Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Friday 30 December 2011

Bila cinta ditolak..2 kali!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Harini banyak benda nak tulis..tadi pagi dengar fly fm pasai one night stand igt nak tulis pasal tu aa..pastu baca paper ada pasai gangguan seksual plak rasa nak tulis pasai tu.

Tapi harini saya memilih utk menulis ttg perasaan saya bila rasa cinta saya pada seseorang ditolak mentah2.




Apa la nasib kan..bila kita suka kan seseorang tu..kita sentiasa ingin dia bahagia dan gembira..jadi kita akan cuba buat baik je dengan dia.

Al kisahnya pertemuan ini terjadi 4 ke 5 tahun sudah..time tu aku dah mcm tgk je sukaa kat dia tapi dia senior dr aku so sah aa budget mahal takdenya pndang aku ni..

Pastu aku pnah kuar skali dgn dia n pnah jugak luah rasa di hati tapi atas sbb ape tah(buat2 lupa utk sedapkan hati) perasaan ku di tolak..

Tapi time tu cool aa takde rasa apa sgt pon so i move on je la..

Baru2 ni plak kami mcm kmbali keep in touch..ye aa skang da maju ada whatapps n imsg so takdenye nak pkir pasai kredit..heehe

Bila lama2 perasaan lama ni kembali semula tapi yg bes tu belum sempat luah lagi dah kena reject..hahaha

Ini la dlm sjarah hdup aku d reject 1 girl yg sama..slalunya aku je reject org(hambik ko..2 kali lak tuh.. padan muke!!)

Tapi apa nak buat kan..cinta tak semestinya memiliki, sayang xsemestinya bersama..asal dia bahagia dlm cara apa pon aku hargai aa..

Aku akui aku agak sentimental aa gak..mungkin sbb aku ni bkn org kl yg tau apa itu gucci dan prada atau mungkin aku ni terlalu 'bosan' baginya..or mungkin i'm too good for her(mungkin jga) atau apa jua alasannya..aku redha je laa.. i'll always be ur jacob my bella(perghhh nak perasan twilight pulakk)

Bila cinta ditolak, its not the end of our life. Maybe its just the beginning of sumthing new..tpi new tu dri segi apa?

For me, pmahaman aku ttg cinta dan perhubungan dah jauh beza dr dulu.. Dulu nk bcnta spya bla kuar ada tmn, sdih ada yg pjuk, gmbira ada yg kongsi.

Tp bgi aku smua dah beza..watpe nak kaple lama2 tpi xde rasa utk memperisterikan dia? Mcm bg harapan palsu je kan.

So since that my mind has change thus i wont think of myself anymore but to my partner as well.

Bek la kita bcinta lepas kawen je kan(haha mcm uztaz azhar idrus je)..sbb rasanya itu akn last longger..

Tp nk kawen bkn sehengget dua skang..hantaran letak tinggi xhengat..org keja kuli cam aku ni mau dua 3 tahun kmpul baru ckup kot.

Fuhh jauh plak aku mlalut kan..so to those yg frust mnonggeng sbb awek or mamat hensem reject korang..takyah aa nk sedey sgt..ada lg truk kot dr korang '-_-.

Bak kata kwn baik ku, nanan..just let go n follow the flow..although the flow is uncertain but u will be happy travelling through it..

Akhir kata, bila cinta di tolak..takyah aa p bnuh diri..ingat Allah cintakan kita tu dia timpakan musibah utk kita sentiasa ingat padaNya..

Sunday 25 December 2011

Surau Queensbay terabai..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sedih juga bila dipikir-pikir yang sebuah pusat membeli belah yang tersohor di Penang iaitu Queensbay mall gagal menjaga fasiliti surau dengan baik.

Sudah berkali2 saya memerhatikan hal ini tadi saya tak terpanggil utk menulis pape sebab ingat ini pkara mudah dan patutnya akan ditangani.

Tapi nyata setelah hampir sebulan dan beberapa kali saya hadir ke surau ni langsungvtak berubah.

