Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Wednesday 31 December 2008

Di Sebalik Keputusan PMR : PPSMI masih Relavan

Assalamualaikum dan Selamat Perpaduan
Sebahagian pelajar yang mendapat semua A di salah sebuah sekolah di Pasir Mas. Gambar ehsan Berita Harian Online

Keputusan PMR yang diumumkan semalam hampir menjawab teka teki keberkesanan PPSMI yang kebelakangan ini dikritik habis-habisan oleh sesetengah pihak. Ini telah terbukti apabila mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya dan prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007. Rakyat harus sedar dan faham akan data-data yang terbukti ini.

Oleh itu, saya ingin memohon agar pihak yang berkenaan supaya memberi peluang kepada Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula sistem ini. Jika buruknya banyak, kita perhalusi dan perbaiki lagi. Jika baik, apa salah jika ia diteruskan. Ini bagi menjamin masa depan mutu pembelajaran generasi muda akan datang.

Pelajar cacat penglihatan juga mampu mengharungi cabaran PPSMI dalam mencapai kejayaan melalui PMR. Gambar ehsan Utusan Online

Walau bagaimanapun, saya yakin akan timbul isu segolongan pihak yang tidak yakin akan perangkaan ini dan menggangap keputusan ini tidak telus dan sebagainya. Bagi orang yang sebegini, saya harap anda berfikir semula kerana tiada faedah bagi sesiapa pun untuk menyeleweng dalam pengeluaran keputusan dan data-data peperiksaan seperti ini. Mereka mempunyai pelbagai peringkat untuk dilepasi. Oleh itu, saya berharap keputusan yang selama ini tidak dijadikan isu supaya tidak sesekali dibangkitkan mahupun dipersoalkan.
Bangkitlah rakyat Malaysia daripada zon selesa dan marilah kita bersama-sama memacu cabaran bagi merealisasikan kemajuan negara menjelang Wawasan 2020.

Tuesday 30 December 2008

Berita Terkini Bagi ASTARian

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Sehingga petang ini aras A300 dan aras B400 sudah boleh dihuni penghuni asalnya. Kerja-kerja menyiapkan aras E400 sedang giat dilakukan dan dijangka siap menjelang Tahun Baru nanti. Harap rakan-rakan dapat bersabar untuk sementara waktu.

Kepada sesiapa yang kehilangan barang atau kekurangan item mahupun kerosakan pada barang di bilik seperti pada kerusi, katil, langsir dan sebagainya, anda dinasihatkan untuk mengisi borang 'Maintenance Request' (MR) di pejabat secepat mungkin.

Berkenaan beberapa kemudahan kolej seperti AIA dan Surau Kolej, buat masa ini kedua-duanya masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya. AIA sekarang masih menyimpan barang-barang seperti tilam dan almari penghuni sebelum ini dan pekerja kolej sedang berusaha mengosongkannya. Akibat kekurangan kakitangan dan atas sebab-sebab lain, AIA tidak dapat digunakan buat masa ini dan dikatakan ia boleh berfungsi sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi. Berkenaan surau kolej, kerja-kerja baik pulih dan naik taraf kawasan dalam surau sedang dijalankan. Kerja-kerja ini sedang dipantau dan saya serta pihak pentadbiran sedang meminta kontraktor untuk menyiapkannya sebelum menjelang Simposium Maal Hijrah 9 Januari akan datang. Sama-sama kita doakan agar tiada aral yang melintang untuk menganggu proses menyiapkan kedua-dua kemudahan ini
Harap maklum.

Astar Is First!
UM is ONE!!!

Hentikan penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum..Salam Perpaduan..

Saya dengan rasa hiba bercampur geram amat kecewa dengan umat manusia zaman sekarang yang sudah tiada rasa hormat akan sensitiviti rakyat atau kaum terutamanya bila ia berkaitan dengan Umat Islam. Seperti dinding putih, Islam semakin hari semakin berani dicemar oleh tangan-tangon kotor yang diketuai Yahudi Laknatullah itu. Tetapi apa yang menyedihkan lagi bila dikatakan umat Islam sendiri yang menghina junjungan besar kita, sungguh menyala api kemarahan dan saya yakin bukan dalam diri saya sahaja tetapi juga kepada kebanyakan umat Islam di serata dunia.

