Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Saturday 31 January 2009

Edrogan Tempelak Peres

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Semalam ketika saya ingin membeli makanan malam setelah pulang kerja, saya sempat menonton tv yang ada di salah sebuah kedai di kawasan ‘food court’ seksyen 14 itu. Kebetulan berita sedang ditayangkan di saluran TV1 ketika itu. Saya tertarik dengan satu berita di mana Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan melafazkan “Kamu bunuh mereka” kepada Presiden Israel, Shimon Peres.

Saya tidak menyatakan sokongan kepada Edrogan kerana umum tahu mereka juga antara tali barut Amerika (USA) yang menyumbangkan markas tentera bagi askar USA. Tetapi tindakan berani ini adalah sangat patut.

Di kala rakyat Palestin dibunuh tentera Israel, pemimpin dunia masih diam mengharapkan PBB yang jelas boneka USA itu menyekat dan menghalang kemaraan Yahudi Israel di Gaza. Semua tertanya-tanya bilakah adengan bunuh-membunuh ini akan berakhir.

Tetapi tindakan ini telah membuktikan kemarahan umat Islam walau bagaimanapun latar belakang mahupun peribadinya. Sentimen keagamaan dan persaudaraan dalam Islam tidak dapat diputuskan dengan sogokan wang mahupun ugutan daripada utusan-utusan syaitan ini.

Saya mencadangkan ada usaha seperti penganjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) ini tetapi mungkin boleh ditukarkan nama dan objektifnya dengan membariskan lebih ramai pemimpin dari seluruh pelusok dunia bagi membicarakan dan diberi peluang meluahkan rasa di hati tanpa sebarang ugutan mahupun sekatan yang dilakukan mengenai hal ehwal keamanan terutamanya pencerobohan berleluasa di Palestin oleh tentera Israel.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dipengerusikan David Ignatius membariskan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa selain Adrogan dan Peres sebagai ahli panel. Nyata Ignatius terlalu memihak kepada Peres sehingga menyebabkan Edrogan menunjukkan protesnya dengan meninggalkan forum tersebut.

Edrogan yang disambut di Turki sebagai wira setelah berhujah panjang dan mengutuk serangan tentera Peres menyatakan beliau mungkin tidak akan menghadiri lagi perjumpaan tahunan negara kaya dan berkuasa itu yang berlangsung di pusat peranginan Switzerland.

Ayuh pemimpin negara Islam, jika anda bersatu Insyaalah kita mampu membebaskan Palestin dari cengkaman Israel yahudi laknatullah itu.

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)
Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).
Sumber ehsan Berita Harian Online

Friday 30 January 2009

Al-Fatihah : Sahabatku Azrul

Takziah saya ucapkan kepada keluarga rakan saya, Azrul Zafreezzal atas pemergian anak tersayang dan rakan serta sahabat saya ini. Azrul rakan saya daripada sekolah rendah hingga menengah meninggal dalam keadaan tenang setelah mengadu sakit dada pada petang semalam. Mayatnya selamat dikebumikan pada pagi ini. Ingat lagi kenangan bersamanya bermain bola sepak ketika kanak-kanak dan sama-sama aktif dalam kadet di sekolah menengah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan beliau ditempat orang yang beriman…Al- Fatihah

Thursday 29 January 2009

Senario Terkini Malaysia Ku Tercinta

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Sekian lama menyepi kali ini saya tampil dengan beberapa isu hangat yang kian menjadi bualan di serata pelusok negeri. Dari sembang-sembang kedai kopi hingga ke usul ilmiah secara berdebat tak kira bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Semua peringkat dari muda ke tua sudah tahu keadaan di Malaysia masa kini semakin hangat. Bukan sahaja kerana suhuya, tetapi keadaan senario yang sedang berlaku dalam negara.

Saya mulakan dahulu dengan isu politik terkini. Saya harap pembaca tidak melabel saya di mana-mana pihak kerana ini pandangan peribadi yang berdasarkan pengamatan saya saban hari ini. Saya ingin memberi tumpuan kepada isu lompat si katak lompat. Bagaimana seorang YB yang menang pilihan raya umum Mac lalu atas tiket parti kerajaan telah memaling hala tujunya ke arah parti pembangkang. Ini pada saya tidak salah kerana tiada peraturan mahupun undang-undang yang memperuntukkan atas perbuatan sebegitu. Tetapi ia melibatkan moral dan maruah diri itu sendiri, jika beliau berasa perkara yang dilakukan tepat tanpa menghiraukan caci maki ‘rakan-rakan’ lamanya, tiada masalahnya untuknya bagi berpihak ke parti pembangkang. Akibat daripada itu, timbul 2 situasi dari 2 parti berlainan. Situasi pertama adalah apabila Ketua perhubungan parti ‘pembangkang’ yang merupakan bekas Menteri Besar di Perak baru-baru ini telah meletakkan jawatannya atas sebab menyifatkan tindakan YB lompat parti ini sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya. Bukan YB itu sahaja, dengar khabarnya ada beberapa orang YB lagi yang bakal berpaling tadah tidak lama lagi. Situasi kedua pula, Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta Kerajaan Pusat agar menggubal undang-undang ‘anti lompat parti’ agar membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan di tempat berkenaan dengan memberi peluang penyandang kerusi adun atau parlimen itu bertanding atas tiket parti barunya itu. Walau bagaimanapun reaksi kedua belah pihak ini, pihak yang untung untuk waktu ini tetap YB tersebut dan parti barunya.

Budaya katak si katak lompat makin 'diterima' pihak yang mulanya membidas budaya ini

Ekonomi dunia sedang bergolak. Sana sini kita mendengar berita kemelesetan ekonomi bukan sahaja dalam negara malahan negara-negara luar turut terjejas tidak terkecuali negara besar seperti Amerika sendiri. Banyak kilang-kilang yang dikatakan terpaksa memberhentikan operasi seterusnya menyebabkan ramai pekerja akan kehilangan sumber pendapatan mereka selepas ini. Baru-baru ini negara digemparkan dengan penutupan kilang Intel di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini kerana ingin mengurangkan kos akibat mengalami tempias kemelesetan ekonomi dunia ini. Ramai orang dijangka akan kehilangan kerja tetapi kerajaan negeri berkenaan telah berjanji akan memindahkan pekerja itu ke kawasan perindustrian di Kulim bagi mengelakkan sebarang kehilangan pekerjaan berlaku. Ini satu inisiatif yang baik tetapi ini telah menunjukkan saat-saat genting yang sedang melanda negara kita. Di Amerika, 200 premis Starbucks iaitu rangkaian kedai kopi yang popular dijangka akan ditutup dan 100 lagi premis seluruh dunia juga dijangka akan mengalami nasib yang sama bagi mengatasi kelemahan ekonomi global dan situasi pelanggan sekarang. Pemimpin yang bijaksana amat diperlukan masa kini untuk memikirkan langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang melanda sekarang sekaligus memulihkan kembali ekonomi negara seperti yang pernah dilakukan pada era Tun Dr. Mahathir.

Hal ehwal jenayah juga tidak kurang hebat di dalam negara pada waktu ini. Dengan kes kematian A. Kugan telah menyebabkan kredibiliti Polis terjejas tambahan dengan kritikan pihak pembangkang serta baru-baru ini peguam negara mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh. A. Kugan yang telah direman akibat disyaki terlibat dalam rompakan kenderaan mati dalam tahanan. Bedah siasat pertama menyatakan yang dia mati akibat mengalami paru-paru berair. Dek rasa tak puas hati, keluarga si mati meminta agar bedah siasat kedua dilakukan. Bedah siasat kedua yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dijangka mengeluarkan laporan penuh tidak lama lagi. Semalam kira-kira 300 ratus orang berkumpul di depan Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi menuntut dan mengarak mayat A. Kugan ke tempat pengkebumian. Tetapi keadaan menjadi kelam kabut apabila beberapa ahli politik pembangkang campur tangan hingga memaksa anggota Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut. Tidak menjadi masalah jika ingin mengiring rakan dan keluarga untuk ke tempat pengebumian tetapi adalah tidak patut jika isu ini dipergunakan sebagai isu perkaumam. Saya tidak faham pemikiran sesetengah orang, adakah mereka belajar sejarah sewaktu persekolahan ataupun mereka inilah orang-orang yang kerap memonteng sekolah dan mendapat keputusan ‘cukup-cukup makan’ sahaja dalam peperiksaan. Ilmu diberikan pada kita bukan setakat untuk waktu peperiksaan tetapi untuk diamalkan disetiap waktu. Isu kaum ini adalah suatu yang amat sensetif tetapi masih ada segelintir rakyat kita yang boleh saya labelkan sebagai duri dalam daging ini senantiasa memainkan isu ini dan menimbulkan ketegangan diantara kaum. Mereka mengambil kesempatan atas seab-sebab yang tidak perlu. Dalam hal kes A. Kugan ini, biarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan yang pasti orang yang bersalah tetap akan dihukum, walaupun apa pangkat yang dijawatnya sekalipun. Saya menyeru rakyat Malaysia terutamanya warga kampus agar menjadi insane yang lebih intelek bila anda keluar ke alam pekerjaan kelak supaya keharmonian dan keamanan negara akan terus kekal seperti sedia kala di bawah pimpinan bakal pemimpin-pemimpin baru negara kelak.

Tidak ketinggalan, bagaimana kita sekarang mengharungi zaman 'menghalalkan' apa jua demi kepentingan sendiri. Ya apa yang saya maksudkan ini adalah rasuah, tak kira di peringkat politik mahupun kehidupan seharian. Ini adalah sesuatu yang hina bukan sahaja dikalangan kita malah lebih buruk ini sangat hina disisi Allah S.W.T.. Mereka sanggup menggunakan cara atau jalan pendek bagi mencapai cita-cita mereka. Banyak isu-isu politik wang tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, sama sahaja. Mujur parlimen telah meluluskan SPRM bagi membanteras isu-isu berkenaan rasuah ini dengan lebih tegas. Ini satu tindakan bijak oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kronik yang sedang kita hadapi sekarang ini. Kita tidak mahu dilabel negara pengamal rasuah oleh masyarakat dunia. Kita yang majoriti bangsa Melayu beragama Islam perlu pulang dan kembali ke jalan Allah untuk meneruskan sasi baki hidup kita. Kekayaan yang kita capai sekarang hanya sementara, walhal jika kekayaan itu hadir dari tangan-tangan perasuah, kekayaan itu yang akan memakan kita kembali nanti di Akhirat kelak. Oleh itu, saya bimbang dengan beberapa kajian ke atas remaja apabila ditanyakan kesudian mereka menerima rasuah bila bekerja kelak, ramai yang setuju dan sudi menerimanya. Ini suatu yang serius dan perlu diatasi daripada umur muda lagi. Kanak-kanak dan remaja perlu didedahkan bahana rasuah ini pada bangsa, agama dan negara agar mereka sedar bertapa hinanya rasuah itu.

Hapuskan rasuah dan politik wang

Kepada semua rakyat Malaysia umumnya dan rakan seperjuangan di kampus-kampus universiti seluruh Malaysia khasnya, ini adalah masa-masa meruncing bagi kita untuk terus bersatu padu. Perpecahan dan penindasan bukan lagi pilihan masa kini mahupun bila-bila pun. Kita yang tinggal di bumi yang bertuah ini dengan pelbagai bangsa, adapt dan budaya, kita seharusnya lebih menghormati sesama sendiri dan berganding bahu bagi meneruskan agenda negara bagi mencapai tahap pembangunan yang optimum. Kita sebagai generasi muda, generasi pemimpin negara masa akan datang perlu lebih berfikiran terbuka dan berani tampil dengan idea-idea baru bagi kita memastikan negara Malaysia terus berkembang maju selaras dengan negara-negara membangun yang lain. Jang kita hanya tahu melaungkan Malaysia Boleh tetapi kita perlu buktikan pada mata dunia yang sesungguhnya Malaysia memang boleh mencapai cita-citanya menuju Wawasan 2020.