Apa yang saya maksudkan adalah fasiliti penghawa dingin dalam surau yang sudah rosak dan bocor.

Apa yg mampu mereka lakukan hanya meletak satu bekas untuk menakung air hasil kebocoran penghawa dingin tersebut.

Masalahnya ia diletakkan betul2 di tengah surau dan nyata mengganggu pengguna surau terbabit.

Misal kata pada waktu puncak solat dan ramai jemaah yg hadir, tidakkah ini mengundang kesukaran apabila jemaah perlu menyusun saf supaya tidak kena pada lelehan air yang bocor itu.

Selain itu, dinding surau ini pun sudah nampak berkulat dan kotor. Ini nyata bertentang dengan konsep rumah Allah yang semestinya perlu dalam keadaan bersih dan cantik.

Nyata pengurusan queensbay gagal dalam menjaga fasiliti penting mereka yakni surau ini.

Dengan nada sedih dan kesal saya mengharapkan pengurusan cepat membuat perubahan kerana masalah yang dihadapi itu tidak sukar utk diperbaiki.

Apa yang mereka perlukan adalah usaha dan rasa bertanggungjawab ke atas salah satu fasiliti penting bagi umat Islam ini.

Akhir kata, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, diharapkan pengurusan queensbay akan cepat mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah ini.

Medical checkup..what do they check??

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..




Beberapa minggu lepas aku kena p buat medical checkup kat Tanjung medical center atas permintaan company. Yg bes ttg company ni apa ja berkenaan medical tak kira amik ubat or checkup skali pon..semua ditanggung beres..FOC beb..





Aku yang 1st time p utk real med checkup pon blur2 aa kan..tapi menda biasa macam amik berat, darah, kencing n xray tu biasa la..tapi ada tambah dua yang tak penah aku buat sebelum ni iaitu ecg utk check jantung kita dan ultrasonic untuk check liver, pankreas dan juga kidney.





Semalam aku p jumpa doktor untuk amik result dia..hmmm seems ok tapi rasanya kalo aku tak jaga gaya hidup dan pemakanan aku rasanya akan ada masalah je di masa hadapan..






1st of all BMI aku dah terlebih..27 kot..org biasa dlm 24 je(kalo tak salah aa) so ini mmg yang 1st skali doktor tegur dan minta aku untuk kurangkan berat badan lepas ni..





Blood pressure aku pon dah normal high..Huhu so aku ni nampaknya dok ada di par je la antara yg sihat dan kurang sihat ni...huhu ada lagi kot..huuhu





Ultrasound, xray dan ecg aku semua ok takde masalah ketumbuhan ataupon gallstone yang ditemui..tapi banyak masalah tu dtg dr arah aku sebenarnye..huhu





Gula dalam darah aku pon katanya da tahap normal high dah..errr...tapi aku rasa sbb aku p mnum nescafe kot mlm tuh sikitt baru prasan esoknya nak p med checkup..tapi aku check biasa guna mesin mak aku beli pon cam tak jauh beza je..5.3 gak..so rasanya i need to cut from dringkin to much sugar base drinks and less carbo in my meal.





Cholestrol plak..aku tatau plak sblum ni ada good kolestrol (HDL) tau ada bad kolestrol je(LDL) so bila doc cakap hdl aku rendah dr biasa aku pon heran aa..tambah lak dia kata ldl aku agak tinggi(3.6) lagi laa aku pelik..



Persoalan aku mcm mana nak improve..dia kata paling senang makan ubat kolestrol tapi pada umur aku itu tak digalakkan..dia suruh aku ubah cara hidup dan pemakanan ku..kena kurangkan minyak serta lemak tapu n byk buat senaman untuk kuat dan sehatkan badan.





Lepas dapat dr nasihat doktor ni baru aku sedar kita ni dok rasa kita punya cara hidup dah betul selama ini tapi bila dah test baru tau apa sbnarnya impak pada badan kita.