Tidak lama dahulu kita digemparkan dengan penghinaan lukisan komik Nabi S.A.W kita daripada barat seperti Denmark dan Belanda. Pada mulanya, kita bingkas bangun menyuarakan kemarahan, boikot barangan mereka. Tetapi beberapa hari selepas itu, senyap sunyi bagai ia tidak pernah berlaku malah produk keluaran negara itu makin laris di pasaran. Apa sudah terjadi, saya tujukan ini kepada pimpinan tertinggi negara agar dapat dikaji semula kekuatan negara-negara Islam bagi menentang kekejaman yang sedang ditujukan kepada kita khususnya kerajaan Islam.

Baru-baru ini pula timbul blog yang menghina Nabi Muhammad. Walaupun 'penulis' blog itu tampil menyatakan dia tidak bersalah dan tidak membuat blog tersebut, tetapi secara kaitannya, ada kemungkinan ayang penulis blog itu sendiri berasal dari dalam negara ini sendiri. Subhanallah, negara Islam yang makmur seperti Malaysia juga sudah mempunyai pengkhianat agama sebegini. Apa kelemahannya, adakah dari sekolah atau didikan agama ibu bapanya sendiri? Biarpun jika penulis itu bukan dari orang yang beragama Islam, rakyat Malaysia yang daripada agama lain sepatutnya sudah faham akan sentimen dan sensitiviti agama Islam. Sudah 50 tahun kita bersama menongkah arus untuk memajukan negara ini, jangan disebabkan satu orang pengkhianat seperti ini kita akan berpecah belah. Ingat rakan-rakan, kekuatan Malaysia berada pada perpaduan kaumnya yang menjadi kerisauan mana-mana pihak yang ingin melanggar Malaysia ini. Saya memohon pihak berkuasa agar menggunakan sepenuh kebijaksanaan dan kemajuan teknologi untuk menangkap pengkhianat ini agar 'penyakit' yang dibawanya tidak merebak kepada sesiapa lagi.

Jadi berpeganglah pada Rukun Negara kita, hormati perlembagaan dan jagalah silaturrahim sesama kita rakyat Malaysia agar kita terus aman sentosa dan bersama-sama memacu ke arah kemajuan negara.

Tuanku Muhriz dimasyhur Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Tunku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, yang mangkat Sabtu lalu. Daulat Tuanku!!

Ehsan Berita Harian Online

Monday 29 December 2008

Palestin : Rintihan Umat Islam


ASAP tebal menyelubungi udara Gaza selepas dibedil jet pejuang tentera Israel dalam serangan, semalam. Gambar ehsan Berita Harian Online.

Di hari yang mulia ini, umat Islam sama-sama menyambut Maal Hijrah. Tetapi tidak semua umat Islam bergembira dengan kehadiran tahun yang baru ini. Semalam sekali lagi umat Islam dikejutkan dengan serangan udara yang dilancarkan oleh rejim zionis Yahudi Laknatullah. Serangan yang membunuh ratusan nyawa Palestin itu bagaimanapun telah dibalas pihak Hammas dengan melancarkan 150 roket ke atas negara Yahudi itu sendiri. Itu berlaku selepas tempoh gencatan senjata antara dua puak ini selama 6 bulan tamat lapan hari yang lalu.
Secara terang-terangan kita dapat lihat musuh Islam mempermainkan kita sendiri. Saudara kita dibunuh sewenang-wenangnya tanpa sekatan badan-badan dunia termasuk PBB yang merupakan boneka Amerika semata-mata. Ini menunjukkan yang umat Islam tiada lagi tempat bergantung selain sesama kita. Justeru itu perpaduan umat di sini sangat penting bagi kita meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W sebagai khalifah di muka bumi Allah ini bagi menentang kafir jahanam ini hingga ketitisan darah kita yang terakhir.

Tetapi apa yang berlaku sekarang, dek takutkan sekatan ekonomi yang dimainkan oleh kuasa besar Amerika itu, kita longlai. Mereka secara tak langsung berjaya memecah belahkan umat Islam dan membiarkan kita melihat saudara kita merintih akibat kekejaman yang berleluasa rejim zionis ini.