Saturday 24 January 2009

Presiden Obama Lantik 2 Pendamai Asia Barat

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada Presiden Obama yang telah dilantik secara rasmi sebagai Preseden Amerika ke-44 pada 20 Januari 2009 yang lalu. Dengan pelantikkan beliau, ramai yang mengharapkan perubahan yang lebih ke arah positif yang akan dibawanya terutama dari segi ekonomi dan keamanan dunia.
Terus terang saya nyatakan saya bukan orang yang pakar dalam mengupas hal ekonomi jadi dengan itu saya ingin mengambil kesempatan mengulas sedikit mengenai tindakan pertama beliau bagi memastikan keamanan dunia dapat dicapai.
Presiden Obama telah mengambil keputusan melantik tokoh kedamaian Ireland Utara, George Mitchell bagi Asia Barat dan orang tengah krisis Balkan, Richard Holbrooke untuk Afghanistan dan Pakistan. Ini jelas menunjukkan beliau ingin menunjukkan bahawa beliau ingin membawa perubahan pertama berbanding pentadbiran Bush yang umum tahu tidak mempunyai kredibiliti dalam menjaga keamanan dunia sebaliknya menghalalkan apa sahaja demi kepentingannya dan proksinya Isreal.
Obama yang juga menjadi harapan dunia Islam bagi memulihkan keamanan dunia terutamanya di Palestin serta membersihkan nama Islam daripada jolokan 'pengganas' lagi. Tetapi persoalannya bolehkah orang nombor satu di USA ini melakukannya?
Kita melihat pentadbiran yang lepas-lepas. Tidak dinafikan Amerika tidak pernah menghalang langsung tindakan Isreal dalam menceroboh dan membunuh rakyat bumi Palestin kecuali pada pemerintahan Bush yang tampak bukan tidak menghalang malah menyokong atas dasar memerangin pengganas. Mereka mempunyai konsep yang sungguh bercanggahan dengan Islam dan dengan hasrat melupuskan terus Islam di bumi para anbiya' bumi Palestin itu sendiri.
Langkah pertama yang dibuat untuk mencari keamanan oleh Obama ini nampak positif tetapi adakah ia boleh membuahkan hasil? Orang yang dihantar ini boleh dianggap musuh Islam sebenarnya. Sesungguhnya Islam tidak akan dijaga oleh sesiapa kecuali saudaranya sendiri.
Saya tidak mahu mengkritik tindakan 'murni' ini tetapi saya juga tidak mengharapkan tindakan ini dapat membawa keamanan yang abadi. Ini terpulang kepada kita umat Islam sendiri bagaimana kita mahu mengambil tikndakan bagi membantu saudara kita di sana.
Secara lojiknya, bagaimana Isreal dikecam dan dihalang oleh PBB yang menghimpunkan suara-suara pemimpin seluruh dunia pun tak diendahkan oleh Isreal, inikan pula menghantar George Mitchell itupun hanya untuk membantu mengukuhkan perjanjian gencatan senjata rapuh yang diadakan minggu lalu selepas serangan tiga minggu Israel mengorbankan lebih 1,330 penduduk Palestin. Nyata sekali beliau dan Obama sendiri tidak boleh menggunakan perkataan 'menghentikan' serangan dan jenayah perang ini.
Oleh itu saya ingin membawa umat Islam mengingati sejarah yang Palestin yang dijajah tetapi kembali dibuka dan dibebaskan oleh panglima-panglima Islam yang gagah seperti Umar Al'Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Mereka adalah manusia yang mulia di sisi Allah dan mereka hanya patuh pada arahan Allah bukan PBB mahupun Amerika itu. Oleh itu, saya berharap liga Arab dan OIC dapat memikirkan suatu mekanisme secara lebih efisen untuk membantu saudara kita di Palestin ini agar mereka bebas dari cengkaman Yahudi laknatullah dan hidup bebas serta aman seperti yang kita nikmati sekarang.

Friday 23 January 2009

Selamat Bercuti

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti bagi warga UM terutamanya penghuni kolej kediaman Pertama. Semoga dengan cuti ini anda dapat mengumpulkan semangat untuk lebih berusaha bagi menuju kejayaan pada semester ini.
Kepada rakan-rakan Tiong Hua saya, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Semoga tahun Lembu pada kali ini akan membawa kebahagiaan dan keuntungan bagi anda semua.
ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Thursday 22 January 2009

Informasi Terkini Bagi ASTARIAN

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Setelah selesai Mesyuarat Pengurusan pada 22 Januari 2009, beberapa informasi dan peringatan kepada penghuni telah diberikan. Antaranya adalah ;

1. Masalah tekanan air rendah : Aduan sudah dibuat dan dalam perancangan menambah 1 lagi tangki air. Buat permulaan akan ditumpukan di blok B.

2. Sistem PA : Sekarang posisi pembesar suara sedang dirombak dan ditambah bagi membolehkan semua penghuni mendapat informasi yang disampaikan melalui pembesar suara. Sesiapa yang belum dapat dengar dengan jelas, sila adukan kepada saya mahupun penyelia berkenaan tempat yang tak dapat dengar itu.

3. Masalah bekalan elektrik kerap putus : Untuk pengetahuan rakan-rakan, kontraktor memerlukan 2 bulan untuk kerja wiring dan percubaan terhadap bekalan elektrik agar ia sempurna. Akibat kekurangan masa, kontraktor tak sempat untuk buat percubaan dan oleh sebab itu, ada sedikit masalah bekalan elektrik kerap berlaku. Jika ia berlaku, sila maklumkan kepada penyelia bertugas. Anda juga dingatkan supaya tidak gunakan alatan larangan seperti TV, seterika, pemanas air dan lain-lain di dalam bilik anda bagi elakkan masalah ini berlaku juga.

4. Tapak letak kereta : Jika sesiapa yang mendapati ada orang telah mengambil tempat letak keretanya, anda diminta membuat aduan terus kepada penyelia bertugas sebelum 12.00 tgh malam. Jika ada kereta kawan mahupun keluarga yang ingin gunakan ruang anda, sila maklum kepada penyelia bagi mengelakkan sebarang tindakan 'clamp' diambil.

5. Kipas di Sudut Maklumat : Untuk makluman penghuni, pihak pentadbiran atas cadangan pelajar akan memasang 2 kipas di Sudut Maklumat (pigeon hole). Ia akan dijalankan tidak lama lagi.

6. Surau : Surau dikatakan akan disiapkan pada minggu ini juga dengan kerja 'wiring' sudah siap cuma pemasangan cermin tingkap dan langsir serta kerja membersihkan surau sahaja.

7. Tatasusila pelajar : Penghuni adalah diminta untuk menjaga tatasusila termasuk pergaulan anda antara lelaki dan perempuan. Ini kerana ada tindakan berpelukan kerana hendak ambil gambar dan sebagainya ada berlaku di kawasan terbuka di kolej ini. Selain itu, anda diminta mengawal kekuatan suara anda ketika berbual di kawasan hadapan pejabat kerana tindakan anda yang gelak ketawa atau cakap dengan kuat bukan sahaja menggangu pelajar malah penyelia yang tinggal di blok C. Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi.

8. Kepada pengarah projek : Anda diminta mendapatkan nasihat penyelia penasihat anda sebelum membuat sebarang keputusan. Ini kerana ada kes yang keputusan dibuat oleh pengarah tanpa ditanya kepada penyelia. Akibatnya ini telah memalukan penyelia itu walhal ia membawa nama UM. Oleh itu, ingin saya beritahu anda penyelia tidak sesibuk yang anda fikirkan. Mereka akan luangkan masa anda jika hal berkenaan projek diajukan pada mereka.

9. Kad Makan : Sistem sekarang yang memerlukan penghuni menulis nama dalam buku log jika tak bawa kad makan bukan suatu kemudahan dan alasan anda tidak bawa kad makan. Nama yang berada dalam buku itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut notis yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Saya harap para ASTARIAN dapat memberi kerjasama yang baik demi menjaga kesejahteraan kita bersama.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Wednesday 21 January 2009

Sempena Cuti Pertangahan Semester 2 08/09

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pengumuman kepada semua ASTARIAN, sebelum ini anda diminta menyimpan semua barang anda ke dalam stor di setiap aras anda. Akibat banyak rungutan, pihak JTK sudah menghantar surat dan berbincang dengan pihak pentadbiran kolej. Hasilnya anda tidak perlu risau akan stor lagi kerana anda dibenarkan menyimpan barang anda di dalam almari masing-masing dan digalakkan anda membawa pulang bersama anda barangan berharga.
Ini kerana masih ada pekerja asing yang akan berada sekitar kolej ditambahkan lagi dengan peserta DTA dan ASCI yang akan menginap di kolej kita pada tempoh cuti ini.
Keselamatan barangan anda adalah tanggungjawab diri sendiri dan pihak kolej tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barangan peribadi anda. Anda dinasihatkan untuk mengunci almari anda untuk keselamatan. Harap maklum.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Kesinambungan Kepimpinan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Artikel ini saya tujukan khas buat junior yang juga rakan seperjuangan saya Nor Hidayah atas memperoleh undian kedua tertinggi bagi membolehkan beliau terpilih sebagai wakil Fakulti Kejuruteraan MPMUM sesi 08/09, sekalung tahniah buat anda.

Untuk pengetahuan anda, beliau adalah generasi ketiga daripada kolej kediaman Pertama yang menjadi wakil fakulti kejuruteraan yang sebelumnya diterajui oleh saudara Zaidi pada 06/07 dan saya sendiri pada 07/08. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengundi kerana memberi kami sepenuh kepercayaan bagi meneruskan kepimpinan terbaik di peringkat fakulti.

Kepada wakil kejuruteraan, saudara Tee dan saudari Hidayah, selamat menjalankan tugas anda. Anda perlu mengutamakan janji anda dalam manifesto anda dan membayar kepercayaan pengundi terhadap anda dengan perkhidmatan terbaik bagi memastikan kebajikan fakulti kejuruteraan terus terjaga.

Sebelum ini saya bersama rakan saya Hilman telah menempuh setahun sebagai wakil kejuruteraan dan banyak pembaharuan yang telah dijalankan seperti penambahan tempat letak kereta, pelebaran tangga di kawasan blok U, penambahbaikkan jalan penhubung kolej 6 dengan fakulti kejuruteraan dan baru-baru ini susur berbumbung yang sedang giat dijalankan.

Sesungguhnya kami tidak pernah mahu menghampakan pelajar fakulti kejuruteraan yang telah memilih kami sebagai wakil anda dan suara anda tetap kami perjuangkan. Akhir kata, selamat maju jaya bagi 2 wakil fakulti yang baru ini. Sebarang persoalan anda boleh hubungi saya mahupun rakan-rakan yang lain dan kami tidak lokek membantu anda semua.

UM is ONE!!

Tuesday 20 January 2009

Pemilihan MPMUM : Suara Keramat Mahasiswa

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan…

Berakhirnya satu lagi episod demokrasi universiti apabila tamat tempoh mengundi pada 4.30 petang, 19 Januari 2009. Pemilihan kali ini yang saya anggap paling buruk sepanjang saya berada di UM ini yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Setelah pengiraan demi pengiraan dibuat untuk memuaskan hati setiap calon yang ada, keputusan akhirnya diumumkan kira-kira jam 4 pagi tadi.

Suara keramat mahasiswa yang diterjemahkan melalui undi nyata jelas bak kata DS Anwar Ibrahim sebagai ‘rakyat yang dahagakan perubahan’. Tetapi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kem Gerak apabila menang walaupun dengan majoriti mudah apabila memenangi 20 kerusi manakala Pro M merampas 19 kerusi dan 2 calon bebas dari Fakulti Undang-Undang sebagai pelengkap kerusi panas MPMUM.

Seperti yang dijangkakan, saingan sengit telah diberikan oleh Pro M apabila merampas 8 daripada 9 kerusi umum dan 11 kerusi di fakulti antaranya Pusat Kebudayaan, Akademi Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian, Perniagaan & Pentadbiran dan lain-lain. Syabas saya ucapkan kepada pro m atas peningkatan mendadak dari segi jumlah kerusi dalam kabinet MPMUM.

