Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Friday 27 February 2009

2 Tutup 5 Naik!!!

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Hampir 10 000 pengguna lebuh raya melepaskan nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan 2 tol utama di ibu kota iaitu Tol Salak Jaya yang melibatkan Lebuhraya Besraya dari Jalan Istana ke Pekan Sungai Besi dan di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) dengan memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol PJS 2 menghala ke Kuala Lumpur, bermula 13 Februari lalu.

Akan tetapi, hampir kesemua pengguna lebuhraya negara tergempar dengan pengumuman kerajaan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya semalam.

Bagai luka yang belum sembuh, tindakan ini seakan-akan garam yang diletakkan pada luka yang masih dihadapi kebanyakan rakyat kita.

Sudah jatuh ditimpa tangga, dengan keadaan ekonomi yang tampak goyah sehingga kerajaan terpaksa menyediakan satu ‘bajet mini’, tindakan ini sememangnya tidak kena pada waktunya.

Keluar mulut buaya, masuk mulut singa. Walaupun 2 tol telah ditutup, parahnya berganda apabila 5 lagi tol dijangka dinaikkan sebanyak 0.68 sen hingga 50 sen.

Menurut Perdana Menteri yang mengulas kenaikan tol Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) yang diumumkan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai tidak sesuai dengan situasi semasa.

Katanya, keputusan ini dibuat di kabinet kira-kira 2 atau 3 minggu yang lalu ketika ekonomi tidak berada dalam situasi getir dan berbeza dari sekarang.

Satu keputusan yang bijak daripada YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang saya anggap mesra rakyat dan sebagai pemimpin, beliau seharusnya membela nasib rakyat di bawah pimpinan beliau ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan kerajaan sebelum ini untuk membenarkan kenaikan tol itu dibuat sejajar dengan perjanjian konsesi dengan pengendali lebuh raya terbabit kerana sudah tiba masanya kadarnya dikaji semula kerana syarikat terbabit ketika ini turut menerima beban daripada keadaan ekonomi semasa.

Pada pandangan saya, seharusnya mana-mana menteri yang ingin membuat kenyataan perlu berbicara dan bertanyakan pendapat Perdana Menteri terlebih dahulu. Tindakan ini seolah-olah ia telah membelakangkan ketua kerajaan tersebut.
Dengan keadaan semasa, idea ini sungguh tidak bernas dan padahnya boleh dijelmakan apabila pertempuran di 2 bukit (1 bukit belum sahih) mungkin akan menunjukkan ‘trend’ yang sama seperti di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Saya percaya rakyat juga faham akan kerumitan dihadapi kerajaan terutamanya pada bajet dan kewangan yang kian menurun oleh syarikat yang terlibat sama dengan 5 lebuhraya itu.

Sebagai mahasiswa, kami menyokong penuh usaha murni yang cuba dibawa oleh pihak kerajaan tetapi ia perlu diletakkan di tempat yang benar. Sesungguhnya apabila sesuatu itu tidak diletakkan ditempatnya, ia suatu perbuatan yang zalim.

Saya menyokong jika cadangan ini ditangguhkan ke satu masa yang ekonomi negara lebih stabil dan rakyat juga tidak akan terbeban. Ini bukan sahaja menguntungkan rakyat malah kerajaan juga mampu menyelesaikan beberapa masalahnya kemudian.

Saya tidak mahu Malaysia dicemari demonstrasi, caci maki dan sebagainya seperti yang dirancang dan yang sedang berlaku baru-baru ini.

Akhir kata, saya memohon agar pihak kerajaan supaya mengambil langkah yang bijak dan positif agar tiada perkara-perkara yang tidak diingini dan yang mungkin menimbulkan kekecohan dalam negara terus berlaku dan mengugat nama baik negaraku yang tercinta ini.
*Terbaru: Timbalan Perdana Menteri mengumumkan penangguhan kenaikan harga tol ini hinga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penambahbaikkan Berterusan ASTAR

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Semalam di dalam Mesyuarat Pentadbiran, saya telah menyuarakan beberapa perkara yang saya anggap penambahbaikkan berterusan bagi penghuni ASTAR ini.

Pertama berkenaan bumbung Laman DE. Ini menjadi kerisauan apabila tempat yang banyak kegunaan ini terpaksa dielakkan jika berlakunya hujan akibat masalah kebocoran bumbungnya.

Justeru itu, saya telah meminta agar ia diperbaiki. Menurut Pn. Kasmah, kolej masih menunggu surat berkenaan Tabung Penyelengaraan kolej bagi membiayai penambahbaikkan ini.

Dengan ini, saya harap para penghuni bersabar kerana hal ini sedang dalam tindakan kolej.

Kedua adalah berkenaan kekerapan ketiadaan elektrik. Ini memberi kesan yang lebih kepada penghuni aras B200.

Blok B mempunyai masalah elektrik sejak awal semester disebabkan kurangnya masa kontraktor untuk menjalankan pemerhatian. Akan tetapi Hampir keseluruhan Blok B sudah dalam keadaan baik kecuali aras B200.

Menurut Pn. Kasmah, ini berlaku mungkin disebabkan penghuni menggunakan alatan elektrik yang tidak dibenarkan oleh pihak kolej menyebabkan ‘overload’ di aras tersebut yang sememangnya tidak stabil.

Oleh itu saya nasihatkan rakan-rakan agar tidak menggunakan barangan seperti seterika, TV ataupun alatan larangan lain di dalam bilik.

Ketiga adalah mengenai tong sampah bertutup di Blok C. Saya mendapati Blok C tidak mempunyai tong sampah bertutup hingga menyebabkan bau yang tidak enak di blok tersebut terutamanya di tandas.

Sehubungan dengan itu, Pn. Kasmah menyatakan beliau akan membekalkan secepat mungkin di Blok C dan di aras yang tidak ada. Jika ada sebarang aras yang tidak ada, sila beritahu pada saya.

Berkenaan ‘wireless’ yang tidak stabil, saya harap para penghuni bersabar. Anda sekarang boleh melayari menggunakan sambungan WIFI_08_STUD. Jangan menggunakan sebarang nombor IP sendiri dan gunakan nama dan kata laluan Perdanamail anda untuk ‘Login’ ke internet.

PTM masih dalam rangka kerja penambahbaikkan wireless mungkin menyebabkan gangguan di beberapa blok dalam kolej kita. Oleh itu saya sekali lagi menyeru rakan-rakan bersabar dan jika ingin membuat sebarang bantahan, anda boleh melayari ptmhelpdesk.um.edu.my

Berkenaan isu makanan, kolej sudah menampal menu baru di papan kenyetaan sebelah pintu ke Dewan Makan. Menurut Pengerusi JKP KEMAS, saudari Hidayah, beliau sudah menampal juga 1 salinan di papan kenyataan JKP KEMAS tetapi atas sebab perbuatan khianat, menu itu telah dicabut oleh orang yang tidak dikenali.

Saya mendoakan orang mencabut menu itu agar memulangkan barang yang ‘dipinjam’ dan moga Allah merahmati beliau.

Masalah makanan yang berulang Insyaalah tidak akan berulang lagi. Ini kerana timbul salah faham pada 2 minggu yang lepas berkenaan jumlah pelajar di kolej pada hujung minggu tersebut. Saya harap perkara ini selesai dan jika terdapat sebarang respon sila hubungi saya.

Saya juga mengetahui yang ada beberapa orang penghuni yang alergi dengan asap menghapus pembiakan nyamuk (‘fogging’). Oleh itu ingin saya beritahu ‘fogging’ ini akan dijalankan pada setiap hari pertama bekerja pada setiap bulan bermula jam 7.00 pagi.

Oleh itu kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan atau alergi harap anda boleh mengambil langkah berhati-hati yang sebaiknya.

Ini merupakan beberapa agenda yang telah dibicarakan oleh saya. Jika ada penghuni yang mempunyai persoalan atau masalah, boleh terus hubungi saya di talian telefon, email, YM mahupun saluran blog ini agar kami sentiasa dapat memberi perkhidmatan terbaik.
*Terbaru: Tong sampah bertutup di Blok C sudah di sediakan dan masalah elektrik di Laman Santai sudah diselesaikan.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Wednesday 25 February 2009

Islam Di Pandang Sebelah Mata

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Saya bukan daripada golongan yang layak mengupas isu ini tetapi sebagai seorang yang beragama Islam, saya punya pandangan daripada pengalaman yang sedikit selama saya hidup di bumi Malaysia ini.

Skop saya yang ingin saya kupaskan sebahagian besar khusus kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam sendiri kerana tempias kerapuhan umat Islam luar sana jelas terasa oleh umat Islam negara kita sendiri.

Faktor pertama mengapa Islam kian dipandang enteng adalah kurangnya pengamalan ilmu agama itu sendiri. Ramai kalangan orang Islam yang tidak menitik beratkan pelajaran agama anak-anak mereka. Ibu bapa kebanyakannya sibuk mengejar kekayaan duniawi. Benar tanpa wang kita sukar untuk mencapai apa yang kita kehendaki, tetapi ini perlu diimbangi dengan ‘nafsu’ kita mengejar keredhaan Allah.