Perjuangan mereka tidak akan berhenti selagi mereka belum mendapat apa kemahuan mereka. Umum tahun yang Yahudi mahu mendapatkan semula tapak Masjid Al-Aqsa, masjid yang menjadi kiblat Umat Islam yang pertama itu. Mereka tak habis-habis melancarkan serangan tak kira fizikal atau secara mental ke atas umat Islam bagi. Hasrat mereka bagi membina semula Kuil Sulaiman yang dianggap kuil suci mereka itu di atas tapak tersebut tampak bukan mudah dengan rakyat Palestin yang berani syahid mempertahankan masjid suci Islam itu sendiri. Moga Allah memberikan balasan Syurga ke atas para Syuhada' yang mempertahankan maruah Islam ini.

Taktik terbaru, mereka cuba mengubah pandangan umat Islam terutamanya yang bukan penduduk Palestin akan identiti masjid Al-Aqsa itu sendiri. Di internet, taip sahaja masjid Al-Aqsa, apa yang anda dapat? Anda pasti gambar-gambar yang di paparkan itu masjid Al-Aqsa? Sahabat yang saya kasihi, mereka dengan liciknya telah menjadikan Masjid Biru atau Dome of Rock itu sebagai 'Masjid Al-Aqsa' bagi mengalih perhatian umat Islam daripada masjid yang sebenar bagi memudahkan agenda mereka mendapatkan tapak tersebut. Rakan-rakan sekalian, saya berharap anda tidak terpedaya dengan permainan Yahudi Laknatullah ini. Sebarkan berita ini, beritahu sahabat anda, anak cucu anda kedudukan Msjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Ceritakan perjuangan umat Islam, perit getir yang mereka lalui untuk menjaga kesuciannya daripada terus dinodai oleh tangan-tangan musyrikin ini. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada perajurit-perajurit Islam ini bagi kita bersatu memperjuangkan hak dan membawa kembali sinar Islam itu terpancar ke segenap alam. Allahhu Akbar!!
Masjid Al-Aqsa yang sebenar

Dome Of Rock yang dikatakan sebagai 'Masjid Al-Aqsa'

Sunday 28 December 2008

Al Fatihah Buat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Assalamualaikum..Salam Perpaduan



Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Semoga roh Baginda dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T..Al Fatihah

Selamat Kembali Ke Kampus

Assalamualaikum dan salam perpaduan..

Saya ingin mengalu-alukan kepulangan seluruh warga kampus kembali ke varsiti perdana ini. Semoga semester ini akan membawa seribu satu kejayaan bagi diri kita masing-masing.

Bagi umat Islam, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah. Ambil iktibar Hijrah sebagai satu proses dalam diri kita, untuk berhijrah dari satu keadaan yang baik kepada yang lebih baik untuk mempertingkatkan daya saing kita di dunia luar kelak.

Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan. Tanamkan azam baru untuk kita sama-sama berusaha menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas..

UM is ONE!!

Saturday 27 December 2008

Pimpinan Mahasiswa Yang Ideal

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan untuk rakan-rakan sekalian..

Terdetik di hati untuk saya berkongsi apakah ciri-ciri pimpinan mahasiswa yang ideal dari sudut peribadi saya ini. Adakah pemimpin mahasiswa perlu lantang bersuara, berani dengan menggunakan isu mahasiswa sendiri walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah ataupun mahasiswa yang bersuara pada saluran yang betul dan menerima kelemahan diri serta mencari jalan untuk memperbaiki dirinya untuk sentiasa memberi khidmat terbaik bagi rakan-rakannya?

Pada pendapat saya, mahasiswa itu sendiri perlu mempunyai penderiannya sendiri. Tidak salah bagi kita bangun menegakkan keadilan demi rakan-rakan kita jika ada sebarang penindasan atau sebagainya, tetapi saya menyarankan anda perlu tahu setiap langkah yang patut diambil untuk mengetengahkan isu ini ke peringkat atasan. Pada peringkat universiti, masih banyak saluran yang terbuka, termasuk bertemu sendiri dengan pentadbiran universiti seperti naib canselor, timbalan naib canselor, pengetua, penyelia dan sebagainya. Dengan ini saya secara terang-terangan menyelar segelintir golongan yang sengaja membawa isu kampus ke peringkat media massa dan saya menganggap ini semua sebagai satu publisiti murahan yang cuba dicari bagi memperoleh sokongan daripada pihak majoriti, dalam konteks kita, mahasiswa itu sendiri. Adakah ini jenis pemimpin yang berwibawa? Sudah tentu jika dia tidak dapat menghormati peraturan dan pemimpinnya sendiri, dia bukan seorang yang layak mejadi pemimpin.