Oleh itu saya rasa med checkup ni penting dan perlu dititik beratkan oleh semua orang.

Pada yang company sponsor, bagus la tapi kalo yg tak sponsor blnja la dlm 2-3 ratus.. Insyaalah berbaloi.



Jika kita dapat tau masalah dlman kita lebih awal kita mampu mengubah sebelum ia melarat hingga umur kita lanjut.

Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jangan dah terantuk baru nak terngadah.

Kekalkan cara hidup sihat dan insyaalah dengan izin Allah kita akan sihat walafiat sentiasa.






P/S Camna nak tau yang mana kanan yg mana kiri??

Saturday 24 December 2011

Pengumuman penting!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Dengan lafaz Bismillah-ir Rahmah-ir Rahim..saya Muhammad Hafizzuddin Bin Baharin@Md Daud dengan ini ingin mengumumkan kepada semua orang bahawa saya sekarang SINGLE but NOT AVAILABLE!

Sekian, terima kasih.

Ku tak cari kesempurnaan..

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Zaman sekarang ni ada ka manusia yang hidup di dunia ni yang kita boleh kategorikan sebagai sempurna?? Mcm takde je..

Tapi lain plak kata Andra & the black dog bone dlam lagu sempurna:
"kau begitu sempurna,
Dimata ku kau begitu indah,
Kau membuat diriku agar slalu memuja mu"

Hakikatnya memang tiada manusia yang sempurna dalm hidup ini tapi kita melihat seseorang itu sempurna sbb dia ada ciri2 yang boleh melengkapi kita.

Sebenarnya dalm mencari pasangan hidup setiap orang ada pilihan dan cara masing2. Ada yg nak cantik, ada yg nak cool, ada yg suka tough dan sebagainya.

Tapi bagi aku aku cuma mencari 3 sifat ja dalam diri seorang wanita untuk menjadi bkl suri hidupku.

Pertama taat pada Allah, Rasul dan aku sebagai bakal khalifahnya. Ketaatan ini penting kerana jika ada sifat ini pasangan kita mest akan mendahulukan hukum Tuhannya dan patuh akan kata2 suaminya..

Kedua adalah ingatan yang kuat. Ini bukan sebab nak suruh hafal nama ubat atau formula2 math tapi ingat pada nasihat dan peringatanku selagi ia tak bertentang dgn syarak.

Ketiga sedap mata memandang, sebab walau tak cantik sekalipun di mata tapi dia sedap dimataku, aku sudah cukup gembira dan syukur atas kurniaanNya..

Memang banyak kalo nak ikut pada penjelasan nabi untuk memilih bakal pasangan hidup kita tapi aku tak mencari kesempurnaan.

Asal dia mahu berubah dan mahu belajar, akan ku pacu dia ke arah kebaikan dan terus menjadi insan yang solehah.

Manusia mmg takkan lari dari membuat kesalahan tapi jadikan kesalahan yang kita buat sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri kita.

Saya tidak suka org yang sudah ditegur tapi masih melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Jika ia dibuat tanpa sedar mungkin boleh dimaafkan tapi jika dibuat secara terang-terangan memang tak dapat diterima.

Kejujuran seseorang itu juga memainkn peranan yang penting kiranya dia betul2 mahu menjadi sebahagian dari hidupku.

Hidup dalam pembohongan dan kepura-puraan hanya akan memacu kita ke jalan kemusnahan walaupun ia nampak indah di permukaan tapi didasarnya ia hodoh bak kurap, busuk bak bangkai.

"Its not perfection i'm looking for, its the sincererity is what i'm searching".

Ini adalah kata2 yang terlintas dibenakku tika beberapa perkara yang merumitkan timbul dalam diriku baru-baru ini.

Insyaalah masa masih panjang bagiku dan jodoh aku yakin Allah akan berikan dalam apa jua cara yang Dia inginkan.

Dan sehingga aku berjaya mendapat dia yang diredhai Allah, aku takkan berhenti usaha dan terus mencari bakal suriku, bakal pelengkap hidupku.

