri sepanjang masa banyak menagih kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan tugas-tugas sedia ada.

Seperti biasa, sebagai orang baru saya ada banyak yang perlu dipelajari dan saya bernasib baik mendapat rakan sekerja yang baik-baik serta tidak lokek ilmu semuanya.

Mungkin ini satu pengalaman yang tidak semua orang dapat timba dan oleh itu, saya bersyukur saya mendapat peluang ini dan Insyaalah akan terus menimba ilmu demi ilmu dalam bidang pengurusan perniagaan.

Bak kata orang, air tak slalu tenang jadi kehidupan kita ini tidak sentiasa bernasib baik sahaja kerana hidup ini bak roda kerana sekejap anda boleh bergembira berada di atas tetapi anda perlu menerima saat-saat berduka bila di bawah juga.

Apa yang penting buat saya adalah kecekalan dalam menempuh tiap hari yang berlalu kerana percaya rezeki tidak akan datang dengan hanya menggoyang kaki sahaja.

Akhir-akhir ini perbelanjaan hidup semakin naik apabila harga petrol, gas dan gula dinaikkan untuk mengatur perbelanjaan negara.

Walaupun saya tidak menerima kesannya secara langsung, tetapi buat jangka masa panjang ini menandakan saya perlu menyiapkan diri dengan ekonomi yang kukuh bagi membolehkan saya cukup sedia menghadapi kehidupan akan datang.

Jika ada rezeki saya ditempat yang lebih baik, Alhamdulillah mungkin ini dapat membuka ruang buat saya untuk hidup lebih selesa dan mampu membantu pendapatan keluarga sedik sebanyak.

Jika tidak, mungkin saya akan meneruskan pekerjaan ini selama mana mungkin kerana yang penting, poket tetap terisi dari sumber yang halal untuk buat belanja sikit-sikit dan simpan untuk kegunaan masa depan.

Selepas ini mungkin masa untuk menulis artikel-artikel baru akan menjadi terhad dek kesibukan kerja tetapi Insyaalah di masa akan datang saya akan cuba mengisi blog ini dengan rencana yang lebih bernas.

Akhir kata, jangan jadi terlalu memilih dalam mencari pekerjaan tetapi jangan pula hanya membiarkan pekerjaan itu mencari kita sebaliknya kita perlu sentiasa berusaha mencari peluang-peluang asalkan ia halal dan memberikan kita faedah-faedah sampingan di masa depan.

Thursday, 8 July 2010

Kura-kura Sebagai Haiwan Peliharaan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Baru-baru ini saya mempunyai hobi yang terbaru iaitu membela kura-kura sebagai haiwan peliharaan dan buat masa kini, saya sudah ada 6 ekor kura-kura hijau atau ‘red ear slider’ dan 2 ekor kura-kura berekor panjang atau ‘snaping turtle’.

Membela kura-kura ini dilihat sebagai mudah tetapi sebenarnya ia memerlukan penjagaan yang rapi supaya ia tidak mati, berdasarkan pengalaman saya yang sudah kehilangan 5 ekor kura-kura sebelum ini.

Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tips yang saya perolehi di laman web moga-moga dapat memberi idea kasar buat sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam memelihara kura-kura di rumah.

Nama saintifik untuk Red-eared Slider adalah Chrysemys scripta elegans (dahulu dikenali sebagai Trachemys scripta elegans), dan tergolong dalam spesis Emydidae. Ini adalah kura-kura air, perenang yang kuat, dan ia berjemur di dunia liar, umumnya pada batu, kayu, atau permukaan lain di atas air. Kura-kura adalah reptilia, dan berdarah sejuk, jadi mereka harus bergantung pada sumber haba luaran untuk kehangatan. Mereka akan berjemur di sinar matahari, dan turun ke dasar bumi/kayu/batu untuk ‘hibernate’ di musim sejuk. Tiga perkara yang perlu di ambil perhatian supaya Red-eared Slider sihat adalah kehangatan air, kebersihan air, dan diet yang betul.
Alam Persekitaran: Habitat asal untuk Red-eared Slider di Amerika Syarikat dari Illinois ke Teluk Mexico, dan Pantai Timur ke Texas barat. Ia juga ditemui di wilayah lain, mungkin kerana orang melepaskan kura-kura kesayangan mereka ke wilayah tersebut. Ia menghabiskan sebahagian besar waktunya di dalam atau di sekitar air. Walaupun boleh ditemui di tasik dan sungai, Red-eared Slider lebih menyukai rawa-rawa, kolam, dan air yang bergerak lambat yang membekalkan makanan dan daerah berjemur.

Saiz: Kura-kura yang baru menetas bersaiz sekitar 1 inci diameter. Red-eared Slider dapat membesar sehingga 12 inci panjang. Di Amerika Syarikat, adalah haram untuk kedai haiwan peliharaan untuk menjual Red-eared slider yang memiliki cengkerang kurang dari 4 inci diameter. Hal ini kerana risiko salmonellosis.

Perbezaan jantina: Red-eared Sliders disimpan sebagai haiwan kesayangan umumnya mencapai kematangan seksual pada usia antara 2-4 tahun. Di alam liar, jantan dewasa mungkin tidak sampai usia 5-7 tahun. Betina umumnya lebih besar dari jantan, walau bagaimanapun jantan mempunyai ekor panjang dan cakar depan sangat panjang. Pembukaan cloacal Red-eared Sliders betina tidak melepasi cengkerangnya.
Kitaran Hidup: The Red-eared Slider boleh hidup 50-70 tahun.