Saya berharap agar kepimpinan Gerak dapat membuat bedah siasat bagi mengkaji punca kekurangan jumlah kerusi yang dimenangi dan memperbaiki setiap aspek yang didapati kurang menyerlah. Jadikan ini sebagai tauladan untuk kita terus memperbaiki diri kita ke suatu peringkat yang lebih baik daripada sedia ada.

Walaupun Penggerak Mahasiswa telah menang dengan majoriti mudah tetapi dengan kehadiran barisan pro m yang tidak kurang hebatnya ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk rakan-rakan Gerak belajar dan terus berjuang demi membela nasib dan membalas jasa rakan-rakan yang telah mengundi dan memberi kepercayaan kepada anda.

Pada hemat saya, jika dua kumpulan besar ini dapat bekerjasama dengan baik, kita mampu menjana kepimpinan yang lebih baik di kalangan mahasiswa. Anda perlu bersatu agar perjalanan organisasi anda berjalan lancar dan tiada sifat prejudis sesama sendiri bagi mengelakkan lagi sebarang penyebaran fitnah mahupun ancaman kepada rakan-rakan sejawat anda sendiri. Sesungguhnya saya berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berjuang dengan menghalalkan apa jua cara bagi memperoleh kemenangan.

Kepada Gerak, teruskan perjuangan demi membela kebajikan mahasiswa dan kepada pro m, ketepikan idealism politik luar sedia ada. Tumpukan sepenuhnya kepada mahasiswa UM dan jika anda ingin berjuang memansuhkan AUKU dan ISA, teruskan menggunakan nama pro m sahaja dan jangan sesekali melibatkan MPMUM dalam perjuangan anda kerana MPMUM adalah untuk berjuang secara kolektif bagi semua mahasiswa UM dan bukan khusus untuk orang yang nak mansuh AUKU atau ISA sahaja. Teruskan perjuangan Aspirasi sesi lalu yang menumpukan kepada perkhidmatan mahasiswa seperti masalah air, wireless, klinik kesihatan dan lain-lain. Insyaalah pengundi yakni mahasiswa UM akan sedar bertapa besarnya peranan Gerak setelah berakhirnya Pemilihan MPMUM sesi ini.

Akhir kata, moga maju jaya pada kabinet MPMUM sesi 08/09 ini dan diharapkan anda semua akan membawa perubahan dengan erti kata sebenar dan bukan berubah bagi kepentingan diri anda sendiri. Teruskan bergerak demi membela nasib siswa-siswi kampus. Seketeriat Presiden Kolej Kediaman UM(SPKUM) akan memerhatikan perubahan anda dan kami tidak akan berdiam diri andai kata anda mengabaikan tanggungjawab anda dan kami tanpa prejudis akan bergerak atas platform kami sendiri demi terus menjaga kebajikan penghuni kolej kediaman dan juga penghuni luar kampus (PUSPITA).

UM is ONE!!!

Sunday 18 January 2009

Selamatkah kita di UM?

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Ingin saya buka bicara dengan ucapan takziah pada beberapa orang rakan saya yang mana kenderaan mereka telah dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Diharapkan anda semua bersabar dan berserah segalanya pada Allah supaya ia beri petunjuk kepada siapa yang membuat perkara tersebut kembali ke pangkal jalan.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa siri rompakan yang kian berbahaya berlaku disekitar UM. Rompakan bersenjata di Kolej 5, rompakan di Kolej 12 dan beberapa kes ragut melibatkan penghuni Kolej 9. Saya amat bersimpati dan berang atas kejadian yang sudah berlaku ini. Apakah yang sebenarnya masalah keselamatan UM ini?

Untuk pengetahuan anda, dek kejadian di kolej kediaman 12, UM ataupun kolej 12(maaf saya tak pasti yang mana) telah mendapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan swasta atas kapasiti kolej 12 adalah kolej terbesar dalam kampus UM ini. Bagi kes-kes ragut ini, tidak lama lagi penghuni kolej 9 boleh melepaskan nafas lega kerana satu markas SUKSIS akan ditempatkan berhampiran kawasan rumah PUSPITA. Atas desakan pelajar kolej serta kepimpinan mahasiswa yang lepas hingga sekarang, keputusan bijak ini akhirnya diluluskan oleh pihak pentadbiran universiti.

Baru-baru pula kita dikejutkan dengan kes penghinaan kepada Masjid yang bertempat di Akademi Pengajian Islam. Nampaknya 'penjenayah-penjenayah' ini cukup pandai mencari kesempatan menimbulkan kekecohan di saat pelajar sedang sibuk menyiapkan persiapan kempen bagi pemilihan MPMUM sesi ini.

Tetapi apa yang ingin saya bicarakan, inilah perjuangan sebenar pimpinan mahasiswa. Anda harus menumpukan kepada pelajar kampus ini terutamanya. Walaupun saya tahu beberapa calon mempunyai isu keselamatan dalam manifestonya tetapi masih kurang berbanding isu memansuhkan AUKU dan ISA.

Kita sebagai mahasiswa mesti berjuang demi kebajikan mahasiswa sahaja terlebih dahulu. Keutamaan tetap diberi kembali kepada mahasiswa. Jika anda mahu mansuhkan AUKU atau ISA, boleh tidak ada masalah. Tetapi berapa peratus sahaja pelajar yang pentingkan hal itu. Apa yang pelajar mahukan adalah pembangunan serta kemudahan asas yang mencukupi. Contohnya seperti masalah air yang tidak berkesudahan, masalah keselamatan yang kian berbahaya kini, waktu bas yang tidak menentu, liputan wireless yang lemah dan pelbagai lagi. Kenapa masih ada calon yang ingin bertanding tetapi memperjuangkan keinginan peribadi yang dianggap ingin membuat perubahan?

Ini adalah contoh yang tidak baik, saya merayu kepada calon agar mengutamakan kebajikan pelajar dan jangan mencampur adukkan isu politik luar dalam kampus. Sesungguhnya kita mahukan satu suasana yang mana idealisme mahasiswa itu lahir sendiri daripada mahasiswa dan bukan dipengaruhi unsur-unsur politik luar yang kotor itu.

Seperkara lagi yang ingin saya ingatkan kepada bakal pimpinan mahasiswa, keselamatan ini bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kepada kerohanian, khususnya perpaduan kita sebagai warga kampus UM. Perpaduan sememangnya suatu yang amat penting dan saya harap anda fikir lebih jauh bagaimana untuk menambahbaikkan perpaduan ini.

Salah seorang calon yang ingin membawa perubahan ini menyatakan akan menganjurkan semua majlis keraian semua kaum di dalam kampus. Ini bukan perubahan namanya, bukan anda sahaja tetapi memang ia dibuat oleh setiap kaum tiap kali perayaan menjelma. Jadi jangan membuat manifesto yang seperti melepaskan batuk di tepi tangga dan meneguk di air keruh. Pemimpin perlu memikirkan suatu cara terbaik dan baru agar dapat dipraktikkan oleh warga UM dan mengharmonikan lagi kampus kita.

Selain itu, ada sesetengah pihak yang sangat gemarkan demostrasi. Saya tidak faham tetapi bagi mereka ia amat berhasil. Tidak salah demonstrasi jika memperjuangkan perkara yang benar tetapi rakan-rakan, saya ingin ingatkan, jika anda ada masalah sila bertemu dan berbincang dengan pimpinan mahasiswa mahupun pihak pentadbiran terus. Usahlah anda membuat keputusan terburu-buru dengan melancarkan demonstrasi atau membuat sidang akhbar. Ini amat memburukkan keadaan tambahan pula tuntutan anda juga di ambil atas angin sahaja. Letakkan pilihan untuk membuat demonstrasi ini di akhir pilihan anda, gunakan jika benar-benar anda tiada pilihan lain sahaja.

Esok adalah hari di mana mahasiswa keluar membuang undi bagi memilih pemimpin yang diharapkan dapat membawa isu kebajikan mahasiswa ke suatu pentas yang lebih baik. Saya menyarankan semua mahasiswa tak kira di luar mahupun di dalam kampus untuk turun mengundi bagi menunaikan hak anda. Jangan bila suatu kabinet MPMUM tertubuh dan anda tak puas hati akbat anda sendiri tidak turun mengundi. Setiap undi amat berharga dan anda berhak mencorak kepimpinan UM. Ayuh kita pilih untuk bergerak bagi memastikan kebajikan dan keutamaan terus diberikan kepada mahasiswa dan bukan membuat perubahan dengan memandang pada isu luar yang tidak memberi faedah pada mahasiswa. Mahasiswa Untuk Mahasiswa..

Pembuangan Undi Pemilihan MPMUM
Tarikh : 19 Januari 2009
Tempat : Kolej kediaman bagi penghuni kolej dan DTC bagi pelajar luar kampus
Masa : 9pagi - 4.30 petang

Satu tekad satu hasrat..Ayuh kita bergerak ke era baru.

UM is ONE!!!

Saturday 17 January 2009

PENDEDAHAN : Calon Umum Sedang Jalani Latihan Industri?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, rakan saya daripada fakulti kejuruteraan jabatan Mekanik yang berasal daripada Kedah telah menjadi calon Umum untuk pemilihan MPMUM sesi ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana dia berkemungkinan menjadi penyambung rentetan kepimpinan daripada jabatan Mekanik selepas saya pada sesi lepas.

Tetapi ada sesuatu yang menghairankan saya. Untuk pengetahuan anda, kami pelajar semester 6 jabatan Mekanik telah diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di dalam tempoh waktu 1 Disember 2008 hingga 30 Jun 2009. Ini tidak terkecuali pada saya mahupun rakan sekelas saya yang bertanding tersebut.

Untuk pengetahuan ramai, bila seseorang itu telah menang pemilihan MPMUM, anda perlu memberi sepenuh komitmen bagi membalas jasa rakan-rakan anda yang telah mengundi dan menyokong anda. Anda perlu berkerja keras dan berkorban demi menjaga kebajikan mahasiswa UM ini. Tetapi apabila dalam kes ini, rakan saya ini tentu akan mengalami sedikit masalah dalam memberi komitmen menyebabkan saya gusar akan kedudukannya kelak.

Rakan saya yang menjalankan latihan industri terpaksa pergi ke pejabat dan bekerja pada waktu pejabat seperti biasa (9.00 pagi hingga 5.00 petang). Ini sebenarnya suatu kerugian kepada mahasiswa yang mengundi beliau. Jika beliau menang sekalipun, suaranya tidak akan didengar.

Cara menyuarakan luahan kita pada pentadbir yang paling efisen adalah bersemuka dan berbincang dalam meja bulat dan ini selalunya akan diadakan pada waktu siang semasa pentadbir masih berada di universiti. Jika rakan saya ini sedang bekerja, dia sudah tentu tak dapat hadir dan suara beliau sudah tentu tidak didengar. Malahan beliau adalah satu-satunya calon mewakili mahasiswa berbangsa India bagi kumpulan yang mendokongnya. Saya rasa ini akan merugikan banyak pihak terutamanya dirinya sendiri apabila menjawat kerusi umum yang merupakan kerusi paling penting dalam organisasi MPMUM itu sendiri.

Tetapi jika komitmennya tinggi, mungkin dia boleh ponteng kerjanya demi menyuarakan kebajikan mahasiswa, satu niat yang baik tetapi ia memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak buahnya, ponteng dan tidak menjalankan tanggungjawab hakiki merupakan suatu kes yang serius kerana ini berkaitan dengan amanah. Ingat rakan-rakan, pemimpin yang baik adalah orang yang memegang amanahnya dengan baik tidak kira apa tanggungjawab yang diberikan padanya.

Saya hairan jika dia sudah tahu dia mempunyai komitmen dalam latihan industri mengapa masih ingin bertanding. Beliau mempunyai pilihan untuk menangguh latihan industri seperti beberapa rakan saya lakukan jika benar-benar ingin menjaga kebajikan pelajar tetapi beliau tetap teruskan latihan industrinya. Tindakan ini seolah-olah menampakkan dirinya kurang berfikir masa depan dirinya dan juga pelajar. Satu sifat pemimpin adalah mereka harus fikir jauh ke depan supaya dapat merangka strategi dan peluang untuk terus memberi perkhidmatan terbaik pada pelajar. Akhirnya beliau akan mengalami kesusahan dan tidak membantu para pelajar langsung. Satu lagi kerugian yang dapat saya simpulkan.

Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada rakan saya ini agar berfikir masak-masak akan situasi anda. Anda membawa nama kumpulan anda, jika anda tidak membuat kerja dalam MPMUM sekiranya anda menang sesi ini, mungkin sesi depan kepercayaan yang pelajar mungkin berikan pada anda terutamanya kumpulan anda akan luput lenyap. Tapi saya yakin anda dan kumpulan anda sudah tentu mempunyai jawapan balas jika hal ini diutarakan kerana anda semua tidak pernah mengecewakan dalam memberikan jawapan balas mahupun membuat isu yang hangat.

Akhir kata, saya memohon rakan-rakan semua memeriksa latar belakang semua calon sebelum membuat pilihan. Adakah mereka benar-benar layak menjadi pemimpin jika diri sendiri tidak mampu membuat keputusan yang sebaiknya? Sehebat mana seseorang manusia, dia tidak boleh menjalankan 2 komitmen besar dalam suatu masa. Berikan peluang kepada rakan saya ini menjalani latihan industri beliau dengan tenang bagi memperoleh pengalaman untuk mencebur bidang kejuruteraan setelah tamat pengajian kelak. Ramai lagi calon yang hebat berada dalam senarai calon umum. Tepuk dada tanya selera, jangan mengambil bulat-bulat kata-kata manis yang dijanjikan sebaliknya menyiasat adakah kata-kata itu mampu dilaksanakan atau sekadar bahan ucapan bagi memenangi hati pengundi. Anda semua mahasiswa universiti perdana ini sudah pasti mempunyai tahap intelek yang tinggi dan saya yakin anda semua mampu menilai baik dan buruknya. Selamat maju jaya dalam usaha kempen setiap calon.

UM is ONE!!

Friday 16 January 2009

Kepala Khinzir Dalam Surau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedih dan sebak di hati saya dengan berita ini. Dilaporkan sekitar jam 5 pagi, ada orang telah mendapati kepala khinzir bergelimpangan di atas bendera PAS dan terdapat tulisan pada bendera tersebut berada di dalam surau Akademi Pengajian Islam (API). Daripada mula tersebar hal ini, banyak anggapan dan tuduhan yang telah dilemparkan. Dan paling menyedihkan lagi apabila kita sesama Islam sendiri menuduh satu sama lain, apakah maksud ini semua?

Apabila kita saling menuduh dan bermusuhan, musuh sebenar kita di luar sana mahupun dalam negara ini sendiri berpeluk tubuh, bergelak ketawa menanti saat untuk meneguk di air keruh. Ini telah menyentuh isu sensitiviti Islam itu sendiri, dan saya tidak yakin ini perbuatan individu beragama Islam itu sendiri.

Umum tahu yang dalam kekecohan pemilihan MPMUM ini, dua kumpulan besar Gerak dan Pro m masing-masing menuduh sesama sendiri dan mempertanggungjawabkan kesalahan ini pada kumpulan lawan masing-masing. Ingin saya ingatkan kepada rakan-rakan di pihak Gerak mahupun Pro m, ini hanya suatu proses pemilihan sahaja dan ia tidak sepatutnya dijadikan isu sensitiviti agama sebegini rupa.

Saya mempunyai pendirian sendiri, saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak hingga bukti yang jelas dilampirkan bagi menuduh pihak yang bertanggungjawab itu. Dengan ini, saya juga ingin menyeru kawan-kawan baik di pihak Gerak mahupun Pro m agar menghentikan perbalahan dan tuduhan-tuduhan tanpa bukti ini. Sepatutnya kita duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi mencari dalang sebenar yang ingin membuat onar pada Agama Islam itu sendiri.

Saya berharap kita dapat sama-sama doakan agar kebenaran akan menjelma jua. Sesungguhnya saya menitiskan air mata kerana takut akan azab Allah yang akan dikenakan pada orang yang membuat tindakan keji ini. Saya sebak kerana Islam diperkotak-katikkan hanya di saat pemilihan MPMUM ini berlangsung. Saya masih tidak faham kenapa jalan ini yang diambil untuk meraih populariti dan sokongan. Saya menyeru agar pimpinan dua kumpulan besar ini untuk duduk dan berbincang jalan penyelesaian terbaik dan biarkan pihak yang professional menjalankan tugas menjejak penjenayah agama ini.

Ya Allah, Lindungilah diriku dari taburan fitnah Ya Allah. Lindungi sahabat-sahabat ku dari taburan fitnah Ya Allah, Lindungilah umat Islam seluruh dunia dari taburan fitnah Ya Allah. Teguhkan perpaduan kami Ya Allah, Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui…Amin..

Allahu Akbar!!!

Amerika : Jangan Kau Pijak Bumi Malaysia!!

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Baru-baru ini dalam sebuah mesyuarat Jawatankuasa Senat AS telah mendakwa yang ada pegawai kerajaan Malaysia memeras ugut wang daripada pendatang asing dan terlibat dengan penyeludupan manusia di sempadan negara. Walhal ini bukan kali pertama, kita pernah dituduh sebagai antara negara yang mendagangkan manusia di peringkat antarabangsa tanpa usul periksa oleh kroni dan proksi yahudi laknatullah ini. Apakah sebabnya mereka melemparkan tuduhan begini?

Negara kita telah diiktiraf kerana mempunyai kumpulan penguat kuasa yang cekap dan terbaik di rantau Asia ini. Jika benar jenayah antarabangsa ini sedang berjalan di negara kita, tak mungkin ia tidak dapat dihidu pihak berkuasa. Adakah mereka di rasuah? Saya tidak nafikan ada segelintir yang masih mengamalkan korupsi tetapi masih ramai lagi pegawai yang jujur serta berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab. Kita tidak mempunyai masalah jika orang luar ingin menegur dan memberi informasi jika ia benar berlaku. Tetapi apa hak mereka nak masuk ceroboh dan buat soal siasat sendiri di negara kita yang merdeka ini.

Saya dengan ini menentang sekuat-kuatnya campur tangan pihak Amerika dalam soal keselamatan dan politik negara kita. Mereka harus dicegah dan dijauhkan daripada pentadbiran negara kerana mereka boleh diibaratkan virus-virus keamanan. Apa yang ada pada nama ‘polis dunia’ jika keganasan Isreal di Palestin dihalalkan malah menyokong tindakan keji yahudi laknatullah.

Betulkan saya jika fakta saya ini salah, tiap negara yang mana buminya dipijak Presiden Amerika adalah antara sasaran seterusnya bagi Amerika untuk dijajah mahupun diserang dengan tanpa belas kasihan seperti apa yang telah berlaku di Iraq, Iran dan negara Islam yang lain. Oleh itu, mari kita semua raykat Malaysia terutamanya Sumat Islam negara makmur ini bersatu untuk menidakkan agenda seterusnya Amerika bagi menjajah negara ini. Negara kita sudah merdeka dan saya tidak mahu anak cucu saya tergadai maruah akibat kita yang berpecah belah. Kita perlu halang kemaraan Amerika ke pelusuk Asia ini teutamanya Malaysia bumi bertuah yang kucintai.

Oleh itu, saya menyeru pemimpin negara, baik kerejaan mahupun pembangkang agar bersatu hati dan menyuarakan hanya satu pendapat supaya kita bebas daripada pemantauan Amerika sebagai sasaran mereka seterusnya. Teguhkan pendirian anda, tingkatkan semangat patriotik anda dan bersama-sama kita usaha dan gerakkan negara kita ke satu tahap yang lebih baik, aman dan sejahtera.

Thursday 15 January 2009

Selamat Maju Jaya Calon Pemilihan MPMUM

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Saya mewakili pihak JIK/JTK ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Pemilihan MPMUM sesi 2008/2009 khususnya calon yang merupakan penghuni Kolej Kediaman Pertama ini. Semoga anda akan meneruskan kesinambungan pimpinan terbaik di peringkat universiti mahupun kolej ini sendiri.

Kepada rakan-rakan, ini adalah masa dan ketika anda menilai kesemua calon-calon yang bertanding ini. Kaji latar belakang dan perjuangan ataupun manifesto yang dibawa oleh mereka. Anda yang menentukan corak kepimpinan ini kelak.

Suka saya ingatkan sekali lagi kepada anda semua yang butir-butir pembuangan undi adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 Januari 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: DTP(bagi penghuni ASTAR) dan DTC bagi pelajar luar kampus

Saya menyeru agar semua ASTARIAN turun dan memilih calon pemimpin yang terbaik bagi memastikan agenda kebajikan mahasiswa terus bergerak dan terjamin.

ASTAR is First!
UM is ONE!!!

Bermula Episod Baru Demokrasi Kampus

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Tanggal 14 Januari 2009 telah menggamitkan suasana diseluruh kampus Universiti Malaya apabila proses penamaan calon bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2008/2009 kembali menjelma. Sudah pasti ini adalah satu detik permulaan perang antara dua kumpulan besar kampus iaitu Penggerak Mahasisiwa (Gerak) dan Pro Mahasiswa (Pro M).

Seawal jam 9 pagi telah bermula himpunan bagi mengarak calon sokongan masing-masing untuk masuk ke Auditorium KPS bagi mendaftar diri sebagai calon. Proses ini berjalan lancar dengan bantuan Pihak Keselamatan yang mengawal lalu lintas dan pihak HEP dan fakulti yang membantu di bahagian penamaan calon.

Keadaan kembali hangat dengan kedua-dua pihak penyokong semakin bingit melaung-laungkan semangat mereka. Pro m dengan student powernya dan Gerak dengan um is one nya. Masing-masing tidak mahu mengalah sehingga ada kereta di sebelah penyokong pro m yang kelihatan berasap, mungkin akibat 'kepanasan' gelombang jingga yang di bawa gagasan pro m itu sendiri.

Tetapi apa yang menyedihkan, saya melihat kedua-dua pihak yang majoritinya menganut 1 agama bermusuhan dan menolok pendamaian. Banyak yang mencadangkan agar 2 kumpulan besar ini bekerjasama tetapi gagal jua akhirnya.

Pro m melaungkan isu penyalah gunaan duit pelajar terhadap pimpinan Gerak dan TNC yang merasuah salah seorang rakan mereka untuk bertanding di pihak Gerak. Manakala Gerak mengeluarkan isu fitnah yang tidak putus-putus dilemparkan pihak pro m ke atas gerak. Akibatnya kedua kumpulan ini terus bertikam lidah sehingga perarakan masuk calon-calon ke dalam KPS.

Saya ingin menyeru kepada kedua-dua pihak agar menjalankan tempoh berkempen ini dengan tenang dan jangan cuba untuk sabotaj mana-mana pihak baik gerak mahupun pro m. Berikan penjelesan terbaik kepada mahasiswa agar mereka dapat menilai antara intan dan kaca. Selamat maju jaya bagi semua calon terutama calon gerak. Teruskan berusaha agar anda dapat mengekalkan kesinambungan barisan kepimpinan mahasisiwa universiti sebelum ini dan jalankan tugas anda dengan jujur dan amanah.

UM is ONE!!!

Tuesday 13 January 2009

Jihad Kita : Allahu Akbar!!

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Semalam telah diadakan satu sidang khas di Parlimen bagi mengutuk tindakan kejam bak binatang rejim zionis Yahudi laknatullah dan mencari resolusi bagaimana kita sebagai negara Islam dapat membantu saudara kita yang kian dihimpit tentera zionis dari darat mahupun udara.