Thursday 22 December 2011

Cara-cara ganti kad sim dalam IPhone 4/4S

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Hmm..dah hampir setahun pakai Iphone nih tapi tak penah lak try nak bukak micro sim kad tray dia nih..susah sebenarnya nak bukak nih..adalah dalam 10 kali aku try 3 kali je terbuka..huhu tapi bila dah dapat cara dia jadi mudah la sikit.


Sebenarnya apa yang rasa susah sebenarnya sebab kita kena cucuk, takut kalo cucuk kuat nanti rosak ke apa kan..so mcm ishh betul ke nih..huhu so di sini saya nak share la dengan kawan2 cara bagaimana nak ganti/keluarkan slot untuk micro sim card:


1. Boleh guna klip kertas biasa yang diluruskan atau guna special tool yang tersimpan dalam kotak iphone kita pada tempat buku manual dia.


2. Tengok belah kanan IPhone ada satu lubang kecil je..haa sini la tempat untuk sim kad anda. Sim kad untuk IPhone 4 nih tak macam sim kad biasa, nama pon micro sim kad kan..saiz dia 15mm x 12 mm je banding dengan sim kad biasa 25mm x 15mm.





3. Masukkan pin atau special tool tersebut ke dalam lubang kecil tu. Tekan kuat sikit je sampai nampak tray sim kad tuh dah nak terkeluar den tekan lagi sampai dia kuar habis je..



4. Letakkan micro sim kad anda dalam tray tersebut. Pastikan dia betui2 duduk dalam tempat dia dan bahagian emas sim kad kita mengadap ke bawah.


5. Masukkan balik tray tu dalam tempat yang kita keluarkan tadi. Tekan sampai dengar bunyi klik..kira dah settle la tuh..



6. Tunggu IPhone anda untuk cam kan sim anda and walllaaaa....its ready to be use..hehehe..

Jadi untuk kawan2 yang rasanya nak tukar IPhone 4S bleh aa gunakan tips2 ini..buat sendrik je takyah hantar kedai2..jgn2 diorang caj lagi ade..haha..

Monday 19 December 2011

Peribahasa Melayu Yang Tak Jelas


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..




Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yg TIDAK JELAS

1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.

Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.


Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.

BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).






Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.

Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.

هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

Sekarang ini jelas??? =)




Thanks to Aniq and KKM

Sunday 18 December 2011

Plusliner bikin panass...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Sebelum ni slalu aku naik bas balik penang dr kl aku bangga bagitau org yang aku naik plusliner, sbuah bas hak milik syarikat KTB.

Tapi harini dia benar2 bikin panas dari sistem, driver dan juga penjaga/tukang kutip tiket.

Kalini naik bas yang lain macam sikit la..err nak terang lain macam pon tak reti sgt cam seat 1-6 ada 4 tapi 7-11 ni ada 3 seat je..





Aku n mak aku dapat tiket no 7b dan 7c..bila aku masuk aku cari 7b ada la 7 c takde pon ada 7e dan dua2 pon orang dah duduk. apa punya sistem yang plusliner ni pakai?? Bas sendrik no apa ada pon boleh taip salah ka??










Aku p tanya kaunter dgn memBABI buta dia kata ada seat tu n soh aku cari..bila tanya driver lak dia soh duduk je mana ada kosong..

So kami dduk aa mana ada kosong, pastu ada 2 org ni nak duduk tmpat kami(sbnarnya tempat diorang) jadi lepas explain diorang pon ok n cari tempat lain tapi masalahnya ada 1 je kosongnye..

Pas panggei 2 3 kali baru org tiket mai..bas bertolak kui 1 pa jadahnya nak mai check tiket kui 1 jugak..pas check semua tiket baru jumpa 2 org yang salah naik bass??C how careless plusliner were orang salah naik last minit bari nak detect..

Driver plak tak friendly langsung, dia stop n tak bagi info pon stop brapa lama den rasa baru 15 minit dah hon macam org gila!!