Pengendalian: Kura-kura harus dikendalikan dengan lembut, dengan tubuh dan kaki disokong dengan kedua tangan. Jika kura-kura menjadi cemas, ia mungkin tidak sengaja mencakar tangan atau jari pengendali. Banyak kura-kura mengalami kecederaan serius, jika mereka jatuh, jadi pegang kura-kura anda baik-baik dan gunakan dua tangan. Selalu cuci tangan sebelum dan selepas memegang kura-kura. Anak-anak kurang dari 5 tahun tidak boleh memegang kura-kura. Jika anak-anak yang lebih tua dibenarkan untuk memegang kura-kura, ajar mereka bagaimana hendak melakukannya dengan betul dan pastikan mereka juga mencuci tangan sebelum dan selepas hubungan dengan kura-kura.
Tempat Tinggal: Red-eared slider memerlukan tempat tinggal yang meniru persekitaran alam mereka. Ia perlu hangat, dengan air untuk berenang, dan kawasan kering yang hangat untuk berjemur. Sebuah kaca atau akuarium akrilik akan diperlukan untuk rumah Red-eared Slider; kaca biasanya lebih baik, karana akrilik cenderung untuk tergores. Pilihan lain adalah utiliti tab plastik, kolam rendam, atau tangki. Ingat bahawa kura-kura anda akan tumbuh, dan mempunyai keperluan perumahan yang lebih besar. Seekor dewasa Red-eared Slider akhirnya akan memerlukan sekurang-kurangnya akuarium 55 galon. NOTA: Untuk mengelakkan harus membeli sistem perumahan banyak selama umur kura-kura anda, anda mungkin ingin memulakan dengan sebuah akuarium besar. Lebih besar selalu lebih baik.

Suhu persekitaran: Suhu udara di daerah akuarium harus sekitar 75 °F. Sebuah halaman berjemur harus disediakan. Sebuah lampu pijar bohlam (75 watt atau lebih rendah umumnya cukup) dengan sebuah reflektor harus ditempatkan lebih dari satu kawasan kandang yang memiliki keluasan ditinggikan yang dapat berfungsi sebagai platform berjemur. Suhu daripada laman harus berjemur 85-90 °F.
Air: Red-eared Sliders memerlukan suhu air 75-86 °F. Ingat, mereka adalah haiwan berdarah sejuk dan metabolisme mereka akan perlahan dan mereka akan menjadi tidak aktif jika suhu terlalu sejuk. Hal ini juga dapat membawa kesan negatif pada sistem pencernaan dan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Suhu air dapat dipertahankan melalui penggunaan pemanas submersible akuarium, yang pada termostat. Secara umum, menganggarkan bahawa anda akan memerlukan 5 watt segalon air. Pastikan termometer di bawah garis air, dan mematikannya ketika menghapuskan air dari akuarium. Ikut arahan pengeluar untuk mengelakkan risiko kuasa. Sebuah termometer tepat harus direndam dalam air agar suhu dapat dipantau setiap hari.
Kualiti air sangat penting bagi kesihatan kura-kura. Kerana makanan dimakan, urin, dan kotoran boleh mencemarkan air, menjadi tempat yang sangat sesuai untuk bakteria dan organisma lain untuk tumbuh. Ini tidak sihat untuk kura-kura anda, kerana akuarium akan bau. Akuarium perlu dibersihkan, dan air dihapuskan dan diganti secara teratur. Pastikan, ketika menukar air, untuk memilikinya pada suhu yang betul sebelum meletakkan kura-kura anda kembali di dalam akuarium. Selain itu, agen dechlorinating harus digunakan untuk memproses air sebelum menambahnya ke akuarium.
Sekerap mungkin air harus diubah bergantung pada apakah kura-kura tersebut makan di dalam akuarium atau dipindahkan ke tangki makan yang berasingan, dan jika ada sistem penapisan di dalam tangki. Jika bergerak untuk makanan, air biasanya akan perlu diubah mingguan. Untuk mencapai hal ini, menyedut yang digunakan untuk menghapuskan sebahagian, biasanya 25-50%, air. menyedut ini boleh digunakan seperti pembersih vakum, untuk menghilangkan kotoran dari bawah ketika sedang menyedut air. Setiap 1-2 bulan, bergantung pada keadaan, semua akuarium harus dikeringkan, dibersihkan, dan diisi kembali. Jangan pernah mulai menyedut dengan mulut anda.
Ada berbagai macam penapis akuarium yang boleh digunakan untuk menghapuskan beberapa puing-puing dan penumpukan kimia dari air di dalam akuarium. Bergantung pada bentuk dan ukuran akuarium anda dan kura-kura, sebuah balang luaran, balang dalaman, atau penapis undergravel yang paling sering digunakan. Penapis luaran membolehkan lebih banyak ruang untuk kura-kura anda dalam akuarium. Seperti dengan saiz akuarium, semakin besar semakin baik; tidak pernah berhemat. Penggunaan sebuah batu hawa dapat membantu untuk memindahkan air dan meningkatkan filtrasi. Menambah tanaman air boleh membantu menghilangkan kotoran dari air, tetapi ia juga boleh dimakan oleh kura-kura dan dengan demikian menghasilkan sisa lebih. Anda mungkin perlu bereksperimen dengan kura-kura anda sendiri, untuk melihat apakah tanaman bantuan atau menghalang penyelenggaraan kualiti air.
Diet: Kura-kura muda kebanyakannya karnivor, dan menjadi lebih omnivor apabila mereka mencapai usia dewasa. Diet harus seimbang dan meliputi pelbagai sumber protein yang berpusat daging dan bahan tanaman segar. Jangan bergantung hanya pada diet komersial. Kura-kura muda harus diberi makan setiap hari, manakala kura-kura dewasa boleh diberi makan setiap beberapa hari. Kura-kura seringkali makan dengan berselerak jadi yang terbaik adalah memindahkan kura-kura anda ke tangki makan yang berasingan. Hal ini juga dapat membantu mengurangkan kebarangkalian kura-kura buang air besar di akuariumnya. Biarkan kura-kura untuk makan selama 15 minit sebelum berpindah kembali ke akuarium.

Kesimpulannya, Red-eared Sliders boleh menjadi haiwan peliharaan yang baik, tetapi mengekalkan kesihatan akan memerlukan masa dan kos. Kura-kura sendiri, mungkin tidak mahal, tapi ingat bahawa untuk melengkapi habitat, penyediaan kualiti makanan, dan menyediakan penjagaan haiwan akan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ada kura-kura yang tersedia untuk dipertimbangkan kerana pemilik tidak mengerti waktu dan biaya yang diperlukan untuk benar menyediakan bagi kura-kura. Jadi, sebelum membeli kura-kura, buat pertimbangan cermat, dan kemudian anda mungkin ingin menghubungi perumahan baru kura-kura atau organisasi memeliara kura-kura dan memberikan kura-kura anda sebuah rumah yang sangat diperlukan.