Keluarga merupakan institusi terpenting bagi melahirkan seorang insan yang baik pekerti. Tetapi sekarang, rumah hanya dijadikan hotel ataupun sekadar rumah tumpangan sahaja. Pagi keluar bekerja, malam pulang keletihan. Tiada masa lagi menegur mahupun mengajar anak-anak ilmu-ilmu agama.

Tanggungjawab ini diserahkan kepada guru agama dan pengasuh anak-anak mereka. Tetapi ini bukan suatu perkara yang baik kerana ilmu yang diturunkan oleh ibu bapanya lebih mudah diingatkan, selain itu ia mampu mengeratkan institusi keluarga dan menyemai rasa kasih saying antara ahli keluarga.

Kedua merupakan perpaduan ummah. Umat Islam sekarang jauh daripada perpaduan. Pelbagai faktor yang menyebabkan kejadian ini semakin berleluasa. Tidak keterlaluan saya katakan antara sebab utama adalah fahaman ataupun ideologi politik yang mereka bawa!

Kita lihat di Palestin dengan Fatah dan Hamas dan yang paling dekat di Malaysia jelas apabila UMNO dan PAS sejak dahulu lagi memang sukar bersatu. Bagaimana pula dengan musuh Islam? Di Amerika, Republikan mahupun Demokrat, di Israel Netanyahu, Ariel Sharon mahupun Peres, walaupun daripada parti berlainan tetapi agenda mereka tetap sama, selain memajukan negara sendiri mereka tetap akan memusuhi Islam tidak kira siapa pemimpin yang bertukar ganti itu.

Umat Islam bila disentuh berkenaan agamanya dan bangsanya, memang bingkas bangkit lantaran semangat cintakan dan sayangkan bangsa dan agama mereka. Akan tetapi semangat itu semakin luntur. Banyak puak yang muncul dan membawa fahaman masing-masing menyebabkan negara Islam lambat laun boleh jatuh ke tangan musuh-musuh Islam.

Ketiga bagi saya merupakan masalah akhlak umat Islam itu sendiri. Saya memetik kata-kata Ustaz Ridhuan Tee yang hadir memberi ceramah perdana sempena Simposium Maal Hijrah, “Saya memeluk Islam setelah mengkaji Al-Quran dan mendalami Islam dengan berjumpa beberapa guru. Jika saya melihat orang-orang Islam zaman sekarang dengan perangai dan akhlak sebegini, saya memang tidak akan memeluk Islam.”

Anak-anak muda sekarang jauh terpesong. Masalah sosial seperti mat rempit, dadah, bohsia dan sebagainya menghantui anak-anak muda yang rata-rata beragama Islam. Ini merupakan kejayaan agenda Yahudi yang ingin terus menyesatkan umat Islam bagi melemahkan kita. Oleh itu, orang bukan Islam senang mengambil kesempatan atas kelemahan kita ini bagi melupuskan hak kelebihan kita sebagai tuan punya tanah ini atas nama inginkan sistem yang telus dan meningkatkan persaingan global.

Keempat, kita tiada pemimpin yang benar-benar lantang bersuara diperingkat antarabangsa. Kita sudah tiada Umar Al-Khattab, kita juga tiada lagi Abu Bakar As-Siddiq, kepimpinan negara Islam lemah walaupun rakyat dunia beragama Islam adalah yang terbesar di dunia.

Ini semua gara-gara takut akan kuasa besar dunia iaitu Amerika. Amerika memegang kunci ekonomi dunia. Jatuhnya ekonomi Amerika maka jatuh ekonomi dunia. Jika kita buat Amerika marah, ekonomi kita akan disekat, menjadikan kita negara miskin dan sebagainya. Ini semua tidak sepatutnya berlaku.

OIC merupakan medan pemimpin negara Islam melontarkan idea, bagaimana Islam itu perlu dipulihkan dan bagaimana Islam perlu dibela. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini, umat Islam sudah tidak lagi bergantung pada OIC sehingga disindir sebagai ‘Oh I See’ malah dilepaskan tanggungjawab itu kepada PBB yakni proksi dan badut Amerika itu. Justeru itu, kita sudah tahu yang setiap keputusan, memang tidak akan memihak pada dunia Islam.

Kelima adalah penguasaan ilmu. Barat menguasai kebanyakan ilmu di dunia mengakibatkan mereka menjadi kuasa besar dunia. Tetapi saya petik bekas(tidak pasti beliau masih berkhidmat atau tidak) CEO Hewitt Packed yang menyatakan tanpa ilmu yang dibawa oleh Islam ratusan tahun dahulu, nescaya kita tidak akan mampu mencipta sebuah komputer.

Sesungguhnya setiap ilmu di dunia ini datanya daripada Allah, dan semua ilmu telah Allah catatkan dalam Al-Quran. Bagaimana Ibnu Sina berjaya menghasilkan kitab perubatan yang bertahan selama ratusan tahun sebagai panduan pakar perubatan, Al Khawarizmi yang begitu mahir dan terkenal dalam bidang matemaik dan astronomi dan ramai lagi ilmuan Islam yang cukup terkenal di suatu ketika dahulu.

Zaman itu tiadalah internet mahupun perpustakaan terbuka seperti sekarang. Apa yang ada hanyalah iman, taqwa dan kesungguhan mereka mengkaji Al-Quran. Dengan itu Allah turunkan hidayah dan ilmuNya pada mereka yang bersungguh-sungguh mengkajinya.
Jika dulu Barat gelap tanpa ilmu menjadi cerah setelah Cordoba diduduki Islam dan ilmu mula memancar disegenap lapisan di Barat. Ilmu ini seterusnya dikaji dan mereka juga sendiri mengkaji Al-Quran bagi mencedok segala ilmu yang ada di dalamnya. Sebaliknya umat Islam sekarang hanya diajar bertaranum, dan mengaji Al-Quran tetapi isinya langsung tidak difahami.

Kesimpulan yang boleh saya katakan di sini, kita punyai segala kekuatan. Kita adalah umat yang terpilih menjadi Umat Islam dan pengikut Nabi akhir Zaman, Rasullullah S.A.W..Kita perlu mengembalikan sinar kegemilangan Islam. Kita perlu mengamalkan sepenuhnya Islam dalam hidup kita, daripada ibu bapa hingga ke anak-anak. Bersatulah wahai saudara seagamaku kerana perpaduan sekarang amat mencemburui kita. Ketepikan segala persengketaan kerana kita tetap satu bangsa yang memeluk satu agama, kuatkan jati diri kita.

Perbaiki akhlak kita dari hari ke sehari. Renung dalam diri serta rakan-rakan, bimbing mereka bersama-sama kerana tidak guna kita baik walhal rakan-rakan kita terjerumus dalam kesesatan. Pemimpin perlu mengutamakan agamanya, seperti mana yang diamalkan oleh pemimpin Islam yang agung sebelum ini. Sesungguhnya tanggungjawab pemimpin itu sangat berat dan setiap perilakunya akan disoal di Padang Mahsyar kelak. Akhir sekali, dapatkan semula ilmu yang kita pinjamkan kepada Barat. Ilmuan Islam perlu terus berusaha supaya kita setanding mereka di Barat. Tanpa semua yang saya bincangkan di atas, Islam akan terus di pandang sebelah mata tidak kira dalam mahupun luar negara.

Monday 23 February 2009

Ke Syurgakah Aku?

Sabtu malam Ahad yang lepas, Kursus Jenazah & Amali Sembelihan (KURJAS) anjuran Balai Islam ASTAR telah menjemput Ustazah Datuk Siti Norbahiyah untuk memberi satu ceramah perdana berkenaan tajuk ‘Ke Syurgakah Aku?’. Akan tetapi akibat masalah kesihatan, Ustaz Wan Akasyah yakni suami Ustazah Norbahiyah hadir memberikan ceramah tersebut.

Beliau membincangkan beberapa perkara agar kita membuka minda supaya kita dapat menilai, adakah kita sudah layak ke Syurga.

Beliau menasihatkan kita hidup seperti lebah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasullullah S.A.W..Jika diperhatikan lebah hanya makan bahan yang baik dan berkhasiat saja seperti debunga. Itu juga yang perlu kita utamakan terutamanya bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental kita.

Lebah juga adalah haiwan yang hidup dalam berkumpulan atau secara berjemaah. Sebagai manusia kita memerlukan rakan dan sahabat dan kita perlu hidup saling bekerjasama antara satu sama lain bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri malah semangat kerjasama dan perpaduan ini mampu menyerlahkan dan memajukan sesuatu kelompok atau organisasi.

Bila kita tinggalkan suatu tempat atau berpindah ke tempat lain, kita perlu tinggalkan dengan nama yang baik. Seperti lebah yang tinggalkan sarangnya, ia langsung tidak menjejaskan pokok tempat saranya dibina. Kita hadir ke suatu tempat seperti universiti atau tempat pekerjaan jangan pula kita merosakkan nama baik tempat kita itu sekaligus merosakkan reputasinya.