Orang nak solat, p toilet dan makan kot(dah la bertolak kui 1 sah aa tak lunch lagi).. And this really piss me off

Kemudian dua orang tadi mai sbb nk minta balik seat diorang sebab katanya tak selesa seat sekarang..tgk2 diorang dok blakang skali so aku paham sgt aa

Tapi kalo kami nak minta seat kami pon tatau seat yg mana sebab yg ada 7a 7b dan 7e saja..

Aku pon dgn slamber bawak je la mak aku p dok blakang n pulangkan seat diorang ni..

*One more, bleh plak sit blakang aku duduk blakang nih ada bunyi berdesing tah pape je..adehh..tak pcaya dengar aa dr dlm video di bawah nih..nasib baik dia kejap bunyi kejap tak..tapi tuh lagi la memningkan keadaan kan*


















Bunyi berdesing je













Ni plak sunyi ajee




Dulu aku slalu akan rekomen plusliner kalo ada kwn2 aku nak p penang dgn bas..

Tapi apa yang jadi harini benar2 memalukan dan aku dah tak rasa nak rekomen syarikat yang sangat tak teratur dan tak professional yang sula lepas tangan camtu je..

PS: ** tu updated



Wednesday 14 December 2011

Leburlah hasrat nak Guna iPhone 4S

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Baru2 ni gajet terpanas di malaysia mesti la iPhone 4S walaupun banyak mendapat tentangan daripada Samsung dan banyak produk lagi di luar sana.


Terkini digi, celcom dan maxis sudah mula mengorak langkah mempromosikan pakej masing2 yang mana iPhone 4S akan mula diedarkan pada 16/12/2011.


Tetapi mengikut pengumuman daripada digi, mereka sudahpun habis menjual iPhone 4S bagi batch yang pertama ini dah mungkin perlu menunggu lebih kurang sebulan utk restock semula.


Tetapi yang sedihnya angan2 ku untuk memiliki iPhone 4S nampak gayanya lebur akhirnya. Ini disebabkan saya masih terikat dengan digi sebab melanggan pakej idigi 138 sejak desember 2010. Mengikut kontrak kalau nak breach dalam tempoh 0-12 bulan kena bayar RM400 beb..parah parah..


Kalau nak breach dalam tempoh 13-24 bulan pula kena bayar RM150..erghh rasa mcm tak bebaloi la plak kan so aku merasakan aku perlu melepaskan angan2 ku ini..huuhu


Nampak gayanya aku kena la tunggu kemunculan iPhone 5 di masa depan kot..harap2 tahun depan boleh la tukar baru te yak..hehe..


Jadi buat rakan2 di luar sana..maxis and celcom mcm mana??

Saturday 10 December 2011

wuuuaaagghhh(yawning)...malasnyee...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hari ni 10/12/2011 adalah hari sabtu yang paling tak bes sejak beberapa minggu yang lepas..huuhu..ni la akibatnya bila asyik sabtu minggu je cuti dok rumah dah takde mud nak keja so akibatnya aku kemalasan yg amat sgt bila mai keja hari ni.




Hari ni la production nak stop line F3 nih kan..janji isnin baru nak stop tapi tup2 tgh2 minggu bagitau yang sabtu nak stop dah so kami kena la 'membedah' mesin kami..ish ish ish..nih yg bosan ni..baru igt nak p tgk breaking dawn(nampak sgt ketinggalan kan) tapi nampak gayanya tak jadi la..


Selain dri tuh, aku ada appointment dgn dr utk medical checkup result aku tapi tuh pon kena postpone jugak..gara2 tugas nih..huhu apa nak buat..hidup mesti diteruskan.




Mama kata aku nih turun perangai mama, mmg keja tuh diutamakan la..dulu masa mama belum pencen(lani pon keja gak cuma keja part time yang mcm full time) dia pon mcm aku, keja bagai nak rak tapi apa pon tak dapat.