Monday, 5 July 2010

Tingkat Kesedaran Pengundi Melayu

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.

Isu 40:1 atau 40 pengundi bukan Melayu berbanding 1 pengundi Melayu dilihat satu propaganda yang besar cuba dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memusnahkan keharmonian hidup di Malaysia.

Berbekalkan modal isu ini menandakan kerajaan Malaysia sekarang akan tumbang pada pilihan raya akan datang dan menyaksikan kemunduran orang Melayu akan terus berleluasan di Malaysia.

Sungguhpun ini hanya satu agenda palsu yang dibawa pihak tak bertanggungjawab, pengundi terutamanya berbangsa Melayu perlu sedar akan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan tiap 4 atau 5 tahun.

Kesedaran remaja kalangan orang Melayu dilihat amat cetek apabila berhadapan proses pilihan raya dan ada yang sambil lewa hanya bergoyang kaki tanpa merasa apa-apa bebanan di bahu mereka masing-masing.

Golongan muda yang sudah mencapai umur 21 tahun sepatutnya mendaftar sebagai pengundi di kawasan masing-masing untuk mendapatkan hak anda bagi memilih dan menyuarakan pendapat anda untuk mencorak kepimpinan negara kelak.

Malangnya hal ini kian dipandang sipi terutamanya golongan muda Melayu kerana kurangnya kefahaman mereka terhadap kepentingan mereka untuk berbuat demikian.

Pihak Suruhanjaya Piliihan Raya (SPR) perlu berganding bahu bersama-sama dengan institusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dalam menyebarkan kesedaran buat golongan muda bermula di universiti.

Memang benar di universiti kita tidak dibenarkan berpolitik tetapi ingat kita masih bertanggungjawab kepada negara sebaik sahaja umur kita mencecah 21 tahun.

Kita mengundi untuk masa depan negara dan bukan bertujuan berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran di universiti.

Kepentingan dan kewajipan untuk mengundi perlu dititikberatkan bermula daripada sekarang sebelum generasi-generasi muda akan datang terus hanyut dalam alam kemewahan tanpa sedar dari mana kemewahan itu datang.

Antara sebab mengapa mereka tidak mendaftar adalah kurangan pengetahuan berkenaan tempat untuk mengundi dan kekurangan maklumat berkenaan pendaftaran pengundi ini.

Saya ingat dahulu sekitar tahun 90an banyak disiarkan iklan-iklan untuk mendaftar mengundi di kaca tv tetapi iklan-iklan itu seperti sudah tidak kelihatan pada masa kini.

Kuasa untuk mengundi adalah sangat penting dan kita sebagai pengundi sepatutnya bertanggungjawab dalam pengundian dan juga pemilihan wakil rakyat tidak kira bahagian parlimen mahupun DUN.

Apabila melihat beberapa pilihanraya yang lepas, jumlah yang turun mengundi amat menyedihkan dan yang tertinggi pun hanya lebih kurang 70% sahaja.

Apabila kajian mendalam dibuat, dilihat kehadiran pada saluran generasi muda kaum Melayu adalah paling menyedihkan dan ini adalah suatu yang membimbangkan negara kita.

Hal ini jelas berlaku pada Pulau Pinang pada pilihan raya umum yang lepas di mana banyak pengundi Melayu yang tidak turun mengundi dan jika ada pun terpengaruh dengan janji palsu PKR dan PAS di Pulau Pinang.

Akhirnya, Pulau Pinang menjadi suatu tempat yang ‘trauma’ buat kaum Melayu apabila banyak penindasan kaum yang dapat kita lihat secara terang-terangan berlaku apabila kedai-kedai milik orang melayu banyak dihapuskan dan yang terbaru, Kampung Jalan Asam pula bakal tergadai.

Ini mungkin terjadi di seluruh negara dan tanda-tanda awal telah diberikanoleh Karpal Singh yang terang-terang menentang penubuhan Negara Islam di Malaysia apabila pembangkang memerintah dan mencela pemerintahan PAS di Kelantan baru-baru ini.

Bila lagi kita orang Melayu nak sedar yang kuasa kita semakin hari semakin terhakis dek perbuatan leka dan sifat malas yang ada dalam diri kita ini.

Sampai bila perasaan hasad dengki itu perlu wujud sesama kita saudara seagama Islam ini padahal orang lain senang-senang membuli kita di tanah pusaka kita ini.

Sudah tiba masanya untuk Melayu BANGKIT dan BERSATU untuk menangkis cubaan-cubaan pihak asing dalam melunturkan jati diri kita selama ini.

Kita perlu bersama-sama bangun dari igauan indah ini kerana wang ringgit tidak akan bertahan lama dan tidak akan kekal membahagiakan anak cucu kita.

Kita perlu pertahankan tanah pusaka kita daripada terus diceroboh oleh mereka yang tidak mempunyai rasa hormat pada kita dan mereka yang sentiasa mengamalkan politik perkauman.

Apabili kita bangkit bersatu, dikatakan kita mengamalkan sifat perkauman sedangkan kita hanya mahu mempertahankan hak milik kita sendiri jauh sekali mahu menceroboh hak milik bangsa-bangsa lain.

Apa yang saya harapkan adalah kesedaran orang Melayu dalam isu-isu yang dilihat sebagai pencerobohan kepada hak orang Melayu dan cara untuk kita tangani semua ini adalah bersatu dan berganding bahu.

Permulaannya adalah kita sebagai orang muda harus faham akan tangungjawab kita dan sama-sama menjalankan tangungjawab kita apabila diperlukan.

Rujuk web SPR untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran pengundi dan cepat-cepat mendaftar sebelum anda sesal di kemudian hari.

Akhir kata, apabila sampai masanya untuk mengahdapi pilihan raya, kita sudah mampu siap sedia dengan ‘bala tentera’ kita untuk terus menyokong penuh pemimpin negara sedia ada, dan menyokong penuh kerajaan Barisan Nasional yang ikhlas memperjuangkan rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa.

Tuesday, 29 June 2010

Sarawak Bumi Kenyalang

Assalamualaikum dan Salam1Malaysia.