Ada pula yang dikatakan pemimpin boneka kepada sesetengah entiti. Definasi boneka pada pendapat saya adalah seseorang yang hanya menurut perintah melulu tanpa usul periksa. Adakah mereka yang mendapat nasihat, menganalisa nasihat itu dan membuat keputusan untuk bersetuju dengan nasihat itu jika terbukti ia suatu nasihat yang bernas dianggap boneka? Ini menunjukkan pemikiran sempit segelintir orang yang hanya ingin menimbulkan kontroversi serta isu dalam kampus, dan sekali lagi bagi saya ianya satu isu murahan yang dibawa. Pemimpin harus bijak menilai tetapi harus mempunyai sifat terbuka. Menerima kelemahan diri dan meminta nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman untuk kita belajar. Saya yakin ini bukan sahaja dapat menambahkan kemahiran kita memimpin tetapi memberi nilai tambah yang lain untuk kita manfaatkan.

Sebagai pimpinan mahasiswa di universiti, seharusnya anda mempunyai pertalian yang baik dengan pengurusan universiti ini sendiri kerana apa-apa masalah atau isu yang timbul, seharusnya mereka yang membantu kita menyelesaikannya. Tanpa pemimpin yg berhemah, pengurusan universiti tidak akan mengetahui apa yang kita alami. Oleh itu, apa sahaja ideologi kita, kita harus mempunyai pendirian yang selari dan berada pada landasan yang sama dengan pentadbiran universiti. Tetapi bukan selari bermaksud ikut sahaja perintah mereka, kerana itu yang dimaksudkan boneka. Kadang-kadang kita perlu keluar dari landasan itu, untuk mencari satu jawapan yang lebih baik dan mengasah bakat berfikir serta cara mengatasi masalah itu kemudian mencadangkan kepada pengurusan universiti kerana mungkin cara universiti mengatasi sesuatu isu tidak seperti yang dimahukan oleh mahasiswa itu sendiri. Di situlah fungsinya kita sebagai pemimpin mahasiswa. Saya memberi contoh, mahasiswa sebagai anak-anak dan pengurusan universiti sebagai ibu bapa. Jika anak itu perlukan wang, mestilah kita minta dengan ibu bapa kita dengan baik bukan melulu minta dan harapkan duit itu serta merta. Anak-anak perlu faham kesusahan ibu bapa untuk mencari duit itu, tetapi mereka akan tetap mencari dan memberi duit pada anak-anak mereka, walaupun kita terpaksa tunggu dalam satu tempoh masa. Walau bagaimanapun jika ibu bapa kita menggunakan cara yang salah mendapatkan duit, kita berhak menegur mereka itu pun dengan cara yang sopan seperti yang telah diajarkan dalam Agama Islam itu sendiri. Renungkanlah..

Jadi kepada rakan-rakan sekalian, saya harap anda lebih pandai menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Yang mana intan dan yang mana kaca. Jangan anda mempercayai apa sahaja yang anda dengar kerana itu mungkin indah khabar dari rupa. Ambil masa dan kaji apa yang anda dapat sebelum anda mempercayainya. Pimpinan mahasiswa perlu hadir dari golongan yang berfikiran terbuka dan paham dengan pengurusan universiti bagi menjamin kebajikan kita terbela dan jangan sesekali kita mencari pemimpin yang lantang bersuara tetapi suaranya hanya tertumpu pada satu golongan mahasiswa dan bukan bagi keseluruhan mahasiswa kampus. Biar lambat asalkan selamat, biar cermat asalkan kita dapat terus menjaga kebajikan mahasiswa. Dari mahasiswa untuk mahasiswa

UM is ONE!!!