Bila diperhatikan lebah yang mempunyai permaisuri, pekerja dan sebaginya menunjukkan mereka sudah ada sitem organisasi yang baik. Ini perlu di ambil iktibar oleh kita agar dalam kehidupan seharian tak kira dalam keluarga mahupun di tempat kerja, kita mempunyai satu system organisasi yang baik bagi melancarkan segala pekerjaan dan boleh mendapatkan hasil lumayan kelak.

Hidup kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Kita banyak dipengaruhi oleh media, pengaruh luar yang buruk dibawa masuk oleh anasir-anasir luar dengan pelbagai cara. Oleh itu kita harus mempunyai jati diri yang kuat bertunjangkan Islam bagi menghindarkan kita daripada anasir yang buruk seterusnya membuatkan kita hanyut dipengaruhi persekitaran sekarang. Hanya Islam yang boleh membawa kita ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah.

Sesungguhnya Allah memiliki semuanya di dalam dunia ini termasuk nyawa kita. Oleh itu nyawa kita boleh dicabut Allah bila-bila masa seperti yang telah tersurat dalam qada dan qadar. Semuanya Allah lakukan bagi menunjukkan kepada kita terhadap keAgunganNya.

Apabila sahabat mahupun keluarga kita memberi hadiah pada kita, kita mesti akan menjaga hadiah itu sebaiknya. Tetapi banyak orang yang tidak menjaga dan mengabaikan hadiah dan nikmat yang diberikan oleh Allah. Hadiah Allah sungguh tak ternilai. Mata, mulut, telinga, tangan dan kaki semuanya pemberian Allah tanpa kita perlu bayar pun. Tetapi ada juga manusia yang menggunakannya ke arah kemungkaran bukan ke arah kebaikan.

Begitu juga dengan keluarga, suami, isteri dan anak-anak. Semua ini merupakan hadiah daripada Allah yang tidak ternilai, tetapi ramai yang mengabaikan ibu bapanya, anak-anaknya demi mengejar harta dunia yang fana. Sesungguhnya harta benda itu semua boleh diambil oleh Allah tanpa perlu meminta izin daripada tuannya pun.

Sekarang ini manusia tidak ramai yang yakinkan Allah seperti keyakinan kita pada wujudnya elektrik. Natijahnya sama, elektrik tak dapat kita lihat dengan mata kasar begitu juga Allah. Akan tetapi manusia sekarang lebih takut dan percaya pada adanya elektrik berbanding adanya Allah. Jika semua umat manusia percaya dan yakin Allah wujud sama dengan rasa mereka pada elektrik itu, maka dunia kita akan jauh terhindar daripada perkara-perkara yang mungkar.

Ramai umat manusia sekarang tidak kenal lagi tuhan mereka iaitu Allah. Patutkah kita tidak kenal Allah? Sedangkan jika kita tidak kenal sahabat, keluarga, anak dan isteri itupun sudah dianggap tidak patut, inikan pula tidak mengenali tuhan yang memberi segala nikmat hidup di dunia ini.

Hanya Allah yang boleh mengurniakan hidayahNya kepada orang yang dikehendakiNya. Orang yang tidak mendapat bimbingan Allah boleh diibaratkan seorang pelajar yang tidak mendapat bimbingan pensyarahnya. Lama-kelamaan pelajar itu akan terus sesat dan tidak menemui kejayaan dan mensia-siakan masa pembelajarannya. Jika kita tidak mendapat petunjuk dan bimbingan Allah, maka iman kita akan kosong dan kita telah mensia-siakan kehidupan kita di bumi Allah ini.

Sebagai umat Islam, Ustaz Akasyah ada menggariskan beberapa cara untuk mendapat petunjuk agar iman kita terpelihara dan sentiasa konsisten, pertama sekali kita tidak harus meninggalkan sembahyang 5 waktu. Kedua, hadirkan diri ke majlis ilmu kerana itu merupakan ubat kepada hati selain bagi menambah ilmu berkenaan agama kita.

Ketiga sentiasa pandai mencari kawan-kawan. Pilih kawan yang boleh membimbing anda ke jalan yang benar dan hindarkan diri daripada orang-orang yang boleh menjatuhkan kita. Keempat baca dan fahami Al-Quran yang merupakan kalam Allah dan mukjizat teragung bagi umat akhir zaman dan akhir sekali jangan kita berputus asa meminta doa daripada Allah sesungguhnya Allah sahaja tempat kita memohon dan berlindung.

Sedikit coretan mengenai KURJAS, sepanjang sesi kita mengadakan pelbagai jenis projek, kita menganjurkan projek yang berunsurkan kebajikan, sukan, seni hingga keagamaan. Tetapi bagi saya adalah 1 projek yang baik adalah apabila ia boleh menggabungkan 2 atau lebih unsur dalam projek itu.

Kurjas adalah salah satu projek yang sebegini. Di mana ia menggabungkan penerapan ilmu serta keagamaan dalam satu masa. Sesungguhnya Islam dan Ilmu tidak dapat dipisahkan. Mukjizat teragung Al-Quran itu sendiri terisi dengan pelbagai jenis ilmu yang kita sendiri tidak tahu kerana kita tidak berusaha untuk cungkil dan cari sebagaimana ilmuan Islam seperti Al-Biruni, Ibnu Sina dan banyak lagi tokoh Islam yang telah berjaya mengkaji kalam Allah itu.

Oleh itu saya yakin dengan pelbagai ceramah yang kita ada daripada pengurusan jenazah, amali sembelihan dan juga ceramah perdana sedikit sebanyak telah memberi kita ilmu untuk berkhidmat kepada masyarakat bila kita keluar daripada universiti ini kelak.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada penganjur KURJAS yang rata-rata merupakan pelajar tahun satu ASTAR. Diharap pengalaman ini adalah amat berguna bagi anda dan dapat dimanfaatkan di masa yang akan datang.

Friday 20 February 2009

Pantun Kasih Sayang

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Aku lahir pada 20 Februari
Curahan kasih mula diberi
Oleh nenek dan ibu sendiri
Tanpa ayah tetap berseri.

Lahir pada hari Jumaat
Hari yang penuh dengan syafaat
Nasihat keluarga terus ku taat
Setiap detik setiap saat.

Ibu ku seorang tanggung keluarga
Kerja seharian penat tak terhingga
Kasih padaku tidak terhingga
Hanya Allah dapat balas jasanya.

Nenek ku sudah tua
Tok Teh tempat aku bermanja
Ilmu agama cukup tersedia
Agar ku jadi insan berguna.

Abang ku seorang lain tiada
Haris Jeffrey itulah nama
Jarak umur kami jauhla juga
Tautan ukhwah tetap dijaga.

Sekarang aku di universiti
Segulung ijazah aku ingini
Bagi membalas jasa diberi
Aku tabah harung onak dan duri.

Langkah aku masih jauh
Akan ku gerak tanpa berlabuh
Kapal ku ini tiada bersauh
Ombak dan badai terus ku rempuh.

Keluargaku tetap yang utama
Intan terpilih tetap bersama
Hati tak sunyi ada irama
Irama merdu selama-lama.

Terima Kasih Ya Allah!

Engkau kurnia rezeki tak terhingga
Bukan sekadar wang dan harta
Kasih sayang keluarga tercinta
Itulah kuasa Yang Maha ESA.

Terima kasih pada semua sahabat yang teguh bersamaku. Tak tersebut nama setiap seorang, tetapi sentiasa semuanya dalam doaku baik kawan mahupun lawan.

Kita manusia huni 1 dunia
Dunia fana sementara sahaja
Walau tak lama kita bersama
Kasih sayang antara kita kekal selamanya.

Thursday 19 February 2009

Teks Ucapan Sempena Malam Bersama Pemimpin

Terima kasih pengerusi majlis. Yang berusaha, Dr. Woo Chaw Seng, pengetua kolej kediaman pertama, Yang Dihormati, Dr. Abd Wahab Hassan, Pengarah Syarikat ASLAH Industri Sdn. Bhd., Cik Hasniah Daud, penyelia penasihat Malam Bersama Pemimpin (MBP), barisan penyelia, barisan pembantu penyelia, saudara pengarah, Lim Wai Kit, JIK, JTK dan tak dilupakan hadirin para ASTARIAN sekalian, Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat ilahi, MBP dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada tenaga penggerak projek ini, daripada pengarah hingga kepada semua ahli jawatankuasa. Komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang penglibatan anda dalam projek ini.

MBP kali ke 3 ini telah membuat kelainan setelah 2 sesi sebelum ini kita hanya membawa pemimpin dari dalam universiti sahaja iaitu Prof Datuk Dr Hasyim Yacob, mantan Naib Canselor UM dan Prof Datuk Dr. Razali Agus, mantan TNC HEPA UM.. Alhamdulillah berkat usaha ajk, kita berjaya membawa salah seorang tokoh koperat yang berjaya datang untuk memberi dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau dengan kita.

Dr. Abd Wahab yang juga alumni UM pada 1975 dalam bidang sosiologi mempunyai banyak pengalaman bekerja samada di pihak kerajaan mahupun swasta. Dengan pengalaman yang banyak ini, beliau telah menubuhkan Aslah industri pada tahun 2000.