Ye lah bukan nak kata kita nih keja semata2 kejar nama atau pangkat tapi perlu la setimpal dengan pengorbanan kita kan..aku pon sama la jugak nih..mungkin sbb mcm org baru kan..sekali semua hempok bagi aku..aku la yang tanggung..




Sib bek aku ada kontraktor yang mmg mantap aa..bagi je apa kat diorang sah siap la keja tuh..hehe..jadi keja aku sebenarnya utk monitor n buat planning je..huhuh bayangkan keja mcm diorang..perghh lagi saket beb..




Tapi keja cam diorang ikut jam..lagi pulak harinih sabtu..double pay kot..so diorang pon mest aa datang punya..chinese new year pon dah dekat so nak la cari duit lebey utk chinese new year kan..hehe...kire win win situation la.




Tapi Alhamdulillah sebenarnya kerja aku skang nih banyak mendedahkan aku pada heavy industries maintanance, jadi aku banyak sangat belajar ttg mekanikal things compared to universiti mmh 90% teori je aa..main bedal hapai aa..


Tapi kat sini apa yang paling penting adalah cara kita untuk plan sesuatu kerja dan cara kita execute plan kita adalah pengajaran yang paling penting. We might fail in the first stage of our plan but how we manage to save it till we suceed at the end is the most crucial lesson of all.


Pejam celik dah dkat setahun 4 bulan aku keja sini..banyak lagi aku kena blajar dari segi decision making and troubleshooting skill dan aku harap by the end of next year (kalo aku masih keja sini) aku boleh kuasai dua skill ni.


Kalo kita pikir malas kita nih, rasanya apa keja pon tak boleh jalan n majikan kita pon mest pandang serong je pada kita..ye la masa interview nak keja punya la berjanji bagai bleh tu bleh nih, dah dapat keja sia2 kan lak.


Hidup skang bukan snng nak cari keja, lain la kita my master brilliant mcm einstein tuh mmg la majikan cari kita, kita pon takat pepasir di tepian pantai je..tak dipandang sesapa pon..jadi apa yg kita ada kita buat la sehabis baik.


Amanah pada diri dan amanah pada kerja kita itu penting, lagipon ni mmg salah satu cabang yang diajar oleh Nabi kita dalam apa jua bidan yang kita ceburi, amanah perlu ada dlm diri kita.


Oleh itu, apa guna nak merungut banyak2 bila tiba saat mcm ni..bak lirik CMB 'harus pejam mata dan buat apa saja'..heheh(ada kaitan ke??).


K sampai sini je la aku nak cot cet sket..bila2 nanti aku kebosanan aku melalut la lagi dlm blog aku nih..heheh..salam...

Friday 9 December 2011

Penfibre 2011 Thank You Dinner: Urban Cultural Night

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



Semalam bertempat di Sunway Carnival Convention Center telah diadakan satu majlis makan malam penghargaan buat pekerja, kontraktor and vendor2 yang telah bersama Penfibre Sdn. Bhd sejak bertahun2 lamanya.


Aku pula 1st time join dinner penfibre nih, dengar kata dah 3 tahun takda dinner nih jadi nih kira grand jugak la dinner dia. Untuk pekerja semua ditanggung manakala untuk vendor dan kontraktor, bayaran tertentu dikenakan kepada mereka yang ingin menghadirkan diri.


Sapa tamau makan free so aku dengan berbesar hati pon hadir ke dinner nih..dengan baju batik biru, seluar slack hitam dan lofer hitam..dtg dengan harapan nak dapat 1st prove lucky draw merupakan Samsung galaxy note yang terbaru.
Bukan itu saja, barisan hadiah2 sangat menarik antaranya, laptop acer aspire, TV SONY LED 42inci, LCD TV 32inci, HTC explorer, iPad 2 dan berbagai2 hadiah lagi..sangat menarik..slurpszzzz..kire tak dapat no 1 dapat hadiah mana2 pon mmg puas hati aa..kalo tak salah semuanya 40 hadiah..