Dipetik daripada Berita Harian Online, 10 resolusi yang telah sepakat dibuat pada sidang khas Parlimen tersebut adalah:

(1) Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, termasuk bayi dan warga tua dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;

(2) Menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata itu;


(3) Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas Perhimpunan Agung PBB 'uniting for peace' - di bawah resolusi 377a (v) sekiranya pelaksanaan ketetapan Majlis Keselamatan PBB gagal menguatkuasakan ketetapannya yang diputuskan pada 8 Januari 2009;
(4) Menggesa pihak yang terbabit supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;


(5) Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa dan piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Asia Barat sekarang;


(6) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;


(7) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;


(8) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta-merta;


(9) Menggesa Perhimpunan Agung PBB untuk menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terbabit dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan


(10) mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Sesungguhnya inilah suara kesepakatan para pemimpin yang kita mahukan tak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, kita patut sepakat bagi menentang musuh Islam yang kian berani memijak agama suci Allah ini. Dengan cara apa sekalipun, jihad terpaksa dilancarkan setelah zionis secara zalimnya menceroboh dan membunuh muda-mudi, anak-anak kecil serta warga tua Palestin sejak 27 Disember 2008 lalu.

Saya mengakui saya tidak mampu keluar berjuang senjata dengan musuh Islam yang lengkap dengan pelbagai senjata moden termasuk penggunaan bom fosforus yang jelas melanggar peraturan senjata undang-undang antarabangsa.


Perpaduan penghuni ASTAR tertonjol dengan pengumpulan 2 kain rentang tanda tangan pelajar ASTAR mengutuk kekejaman Isreal. Gambar merupakan salah satu daripada kain rentang yang di hasilkan.

Tetapi kita ada pelbagai cara untuk menentang musuh Islam yang terang-terang dinyatakan dalam Al-Quran ini. Pertamanya, kita perlu menyokong penuh kepimpinan Islam agar mereka sepakat bersatu untuk membawa dan mengheret Israel ke sidang tribunal hak asasi manusia PBB. Dengan ini saya menyeru agar kepimpinan tertinggi negara-negara Islam seperti OIC dan Liga Arab agar lebih sepakat mencari jalan menghentikan peperangan tak berperikemanusiaan ini atas dasar keadilan terhadap saudara kita di Palestin.

Kita juga telah didedahkan dengan kempen memboikot barangan buatan Israel. Umum tahu yang Malaysia tidak mempunyai pertalian diplomatik dengan Israel mana mungkin dapat memasarkan produk mereka. Tetapi Israel jauh bijak dengan menggunakan proksinya seperti Amerika membawa produk mereka dan mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun ia tidak memberi kesan yang besar terhadap ekonomi mereka jika seluruh negara kita memulaukan produk mereka sekalipun tetapi ingatlah wahai saudaraku, sesungguhnya kita telah berusaha dalam satu cara agar kita terlepas persoalan ini tika di Akhirat kelak. Sesungguhnya satu sen yang kita sumbangkan pada mereka menyumbangkan kepada cebisan peluru yang menusuk tubuh badan saudara kita di sana.

Akhirnya kita sebagai umat Islam harus percaya yang kita mempunyai satu senjata yang sangat-sangat berbahaya untuk menentang yahudi laknatullah ini. Ia tidak lain tidak bukan selain doa kepada Allah S.W.T..Oleh kerana yahudi sangat takut dengan doa umat Islam, pelbagai cara telah mereka gunakan untuk melalaikan umat Islam. Contoh seperti budaya hiburan yang melampau seperti permainan komputer, laman web lucah dan tak ketinggalan meracuni makanan Islam dengan perkara yang haram agar doa kita tidak diterima Allah serta pelbagai perkara kufar yang diterbitkan oleh mereka supaya umat Islam lalai dan tidak mengambil peduli kekuasaan Allah lagi. Saya menyeru kepada rakan-rakan, dalam setiap solat anda ataupun apa aktiviti anda, berdoalah demi kesejahteraan saudara kita di Palestin. Mohon agar Allah hancurkan rejim zionis dan mungkin melahirkan pejuang Islam seperti Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi bagi membebaskan Palestin dari cengkaman musuh Islam yang kian mara menghancurkan dan merampas tanah pusaka kaum Qanaah, penduduk asal palestin sendiri.

Ya Allah, aku bermohon pada Mu Ya Allah, Engkau lingdungilah saudaraku di Palestin Ya Allah. Berikan mereka kekuatan dan kesabaran bagi menempuh saat genting ini Ya Allah.
Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, Engkau angkatlah pejuang-pejuang Islam yang syahid di sana ke sisi Mu Ya Allah. Engkau hancurkanlah musuh-musuh Mu Ya Allah, Engkau turunkanlah bala pada bani Israel Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang paling berkuasa untuk melakukan segalanya Ya Allah.
Kami Umat Islam menadah tangan pada Mu Ya Allah, hindarkan kekacauan ini daripada bumi Malaysia Ya Allah, Engkau suburkan lah bumi kami, Engkau makmurkanlah Bumi kami, lindungilah pemimpin-pemimpin kami Ya Allah, Engkau berikanlah kami kekuatan untuk bangun bersuara menentang musuh Mu Ya Allah, Sesungguhnya hanya Engkau yang kami sembah dan hanya padaMu kami memohon petunjuk dan perlindungan Ya Allah..Amin Amin Ya Amin….

Allahu Akbar!!

AMANAT PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan nikmatNya yang membolehkan kita mengecapi kemajuan dan keamanan setakat ini terutamanya dalam konteks warga kampus dan umumnya seluruh rakyat Malaysia. Berkat usaha pemimpin yang bijaksana dan berkaliber, kemudahan dan kesenangan yang kita nikmati hari ini perlu dijaga dan terus dimajukan lagi oleh mahasiswa di era kita ini kerana kelak, kita yang akan menerajui dan memakmurkan lagi negara kita dengan izin Allah S.W.T..

Baru-baru ini, negara-negara Islam tercabar dengan serangan tanpa belas kasihan rijim Zionis terhadap warga Palestin tak kira tua atau muda, mereka dibunuh bagaikan nyawa mereka tidak langsung berharga. Pada hari ini, mungkin saudara kita sengsara dek tindakan binatang Yahudi Laknatullah itu. Tetapi tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan menjadi sasaran Negara-negara barat seperti Amerika dan sekutunya. Tetapi dengan sokongan padu rakyat terhadap Negara, kita mampu mempertahankan Negara kita daripada dihinggapi parasit-parasit durjana ini.

Kestabilan politik amat penting bagi menjamin kesejahteraan negara kita. Terutama negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini amat rapuh jika kita fikirkan secara rasional. Tanpa perpaduan dan kesefahaman sesama kaum terutamanya 3 kaum majoriti negara iaitu Melayu , Cina dan India, negara tidak akan maju hingga ke tahap ini walhal ia mungkin terjerumus dikancah peperangan yang lebih teruk daripada apa yang kita boleh bayangkan. Atas usaha pemimpin yang terdahulu, mereka berjaya menyatupadukan rakyat bermula detik pembentukkan Malaya yang merdeka ini di mana penyatuan di antara Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan telah membuka mata dunia tentang hala tuju Malaysia di masa depan.

Jelas sudah kepada rakyat yang kestabilan politik juga menjamin kepada kestabilan ekonomi negara. Contohnya beberapa agenda politik besar yang melanda atau disebut tsunami politik dalam negara sudah nampak jelas menggoyahkan ekonomi negara. Pelabur asing tidak akan mempunyai kepercayaan pada sesebuah negara selagi tidak memastikan bahawa keadaan politik mereka aman dan stabil supaya ini akan memberi pulangan yang berbaloi pada mereka setelah melabur di negara kita. Pelancong juga akan berhati-hati malah mungkin membatalkan hasrat melancong ke Malaysia jika mengetahui keadaan huru-hara yang melanda negara. Keadaan seperti demonstrasi jalanan, fitnah dan pergaduhan yang berlaku ini secara langsung memberi kesan buruk kepada imej negara dan ini akan terus merugikan negara kerana sektor pelancongan adalah antara sektor terpenting yang menjana modal negara dan sepatutnya ia digunakan secara optimum.



Berbalik kepada konteks kampus, kita banyak menumpukan kepada kebajikan rakyat kampus iaitu siswa siswi kampus sendiri. Pemimpin yang terpilih harus daripada golongan yang bergerak untuk menegakkan kebajikan rakyatnya iaitu warga kampus ini sendiri. Mereka perlu hadir daripada golongan yang mendokong kepimpinan universiti, bangsa, agama dan negara agar pembangunan dan pembaharuan yang mereka ingin bawa adalah selari dan sejajar dengan misi dan visi universiti dan ia tertakluk hanya pada warga kampus bukan pada warga luar terutamanya yang melibatkan politik negara. Sebagai pelajar, kita tidak seharusnya terikut-ikut rentak politik luar kerana ini langsung tiada hubung kait dengan perjuangan mahasiswa itu sendiri kerana mahasiswa hanya untuk mahasiswa.

Buat pengetahuan anda, lebih daripada 50% pelajar Universiti Malaya adalah terdiri daripada warga kolej-kolej kediaman sendiri. Oleh itu, kebajikan mereka sentiasa menjadi agenda utama Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) yang diterajui Presiden kolej masing-masing yang baru-baru ini telah sepakat menubuhkan Seketeriat Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) bagi menguatkan ukhwah antara kesemua 12 kolej kediaman bagi membela hak dan kebajikan mahasiswa kampus. Untuk pengetahuan anda, JTK akan banyak berurusan dengan pihak pentadbiran kolej. Jika masalah pelajar ingin dibawa ke peringkat pentadbiran tertinggi, inilah fungsi dan keperluan bagi kita memilih bakal pemimpin yang akan menerajui Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) sendiri.

Oleh yang demikian, MPMUM perlu terdiri daripada barisan yang mempunyai kesefahaman yang baik dengan SPKUM bagi memudahkan kita menyalurkan maklumat kebajikan pelajar dan ini boleh dibawakan ke perhatian pentadbiran tertinggi universiti. Kita tidak mahu sebarang percanggahan atau konflik antara dua badan pimpinan mahasiswa ini kerana jelas ia merugikan mahasiswa dan tidak akan membawa kepada jalan kebaikan. MPMUM perlu bersifat lebih terbuka mendengar masalah daripada semua pihak dan bukan memperjuangkan kebajikan atau hak sesetengah pihak sahaja. Selain itu, MPMUM perlu lebih berhemah dan selari dengan pentadbiran universiti bagi memudahkan perbincangan antara kedua-dua pihak pentadbiran dan pelajar supaya masalah yang kita kemukakan dapat di atasi segara pihak pentadbiran tanpa sebarang perbalahan mahupun penganjuran demonstrasi kerana mereka harus cekap bergerak dan bukan setakat lantang bersuara.

Oleh itu, saya ingin menyeru rakan-rakan warga ASTARIAN agar memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkaliber dan berada di pihak yang benar. Pemilihan ini menentukan hala tuju perjuangan mahasiswa yang saban tahun terus diperjuangkan bagi mendapatkan hasil yang baik dengan cara yang direstui. Tunjukkan pada masyarakat luar yang mahasiswa masa kini tidak lesu dan mampu merangka perancangan penambahbaikkan bukan setakat di peringkat kampus malah ke peringkat nasional. Akhir kata saya ingin menyeru semua ASTARIAN agar turun pada hari pemilihan yang akan datang bagi membolehkan anda memilih pemimpin yang anda percaya dan yakin untuk mempimpin dan memperjuangkan hak-hak kebajikan mahasiswa pada masa depan.

Monday 12 January 2009

Dunia Baru

Assalamualaikum…Salam Perpaduan

Bila disebut dunia baru, mesti ramai remaja khususnya yang akan terbayangkan drama atau filem dunia baru yang dibintangi pelakon seperti Piere Andre, Elyana, Ngasriah Ngasri, Iqram Dinzly dan lain-lain lagi. Tetapi konteks dunia baru yang saya ingin bicarakan di sini adalah bukan seperti yang tersebar di kaca tv ini.