Sukar bagi kita mencari tokoh sebegini,walaupun beliau sibuk dengan urusan rasmi, beliau juga aktif dalam memimpin komuniti dan berkhidmat dalam pelbagai badan professional, NGO dan membimbing usahawan muda. Jika tak salah saya, beliau juga merupakan fellow untuk Oxford Center for Leadership, United Kingdom.

Saya mengharapkan malam ini tuan dapat berkongsi pengalaman tuan bersama kami agar suatu hari nanti, mahasiswa UM dan khususnya penghuni ASTAR ini bukan sahaja mencapai kejayaan setaraf tuan malah Insyaalah ada yang boleh mencapai lebih daripada ini berkat kehadiran tuan malam ini.

Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Abd Wahab kerana sudi hadir ke kolej kami dan tahniah kepada ajk di bawah bimbingan Cik Hasniah atas kejayaan penganjuran malam ini. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T..

Institut Pengajian Tinggi Buka Pintu Bagi Ahli Politik

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Tidak lama lagi, UM akan menyediakan pentas bagi kehadiran beberapa nama besar dalam politik negara seperti Dato Husam Musa, Naib Presiden PAS dan juga YB Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga merupakan calon Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang.

Khairy Jamaluddin
Dato Husam Musa

Baru-baru ini AUKU yang telah ‘dilonggarkan’ membolehkan mahasiswa menjemput ahli politik negara tetapi hanya dengan tujuan ceramah ilmiah dan bukan bagi menyampaikan dakyah mahupun fahaman politik masing-masing.

Pada pendapat saya, ini adalah satu pendedahan yang baik bagi mahasiswa terutamanya bagi kita menilai dan berkongsi pendapat bersama-sama dengan orang yang sudah ‘otai’ dalam kancah pimpinan dan perjuangan.

Selain itu, ini juga membolehkan kita mendapat ‘input’ ilmiah yang baik daripada ikon-ikon negara supaya mesej yang baik dan ilmu yang berguna dapat disampaikan dan kita sama-sama dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Akan tetapi, niat dan objektif perlu ditetapkan dan diperbetulkan. Mungkin sesetengah pihak berniat membawa tokoh-tokoh besar ini masuk dengan nama ‘perkongsian ilmu’ atau ‘debat ilmiah’ juga memasang niat lain disebaliknya.

Apa yang saya lihat, mungkin 2-3 tahun daripada sekarang, ahli politik sendiri akan turun ke universiti-universiti untuk menunjukkan keintelektualan masing-masing bagi meraih undi mahasiswa yang rata-rata sudah layak bagi mengundi.

Ini kerana mengimbau kisah Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, nyata pengundi muda memainkan peranan penting dan antara yang banyak mengubah corak kepimpinan negara masa kini adalah melalui saluran pengundi muda itu sendiri.

Pentas universiti yang sepatutnya menjadi pentas sebaran ilmu dan perkongsingan pengalaman akan bertukar menjadi ‘kempen’ tidak langsung. Ini tidak mustahil kerana ahli politik tetap akan menjadi ahli politik walau dalam majlis mana mereka pergi.

Bukan saya mempunyai sikap prejudis dan pandangan buruk terhadap kedatangan ahli politik, akan tetapi saya tidak mahu pentas universiti yang sepatutnya melahirkan pemimpin yang berideologi sendiri sebagai mahasiswa dicemari oleh politik-politik luar yang makin lama makin terdesak mencari penyokong tidak kisah di pihak mana mereka berada.

Oleh itu, sebarang penganjuran forum atau majlis bersama pemimpin politik perlu disertakan garis panduan yang jelas untuk membolehkan ahli politik ini tahu apa yang sepatutnya mereka cakap dan segalanya ada batasnya.

Bak kata pepatah, telajak perahu boleh ditarik, telajak kata memang tiada jalan undurnya. Ahli politik memang pantang mendapat mikrofon dan mereka mampu bercakap berjam lamanya bagi menunjukkan kebaikan diri mahupun fahaman yang dipegang oleh mereka.

Jadi kita sebagai mahasiswa, saya menyeru anda agar berfikir secara matang. Tiada halangan bagi kita menyokong mana-mana pihak kerana kita rata-rata sudah berumur lebih 21 tahun dan membolehkan kita mengundi secara sah.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah, kita sebagai mahasiswa perlu menjaga kestabilan dan keharmonian kampus kita. Universiti adalah medan ilmu dan segala acara yang dianjurkan perlu berasaskan ilmu dan pengajaran yang mampu kita genggam.

Perlu diingat semula objektif kita ke universiti juga untuk mendapat segulung ijazah kelas pertama sebaiknya bagi membolehkan kita bersaing di pasaran pekerjaan kelak.

Akhir kata, syabas dan tahniah atas penganjuran forum-forum intelek di sekitar Universiti Malaya dan diharapkan tradisi kecemerlangan UM akan terus berkembang maju bagi menaikkan nama UM setaraf nama-nama universiti terulung di dunia.

UM is ONE!!!

Tuesday 17 February 2009

UM Punyai Tapak Warisan Nasional

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Sukacita ingin saya maklumkan bahawa Dewan Tunku Canselor (DTC), Panggung Eksperimen dan Bangunan Canselori UM telah diumumkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Apdal sebagai Tapak Warisan Nasional pada 14 Februari 2009.

Dengan ini, pihak universiti perlu bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara bagi menjaga dan memelihara bangunan-bangunan ini di bawah Akta Warisan Negara 2005.

UM is ONE!!!

Usah Main Isu Maruah

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Tatkala isu di Perak hampir reda, timbul pula kes mengejutkan di Selangor. Kali ini bukan lompat tetapi Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan beliau sebagai ADUN dan Exco negeri Selangor.

Ini semua gara-gara isu foto ‘kurang sopan’ beliau ketika tidur disebarkan dengan meluas di internet. Ini mengingatkan kita suatu ketika dahulu apabila Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek turut sama menjadi mangsa apabila video rakaman perhubungan intim beliau turut dijual dan diedarkan dengan meluas. Lantaran itu, beliau meletakkan semua jawatan beliau dalam kerajaan.

Apa yang saya ingin memperkatakan di sini, penggunaan sesetengah isu yang memungkinkan kita menjatuhkan maruah orang adalah tidak bijak sama sekali. Ini menunjukkan kita tidak berfikir dengan rasional. Bayangkan itu adik anda atau kakak anda dan orang perlakukan sedemikian, ianya memang suatu perkara yang sangat mengaibkan.

Bukan ini sahaja, malah ramai yang di luar sana turut menunjukkan dan menyebarkan gambar-gambar anak menteri-menteri kabinet dalam negara dengan keadaan yang mengaibkan diri dan keluarga mereka.

Berbalik pada kes Adun Bukit Lanjan, tidak dinafikan dengan tersebarnya isu ini membuktikan peribadi beliau yang dikatakan tidak bermoral. Sebagai salah seorang pemimpin di negeri itu, beliau harus menjaga adab dan integriti beliau supaya hal ini tidak akan berlaku.

Walaupun rakan-rakan kita daripada agama lain tidak termaktub pada sebarang undang-undang berkaitan syariah ataupun undang-undang Islam, tetapi ini nyata menjatuhkan reputasi sendiri malah menggelapkan masa depan beliau di kemudian hari.

Dengan ini, setelah pilihanraya kecil yang diumumkan akan diadakan di Bukit Selembau dan di Bukit Gantang pada 7 April 2009, Bukit Lanjan pula mungkin dalam perangkaan untuk diadakan pilihanraya kecil.

Nasihat saya pada rakan-rakan, jangan terjebak dengan kegiatan maksiat. Jauhkan diri anda daripada zina dan jaga maruah diri serta keluarga anda.

Monday 16 February 2009

Penjelasan: Menu Makanan ASTAR

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Seperti yang anda sedia maklum, pihak Dewan Makan di bawah Pn. Kasmah sudah menukar menu makanan bermula 8 Februari 2009. Untuk pengetahuan lanjut, menu makanan terbaru ada ditampal di Papan Kenyataan JKP KEMAS.

Berkenaan masalah lauk berulang pada hari Sabtu (14/2/2009), sardin yang dihidangkan pada waktu tengah hari merupakan lauk tambahan dan bukan menu utama seperti yang digembar-gemburkan, oleh itu mungkin mereka yang datang lewat hanya mendapat sardin. Waktu makan malam sememangnya lauk sardin menjadi menu utama manakala telur merupakan lauk tambahan.

Kekeliruan berlaku berkenaan kuantiti lauk yang disediakan. Mungkin kerana pihak dapur mengangap ramai yang balik pada hari Sabtu. Masalah ini telah diadukan kepada Pn. Kasmah oleh Pengerusi JKP KEMAS, sdri. Hidayah dan Pn. Kasmah akan menjalankan siasatan berkenaan kuantiti tersebut kerana masalah ini tidak sepatutnya berlaku.