Sudah sekian lama mengimpikan untuk menjelajah ke Timur Malaysia, akhirnya hasrat ku tercapai jua apabila kami sekeluarga Berjaya sampai ke Sarawak Bumi Kenyalang.

Perancangan yang sudah lama dibuat ini akhirnya berjaya dilaksanakan apabila saya, mama, uncle zainal, aunty bu, kak liza, pak tam n aunty tun berlepas daripada lapangan terbang bayan lepas menuju ke lapangan terbang kuching pada 23 Jun 2010 jam 6.30 petang.

Perjalanan menaiki air asia yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit tidak membawa banyak masalah kepada kami dan akhirnya kami berjaya sampai di Sarawak dan dibawa ke sebuah motel, John’s Place.

Selama 3 hari di sana, kami tidak banyak menjelajah akibat masalah logistik dan juga hujan yang turun tidak henti selama dua hari di sana.


Kami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Waterfront, membeli sedikit cenderamata di kawasan itu, mengambil gambar-gambar kenangan serta menikmati juadah tradisi Sarawak.

Di hari ketiga iaitu hari Sabtu, baru kami berkesempatan untuk meneroka lebih jauh setelah mendapat perkhidmatan sebuah van untuk membawa kami berjalan-jalan.


Peluang ini digunakan sepenuhnya apabila kami dibawa ke dua tugu Kucing terkenal di Kuching iaitu di Kuching Utara dan di Kuching Selatan.



Seterusnya kami menjelajah ke Santubong untuk melihat Kampung Budaya, salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Sarawak.


Depan Kampung Budaya


Tetapi akibat yuran masuk yang sangat mahal iaitu RM60 seorang dikenakan, kami membatalkan hasrat untuk memasuki Kampung Budaya tersebut selain kekangan masa yang ada.

Gunung Santubong


Seterusnya kami dibawa melawat Makam Sultan Tengah yang dipercayai merupakan sultan yang pertama dan yang terakhir negeri Sarawak.


Selepas itu kami dibawa ke Muzium Kucing di Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk menyaksikan pameran kucing yang diawet serta gambar-gambar dan patung-patung kucing yang pelbagai rupa.



Selain itu, di muzium ini juga ada memaparkan sedikit sebanyak sejarah mengenai kolonial barat yang menjajah Sarawak suatu ketika dahulu serta pahlawan-pahlawan patiotik Sarawak.



Akhir sekali kami singgah di Pekan Satok untuk menikmati makan tengah hari dan memandangkan ini merupakan hari yang terakhir saya tidak melepaskan peluang mencuba Mee Kolok Special Sarawak.

Di Pekan Satok, kami hanya mencuci mata dan membeli sedikit makanan untuk dibawa pulang dan untuk diberikan kepada sahabat handai di Pulau Pinang.

Pulang dari Satok, kami kemas-kemas dan bersiap untuk pulang pada jam 9 malam melalui penerbangan air asia juga dan selamat sampai di Pulau Pinang kira-kira jam 11 malam.

Pengalaman yang menggembirakan ini merupakan suatu yang amat manis bukan sahaja niat untuk menjejakkan kaki tercapai tetapi lebih manis apabila dapat mencapai niat itu bersama-sama keluarga tersayang.

Insyaalah di masa akan datang, perangan untuk menakluk Gunung Kinabalu akan dirancang dan dicapai tidak lama lagi.

Wednesday, 23 June 2010

Kepada Pemegang Biasiswa JPA Yang Sudah Tamat Pengajian

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Selepas berbincang dengan seorang pgawai JPA melalui telifon pada 23 Jun 2010, sesiapa yang mendapat surat daripada JPA diwajibkan menghantar borang lapor diri(borang tamat pengajian) yang boleh didapati di laman web JPA dan surat pengesahan jawatan yang anda mohon di mana-mana agensi kerajaan seperti SPA, JPA atau lain-lain.

Untuk ini, anda tak perlu menyertakan salinan ijazah atau transkrip peperiksaan tetapi anda perlu melampirkan bersama salinan slip keputusan peperiksaan dari sememester 1 sehingga 8(atau semester khas jika ada).

Jika anda tidak mendapat salinan keputusan peperiksaan yang diposkan oleh pihak universiti ke rumah anda, anda boleh cetak di laman web umisis

Pastikan salinan keputusan peperiksaan anda dan surat pengesahan mohon jawatan itu disahkan oleh pegawai kerajaan yang berkelayakanSelepas konvokesyen, anda akan mendapat transkrip peperiksaan dan ijazah kita dan kita perlu menghantar sekali lagi salinan transkrip dan ijazah yang disahkan ini kepada JPA.
Sebar-sebarkan kepada pemegang biasiswa JPA yang lain..

Wednesday, 16 June 2010

Mungkin Ini Sebab Crocs Halal Ciplak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Crocs adalah satu jenama kasut yang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara kerana kelainan kasutnya yang diperbuat daripada getah.

Kasut yang nampak ‘simple’ ini semakin diminati ramai kerana keselesaan dan ia juga menarik minat ramai dengan reka bentuk yang mudah tapi lengkap.

Kasut yang mempunyai pelbagai reka bentuk ini sesuai dengan pelbagai acara dan juga pada dengan fesyen lelaki mahupun perempuan dilihat semakin mendapat perhatian pelbagai pihak terutamanya dikalangan remaja.

Walau bagaimanapun timbul isu di mana logo Crocs dikatakan seakan-akan menyerupai ejaan nama Allah dalam jawi dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna terutamanya beragama Islam terhadap jenama Crocs ini.

Jika kita lihat, mungkin ini sebab mengapa Crocs dilihat begitu banyak di pasaran terutamanya Crocs yang diciplak, bukan Crocs yang asli.

Sebelum ini, saya seorang yang meminati kasut Crocs dan dalam beberapa kali saya melihat di kedainya, harga yang asli mencecah kepada RM120 ke atas.

Bagi golongan remaja ataupun pelajar seperti saya mahupun mereka daripada golongan sederhana mahupun rendah sudah tentu tidak mampu membeli kast Crocs yang asli ini.

Tetapi kini, lambakan kasut-kasut Crocs yang ciplak boleh didapati hampir di mana-mana sahaja dengan harga yang lebih murah di antara RM15-RM50.