Keadaan Semasa ASTAR

Assalamualaikum...Salam Perpaduan...

Ini adalah berita terbaru yang saya terima. Dikatakan aras A300, B400 dan E400 tidak dapat disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan. Saya mengharapkan anda semua bersabar terutamanya pelajar siswi kerana pentadbiran kolej sekarang sedang merangka tempat yang sesuai untuk menempatkan anda. Jangan bimbang, insyaalah saya akan bawa bincang dan tiada pelajar yang akan dipindahkan keluar seperti khabar-khabar angin yang pernah ditimbulkan sebelum ini. Cuma mungkin anda akan dipindahkan ke tempat lain dalam kolej juga.

Harap anda semua bersabar dengan situasi pada masa ini untuk kebaikan kita bersama di masa depan. Saya di pihak JTK mewakili pihak pentadbiran kolej memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku. Di kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kepulangan semua ASTARIAN kembali ke kolej. Semoga semester kedua ini membawa lebih kejayaan bukan sahaja untuk diri kita masing-masing tetapi juga kepada kolej kita yang tercinta. Sekian, Wassalam.

Astar is First!
UM is ONE!!!

Friday 26 December 2008

PPSMI : Hala Tuju Sistem Pendidikan Negara

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Kebelakangan ini, negara heboh dengan isu Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ramai yang membidas tindakan negara apabila membiarkan bahasa ibunda kita digantikan dengan bahasa antarabangsa (lingua franca) pada ketika ini. Pelbagai NGO yang membawa nama bangsa Melayu, tak kurang juga daripada pihak pembangkang yang menyelar PPSMI yang dimulakan setelah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad kira-kira 6 tahun yang lalu.

Tapi tak kurang juga yang masih menyokong PPSMI ini diteruskan terutamanya daripada golongan ahli akademik yang sudah melalui perit getir dan memandang masa depan yang bahasa Inggeris sememangnya penting dalam kehidupan kita seharian, terutamanya dalam bidang ilmu sains dan matematik ini.

Sebagai seorang yang berbangsa Melayu, saya amat memahami sensitiviti bangsa Melayu terutamanya apabila ia sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Tidak dinafikan kita tidak boleh sama sekali mengabaikan apatah lagi melupakan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Tetapi kita tidak harus mempunyai sifat sentimen yang kuat kerana rakyat Malaysia harus peka dan memandang terus ke depan bagi mencapai Wawasan 2020.

Tidak dinafikan PPSMI masih mempunyai kekurangannya. Antaranya negara masih kekurang tenaga pengajar yang terlatih bagi menjayakan program ini. Pada pandangan peribadi, saya merasakan PPSMI ini boleh dimulakan dahulu di sekolah menengah sahaja, dan bukannya terus menapak di sekolah rendah. Tidak dinafikan PPSMI telah menampakkan hasil dengan peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini, tetapi bagi saya ia adalah suatu yang amat berat jika murid tahun 1-6 bagi menyesuaikan diri mereka bagi PPSMI.

Tidak dilupakan bagi murid-murid luar bandar. Mereka adalah dikatakan golongan yang paling terjejas akibat pelaksanaan PPSMI ini. Saya yakin ada pihak yang merasakan murid-murid ini adalah di pihak minoriti dan ia mampu ditangani. Bagi saya, adalah tidak adil jika kita berfikiran sebegini. Saya menyarankan agar pihak Kementerian Pelajaran menumpukan lebih perhatian kepada murid sekolah luar bandar dan tidak meletakkan beban yang amat tinggi kerana kehidupan mereka amat jauh berbeza berbanding kanak-kanak di bandar yang lengkap dengan tusyen, internet dan sebagainya.

Saya turut mengharapkan sistem ini dapat dirombak dengan mengambil sedikit masa melatih guru-guru supaya kita mempunyai tenaga pengajar yang mahir. Ini kerana meraka adalah tonggak kejayaan PPSMI dan tanpa guru siapalah kanak-kanak itu semua. Tetapi pada dasarnya saya amat setuju PPSMI diteruskan tetapi mulakannya di peringkat menengah dengan memberi pendedahan awal sebelum mereka melangkah ke menara gading. Sesungguh anda semua harus memahami bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan lebih ramai intelektual bagi memacu kemajuan negara seterusnya mencapai Wawasan 2020.