Oleh itu, saya harap para penghuni tenang dan setiap maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Kad Prepaid Perkhidmatan Bas Shuttle

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Kepada pelajar UM yang memiliki “Kad Prabayar Perkhidmatan Bas Shuttle” diharap dapat memulangkan kad tersebut di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni supaya proses bayaran balik dapat di lakukan. Sila tulis nama penuh (seperti didalam IC), nombor kad pengenalan, nombor passport dan nombor akaun bank (CIMB Bank , Bank Islam atau Maybank) di belakang kad tersebut .

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

UM is ONE!!!

Saturday 14 February 2009

Masalah 'Wireless' Blok C SELESAI

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Anda sudah boleh layari gunakan WIFI_08_STUD. Jangan gunakan sebarang nombor IP sendiri. Harap maklum

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Menu Makanan Harian ASTAR

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Saya harap semua ASTARIAN bersabar berkenaan menu makanan yang baru-baru ini agak berlainan.

Saya dengan bantuan Pengerusi JKP KEMAS, sdri. Hidayah akan berjumpa Pn. Kasmah untuk mendapatkan senarai menu terbaru dan akan dipaparkan di papan kenyantaan JKP KEMAS tidak lama lagi.

Kami juga akan mendapatkan beberapa penjelasan berkenaan ada menu yang berulang-ulang. Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama para Astarian, jika ada sesiapa yang rasa tidak puas hati boleh berjumpa saya, sdri Hidayah mahupun menulis laporan aduan yang boleh didapati daripada pejabat kolej.

Kerjasama anda amat dihargai. Harap maklum.

ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Friday 13 February 2009

Larangan Menyambut Hari Kekasih

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Esok adalah 14 Februari yang lebih dikenali sebagai Valentine's Day ataupun Hari Kekasih maka ramai golongan remaja khususnya yang berpusu-pusu membazirkan duit mereka membeli hadiah untuk memperingati dan menghargai kekasih. Akan tetapi kita sudah tahu yang menyambutnya adalah haram. Mari kita bincangkan berkenaan hari tersebut.

*1 SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai symbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Surah al-Hajj : 67Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaituhari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas.Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya kafir. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan orang kafir.Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Surah al-Israa' :32

Media Massa sepatutnya dihalang dari menguar-uarkan sambutan Hari Valentine ini kepada rakyat di sebuah negara Islam seperti Malaysia ini malah ianya sepatutnya dipergunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine."Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." Surah al-Ghaafir: 39

*2 Menurut Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah, Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatannya. Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Firman Allah bermaksud: ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya. (al-Ma’idah: 2) Hakikatnya, umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa jangan mudah terikut sesuatu benda tanpa mengetahui asal usulnya, sejarah dan latar belakang serta terima sewenang-wenangnya tanpa memeriksa unsur kebatilan dan kekufurannya.

Ini dijelaskan dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya.

Namun sikap terikut-ikut ini pernah dinyatakan malah Baginda menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’



“Barat suka mempromosikan hari-hari khas tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya kerana nilai-nilai dalam sistem kekeluargaan mereka sudah teruk. Sedangkan di dalam Islam, menjadi kewajipan setiap individu untuk menghargai ibu bapa dan orang yang mereka kasihi. Hakikatnya konsep kasih sayang di dalam Islam adalah lebih komprehensif,” jelasnya. Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia. Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.

Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia. Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.

Kata Adibah, penularan sambutan Hari Kekasih adalah impak daripada globalisasi dan fahaman sekular.

Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu; Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan. Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.

*3 Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: “…Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan)…” (Surah Rum, ayat 21)
Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan. Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim. *4 Cinta Menurut Pandangan Islam

Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan.
Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina. Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT : “..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165) Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) : “..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’ Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut : Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. (Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: “Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..” (Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126) Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan : “..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Israk, ayat 24) Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT : “..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)... (Surah Al-Fath, ayat 29) Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud : “..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..” (Surah Al-Hasyr, ayat 9) Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya
*Rujukan 1 2 3 4

Thursday 12 February 2009

Pilihanraya Memilih JTK Tidak Releven

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Syabas dan tahniah kepada Sdr. Mohd Fadzil Jamal, Exco Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus MPMUM kerana melontarkan idea berani ingin membawa kembali pilihanraya untuk memilih JTK kolej kediaman. Satu agenda perubahan yang menarik saya perhatikan.

Saya terpanggil untuk mengupas isu ini yang saya anggap suatu yang sudah dijangka akan dibuat oleh pimpinan MPMUM kali ini. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa sudah tidak ada lagi pilihanraya memilih JTK sejak beberapa tahun yang lalu.

Tuduhan sesetengah pihak dimana JTK dilantik untuk menjadi pengikut HEP adalah tidak munasabah dan tidak benar sama sekali. Buktinya, ada bekas presiden kolej saya mahupun kolej-kolej lain merupakan ‘penentang’ HEP sendiri, ketika HEP dipimpin oleh orang-orang yang tidak sepatutnya.

Sdr. Mohd Fadzil Jamal perlu kembali ke zaman di mana pilihanraya ini dijalankan. Saya pernah berbicara dengan seorang bekas pengetua kolej, beliau nyatakan suatu masa dahulu ketika kita jalankan pemilihan JTK melalui pilihanraya, maka kita dapat lihat keputusannya hanya memihak kepada satu kaum sahaja. Malah ada kaum yang langsung tidak mempunyai wakil dalam JTK pada waktu tersebut.

Saya yakin MPMUM kali ini membawa visi perpaduan walaupun mereka mencicirkan wakil kaum India pada awalnya tetapi atas desakan, mereka lantik sdri. Kokilavani itu pun diletak pada satu posisi yang bagi saya kurang berperanan.

Sekarang JTK dilantik oleh Pentadbiran kolej setelah perbincangan bersama pelajar senior kolej kediaman berdasarkan pelbagai aspek termasuk kepimpinan, pendidikannya, penerimaan penghuni terhadap orang yang dipilih serta yang paling penting, perkongsian kuasa itu berlaku. Perlantikan ini juga membawa manfaat kepada semua kaum kerana mereka diberi peluang cadangkan nama-nama pemimpin yang mereka percaya dapat jalankan tanggungjawab berat ini. Bukan pentadbiran kolej atau HEP suka-suka pilih bulu sahaja. Banyak proses yang mesti dilalui yang kita sebagai pelajar mungkin tidak tahu.

Setelah kita lihat PRK baru-baru ini dengan fitnah dan isu-isu sensetif yang dimainkan oleh sesetengah pihak, tidak mustahil ini boleh berlaku dalam kolej kediaman jika pemilihan JTK dilakukan melalui pilihan raya. Harus diingatkan, jika hal kekacauan ini timbul dalam kolej kediaman, maka perpaduan sesama ahli kolej itu akan renggang maka lumpuhlah institusi kolej kediaman ini, siapa yang hendak bertanggungjawab dalam perkara ini?

Jika pilihanraya untuk JTK mahu dijalankan, saya cadangkan ia tidak djalankan bermula sesi 2009/2010. Ini kerana untuk mengubah sesuatu perkara yang boleh saya anggap kukuh, ia memerlukan masa bagi perbincangan oleh pelbagai pihak dan beberapa perancangan teliti agar segala aspek dapat dititikberatkan.

Jika benar apa yang diamalkan sekarang bertentangan dengan semangat demokrasi kampus dan Perlembagaan Universiti, saya mohon pihak berkenaan nyatakan klausa dalam perlembagaan universiti yang mengatakan ianya salah. Jika ia salah sekalipun, saya hairan dan tertanya-tanya, kenapa baru sekarang dibangkitkan. Kenapa tidak diwar-warkan atau dijadikan isu sebelum ini. Kenapa Lembaga Pengurusan Universiti tak tegur, kenapa Naib Canselor sebelum ini tidak ubah. Sebagai pimpinan pentadbiran tertinggi universiti, adakah mereka sanggup gadai maruah mereka dengan melanggar perlembagaan yang mereka sendiri cipta? Jadi bagi saya, mungkin ada helah disebalik cetusan idea ini.

Katanya penjelasan itu ada dibuat sempena satu forum yang telah dibuat, sayangnya saya gagal berada di sana kerana tugasan rasmi di kolej. Tetapi saya harap perkara ini akan terus dibincangkan oleh semua pihak. Rancang dengan teliti bagaimana ia dapat dilaksanakan sebaiknya.

Akhir kata, tidak salah jika kita ingin mengubah sesuatu ke suatu yang lebih baik. Tetapi dengan mengubah suatu ke arah yang kabur dan kita sendiri tidak tahu kesannya sebaliknya hanya tahu bercakap sahaja adalah suatu yang tidak wajar. Teruskan berusaha MPMUM, dan apa yang penting pastikan PERPADUAN dalam universiti kita terus terjamin.
UM is ONE!!!

Khabar Berita ‘Wireless’ Blok C

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Ini sekadar informasi ringkas sahaja, setelah berbincang dengan En. Zaki, penyelia yang bertanggungjawab dengan hal ICT kolej, saya diberitahu yang penambahbaikkan wireless Blok C masih belum sempurna dan plug bagi menghidupkan sistem ini belum dipasang.

Pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) akan berbincang dengan En. Zaki bagi menyelesaikan masalah ini. Sebelum itu, saya sendiri telah membuat laporan kepada PTM melalui dengan nombor aduan 070209-1, 4 hari yang lepas. Ini disususli dengan beberapa email yang saya hantar kepada pegawai PTM tetapi belum menampakkan sebarang respon daripada pihak PTM. Jika hal ini berterusan, saya cadangkan anda turut sama membuat aduan ke ptmhelpdesk.um.edu.my

Diharapkan masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.


ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

Forum Mengenal Cinta: Ros dan Coklat

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan



Insyaalah malam ini saya dan rakan-rakan akan mengulas sedikit dalam bicara ilmiah berkenaan kegilaan remaja zaman ini dalam menyambut hari kekasih, apa akibat dan kesannya? Sama-sama semua warga Astar datang untuk berkongsi sedikit ilmu moga Allah memberkatinya.


Astar Is First!
UM is ONE!!!

Kenapa Rekod Hak Asasi Malaysia Dipersoalkan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Semalam bila melayari laman berita, tertarik saya apabila Malaysiakini menerbitkan satu artikel dimana menyatakan Malaysia telah dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia. Ini merupakan amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ia dijalankan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Perkara ini timbul kerana Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) ingin mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara. Daripada apa yang saya faham disini mungkin apa yang mereka maksudkan tak lain tak bukan adalah Akta Keselamatan Dalam Negera (ISA).



ISA bukan isu yang harus dimainkan pihak luar


Seperti AUKU, mahasiswa nekad berjuang mansuhkan AUKU oleh kerana 4-5 klausa yang dikatakan menyekat kebebasan mahasiswa itu daripada berkembang. Akan tetapi mereka tidak tahu jika mereka berjaya ‘mansuhkan’ AUKU, apa akan terjadi pada kuasa Canselor, kuasa Naib Canselor, bagaimana perlembangaan dalam universiti dan bagaimana kita bendung salah laku atau kesalahan tata tertib pelajar. Ini yang antara kita tidak ambil tahu. Tetapi dengan berkat perjuangannya, kita berjaya menambahbaikkan AUKU, kita berjaya meminda AUKU ke satu tahap di mana saya rasa buat masa ini, cukup longgar bagi mahasiswa.

Begitu juga dengan ISA, kita hanya melihat kepada keburukannya sahaja, penahanan tanpa reman, tanpa dibicara, mereka dianiaya ketika dalam tahanan dan macam-macam lagi. Sesungguhnya saya juga tidak menyetujui penggunaan ISA. Akan tetapi tidak bermakna saya mahukan ia dimansuhkan.

Ada ruang untuk ia diperbaiki, lebih baik ia dipinda untuk kesejahteraan kita bersama. Tanpa ISA, negara akan kucar-kacir dengan taburan fitnah tanpa had, ancaman bertalu-talu pada negara tanpa sebarang sekatan. Ramai bertanya siapa yang hendak berbuat sebegitu untuk negara tercinta bukan? Anda perlu kembali pada sejarah, bertapa gahnya kerajaan Melaka, ia tumbang juga akibat duri dalam daging yang ada disekitarnya. Kerana harta benda, mereka sanggup jual kedaulatan negara mereka.

Relevannya ISA jika ia digunakan untuk membendung ancaman pada negara dengan bukti yang sahih. Walaupun setiap manusia tidak bersalah sehingga dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia , ini perlu bagi membendung dari awal ancaman ini daripada menular ke seluruh negara hingga menimbulkan isu huru hara dan sebagainya.

Akan tetapi, seperti yang saya perkatakan, kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri pimpinan Datuk Seri Syed Hamid Albar perlu memikirkan satu mekanisma bagaimana rakyat boleh menerima ISA dan percaya akta ini benar-benar digunakan bagi menjaga keharmonian dalam negara kita.



Datuk Seri Syed Hamid Albar


Selain itu, layanan terhadap pendatang asing daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras. Tetapi persoalannya, adakah semua anggota RELA bertindak sedemikian.

Pasukan Rela bertanggungjawab membantu membasmi pendatang tanpa izin


Saya pernah terserempak dengan satu operasi membanteras pendatang asing dekat Masjid Jamek oleh pasukan RELA. Dalam lori tahanan saya ada perhatikan bagaimana anggota RELA diludah oleh pendatang asing. Saya bukan hendak bertindak kejam, tetapi adakah ini orang yang kita hendak bela. Sudahlah datang ke negara orang tanpa izin, malah diludahnya kepada orang kita, tidakkah itu seperti menghina negara kita juga?

Tidak semua anggota RELA sedemikian. Rata-rata anggota baru yang kurang berpengalaman mungkin tewas dalam provokasi yang dicetuskan pendatang haram ini lalu tak tahan dengan gelora anak muda mereka menggunakan kekerasan ke atas pendatang haram ini.

Oleh itu, saya mencadangkan Pasukan RELA perlu mempunyai bengkel khas bagi mempertingkatkan kekuatan fizikal dan mental mereka agar hal-hal ini dapat dielakkan supaya ia tidak menjadi buah mulut orang di masa kelak.

Apabila PBB mempersoalkan hak asasi manusia Malaysia, saya tertanya-tanya, mengapa tidak persoalkan Israel? Kenapa tidak persoalkan USA? Mereka adalah negara pengasas kepada ‘Human Rights’ ini berlandaskan pemikiran Zionis, tetapi adakah mereka mematuhinya?

Apa yang telah berlaku dengan saudara kita di Palestin, Afganistan, Pakistan, Iraq dan Iran sudah cukup menceritakan dan menjawab persoalan saya itu. Tetapi mengapa tiada tindakan diambil ke atas mereka. Hanya kerana mereka negara besar dan menguasai dunia termasuk PBB, sesungguhnya tuduhan mereka ke atas Malaysia berbanding apa yang telah mereka lakukan, sungguh tidak adil.

Tetapi, apa yang menyedihkan apabila ada dikalangan orang Malaysia menyokong cadangan membawa Malaysia ke muka pengadilan dunia ini. Mereka tidak langsung ada rasa sayang dan ingin mempertahankan negara tercinta ini. Jika kita ada krisis dalaman, selesaikan secara dalaman dan bukan dengan cara memanggil orang luar untuk selesaikan. Tidak ingatkah anda pada sejarah Perjanjian Pangkor bila Perak tergadai kerana meminta British membantu menyelesaikan masalah perebutan kuasa mereka?


PBB jelas berat sebelah


Akhir kata, saya setuju jika PBB ingin mengambil tindakan ke atas Malaysia JIKALAU Malaysia adalah negara yang kejam dan lancarkan perang serta bunuh beribu-ribu nyawa tanpa belas kasihan. Tetapi jika kes ISA dan isu RELA ini dipermainkan, saya sanggup berjuang mempertahankan negara saya daripada dicampuri oleh tangan-tangan hina pimpinan Zionis ini. Moga Allah selamatkan dan memakmurkan negara Malaysia, tanah airku tercinta.

Tuesday 10 February 2009

Himpunan Sokong Tuanku Canselor Lancar

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah dengan izin Allah saya sempat menyertai rakan-rakan sahabat perjuangan saya dalam perhimpunan aman petang tadi walaupun terpaksa bergegas pulang dari tempat kerja. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penganjur kerana berjaya menanjurkan satu himpunan yang aman tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Cuaca hujan renyai-renyai tidak melemahkan semangat mahasiswa yang hadir untuk melaungkan kata semangat dan taat setia pada Tuanku Canselor dengan laungan Daulat Tuanku berkumandang ketika perarakan daripada KPS ke DTC. Saya yakin kehadiran akan lebih memberangsangkan jikalau cuaca pada petang tadi lebih tenang dan cerah.


Turut hadir adalah beberapa barisan Majlis Tertinggi MPMUM, Sdr. Ridzuan, Sdri. Fitrah dan Sdri. Chong setakat yang saya sempat nampak. Selain daripada mereka, barisan exco MPMUM juga ramai yang turut hadir memberi sokongan disamping beberapa rakan pimpinan Presiden kolej seperti Sdr. Faris, Sdr. Hasif, Sdr. Junaidi, Sdr. Azam, Sdr. Sulaiman dan Sdri. Diyana. Presiden Persatuan Mahasiswa Perak turut sama berada menyokong himpunan itu dan tidak ketinggalan ayahanda TNC HEPA kita, Datuk Azarae turut sama memantau pergerakan kami.



Ketika saya hadir, YDP MPMUM, Sdr. Ridzuan sedang menyampaikan ucapannya. Beliau menyatakan penderian MPMUM di mana mereka yakin DYMM Tuanku Canselor kita tidak bersalah dan kita harus membersihkan nama baginda daripada terus dihina oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Beliau juga menyokong himpunan ini dengan membaca perlembagaan dimana menyatakan rakyat Malaysia bebas bersuara dan berhimpun.