Ini sebenarnya membuka ruang buat peminat Crocs untuk memiliki kasut yang mereka idamkan dengan harga yang lebih murah walaupun kualitinya sedikit lari daripada yang asal.

Saya sendiri terperangkap dalam peluang yang diberikan ini sehingga membaca dan melihat satu gambar di mana gambar logo Crocs itu bila diterbalikkan sememangnya menyerupai ejaan nama Allah.


Sejak itu, saya mula berfikir mungkin ini sebabnya mengapa syarikat besar seperti Crocs membiarkan kasut ciptaan mereka ini diciplak dan dijual kepada masyarakat umum dengan begitu meluas.

Merujuk pada sumber Wikipedia, Crocs sudan mempatenkan rekaan kasut dan memohon menggunakan jenama dan logo mereka sejak tahun 2006 lagi dan tidak mungkin mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan pengeluaran Crocs tiruan ini.

Bila dibuat kajian yang lebih mendalam, saya mendapati sebenarnya kasut ini mempunyai talian yang rapat dengan yahudi laknatullah dan tidak hairan mengapa ini dibiarkan sahaja.

Menurut jweekly.com dalam satu artikel bertajuk ‘Crocs — the new Jew shoe ' yang ditulis oleh ami eden, menyatakan keselesaan menggunakan kasut itu dan mungkin akan menjadi kasut pilihan bangsa yahudi.

Maka tidak hairan kita sudah dapat melihat motif sebenar Crocs ini bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi dalam masa yang sama cuba untuk membelitkan akidah umat Islam dengan cara yang sungguh halus.

Jika mereka menyaman dan menghentikan pengeluaran besar-besaran Crocs tiruan ini, mereka mungkin boleh mengaut untung yang bernilai jutaan dolar tetapi sebaliknya jika mereka membiarkan sahaja, mereka juga mengaut untung dengan memperdayakan umat Islam di seluruh dunia.

Fakta ini semakin sukar diterima masyarakat yang terus dilamun kesedapan memakai kasut itu sehingga mereka mengabaikan sahaja nasihat serta amaran yang telah diberikan rakan seagama mereka.

Bagi saya, saya telah mengambil keputusan untuk membuang sahaja kasut itu dan memakai kasut asadi yang hampir serupa dengan Crocs tetapi tidak memberikan sebarang rasa ragu-ragu terhadapnya.

Oleh itu, mari kita sama-sama boikot penggunaan kasut Crocs tidak kira yang tulen mahupun tiruan dalam apa jua aktiviti kita sama ada di majlis formal mahupun di kala kita beriadah.

Peringatan buat rakan-rakan, buka mata dan minda kita untuk memudahkan diri kita menangkis serangan yahudi seperti ini dan bukan menuduh orang-orang yang memberi peringatan ini sebagai kolot dan berfikiran sempit.

Bagi kita, ini mungkin suatu yang remeh tetapi buat yahudi dan musuh-musuh islam di luar sana, tidak kira perkara itu remeh mahupun serius, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menggoyahkan akidah kita umat Islam.

Akhir kata, teguhkan iman kita kepada Allah dan berdoa agar kita sentiasa diberi petunjuk olehNya dalam menangkin segala jenis provokasi dan serangan terutamanya daripada tahudi laknatullah, musuh Islam dunia dan akhirat ini.

Thursday, 10 June 2010

Renungkan Cicak-Man Sebagai Hero Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semalam saya menonton filem Cicak-Man yang ditayangkan di Astro Ria buat ke sekian kalinya walaupun ini merupakan antara filem yang mengecewakan buat saya.

Mungkin pengaruh filem barat yang lebih ‘hidup’ dan berteknologi tinggi membuatkan saya merasakan filem Malaysia bercirikan CGI seperti cicakman ini sebagai satu kekecewaan kerana ia dilihat seperti permainan video, bukan filem.

Cicakman 2 dan Impak maksima juga antara ‘kegagalan’ produser filem Malaysia menggunakan CGI dengan baik malah memburukkan lagi filem tersebut dan bukan menjadikannya canggih seperti yang diingini.

Tetapi artikel ini bukan ingin membincangkan kecanggihan ataupun kemahiran pereka grafik Malaysia menggunakan CGI tetapi untuk membawa pembaca merenung adakah cicakman ini sesuai menjadi ikon ‘Hero Malaysia’.

Mari kita renung semula kisah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W., ketika baginda Rasullullah bersembunyi di Gua Thur bersama Saidina Abu Bakar, tahukah anda apakah yang menolong pihak Quraisy mengesyaki Rasullullah bersembunyi di dalam Gua Thur?

Untuk pengetahuan anda, dikatakan cicak di gua itu mengeluarkan bunyi hingga membuatkan orang-orang Quraisy yang mengejar baginda mula mengesyaki ada orang sedang bersembunyi di Gua Thur.

Mujur dengan kekuasaan Allah, turun sang labah-labah membantu membuat sarang yang menutup pintu gua itu dan ini telah mengalihkan perhatian orang Quraisy serta meyakinkan mereka tiada manusia boleh masuk ke gua dengan keadaan sarang yang masih cantik itu.

Bukan saya ingin membawa cerita kolot ataupun menjatuhkan mana-mana pihak tetapi ini merupakan satu pemerhatian yang kurang enak bagi saya terutamanya dari segi idea dan pemilihan cicak sebagai ikon hero negara.

Sudah terang lagi bersuluh, cicak itu satu binatang yang suatu ketika dulu hampir menjadi punca tertangkapnya Rasulullah jika tidak dibantu oleh seekor labah-labah, tetapi hari ini kita mengagung-agungkan cicak pula.

Sebaliknya, pihak Barat mungkin secara kebetulan ataupun secara sengaja memilih labah-labah sebagai salah satu simbol hero mereka, iaitu ‘Spiderman’.

Adakah orang muda Islam negara ini sudah ketandusan idea memilih ikon sebagai hero sehingga menggunakan cicak yang tiada kelebihan itu sebagai hero pilihan Malaysia?

Saya merasakan ini perlu dibersihkan secara berperingkat daripada mempengaruhi pemikiran anak-anak muda kita sekarang.

Saya juga ingin menasihatkan para karyawan negara agar idea yang dipilih selepas ini sebolehnya perlu mempunyai unsur Islam dan menerapkan ciri-ciri adat ketimuran supaya ia boleh menjadi identiti negara Malaysia.