Dunia baru membawa satu erti perubahan atau penghijrahan kita ke satu dunia atau situasi yang lebih baik daripada apa yang kita alami selama ini. Pelbagai perubahan dapat kita lakukan dan ini sering kali disebut sebagai azam baru tika semua orang ingin menyambut tahun baru. Ada yang berazam nak kurus, ada yang nak belajar lebih rajin, dan tak kurang yang berazam ingin menunaikan haji, khatam Al-Quran dan sebagainya. Tetapi apakah sebenarnya maksud dunia baru ini?

Simposium Maal Hijrah 1430 (Simpo) anjuran Balai Islam ASTAR baru-baru ini telah berjaya mengundang beberapa penceramah yang mantap. Dengan jumlah yang sederhana, ia tetap dijalankan dengan jayanya selama 3 hari bermula 9 Januari yang lepas.

Melalui Simpo, saya mendapat pendedahan lebih lanjut apa erti sebenar dunia baru. Ceramah yang bersemangat daripada Ustaz Ridhuan Tee Abdullah benar-benar membuka minda dan membakar semangat saya untuk mengorak langkah lebih jauh mencari dunia baru yang sebenar-benarnya.

Apa yang saya kagumi, sebagai seorang saudara baru, ustaz berjaya mengharung 1001 onak dan duri demi mendapat nur Islam itu sendiri berbanding kita yang mudah mendapatkan Islam sejak lahir lagi. Dengan pengajian dan pengamatan beliau terhadap nama-nama besar Islam pada ketika dahulu, menyebabkan beliau tertarik untuk mendalami Islam itu sendiri seterusnya memeluk Islam walau mendapat pelbagai tentangan termasuk daripada keluarganya pada peringkat awal. Jelasnya lagi, jika dilihat pada umat Islam zaman sekarang, memang tidak terbuka hatinya untuk memeluk agama suci ini. Cuba kita renungkan kenapa beliau mengungkapkan sedemikian.

Apa yang dapat saya fahami daripada itu, saya yakin benar yang semakin hari umat Islam memang melakukan hijrah. Tetapi sayangnya hijrah yang kebanyakannya buat adalah lebih ke arah negatif hasil kejayaan anasir-anasir Yahudi dan proksinya Amerika yang telah berjaya menghasut dan mencemar minda dan jiwa muda remaja kita.

Remaja sekarang lebih gemar dengan budaya hedoisme, budaya berhibur yang melampau membelakangi tugas hakiki mereka sebagai pelajar yang seharusnya menimba ilmu seadanya. Bak kata Ustaz Ridhuan, tak salah kita berhibur tetapi perlu ada batas dan hadnya. Contohnya seperti dendangan nasyid yang memberi pengajaran dalam senikatanya selain menghiburkan seperti yang dibawakan oleh kumpulan Wildan yang dijemput khas oleh AJK Simpo bagi memeriahkan majlis. Selain itu, mendalami seni khat seperti yang dianjurkan oleh AJK Simpo pada hari terakhir juga adalah satu saluran kesenian yang juga boleh mengisi masa luang kita. Masa-masa terluang pelajar perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti ini. Daripada hasil seni ini, kita dapat melihat kreativiti dan bakat seseorang terutamanya dalam menulis kalam Allah S.W.T. Inilah contoh nilai tambah yang perlu ada pada seseorang mahasiswa bagi menjadikan dirinya ‘laris’ di pasaran pekerjaan pada zaman sekarang.

Bila kita hayati kisah sejarah bagaimana Rasullullah S.A.W membawa Islam itu membersihkan seluruh Mekkah yang ketika itu dikuasai kafir Quraisy, ia adalah suatu usaha yang sangat mengkagumkan. Bagaimana mereka diseksa dan dibunuh, tetapi dengan iman dan taqwa, mereka tetap berpegang pada ajaran Allah. Berbanding zaman sekarang, banyak masalah yang melibatkan akidah umat Islam. Banyak yang sanggup murtad hanya disebabkan ingin mengikut kekasih atau mendapat habuan wang, belum lagi terseksa di medan perang. Tidak ketinggalan mereka yang lebih merbahaya iaitu golongan munafik, yang sering melemparkan fitnah dan bersekongkol dengan musuh Islam bagi menghancurkan Islam itu sendiri, moga Allah hindarkan kita daripada golongan-golongan ini.

Akhir sekali, dalam program Simpo turut diselitkan dengan pameran dan peringatan berkenaan saudara kita di Palestin yang pada waktu ini dihimpit rakus oleh musuh Islam Yahudi laknatullah dan rejim zionis itu sendiri. Sesungguhnya kita sebagai saudara seagama setidak-tidaknya menyokong penuh perjuangan Palestin yang dipimpin oleh Hamas. Walaupun kita tidak mampu berperang mahupun mengirim senjata, AJK Simpo telah membuat pameran untuk kita memulaukan barangan hasil keluaran Israel dan Amerika. Sesungguhnya setiap sen yang kita sumbangkan untuk membeli produk mereka adalah secebis daripada peluru yang manusuk tubuh anggota saudara kita yang makin teraniaya di palestin. Oleh itu, saya menyokong penuh agar kita memulaukan sehabis boleh barangan keluaran asing dan belilah barangan buatan Malaysia kerana ianya bukan sahaja bermutu malah tindakkan itu dapat membangunkan lagi ekonomi negara kita ini.

Alhamdulillah Simpo yang membawa sedikit kelainan daripada sesi lepas adalah menarik dan bersesuaian. Teruskan mencari idea baru dan menambah aktiviti-aktiviti supaya ia menjanjikan suatu kelainan setiap tahun tetapi mesej yang sama perlu dikongsi oleh setiap orang yang menyertainya. Dunia baru bukan hadir pada detik 12 tengah malam 1 Januari setiap tahun, mahupun hanya pada Maal Hijrah. Bak kata Ustaz Ridhuan Tee, dunia baru setiap insan bergelar Islam bermula selepas masuk waktu Maghrib itu sendiri bermakna bermulanya hari baru bagi umat Islam dan dunia baru bagi kita untuk terus berubah ke suatu keadaan yang lebih baik atau kekal seperti semalam mahupun lebih buruk daripada semalam, kita sendiri yang tentukan. Akhir kata, ayuh rakan-rakan sama-sama kita bergerak memacu perpaduan sesama kita Umat Islam dan juga bangsa lain dalam negara ini agar kita sentiasa harmoni, aman dan damai bagi memajukan negara kita menuju Wawasan 2020.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Friday 9 January 2009

Sistem Wi-fi UM Dipertingkatkan

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

Untuk pengetahuan anda, sekarang anda boleh menggunakan kemudahan wi-fi menggunakan id dan kata laluan akaun perdanamail anda. Anda tidak perlu lagi pergi ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk mengisi dan menghantar borang permohonan bagi memperolehi id khas untuk menggunakan kemudahan ini seperti dahulu lagi. Ini merupakan salah satu penambahbaikkan dan pemudah cara bagi pelajar melayari internet yang sekarang ini merupakan himpunan ilmu bagi para pelajar khususnya siswa siswi universiti.

Dalam satu utusan daripada En. Yoo Sang Nge, pegawai PTM yang bertanggungjawab dalam pembangunan wi-fi memberitahu yang 800 ‘hotspot’ baru sudah boleh beroperasi dan kerja menambahkan 200 access point(AP) sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, tempat khusus hotspot itu dipasang tidak dinyatakan. Bagi pelajar kolej, anda dapat melihat AP ini berupa kotak-kotak besi sepanjang koridor atau di tempat-tempat tertentu yang menjadi tumpuan pelajar seperti bilik bacaan dan dewan serbaguna.

200 hotspot baru ini mungkin kurang berfungsi kerana masih dalam peringkat percubaan. Tetapi ia akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa. Jika ada mana-mana pelajar yang tidak mendapat liputan wi-fi, anda diminta membuat aduan kepada penyelia ataupun anda boleh melaporkan melalui Sistem aduan ICT di laman web ptmhelpdesk.um.edu.my. Saya berharap agar laporan segera dibuat jika rakan-rakan mempunyai sebarang gangguan menggunakan kemudahan ini.

Saya mewakili para pelajar ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti dan PTM yang mengambil serius isu yang dibawa oleh MPMUM sesi yang lepas. Untuk pengetahuan anda, MPMUM sesi yang lepas telah membuat beberapa siri perjumpaan dan mesyuarat bersama pegawai PTM dan membincangkan isu menambahbaikkan wi-fi selain memperluaskan pengunaan ‘perdanamail’ dikalangan pelajar UM. Akhir kata, perjuangan memperjuangkan kebajikan pelajar akan terus bergerak sejajar dengan persekitaran kita pada masa kini.

UM is ONE!!

Thursday 8 January 2009

Menteri Benarkan Demonstrasi Mahasiswa Kutuk Israel

Assalamualaikum…Salam Perpaduan

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memberi lampu hijau kepada mahasiswa untuk menyertai mana-mana demonstrasi anjuran pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara. Sudah pasti ini merupakan satu keputusan yang melegakan terutamanya pada mereka yang menggelar diri mereka aktivis mahasiswa.

Beliau berkata demikian bagi membenarkan pelajar untuk menyertai mana-mana demonstrasi bagi mengutuk kekejaman Isreal ke atas bumi Palestin. Secara tak langsung, dengan pindaan AUKU baru-baru ini, telah membuka ruang kepada mahasiswa lebih bergiat aktif bersama-sama pertubuhan yang mereka rasakan terbaik dan mampu membawa faedah pada diri mereka masing-masing.

Walau bagaimanapun, ingin saya menasihatan rakan-rakan yang bijak pandai agar tidak menggunakan kesempatan ini atas perkara-perkara yang tidak patut. Gunakan peluang ini ke jalan yang benar, jalan yang boleh bawa diri kita maju ke depan. Jangan sehingga kita diperalatkan oleh sesetengah pihak yang tidak memikirkan masa depan kita. Sesungguhnya kita perlu ingat dan tanamkan dalam diri kita bahawa objektif kita yang utama menjejakkan kaki ke universiti adalah untuk berjaya dalam bidang akademik itu sendiri.

Mungkin bagi sesetengah pihak, pindaan AUKU yang dilaksanakan sekarang hanya dipandang sinis. Tetapi ini bukti bahawa kerajaan masih mempunyai ruang untuk mendengar keluhan dan keperluan mahasiswa untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka masing-masing. Tidak mustahil, apabila keadaan masa depan lebih terkawal, AUKU mungkin akan dipinda ke suatu tahap yang lebih baik dan memberikan mahasiswa lebih ruang untuk berkecimpung dalam dunia luar. Teruskan perjuangan mahasiswa dan bergerak bersama-sama menuju kesejahteraan bersama.

UM is ONE!!!

Wednesday 7 January 2009

IJN Gah Berdiri Sendiri

Assalamualaikum...Salam perpaduan
Semalam Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime darby (SD), Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid mengumumkan bahawa SD tidak akan meneruskan rancangannya mengambil alih IJN bagi menghormati kehendak rakyat yang mahukan IJN kekal dalam struktur sedia ada. Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah berusaha keras bagi membantah pengambil alihan ini kerana bimbang akan beberapa perkara. Ini kerana rata-rata pesakit yang mendapatan rawatan di IJN adalah daripada golongan yang kurang berkemampuan dan pesara. Oleh itu mereka bimbang jika rancangan ini diteruskan, kos perubatan yang mereka akan hadapi akan naik tinggi dan mereka takut mereka tidak akan mampu membayar seterusnya mendatangkan kesan buruk pada kesihatan diri.
Isu ini bermula apabila cadangan SD bagi memastikan setiap lapisan masyarakat tidak terkecuali daripada mendapat perkhidmatan perubatan yang bertaraf tinggi serta menjamin golongan kurang berkemampuan, pesara, kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana terus menikmati perkhidmatan perubatan seperti biasa. Berdasarkan cadangan dan jaminan itu, kerajaan telah membenarkan SD menjalankan kaji selidik untuk cadangannya dan menyediakan pelan perniagaan yang baik sebelum disokong Kementerian Kewangan bagi membolehkan SD mengambil kepentingan di IJN. Tetapi jelas dengan riak wajah pesakit dan laungan bantahan rakyat menunjukkan rakyat belum bersedia akan rancangan itu.