UM Memperkenalkan Tagline Baru


Assalamualaikum...Salam Perpaduan..

Buat pengetahuan rakan sekalian, Universiti Malaya (UM) telah menukarkan taglinenya kepada The Leader in Research & Inovation, sejajar dengan visi kita iaitu menjadi universiti penyelidikan yang terunggul di rantau ini.

Kami mahasiswa UM menerima baik tagline ini dengan harapan ia menjadi pemankin kepada peningkatan prestasi UM sendiri dan mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam ranking THES.

Kami mahasiswa UM mendokong sepenuhnya misi dan visi yang dibawa oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr.Ghauth Jasmon.

UM is ONE!!

Semester 1 08/09 bersama ASTAR

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan..

Syukur ke hadrat Ilahi diberiNya ku kesempatan untuk mencoret sedikit sebanyak hal ehwal berkenaan kolej kediaman kesayangan ku, Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman (ASTAR)..

Semester 1 berlalu cukup laju, tatkala baru saja habis ku melepas lelah membimbing adik-adik ku yang mula menapak di varsiti perdana kita ini, ku mendapat mandat daripada rakan-rakan serta pentadbiran untuk meneraju kepimpinan kolej ini. Walaupun ku memikirkan pada semester kedua ku harus menjalani Latihan Industri selama 6 bulan, namun ia tidak mematahkan semangat ku untuk terus berkhidmat, berjuang demi kebajikan mahasiswa kolej ku khususnya dan universiti amnya..Terima kasih ku ucapkan kepada rakan-rakan dan pihak pentadbiran yang sentiasa menyokong.

Perjalanan kolej pada awalnya bermula baik dengan segala aktiviti dan perancangan telah diatur dan dijadualkan, dengan bantuan barisan JIK/JTK berserta Pengerusi JKP dan Wakil Tingkat, kami membentuk satu kumpulan yang kuat untuk terus menajui dan memimpin rakan-rakan kami. Namun bak kata pepatah, langit itu tak selalu cerah..

Astarian tergempar dengan berita penutupan Blok C, iaitu blok penghuni lelaki yang menempatkan kira-kira 60 orang penghuni. Rata-rata resah gelisah bila dikatakan mereka perlu berpindah dengan notis masa yang sangat singkat. Lumrah manusia bila terancam, mereka mahukan pembelaan. Tatkala khabar angin mengatakan mereka perlu berpindah ke kolej lain, ku hadir datang berbincang dengan pengetua kolej. Bersamaku adalah beberapa penghuni Blok C yang amat prihatin tentang nasib rakan-rakan mereka. Setelah beberapa cadangan dan lontaran idea diberikan, pihak kolej mengumumkan tiada perpindahan pelajar keluar dari kolej ini. Tetapi ia digantikan dengan beberapa bilik yang cukup-cukup memuatkan rakan-rakanku semua. Walaupun ia tidak selesa yang diinginkan, tetapi ku yakin rakan-rakan ku telah menerima dengan hati yang terbuka, demi pembaikkan berterusan dan keselamatan mereka jua di masa depan. Syabas ku ucapkan kepada rakan-rakan seperti Zul, Amal, Alif dan lain-lain yang sedia berbincang dan menyokong keputusan yang telah dibuat.

Tak lama selepas itu, kolej digemparkan pula dengan bayaran untuk letak kenderaan di kolej meningkat mendadak ke RM70, suatu angka yang melangkau batas pemikiran para siswa Astarian. Dengan nada marah dan sedih, ramai yang datang menemuiku. Ramai yang meminta agar harga ini dapat dikurangkan sekurang-kurang ke paras RM50. Ku mengambil kesempatan kehadiran ku ke dalam Mesyuarat bersama Pentadbiran kolej untuk membangkitkan isu ini. Bukan itu sahaja, dengan bantuan rakan-rakan wakil tingkat, kami berjaya mengumpul sejumlah tanda tangan sebagai petisyen untuk menunjukkan harapan para Astarian untuk pihak pentadbiran mengurangkan harga bayaran tersebut. Alhamdulillah, sekali lagi pihak JTK berjaya menyelesaikan isu ini di meja rundingan bersama pentadbiran dan keputusan muktamad dicapai dengan penurunan harga kepada RM25 untuk satu lot kenderaan manakala RM10 kekal untuk motosikal..Sekali lagi syabas dan tahniah atas usaha semua Astarian yang bersama-sama saya untuk memperjuangkan kebajikan anda.