Selepas itu, Sdr. Shum dalam ucapannya berjanji akan menyokong dan mengajak mahasiswa UM terus taat dan setia kepada Tuanku Canselor dan Pro-Canselor. Selepas itu, ayahanda Datuk Azarae tampil memberi ucapan dengan menjelaskan yang himpunan ini adalah bukan agenda politik sebaliknya untuk menunjukkan sokongan kepada institusi Raja-raja Melayu khususnya Tuanku Canselor, Sultan Azlan Syah. Ucapan semangat ayahanda turut diselangi dengan laungan Daulat Tuanku!

Speaker SPKUM, Sdr. Wan Hasif kemudiannya membacakan memorendum taat setia mahasiswa UM dengan penuh semangat dan memorendum tersebut akan diserahkan kepada Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ghauth Jasmon. Sejurus selepas itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) turut memberi kata perancang dan ucapan terima kasih kerana terus menyokong ketua kerajaan negeri tersebut DYMM Sultan Azlan Syah.


Himpunan aman yang turut dihadiri beberapa wakil media ini diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Universiti Malaya dan bacaan ikrar Rukun Negara. Laungan Daulat Tuanku dan UM is ONE juga kedengaran di saat himpunan itu mula bersurai.
UM is ONE!!!

Monday 9 February 2009

Notis : Permohonan Tinggal Di Kolej sesi 09/10

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan



Seperti yang tertera pada notis di atas, tarikh permohonan adalah daripada 12 Februari 2009 hingga 20 Mac 2009.

Ambil borang tersebut dan serahkan kembali ke pejabat bersama-sama dengan sekeping gambar pasport dan slip peperiksaan yang terbaru.
*PERHATIAN : Pelajar Senior yang dimaksudkan adalah pada sesi 09/10. Jadi pelajar tahun satu sesi ini diminta mengambil borang itu dan memohon juga jika berminat menginap di kolej sesi depan.
Harap maklum.

Teks Ucapan Sempena Kempen Keselamatan

Terima kasih pengerusi majlis. Yang berusaha, Dr. Woo Chaw Seng, pengetua kolej kediaman pertama, Cik Hasniah Daud, penyelia penasihat Kempen Keselamatan, barisan penyelia, barisan pembantu penyelia, saudari pengarah, Ng Seow Wei, JIK, JTK dan tak dilupakan hadirin para ASTARIAN sekalian, Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat ilahi, projek kempen keselamatan dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada tenaga penggerak projek ini, daripada pengarah hingga kepada semua ahli jawatankuasa, komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang penglibatan anda dalam projek ini.

Kempen keselamatan kali kedua ini sebenarnya amat bagus terutamanya pada kita untuk didedahkan kepada pihak berkuasa seperti Polis, Tentera dan Bomba. Ini adalah peluang yang telah tersedia bagi kita mengajukan sebarang pertanyaan pada pihak berkuasa ini jika ada sebarang keraguan supaya kita tidak membuat sebarang tuduhan tidak berasas pada mereka. Sesungguhnya tanpa badan-badan keselamatan ini maka tak mungkin negara kita boleh aman dan damai sehingga ke hari ini.

Tidak ketinggalan demostrasi seni mempertahankan diri. Suatu inisiatif yang baik telah di buat oleh ajk untuk membawa demonstrasi ini ke kolej kita. Kita tahu kadar jenayah dalam negara kita sekarang semakin membimbangkan. Justeru itu, kita mungkin dapat mengelakkan diri daripada sebarang keadaan bahaya seperti ragut, rompakan dan lain-lain jika kita ada kemahiran seni mempertahankan diri. Selain itu ia dapat melatih kita untuk menjadi lebih berdisiplin, berkeyakinan dan menyihatkan tubuh badan kita juga.

Apa yang paling penting dalam perjalan suatu projek dan yang selalu saya sebut adalah penekanan pada perpaduan kita sesama penghuni kolej. Dengan adanya program seperti Explore Race dan lain-lain, dapat memupuk semangat kerjasama antara kita sekaligus meningkatkan lagi perpaduan antara kita selain menambah lebih banyak kenalan yang mungkin selama ini kita tidak tahu sama ada itu pelajar kolej kita atau tidak.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah pada semua ajk atas bimbingan Cik Hasniah atas kejayaan anda menganjurkan satu kempen yang baik ini dan diharapkan akan ada kesinambungan di masa depan, mungkin dengan membawa lebih banyak pihak luar masuk ke sini. Ini bukan sahaja dapat memberi lebih ilmu dan pengalaman kepada penghuni kolej kita malah ini satu langkah baik memperkenalkan kolej kita kepada pihak di luar sana. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T..

Friday 6 February 2009

Bila Melayu Tak Junjung Perintah Sultan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Sebelum memulakan bicara, ingin saya jelaskan kepada yang banyak bertanya pada saya, Coretan Kehidupan bukan wadah politik. Kebetulan isu panas sekarang adalah berkenaan politik di Perak jadi saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan, pendapat saya sebagai MAHASISWA berkenaan isu yang makin hebat dibicarakan, mungkin sehebat cadangan penubuhan Malaysia Baru selepas 16 September 2008 yang lalu, cuma bezanya ini di peringkat negeri dan ‘berjaya’ dilaksanakan.

Saya lihat keputusan di Perak sebenarnya tidak memihak mana-mana malah dapat kita lihat yang kedua-duanya tidak ada bezanya pun. Tetapi apa yang lebih mengecewakan, ada orang yang sanggup membelakangkan arahan dan perintah Sultan.

Di pihak kerajaan, pengambil alihan negeri Perak ini telah menimbulkan banyak persoalan. Bermula detik 25 Januari 2009 bila Adun Bota mengambil keputusan keluar dari parti asalnya, Perak tak lekang dengan isu-isu panas melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kemudian 3 lagi Adun yang keluar parti masing-masing dan berdiri sebagai bebas. Sesungguhnya latar belakang 2 daripada Adun itu agak kurang baik, tetapi siapalah saya untuk kata siapa baik dan siapa tidak.

Perdana Menteri Ke-4, Tun. Mahathir sendiri meminta agar pihak kerajaan berhati-hati dan tidak membuat tindakan terdesak menyerap masuk mereka dalam pihak kerajaan. Sekurang-kurang sehingga mereka didapati tidak bersalah dalam perbicaraan kes salah laku ketika menjawat jawatan exco beberapa bulan yang lalu. Tindakan menyerap mereka masuk mungkin membawa kesan buruk pada pihak kerajaan kelak kata Tun Mahathir yang terkenal sebagai orang yang mempunyai visi yang mampu melihat dan merancang ke depan.

Di pihak pembangkang, saya kurang senang tindakan bekas Menteri Besar yang enggan melepaskan jawatannya sekaligus dikatakan menderhaka pada Sultan. Walaupun tindakan beliau menghantar surat tunjuk sebab mengapa beliau enggan meletakan jawatannya kepada Tuanku adalah cara yang betul, tetapi titah Tuanku perlu kita junjung terutama bila anda orang Melayu yang sangat taat pada pemerintahan Sultannya. Walaupun saya hadir dari negeri yang tidak beraja tetapi saya tahu apa konsep beraja itu.

Hari ini tindakan pakatan pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambri Kadir bukan suatu tindakan yang bijak. Ini sekali lagi boleh mendatangkan murka Sultan Perak. Selain itu, rancangan membuat demonstrasi besar-besar untuk ‘merayu’ Sultan membubarkan DUN jelas tidak wajar. Tidak mungkin Sultan, pemerintah tertinggi negeri boleh senang-senang menukarkan keputusan Baginda melainkan anda mempunyai bukti yang benar-benar kuat.

Saya harap anda tunggu keputusan mahkamah setelah Speaker DUN Perak memfailkan tuntutan melucutkan gelaran 3 ADUN yang dikatakan hilang kelayakan mereka sebagai Adun itu. Sementara itu, akur pada perintah Sultan. Saya doakan kesejahteraan ke atas kerajaan baru Perak dan mengharapkan rakyat Perak akan mendapatkan faedahnya daripada perubahan ini.

Thursday 5 February 2009

Sah Kerajaan Perak Bertukar Selepas 11 Bulan

DUN tidak bubar, Sultan minta MB undur
Feb 5, 09 10:19am

kemaskini 4.05pm : Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
kemaskini 2.33pm : Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini. Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.~Malaysiakini

Tak perkenan bubar DUN, titah MB, Exco letak jawatan
IPOH: Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta. Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan. "Sekiranya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu. - Bernama~ Berita Harian

SAH Nizar dititah letak jawatan...BN boleh bentuk kerajaan

SAH: Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan petang Khamis memaklumkan, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta. “Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu. Dengan perkembangan terbaru itu, ini bermakna Barisan Nasional (BN) yang kini telah mempunyai cukup majoriti boleh membentuk kerajaan baru di negeri itu. Terdahulu, Pengerusi BN Perak yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadap Sultan Perak bersama-sama dengan 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas. Pada majlis mengadap tersebut tiga ADUN Bebas iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Jelapang dari parti DAP, Hee Yit Foong telah memberi perakuan kepada Sultan Perak akan menyokong BN bagi membentuk kerajaan negeri dan menyokong calon Menteri Besar yang akan dikemukan oleh BN kepada Sultan Perak. Buat masa ini BN mempunyai 28 kerusi termasuk kerusi DUN Bota ekoran penyertaan semula ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim kembali menyertai UMNO dan disokong oleh tiga ADUN Bebas. Manakala DAP, PKR dan PAS mempunyai 28 kerusi. ~ Agenda Daily

Wednesday 4 February 2009

Khas Buat Pelajar Pergigian Kolej Pertama

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Baru-baru ini ada sedikit kekeliruan apabila khabar pelajar pergigian cuti pada minggu pertama bulan Mac depan baru diperoleh sedangkan persiapan Malam Penganugerahan Astar (MPA) 1 dan 2 sudah giat dijalankan.