Anak-anak muda, keryawan muda negara perlu didedahkan dengan idea-idea Islamik dan diterapkan dengan budaya Timur agar idea ini lebih mudah diserap oleh penonton terutama kanak-kanak yang banyak terpengaruh oleh rancangan filem.

Walaupun ini dilihat remeh malah ada yang tidak langsung terfikir akan isu ini tetapi perkara yang remeh sebegini mungkin akan menjadi masalah terutamanya bila ia bercanggah dengan kisah-kisah Islam.

Ibu bapa perlu menjadi tempat rujukan yang boleh dipercayai dan bukan sebagai orang yang terus mempengaruhi fikiran anak-anak dengan unsur hedoisme semata-mata kerana kita takut bila ibu bapa mulai lalai, anak-anak mereka mungkin hanyut entah ke mana.

Daripada Abu Sa'id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi SAW menjawab : "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Riwayat Muslim)

Ini yang kita bimbangkan dan kita mahu elakkan supaya kita terus mengikut sahaja arus hiburan sehingga pemikiran kita pun sudah mula terarah ke sudut yang memenangkan pihak musuh Islam sendiri.

Oleh itu, mari kita kembali ke jalan Allah dan rujuk kitab Al-Quran jika kita mempunyai sebarang persoalan dalam bidang apa sekalipun kerana hanya Al-Quran sahaja sumber yang boleh kita, umat Islam terima dan perolehi tanpa was-was.

Akhir kata, kita boleh menjadi kreatif dan inovatif dalam menerbitkan hasil karya untuk menghiburkan masyarakat tetapi gunakan kreativiti kita untuk membangunkan lagi nama negara dengan menggunakan identiti Islam kerana ini bakal memberi impak yang baik bukan sahaja pada rakyat Malaysia malah memberi satu pengenalan yang baik di mata dunia.

Sunday, 6 June 2010

Syukur Dengan Rezeki Sendiri

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ketika menyelak-nyelak akhbar Utusan Melayu keluaran Sabtu, 5 Jun 2010 saya berhenti seketika pada ruangan Forum Sabtu dan terbaca satu luahan oleh seorang ibu bernama Adzlena(jika tidak salah ejaan) yang kecewa anaknya gagal mendapat biasiswa JPA ke luar negara.

Saya memahami perasaan apabila kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat apa yang kita inginkan tetapi apa yang saya kurang faham adalah luahan beliau seakan-akan menyatakan kerajaan tidak adil terutamanya pada bangsa Melayu.

Al kisahnya anak beliau mendapat 10A dalam peperiksaan SPM tetapi tidak mendapat tawaran biasiswa JPA ke luar negara.

Beliau merungut dan menyatakan beliau sebagai orang yang sederhana perlu dibantu sebaliknya anak kepada rakannya yang berkereta mewah, berumah besar mendapat tawaran biasiswa JPA tersebut.

Mari kita berbicara dari sudut keadilan, adakah beliau tahu yang permohonan ke luar negara mempunyai prosedur yang ketat dan temu duga serta peperiksaan lanjutan yang perlu dijalankan sebelum dapat memilih pelajar yang sesuai.

Memang benar jika kita berusaha lebih siapa pun boleh dapat 10 mahupun 20A dalam SPM mereka tetapi bagaimana pula sudut sahsiah mereka, ko kurikulum dan juga kemahiran komunikasi serta lain-lain.

Oleh itu, jika beliau gagal mengikut prosedur ataupun anaknya tidak memiliki nilai-nilai yang diperlukan sebagai pemegang biasiswa JPA, adakah ini adil buat JPA memberi kepadanya hanya berpandukan latar belakang sosio ekonomi semata-mata.

Apa yang nak dimegahkan dengan peluang mendapat tawaran belajar di luar negara kerana negara kita sendiri mempunyai prasarana pendidikan yang cukup maju dan terbukti banyak melahirkan tokoh-tokoh negarawan di negara ini.

Adakah memperoleh tawaran itu semata-mata ingin bermegah-megah ataupun beliau benar-benar ikhlas inginkan anaknya menyambung pelajaran dalam suasana yang kondusif dan membolehkan anaknya mendapat pelajaran yang berkualiti tinggi?

Anak beliau mungkin bernasib baik jika dihantar ke negara-negara Islam tetapi pernahkah beliau terfikir adakah anaknya sudah cukup bersedia jika dihantar ke negara Eropah atau negara-negara bukan Islam?

Dugaan dan cabaran yang besar akan dilalui pelajar setibanya di sana dan jika pelajar itu tidak mempunyai daya keazaman serta ketahanan yang tinggi, kemungkinan tawaran biasiswa yang diberikan itu akan menjadi tanggungan besar pada mereka suatu hari nanti.

Apa salahnya jika anaknya meneruskan pelajarannya di Malaysia sahaja di mana pada usia muda anaknya itu, dia dapat belajar dan memperkasakan diri dengan daya saing yang tinggi serta kemahiran-kemahiran yang lain.

Oleh itu, jika beliau ingin pergi ke luar negara kelak, saya yakin beliau akan menjadi layak atas usaha dan pengalaman yang ditimba di alam universiti di Malaysia ini.

Benar kita perlu bersifat kompetetif di peringkat global tetapi apa salahnya kita mula bertatih di tanah air kita sendiri sebelum benar-benar bersedia bersaing di peringkat antarabangsa kelak.

Kerajaan memberikan secukup bantuan jika ingin melanjutkan dalam negara seperti PTPTN, JPA dan juga MARA jika ada yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi swasta.

Redha kepada ketentuan Ilahi dan bertindak mengikut akal yang waras, bukan kerana emosi semata-mata kerana ia bakal menjatuhkan anda semula jika hanya berpandukan arah yang diberikan emosi.

Ibu bapa diminta jangan terlalu emosi hanya kerana keputusan SPM yang memberangsangkan kerana SPM itu hanya satu permulaan kepada segala dunia yang penuh panca roba di luar sana.

Sesetengah ibu bapa yang terlalu inginkan anak mereka pergi ke luar negara tanpa mendengar luahan hati anak-anak mereka, adakah mereka sudah bersedia ataupun adakah mereka mahu ke luar sana?