Sehubungan dengan itu, kerajaan yang prihatin dengan suara rakyat mengambil keputusan menangguhkan pelan itu bagi mengkaji baik buruk seadilnya. Dan semalam keputusan yang dibuat oleh SD sendiri sudah pasti melegakan pelanggan IJN yang saban hari resah menunggu keputusan bagi rancangan ini. Jelas rakyat masih mempunyai ruang menyuarakan pendapat mereka dan hasil usaha dan perbincangan yang dijalankan, kata sepakat yang boleh memuaskan hati semua pihak atau 'win-win situation' dapat dicapai.

Monday 5 January 2009

Kanak-kanak Mangsa Politik?

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Terpanggil untuk saya membicarakan isu yang mungkin akan menimbulkan kontroversi dalam masa terdekat ini. Persoalannya, kenapa akibat permainan politik orang dewasa, kanak-kanak yang perlu menerima padahnya.

Kerajaan negeri Perak telah mengarahkan agar tadika bawah naugan Jabatan Kemajuan Masyarakat ditutup setelah diberi notis 14 hari bermula 31 Disember yang lalu. Persoalannya, adakah ini adil? Bermain di fikiran saya, kenapa perlu beri notis selewat itu jika betul niat mereka baik. Adakah kerana bangunan tadika dibina menggunakan peruntukan kerajaan pusat semata-mata membolehkan kerajaan negeri memperjudikan nasib anak-anak di tadika berkenaan? Tidakkah mereka fikir kesannya pada anak-anak itu mahupun ibu bapa yang terpaksa alami kesusahan itu.

Umum tahu Tadika Kemas sering diperkotak-katikkan oleh pihak pembangkang hingga isu ini di bawa ke parlimen dengan mengatakan guru tadika Kemas ini tidak ubah seperti makcik sahaja. Jika ya pun tadika Kemas itu ketinggalan zaman atau kurang efektif, tidak salah bagi cerdik pandai yang mengisi kerusi parlimen untuk mencurahkan idea, membincangkan bagaimana langkah terbaik memperkasakan institusi pengajaran pertama kanak-kanak sebelum mereka menempuh alam persekolahan. Bukannya dengan menyakitkan hati orang dan perli sedemikian kerana ini hanya membuatkan orang benci dengan kita. Ingat rakan-rakan, kepada yang beragama Islam, jika anda berdosa pada Allah, anda boleh memohon taubat daripadaNya. Tetapi jika anda berdosa dan menyakiti orang lain, Allah tidak akan ampunkan selagi orang yang terjejas angkara kata-kata anda tidak memaafkan anda.

Sebelum itu, ada sebuah pertubuhan NGO yang mengadakan satu acara yang melibatkan kanak-kanak bagi mendapat sokongan. Ini adalah satu tindakkan murahan dan terkutuk menggunakan kanak-kanak atas kepentingan peribadi. Kanak-kanak harus diberi pendidikan dan pendedahan sewajarnya bukan digunakan sebegini rupa. Mereka adalah asset dan bakal pemimpin negara akan datang. Adakah ini langkah menunjukkan setengah pihak sudah terdesak mendapatkan sokongan.

Jika betul kerajaan negeri ingin mendapatkan premis Tadika Kemas itu, saya cadangkan agar mereka bina atau memindahkan pelajar sekarang ke tempat lain bagi mendapat pembelajaran yang sesuai. Bukan sekadar beri notis pada orang yang berkenaan dan lepas tangan. Ke mana hala tuju lebih 13 000 murid tadika di negeri itu. Adakah ini memperjuangkan kebajikan rakyat? Dengan membuat ribuan orang kehilangan kerja, kanak-kanak terpinga-pinga tiada tempat menuntut ilmu dan ibu bapa pening memikirkan tempat lain, pengangkutan bagi anak-anak mereka selain tugas hakiki mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Kesimpulannya, saya mengharapkan agar masa yang lebih sesuai diberikan kepada Kemas untuk mencari tapak baru yang sesuai untuk menggantikan tadika yang ada sekarang ataupun kerajaan Perak sendiri menyediakan tempat ganti bagi kanak-kanak ini meneruskan pembelajaran mereka agar mereka satu hari kelak menjadi insan yang berguna bagi menyumbangkan bakti ke arah kemajuan negara menuju Wawasan 2020.

Together We Care, Together We Share

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Semalam saya berpeluang untuk merasakan bagaimana untuk menyayangi dan disayangi insan-insan yang istimewa ini. Tersentuh hati saya melihat keadaan mereka yang tabah menghadapi apa yang mereka alami sekarang ini. Syukur pada Ilahi atas segala kurniaanNya yang telah kita nikmati selama ini kerana masih ramai orang yang tidak diberikan nikmat yang sama untuk dirasai.


Siwa siswi Astar yang berbilang kaum duduk dan bermesra dengan kanak-kanak sindrom down

Kehadiran beberapa badan amal seperti Rumah Amal Limpahan Kasih, Persatuan Sindrom Down Malaysia dan PDK Selayang telah menggamatkan Kolej Kediaman Pertama semalam. Riuh rendah suasana di Dewan Tun Perak, tempat yang menjadi saksi siswa dan siswi kita menunjukkan yang mereka prihatin dan menghargai kanak-kanak istimewa ini. Saya turut bangga dengan rakan-rakan dan adik-adik saya atas ketabahan dan kesabaran mereka melayan kerenah kanak-kanak istimewa ini semalam.


Pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama adik-adik insan istimewa ini

Dengan disajikan pelbagai permainan menarik, terpancar cahaya kegembiraan di muka kanak-kanak istimewa ini di samping kakak dan abang mereka dari kolej ini. Permainan atau aktiviti itu boleh saya katakan perkara kedua yang menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tertawa kegembiraan. Perkara utama yang saya perhatikan adalah kasih sayang yang diberikan siswa siswi Astar yang tak berbelah bahagi pada mereka. Walaupun baru pertama kali berjumpa dan bergaul, sudah tampak mereka amat mesra bermain, berpelukan mesra dan menjalin ikatan seperti saudara sendiri. Sesungguhnya perasaan ini adalah sangat bernilai dan tidak mungkin akan didapati atau dibeli di mana-mana.


Jamuan makan beramai-ramai. Kakak dan abang siswa siswi kolej Pertama turut menyuap adik-adik mereka

Selain itu, saya dapat melihat perpaduan antara kaum yang sangat baik juga semalam. Ini menambahkan rasa bangga saya terhadap rakan-rakan saya ini dengan satu kerjasama yang baik untuk melaksanakan satu projek yang amat bermakna ini. Walaupun penat, mereka bersama-sama mengharunginnya, dan akhirnya meyempurnakan satu hari yang sangat-sangat bermakna bagi setiap insan yang menyertainya. Kekalkan usaha dan semangat ini adik-adik ku kerana ini adalah pengalaman dan pembelajaran yang anda tidak akan dapat di mana-mana selain waktu anda turut serta memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan satu projek yang telah dirancang. Akhir kata maju jaya buat Astar Caring Day dan diharap tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik...


Warga Astar Caring Day 08/09

Astar Is First!
UM is ONE!!!

Saturday 3 January 2009

PTPTN : Bayaran minima RM50

Assalamualaikum..Salam Sejahtera.

Pertama skali saya ingin ucapkan sekalung terima kasih kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Kementerian Pengajian Tinggi atas usaha sama yang murni ini dengan membenarkan bekas pelajar yang menerima pinjaman PTPTN membuat bayaran minima sebanyak RM50 baru-baru ini.

Sebelum itu, hasil usaha desakkan mahasiswa telah berjaya menurunkan kadar faedah PTPTN daripada 3% kepada 1%. Tahniah kepada mahasiswa yang terlibat menjayakan dan terutamanya kepada MPP yang menyuarakan suara mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan seterusnya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Saya menerima baik cadangan pembayaran RM50 kerana tidak semua penerima bantuan ini adalah orang yang senang-senang dan berada. Kebanyakkannya dikalangan sederhana sahaja. Malah membebankan lagi jika mereka masih belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Oleh itu, ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini tanpa mengambil sebarang tindakan undang-undang yang hanya akan mengundang kekacauan khususnya kepada bekas peminjam ini.

Tahukah anda, kadar pinjaman tertunggak direkodkan PTPTN berjumlah RM1.9 bilion membabitkan 563,494 peminjam. Jumlah pinjaman dikeluarkan setakat ini RM16.7 bilion membabitkan 1.25 juta peminjam. Sesungguhnya ini bukan satu angka yang kecil bagi kerajaan untuk menanggung kesemuanya. Ini adalah hasil daripada duit ibu bapa kita juga, yang diberikan pada kita dan seterusnya adik-adik kita. Jadi jika kita tidak melangsaikan bayaran, PTPTN akan menghadapi masalah untuk memberikan pinjaman di masa kelak dan ini akan menutup ruang adik-adik kita dari golongan pendapatan rendah untuk menyambung pelajaran mereka ke menara gading. Oleh itu, saya menyeru kepada semua bekas penerima pinjaman PTPTN ini agar melangsaikan hutang anda kerana dalam ajaran Islam sekalipun, tidak digalakkan kita berhutang dan jika kita berhutang, kita perlu langsaikannya secepat mungkin.

Akhir sekali saya menyambut baik cadangan ini dan berharap rakan-rakan yang masih meneruskan pengajian akan terus bersemangat belajar dan kepada yang sudah tamat pengajian, harap anda mempunyai kesedaran untuk segera melangsaikan pinjaman PTPTN anda. Saranan terakhir, jimat cermat dengan wang pinjaman anda untuk menghadapi krisis ekonomi dunia yang melanda kita masa kini.

UM is ONE!!!

Ekspresikan Bantahan Anda Ke Atas Kekejaman Israel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kepada semua warga ASTAR, JTK Kolej Kediaman Pertama akan menganjurkan kempen 'Ekspresikan Bantahan Anda Ke Atas Kekejaman Israel'. Satu kain rentang akan diletakkan di laman santai bermula Isnin nanti dan saya menyeru semua warga Astar turun menanda tangan atas kain rentang itu sebagai tanda sokongan anda membantah serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Palestin. Tanda tangan ini akan dikumpulkan di setiap kolej dan akan di berikan kepada pihak atas sebagai tanda sokongan mahasiswa Universiti Malaya.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Friday 2 January 2009

Dilema Pelajar : Akademik atau Aktiviti

Assalamualaikum..Salam Perpaduan kepada para sahabat..

Seperti yang saya janjikan dalam artikel yang lepas, saya ingin mengupas sedikit sebanyak punca kurangnya penghuni kolej yang berminat bagi menyertai aktiviti-aktiviti tak kira kolej mahupun anjuran UM sekalipun. Mari kita sama-sama kupas dilema ini dan saya jemput jika anda mempunyai pengalaman atau pendapat, tinggalkan komen di bawah.

Sedarkah anda yang terdapat 16 fakulti/akademi dalam UM dan 14 daripada itu mengamalkan sistem pengajian semeter(4-5 bulan) manakala Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian masih kekal dengan sistem pengajian sesi(10-11 bulan). Dalam perbincangan pihak pimpinan tertinggi mahasiswa yang lalu menyatakan sistem semester ini antara faktor kenapa semakin ramai pelajar menyisihkan diri mereka daripada menyertai aktiviti yang lain. Tidak seperti beberapa dekad yang lalu ketika pada waktu itu pengajian semuanya dalam sesi, pelajar sekarang terikat dengan tempoh masa yang singkat. Dalam 4 hingga 5 bulan itu lah mereka terpaksa hadapi tugasan-tugasan, kuiz, peperiksan pertengahan semester dan akhirnya peperiksaan akhir semester. Untuk menghabiskan pengajian dalam masa yang ditentukan (3 atau 4 tahun), ada pelajar yang terpaksa mengambil sehingga 21 jam kredit malah ada yang ambil lebih daripada itu.