Check balik meja ada lebih kurang 60 meja di darab dengan 10 orang 1 meja mau dekat 600 orang nak berebut 40 hadiah..ishh mmg org yang sagt2 bertuah je dapat la nih..


Makanan mcm biasa la, Chinese dish yang disediakan(sbb paling murah kot). Tapi takde la mengecewakan sangat, sedap2 juga makanan yang disediakan oleh Sunway Hotel nih.


Entertainment merupakan aspek yang menarik dalam sesebuah majlis makan malam tapi mungkin sbb budget tak banyak sangat jadi dua performer je yang datang. Tapi ok la diorang perform dua kali jadi berbaloi la diorang mai.


Satu group nih dance group..katanya top dalam north region nih..tapi gaya tarian diorang mmg perghh mantopss sehh..laki ka pompuan mmg terbaik la..tapi laki nampak lebih hebat la sebab yg pompuan nampak semput cepat je..tu sbb tak dapat pi final Showdown kot..hehe


Satu lagi performer nih digelar Chakora Band, katanya top band la di Penang nih. Terdiri daripada 3 orang penyanyi wanita dan seorang keyboardist lelaki. Performance mereka nih jugak tidak mengecewakan dan pandai menarik perhatian para hadirin yang hadir.


Tapi yang paling manis dalam majlis ni adalah aku berjaya dapat 2 kali cabutan bertuah..suatu yang tak pernah dapat dalam hidup aku walaupun sekali pun..Alhamdulillah syukur..dapat meja bertuah dan juga cabutan bertuah. Guess what i get..huhu nope not the galaxy not la sebab kalo dpt galaxy not sah aku letak gambar yg betui2 bukan yang commercial mcm di atas kan..


Aku dapat sebuah tower fan dan juga fan bulat..dia mcm cantum sekali siap beremote control nih..heheh terbaik laa nak beli mmg tak laa..mungkin nih rezeki untuk Faris kot..



Dia mai sini nanti boleh la bagi dia yang rasmikan dulu..bukan apa rumah aku mai tgh hari sampai petang mmg la tersangat la panas bahangnya jadi hope menda nih leh aa sejukkan keadaan di rumah tuh..


Dah habis nak balik punya time ingat nak balik naik feri, malam2 naik feri kena angin mmg masyuk kot..tapi sayang feri takde la plak sebab next feri kalo nak tunggu mau ada 40 minit..so aku amik keputusan patah balik ikut jambatan je la..


Balik2 aku mmg flat aa..sampai pon dah pukui 11..esoknya nak p kerja plak so aku mmg sayonara pada 8/12/2011 awal aa..hehe


Apa pon mmg bes aa dapat makan2 disamping rakan sekerja pulak, dulu makan disamping rakan sekolej kali nih suasananya sedikit berbeza. Harapnya ada lagi la dinner nih pada masa2 mendatang..ermmm lepas dinner nih pikir bonus lak..errr hope MD bagi la banyak2 sikit tahun nih..hehe..

iPhone 4S ke treadmill??

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan artikel yang mana iPhone 4S, produk terbaru dari Apple Inc. akan mula dijual di Malaysia pada 16 Disember 2011.


Berbeza dengan iPad 2, iPhone 4S dilihat seperti tidak 'menyengat' di mana rata-rata pengguna masih ragu-ragu dalam membuat pembelian gajet terbaru Apple ini.


Bukan setakat itu, ia juga kini kuat disaingi oleh Samsung yang mengeluarkan Galaxy Note, sangat memukau mata 'gadget freak' di luar sana.






Bagi saya pula, hmmm tunggu bonus la jawabnya tapi niat di hati sebenarnye nak beli treadmill(alat jalan/lari kat rumah)...azam tahun baru nih nak fit kan diri la kononnye..tapi..hehe ntah lerr..

Kalo beli iPhone nih mmg la pakai hari2 kan..so..errr..arghhh tough desicion betul jadinya..apa kata anda..mana lagi penting??