Bila hampir saat semester 1 untuk tamat, rakan-rakan ku mengeluh apabila mereka diminta membawa pulang semua barang dan tidak dibenarkan untuk menyimpan apa-apa dalam almari masing-masing, kecuali pelajar dari Sabah dan Sarawak yang telah diberikan 2 stor, masing-masing untuk siswa dan siswi. Ini adalah disebabkan 3 blok kediaman iaitu Blok A, B dan E akan menjalani penukaran atap dan 'rewiring' semula keseluruhan blok. Dengan keluasan stor yang amat terhad tidak mampu untuk menampung kesemua barang pelajar, mereka terpaksa membawa pulang kesemuanya dengan hati yang amat berat. Maafkan ku kerana tidak dapat membantu anda dalam hal ini, tetapi ketahuilah rakan-rakan ada hikmahnya kita melakukan sedemikian. Ada kolej yang membenarkan pelajar menyimpan barang di dalam almari telah dilaporkan mengalami perbuatan khianat, pelbagai masalah yang timbul akibat ini. Oleh itu, saya meminta rakan-rakan bersyukur atas keputusan pihak pentadbiran ini, yang jelas nampak kemungkinan yang bakal berlaku di masa depan.

Cuti semester kian sampai untuk melabuhkan tirainya dan sekali lagi rakan-rakanku akan kembali meneruskan perjuangan anda. Banyak aktiviti dan projek telah dirancang seawal semester 1 lagi yang akan dijalankan pada semester baru ini. Kepada rakan seperjuanganku, teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan dan yang lebih bernilai pengalaman yang anda timba simpan dan amalkannya untuk kita meneruskan perjalanan dan mencorak kejayaan kolej kediaman yang kita sayangi ini...

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Tinta Haluansiswa..khas untuk adik2 ku sesi 08/09

Assalamualaikum..

Inilah sedikit coretan hati seorang insan kerdil di sisiNya

Menjadi KPM sekali lagi sungguh mencabar..bukan perkara mudah tetapi lebih sukar terutamanya membimbing rakan-rakan PM lain yang ku anggap adik-adik dan rakan seperjuangan ku..bimbing mereka bagi menghadapi satu minggu yang paling bersejarah dlm kehidupan pelajar baru iaitu Minggu Haluansiswa...

Dua bulan rakan-rakan lain cuti bergembira..saya cuma ada semingu di rumah bersama bonda, nenda dan kekanda..alangah sedeihnya hati mereka, saya tidak seperti anak orang lain..yang memeriahkan rumah mereka..tapi saya tetap melangkah gagah untuk menyiapkan diri, pergi menjalani kursus, latihan dan banyak lagi semata-mata ingin menyambut adik-adik ku yang bakal masuk tak lama lagi...

Banyak masalah terutama peraturan-peraturan baru yang dikeluarkan pihak atasan utk Haluansiswa minggu ini...saya terima dengan tenang walau diri terasa tercabar..adakah akan dpt ku jalani minggu ini selancar yang dirancang???

Masanya telah tiba..pelajar baru masuk dengan ceria..bak motto Haluansiswa tahun ini..siswa gembira, UM ceria..kami lalui pelbagai suka duka bersama..tatkala PM juga mesra..freshie turut memberi kerjasama yang baik..walaupun ada yg degil dan kdang-kadang darah ku naik jugak..tapi melihat wajah2 adik2 yang lain yang menagih ilmu dari kami..aku padamkan api kemarahan dengan air kasih syg.

Wahai adik-adik junior ku...teruskan cemerlang dalam akademik mu..jgn lupa utk join projek kolej mahupun anjuran universiti kerana ini akan membantu anda mendalami ilmu insaniah yang anda takkan dapat dalam mana-mana kuliah...we will always here 2 guide u all...