Dahulu ketika mungkin zaman ayah dan datuk kita belajar, mereka mempunyai masa yang terluang dalam tempoh pembelajaran. Oleh itu, mereka bukan setakat menguasai akademik yang dikejar, malah mengaut pengalaman lain dengan menyertai dan menganjurkan aktiviti. Pengalaman memimpin, berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, bersukan dan sebagainya, ini tidak terdapat dalam bilik-bilik kuliah dan semuanya dipelajari daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti luar.

Tiada niat dalam diri saya mengatakan sistem semester ini tidak bagus. Pelajar luar negara juga mengamalkan sistem semester tetapi mereka mempunyai had tersendiri mungkin 14 hingga 16 jam kredit untuk 1 semester dan pengajian mereka kebanyakannya lebih lama daripada dalam negara. Oleh itu, mereka ada masa terluang untuk menyertai aktiviti sampingan selain akademik masing-masing.

Saya pernah bersembang dengan seorang tokoh koperat yang tidak mahu identitinya dihebahkan. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang merekrut dan menemu ramah pekerja baru terutamanya lepasan ijazah pertama. Beliau tidak nafikan pelajar lepasan ijazah waktu ini kebanyakannya mempunyai kelulusan akademik yang sangat tinggi. Tetapi beliau meluahkan rasa sedihnya apabila 70% daripada mereka tidak mempunyai kaliber atau kemahiran untuk menempuh dunia luar. Mereka tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi, penguasaan bahasa Inggeris yang lemah malah ada yang tidak tahu mengenakan pakaian yang sesuai untuk hadir ke temu duga. Kesimpulannya, bila ditanya kepada mereka, kebanyakan menjawab mereka tidak menceburkan diri dalam bidang lain semasa pengajian di universiti selain mentelaah dan membuat tugasan sahaja.

Saya di sini bukan ingin mempengaruhi anda untuk menyertai projek kerana akhirnya anda yang menentukannya. Tetapi saya ingin mengajak rakan-rakan supaya jangan sia-siakan masa kita di universiti ini. Ini lah platfom bagi kita mempelajari pelbagai ilmu bukan setakat akademik malah kemahiran insaniah yang lain. Berikan sepenuh komitmen bagi sebarang projek yang anda sertai kerana sertai projek tanpa berikan sumbangan sama sahaja seperti anda tidak menyertainya malah ia boleh dianggap sebagai membuang masa anda yang berharga itu.

Oleh itu, ingin saya simpulkan di sini yang pengajian akademik memang penting dan merupakan objektif kita yang utama. Tetapi jangan kita sia-siakan masa kita yang sangat bernilai ini. Sertai dan alami pengalaman menyertai dan menganjurkan program diperingkat kolej mahupun peringkat universiti kerana pengalaman itulah yang amat berharga dan tidak mungkin anda perolehi dalam kuliah semata-mata. Bersama kita berusaha memacu kolej dan universiti ke tahap yang lebih baik dan cemerlang demi masa depan kita bersama.

Astar is First!
UM is ONE!!!

Taklimat E-UNDI

Satu taklimat e-undi akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 5/1/2009 (Isnin)
Masa : 4 petang
Tempat : DTP
Taklimat ini akan diuruskan oleh pengetua dan penyelia kolej sendiri. Untuk pengetahuan rakan-rakan, pengundian kali ini tetap akan diadakan dengan cara manual cuma pendaftaran pengundi akan dijalankan menggunakan sistem elektronik.

Semua ASTARIAN diWAJIBkan hadir

Tahun Baru Tetapi Pemikiran di Tahap LAMA

Assalamualaikum...Salam Perpaduan.

Apa sebenarnya sudah jadi dengan rakyat Malaysia sekarang. Kita boleh berhibur, jika hiburan itu di landasan yang betul dan mengikuti hukum dan peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi masih ada segelintir orang yang melampau hiburannya. Terlalu cetek pemikiran mereka untuk memikirkan apa akibatnya dan apa yang akan berlaku jika hal ini terdedah ke pihak luar terutama kepada musuh-musuh negara ini yang sentiasa memerhati dan menanti saat untuk mereka meruntuhkan keharmonian dan kemakmuran negara ini sekali gus, membawa kita kembali di saat Melaka ditawan Portugis...

Antara pasangan ditahan dalam pesta seks dan dadah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam semalam. Gambar ehsan Berita Harian Online

Kita dikejutkan dengan parti seks yang sebelum ini diwar-warkan akan dianjurkan. Apakah mereka ini sudah hilang akal atau mereka ini sudah hilang jati diri mereka. Bukan setakat itu, tetapi mereka juga mengambil dadah dan minuman keras. Adakah ini ajaran yang ibu bapa mereka berikan. Terkutuklah orang yang sebegini jika dia beragama Islam dan jika agama lain sekali pun, mereka sepatutnya mempunyai batas sopan dan tata susila orang Timur dan bukan sesuka hati menganjurkan pesta sebegini rupa. Ini bukan salah di sisi undang-undang malah di di sisi agama sekali pun, perbuatan ini sangat terkutuk dan keji. Tidakkan mereka fikirkan akibat seterusnya. Terutama bila membabitkan orang yang terkenal seperti artis dan sebagainya. Mereka patut menjadi tauladan agar orang ramai menjadi lebih baik, tetapi mereka mencemarkan imej sendiri dan sekaligus hal ini mencemarkan juga nama negara kita.

Di jalanan pula, anak muda kita menjadi liar dengan menyembur aerosol dan penyembur 'salji' kepada orang ramai yang lalu lalang. Dilaporkan tangkapan kes ini telah dilakukan di Pulau Pinang dan Bukit Bintang. Saya masih memikirkan, apa sebabnya mereka perlu buat begitu. Adakah ini memberikan kepuasan atau memang mereka dilahirkan menjadi sebegitu atau kekurangan perhatian ibu bapa? Masalah ini semakin meruncing, bermula pada perayaan Hari Natal minggu lepas, kes ini berlanjutan ke sambutan tahun baru. Kemana nilai-nilai murni dan moral anak bangsa kita. Tidak kenal lagi tua muda, dikotarkan kereta orang, disemburnya aerosol pada pihak berkuasa. Adakah hari itu memberi kuasa pada mereka membuat sewenang-wenangnya.

Lebih mengecewakan, ada kes yang menyatakan seorang siswa IPT tempatan dekat ibu negara ditangkap kerana mengedar dadah. Ini adalah pengkhianat bangsa yang memang tak boleh dimaafkan. Mereka ini yang meracun minda rakan-rakan mereka yang lain menyebabkan negara ketandusan pelapis kepimpinan negara. Duit yang negara laburkan untuk penagih dadah ini cukup banyak dan jika ia dapat digunakan untuk pembangunan rakyat, sudah tentu kita mencapai kemajuan lebih pantas daripada sekarang. Ingatlah rakan-rakan muda mudi sekalian, anda harapan bangsa, tidak salah kita berhibur dan tidak salah kita mencari wang lebih. Tetapi ingat, berhiburlah dengan kadar yang minima seperti yang digariskan oleh agama Islam mahupun agama-agama lain dan wang yang dicari, carilah daripada sumber yang halal kerana darah daging yang tumbuh pada badan kita daripada sumber yang haram merupakan bahan bakar di neraka kelak.

Tahun baru ini sepatutnya menjadi satu platfom bagi kita memajukan diri dan memperbaiki kelemahan yang kita ada selama ini. Buka minda anda bagi kita faham apa ertinya kedatangan tahun baru ini. Semoga anda akan mendapat hidayahNya. Kepada pengawal keselamatan dan pihak berkuasa, saya ucapkan tahniah atas usaha anda membanteras jenayah sosial ini demi agama, bangsa dan negara.

Thursday 1 January 2009

Detik 12 tengah malam

Assalamualaikum...Salam Perpaduan..

Semalam mungkin menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh sesetengah rakan-rakan. Setengahnya menggelarkan semalam sebagai 'New Year's Eve'. Bagi yang lain, kelihatan berpusu-pusu keluar beramai-ramai. Bila saya bertanya, saya mendapat jawapan yang mereka sebenarnya nak pergi tengok bunga api. Saya membalas jawapan mereka dengan senyuman..

Dan pada malamnya pula, saya berada di kolej. Masih ada yang bingit di kolej. Rupanya tidak semua yang keluar bergembira menyambut kedatangan tahun baru yang dimeriahkan dengan tembakkan bunga api yang cantik berwarna-warni itu. Ada segolongan orang yang sanggup duduk, menari, menepuk, pukul alat muzik dan sebagainya. Membuatkan saya terasa adakah mereka tau esoknya dah tahun baru?mengapa masih ada di situ.

Aku pergi bersama-sama mereka walaupun niatku sebenarnya ingin keluar nikmati suasana tahun baru itu juga. Aku dapat melihat adik-adik ku sungguh giat berlatih bagi Feseni akan datang. Tak kira apa jua, dikir barat, boria mahupun kompang, rata-rata dianggotai pelajar tahun 1. Membuatkan aku terfikir sejenak, apa sebenarnya sudah jadi pada senior yang menjadi sebahagian daripada pasukan itu tahun lepas. Aku batalkan niat aku dan aku duduk bersama adik-adik ku.

Pertama sekali aku bersama-sama pasukan boria. Dengan gerak tari yang agak rumit, tidak semua adik-adik ku dapat menangkapnya dengan cepat. Ada yang masih janggal kerana sebelum ini belum pun pernah menari. Tetapi dengan keazaman dan semangat cintakan kolej, mereka rempuh cabaran dan berlatih mendapatkan gaya yang telah diajar oleh jurulatih. Kemudian jurulatih itu meminta aku menolong adik-adikku ini dengan jalan cerita dan juga pantun lagu bagi boria. Melihat muka-muka mereka, aku tanpa rasa berat menyetujui untuk membantu mereka walaupun komitmen ku masih banyak di luar dan di dalam kolej ini. Tetapi jika adikku boleh korbankan masa luang mereka, kenapa tidak aku membantu mereka. Ayuh kita martabatkan boria kolej kediaman pertama.

Selepas tamat latihan boria, aku turun menyaksikan adik-adikku ini berdikir pula. Rupanya kebanyakkan ahli boria ini juga ahli dikir barat. 'Oh sudah!'. Timbul dalam fikiran aku, takkan dalam kolej ini dihuni seramai 800 orang tidak pula ada sesiapa yang boleh turut serta malah terpaksa menggunakan orang yang sama. Insyaalah isu ini akan saya kupas di 'post' yang seterusnya. Bila bersama-sama adik-adik ku dikir, aku pun terasa semangat. Ku ambilnya gendang dan aku mula memukul. Gendang baru yang diperoleh, terima kasih atas usaha penyelia penasihat itu masih keras. Agak sakit juga jari ku memukulnya. Tetapi dek semangat yang kental ditunjukkan adikku semua, aku meneruskannya walau ku tahu rasa yang dialami. Aku juga diminta membantu tok jogho untuk melatihnya menyanyi kerana sebelum ini, aku pernah melatih juga tukang karut. Berbekalkan sedikit ilmu yang pernah ku belajar, aku ajarkan semuanya pada mereka, adik-adikku semua. Walaupun ada kekurangan, tetapi jauh disudut hatiku dia mampu melaksanakan tugas ini.


SEBAHAGIAN daripada warga kota meraikan detik sambutan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. Gambar Ehsan Berita Harian Online

Detik 12 tengah malam pun menjelang tiba, pancutan bunga api boleh kelihatan dari kolej ku ini. Ada yang daripada arah KL, ada dari arah Damansara dan ada juga dari arah Bangsar (agak-agaknya la, bukan fakta sebenar). Tetapi adik-adikku ini masih giat menjalankan latihan mereka. Sungguh aku terasa bangga dengan mereka. Mereka korbankan masa cuti untuk berlatih, mereka korbankan masa berhibur untuk berlatih dan saya yakin jika ini semangat yang semua ASTARIAN ada, maka kita akan terus berkembang ke arah kejayaan. Teruskan usaha adik-adikku, sesungguhnya kami barisan pimpinan kolej amat menghargai pengorbanan anda dan diharapkan anda akan terus cemerlang dalam apa jua yang anda lakukan kelak.

Astar is First!
UM is ONE!!!