Oleh itu, saya ingin menasihati ibu yang kecewa ini agar bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Ilahi dan anggap rezeki anak anda belum sampai untuk pergi ke luar negara.

Berikan anak anda galakan dan sokongan untuk berusaha lebih baik dalam kehidupannya di universiti dan Insyaalah pengorbanannya akan terbayar kelak tidak kira dalam mahupun luar negara.

Akhir kata, jangan kita terus membuat konklusi tanpa menilai kelemahan diri dan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain sebaliknya kita perlu terus berusaha tidak kira apa sahaja cabaran yang datang kerana orang yang berjaya adalah orang yang tidak pernah berputus asa.

Tuesday, 1 June 2010

Melayu P. Pinang Ditindas…Lagi!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

''Awak semua kejam kerana bersekongkol dengan pakatan jahat. Masa pilihan raya lalu Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) datang jumpa minta kita undi mereka, tapi ini pula balasan yang kami terima''.

Inilah kata-kata ibu mentua Johar Ismail, pemilik kafe Do Re Mi yang dirobohkan semalam kerana dituduh menceroboh dan membina kafe tersebut di atas tanah milik kerajaan.

Jawapan saya bagi beliau senang saja, “Makcik dah beniaga 8 tahun di situ ada orang kacau ka??? Yang pi pecaya cakap makcik jijah tuh apasal?? Sendiri tanggung la hangpa yang pangkah?? Kalau pangkah dia pon bukan dia nak tolong pon..semua tadak teluq nak lawan DAP!!”

Ini lah nasib yang saban hari menimpa nasib peniaga-peniaga Melayu yang sering ditindas kerajaan Pulau Pinang yang diterajui Lim Guan Eng.

Ini bukan kali pertama mereka bertindak menindas peniaga Melayu sedangkan peniaga bangsa lain dibiarkan walaupun jelas gerai-gerai mereka menyebabkan jalan sesak dan bunyi bising yang mengganggu kawasan persekitaran.

Kerajaan Pulau Pinang yang berkeras menyatakan tindakan mereka adalah lebih baik daripada kerajaan BN pada penggal yang sebelumnya adalah sangat tidak masuk akal dan menjadi modal mengambil hati mereka yang taksub sahaja.

Jika benar pada zaman pemerintahan BN yang diketuai oleh Datuk Koh Tsu Koon merobohkan lebih banyak gerai Melayu, mana laporan dan beritanya?

Jika dikatakan media Utusan ataupun Berita Harian dikatakan pro kerajaan tidak melaporkan, mengapa Harakah, Sinar keadilan mahupun apa-apa media alternatif tidak melaporkan mengenai gerai Melayu diroboh pada ketika itu.

Di bawah Lim Guan Eng, provokasi terhadap masyarakat Melayu terlalu menonjol sedangkan mereka lupa di samping pengundi Cina yang sudah pasti 80-90% mengundi DAP, majoriti kaum Melayu pada pilihan raya umum yang lalu telah mengundi mereka.

Di bawah Lim Guan Eng, sentimen perkauman dilihat membataskan pergaulan sesama masyarakat di Pulau Pinang dan ini sebenarnya satu petanda yang buruk dan menongkah arus daripada aspirasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Kerajaan Persekutuan yang melaungkan 1Malaysia demi menjaga perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia dilihat janggal di Pulau Pinang akibat pemerintah lemah dan berat sebelah oleh Lim Guan Eng.

Saya tidak mengatakan pakatan pembangkang tidak bagus, lihat sahaja kerajaan Selangor, Kedah dan Kelantan tidak langsung memainkan sentimen perkauman kerana pengaruh DAP tidak meluas di sana.

Ambil iktibar rakyat Pulau Pinang, anda mungkin nak undi PKR ataupun PAS tapi akhirnya jika pakatan menang, DAP juga yang akan menguasai negeri ini dan pemimpin daripada parti lain sudah menjadi patung dan boneka menurut kata Lim Guan Eng sahaja.

Pakatan pembangkang dilihat tidak mempunyai koordinasi yang kukuh kerana mereka seperti mengamalkan pecah dan perintah, di mana kerajaan PKR tidak sekepala dengan kerajaan PAS mahupun dengan kerajaan DAP.

Lain pula di pihak BN kerana tidak kira mana-mana parti komponen yang memerintah, ia akhirnya akan akur dengan badan induk BN itu sendiri dan bukan membuat keputusan mendadak mengikut suka hati pemimpin parti komponen itu sahaja.

Bukan saya ingin mengkhianati bangsa saya sendiri tapi biar dalam saki baki pemerintahan DAP ini, biar mereka robohkan dan hancurkan lagi perniagaan orang Melayu supaya orang Melayu sedar PKR mahupun PAS tidak akan dapat membantu mereka lagi.

Selain itu, saya juga ingin mencabar semua media agar membuat juga liputan jika ada mana-mana kedai bangsa lain yang dirobohkan oleh kerajaan Pulau Pinang jika mahu buktikan yang mereka juga bersifat adil.

Tidak guna kerajaan negeri pampang poster cantik menunjukkan statistik semata-mata nak mengaburi mata rakyat saja tetapi mereka juga diseru mengemukakan bukti bergambar, video dan sebagainya untuk menguatkan dakwaan mereka.

Bukalah mata anda luas-luas wahai rakyat Pulau Pinang, celikkan mati hati anda untuk menilai sejauh mana ‘cekap, amanah dan telus’ kerajaan yang telah anda pilih pada pilihanraya yang lalu.

Kalau anda mahukan sebuah negeri yang selari dengan pembangunan pusat dan mengembalikan kestabilan kaum di negeri ini, kita perlu menolak sejauh-jauh parti-parti yang mementingkan pejuangan persendirian sahaja.

Kembali ke pangkal jalan dan saya berdoa agar Pulau Pinang kembali ditadbir oleh pemimpin yang adil tidak kira kaum apa, asal beliau mampu membawa keseimbangan dan keadilan buat semua kaum dan sentiasa selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia.

Monday, 31 May 2010

Kapal Diserang Bukti Israel Keji

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sudah terang lagi bersuluh, hari ini Israel sekali lagi membuktikan kekejiannya di mata dunia apabila menyerang kapal yang membawa misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Serangan bermula seawal 6 pagi waktu tempatan, apabila komando yang turun daripada helekopter turun dan mula mencuba untuk merampas kapal-kapal itu.

Mereka pada awal berjanji untuk memberi amaran sebelum mengambil alih kapal jika sukarelawan masih berdegil nyata tidak mengotakan janji mereka apabila mereka terus menyerbu tanpa belas kasihan.

Sehingga sekarang dilaporkan 16-20 orang sudah maut dan lebih kurang 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai warganegara mengalami cedera parah.

Kapal misi kemanusiaan yang tidak mempunyai sebarang senjata diserang serupa mereka membawa bantuan bom dan nuklear buat penduduk Palestin jika dilihat daripada tindakan askar komando Israel.

Tindakan ini adalah tindakan yang menyalahi undung-undang hak manusia dan negara yang sering mengagungkan undang-undang ini seperti Amerika Syarikat sepatutnya mengambil tindakan segera.

Dek terikat dengan perjanjian dan perdagangan besar bersama Israel, negara-negara besar dunia dilihat kaku melihat sukarelawan tidak bersalah ini dilayan bak anjing sahaja.

Mahu atau tidak hanya dunia Islam yang masih berupaya dan seharusnya mereka melalui OIC perlu bingkas mengambil tindakan atas perilaku biadab askar Israel ini.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga diseru agar tidak duduk diam sahaja melihat pencerobohan hak asasi manusia ini berlaku di depan mata mereka tanpa sebarang persoalan dibuat ke atas Israel.

Kita menuntut keadilan yang sebaiknya buat saudara di atas kapal misi kemanusiaan itu dan kita mengharapkan semua mereka selamat sampai di Gaza bagi menghulurkan bantuan.

Mari sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan moga mereka yang meninggal dunia akan mendapat gelaran syahid dan memperoleh kedudukan yang istimewa di sisi Alla S.W.T.

Misi Kemanusia Palestin: Mana Pemimpin Islam?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Misi kemanusian yang membawa bekalan makanan, ubat dan bahan binaan buat penduduk di Palestin semakin menghampiri lautan Palestin.

Mereka yang terdiri daripada 600 sukarelawan dari pelbagai negara menaiki 8 buah kapal berasingan membawa sinar harapan buat penduduk Palestin yang selama ini ditindas oleh rejim Zionis yang kejam.

Kini mereka mendapat ugutan daripada pihak ketenteraan Israel dan ini membuatkan kita tertanya-tanya mana peranan pemimpin negara Islam.

Sukarelawan yang begitu kental semangat mereka tidak langsung gentar akan ugutan dan amaran daripada pihak Israel kena ini hanyalah satu misi bantuan kemanusiaan.

Ini menunjukkan Israel begitu bongkak menggunakan kuasa yang mereka ada bukan sahaja untuk menindas rakyat Palestin tetapi mereka juga sekarang menunjukkan mereka mampu menindas siapa sahaja yang meraka mahu.

Tindakan ini sedikit sebanyak juga menunjukkan Israel kini kian takut dengan bayang-bayang mereka sendiri dan cuba mulakan satu provokasi terutamanya untuk dunia Islam.

Jika benar Israel sudah mula menunjukkan keadaan goyah mereka, ini sepatutnya menjadi peluang untuk dunia Islam untuk membawa jenayah perang ini ke muka pengadilan.

Ahli parlimen negara-negara Eropah juga dilihat sudah mula mengecam tindakan Israel dan ini sebenarnya peluang yang terbaik untuk membina satu kerjasama yang lebih kuat.

Jika benar dunia Islam tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk menjatuhkan Israel, pemimpin negara Islam patutnya lebih cerdik membina satu jalinan kerjasama bersama negara yang dilihat mampu menyokong dunia Islam.

Semangat dan keberanian para sukarelawan misi kemanusiaan ini sepatutnya menjadi satu iktibar buat kita kerana tindakan adalah lebih baik daripada kata-kata yang dibuat sahaja.

Tidak cukup sekadar mengutuk, membuat forum ataupun mengecam tindakan Israel dan menunjukkan simpati pada rakyat Palestin tetapi tidak menghulur apa-apa bantuan dari segi fizikal yang mereka perlukan.

Kerajaan-kerajaan Islam perlu menghulurkan bantuan secara lebih dinamik dengan membantu sukarelawan misi kemanusiaan ini melepasi segala halangan dan ancaman daripada pihak Israel.

Berhari-hari mereka meredah lautan, menempuh dugaan demi dugaan yang dicipta akibat tekanan rejim Zionis dan banyak lagi tidak langsung memberikan sebarang gentar buat mereka yang membawa misi murni ini.

Misi ini sebenarnya memerlukan lebih ramai orang yang berani dan saya cadangkan mereka yang seringkali membuat perhimpunan aman, demostrasi jalanan perlu suka rela menyertai misi ini.

Mereka terkenal dalam keberanian menyebabkan kekacauan di jalan raya dan juga lantang bersuara nyata sifat-sifat yang terbaik untuk menentang rejim Zionis laknatullah ini.

Dengan ini dapat menyelesaikan masalah daripada kerajaan menggunakan ISA bagi menahan mereka, adalah lebih baik untuk kerajaan mengumpulkan orang-orang ini dan dihantar untuk lebih banyak misi-misi keamanan di Palestin.

Ini memberi satu peringatan kepada pemimpin kita yang satu peperangan tidak semestinya dimenangi dengan pertumpahan darah tetapi lebih memerlukan ketajaman akal fikiran untuk menumpaskan musuh.

Sebagai umat Islam, saya akan terus mendoakan agar para sukarelawan yang terlibat dalam misi ini akan terus Berjaya membawa bahan bantuan untuk penduduk Palestin.

Saya juga berharap satu hari kelak saya mendapat kesempatan untuk membantu saudara seagama saya di Palestin dan turut serta dalam misi yang serupa di masa hadapan.

Semoga usaha murni mereka dirahmati Allah dan berjaya dalam misi ini agar mereka dapat memberi sedikit sebanyak bantuan dan menyembuhkan luka di hati rakyat Palestin.