Untuk pengetahuan semua tarikh MPA 1 adalah pada 4/3/2009 dan MPA 2 pada 7/3/2009. Ini bertindih dengan cuti pelajar Pergigian iaitu pada 28/2/2009 – 9/3/2009.Oleh sebab itu, berkat perbincang pelbagai pihak, kami telah mendapat penyelesaian yang sedemikian:
1. Pelajar Pergigian dibenarkan menginap di kolej secara percuma sepanjang minggu cuti mereka, tetapi mereka hanya disediakan makan malam sahaja. Tetapi anda tetap perlu ’check-out’ pada 27 atau 28 Mac(akan diberitahu kelak) dan ’chek-in’ kembali mengikut prosedur.

2. Pelajar pergigian boleh pulang ke rumah dan kembali ke kolej untuk menghadiri MPA 1 dan 2.

3. Setiap pelajar akan dikenakan bayaran dalam lingkungan RM80-RM100 (mengikut harga hotel) untuk MPA2, jadi saya sarankan anda menyertai MPA2 kerana wang akan dipotong dari akaun anda tak kira jika awak datang atau tidak.

Saya bersama barisan JTK sudah bertemu dengan beberapa Astarian pelajar dari fakulti pergigian, Andereas dan Firdaus (wakil tahun 1), Nagaletchumi dan Chng Chia Chee (wakil tahun 2) manakala saya telah jemput Em Farhan mahupun Khiratti untuk mewakili tahun 3 dan senior lain tetapi mereka gagal hadir ke pertemuan jam 8 malam semalam untuk saya terangkan hal ini pada mereka dan disampaikan kepada pelajar yang lain. Notis akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Jika ada yang sudah merancang untuk balik kampung, mungkin anda dapat menimbangkan keputusan anda semula.

Saya mewakili JTK meminta maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Kami mendapat tahu hal ini semalam, itupun pelajar pergigian ’baru teringat’ untuk beritahu kami malah ada ramai yang masih tidak tahu hal ini. Saya meminta pertolongan para pengarah untuk berbincang bersama pihak pentadbiran dan ini adalah hasil yang terbaik kami peroleh buat masa ini. Jika ada sebarang keputusan terkini akan dimaklumkan dan anda diminta supaya sentiasa peka dengan notis yang bakal ditampal. Sekian, harap maklum.

Terkini: Pergolakan Politik Perak

Jamaluddin, Osman sertai Umno, Nasaruddin balik ke BN
Feb 4, 09 3:51pm

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu akan menyertai Umno. Menurut The Star, kedua-duanya kini dalam perjalanan ke Putrajaya. Manakala MStar melaporkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno. Sebelum ini, semua Adun dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah diarahkan menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya. Najib juga dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 4 petang ini. ~Malaysiakini
Hampir pasti kerajaan baru di Perak petang ini...
February 4, 2009 : 02.38 PM

KERAJAAN BARU PERAK HAMPIR PASTI… Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk. ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.
Agendadaily yang mendapat salinan surat ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan. Dalam surat tersebut ketiga-tiga mereka menjelaskan telah hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan keluar dari parti yang diwakili.
Namun surat itu menegaskan, perisytiharan keluar parti itu tidak bermakna mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN. “Sila ambil maklum bahaw a perisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio ,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.
Begitu jugalah kandungan surat Jamaluddin dan Osman yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan surat tersebut telah sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan. Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan surat kepada pihak Istana menyatakan sokongan kepada Barisan nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru. Perkembangan lanjut mengenai kemelut politik Perak akan dilaporkan dari semasa ke semasa. ~ Agenda daily

BN bakal bentuk k'jaan baru Perak
Jimadie Shah Othman Feb 4, 09 5:06pm

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka hari ini.Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.
Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam."Dan hari ini Datuk Nasarudin berjumpa dengan saya dan menyatakan ingin kembali (ke pangkuan Umno)," katanya dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.
Keempat-empat mereka turut hadir di sidang akhbar tersebut.

Najib menambah, Jamaluddin, Osman dan Hee telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing.Menurutnya, keempat-empat mereka telah memberikan mandat dan akujanji untuk mencalonkan wakil rakyat BN sebagai nama menteri besar baru menggantikan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Katanya, keempat-empat mereka telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar, PKR dan DAP bahawa mereka bukan lagi ahli parti-parti tersebut.

Najib berkata, berdasarkan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, menteri besar - apabila hilang keyakinan dan majoriti - dan barisan exconya harus meletakkan jawatan.Katanya, beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi memaklumkan penubuhan kerajaan baru BN.Ditanya tarikh beliau akan ke istana, Najib berkata, ia bergantung kepada perkenan baginda.Najib juga menafikan wujud paksaan atau penggunaan wang untuk membeli wakil-wakil rakyat itu dalam proses pembentukan kerajaan baru.

Ditanya pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Jamaluddin dan Osman, timbalan perdana menteri enggan mengulas dengan berkata "ia adalah isu yang berbeza".Ditanya sekiranya Sultan bersetuju membubarkan DUN Perak seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat, Najib berkata, kuasa mutlak di tangan baginda."Apa-apa perkara, itu akan diputuskan oleh Sultan," katanya.
Ditanya bagaimana BN hendak membentuk kerajaan memandangkan tiga daripada Adun yang menyokong parti sebagai wakil-wakil rakyat bebas, Najib berkata, mereka adalah "Adun bebas yang menyokong BN".

Katanya lagi, apabila undian dijalankan di DUN nanti, BN yang mempunyai 28 kerusi akan mendapat sokongan tiga Adun bebas terbabit.Pakatan Rakyat kini mempunyai 28 kerusi.Bagaimanapun, Speaker DUN tidak boleh mengundi, jadi Pakatan hanya mempunyai 27 kerusi.Mengulas isu moral melompat parti, Najib berkata: "Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September".Ditanya tentang negeri lain yang mungkin diambil alih BN, Najib enggan mengulas dan berkata "itu cerita lain".Ditanya bilakah beliau mula berbincang dengan Adun-adun berkenaan untuk meninggalkan PKR dan DAP, Najib berkata, beliau tidak perlu memberitahu "sama ada pagi, petang atau malam". ~Malaysiakini

Najib menghadap Sultan Perak hari ini sembah cadangan tubuh kerajaan baru
February 5, 2009 : 02.43 AM

Ketika kerajaan campuran di Perak kelam kabut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir bagi memohon perkenan Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu.

Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR -Changkat Jering),Hee Yet Fong (DAP -Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri ,Putrajaya Rabu petang.

Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang 'mesra BN' manakala Nasarudin akan kembali ke pangkuan UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu. Dengan itu BN ada 28 kerusi,Bebas tiga manakala Barisan Pembangkang 28 kerusi.Majoriti BN + Bebas dalam DUN Perak kini 3 kerusi. Dalam sidang medianya itu, Najib memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Perak esok (Khamis) bagi menyembah cadangan penubuhan kerajaan baru dan calon Menteri Besar yang baru di negeri itu.

Katanya, hanya Sultan Perak sahaja mempunyai kuasa muthlak membubarkan DUN. Terdahulu di Perak, Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sudah mengumumkan hendak membubarkan DUN sebelum menghadap dan memohon perkenan Sultan Perak. Bagaimanapun,selepas keluar Istana Kinta,di Ipoh petang Rabu setelah mengadap baginda,beliau memberitahu wartawan yang menunggu, ' terserah kepada Tuanku' memutuskan soal pembubaran DUN.~Agenda Daily

UM, Banjir & MPMUM

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

UM merupakan universiti paling senior di Malaysia. Ramai tokoh-tokoh yang lahir daripada universiti perdana ini terdiri daripada pemimpin dan cendikiawan negara. Akan tetapi, walaupun dengan usia dan mempunyai pengalaman yang banyak, universiti ini tidak pernah lekang dengan cabaran dan masalah, tambahan bila ia memberi impak pada mahasiswa UM sendiri.

Semalam pada jam 5.30 petang hujan yang lebat telah turun membasahi sekitar KL dan Selangor. Apa yang menarik tumpuan saya, apabila setibanya saya di pintu gerbang bahagian KL UM, didapati air sudah naik hingga ke paras betis.

Apa yang terjadi semalam adalah air sungai di sekitar UM atau terkenal dengan Sungai Anak Air Batu telah melimpah hingga air naik bermula dari simpang masuk ke UM hingga kira-kira depan kafe fakulti Undang-Undang meliputi susur jalan dari kolej 12 ke pintu gerbang KL itu.

Kejadian ini telah menyebabkan kesesakan teruk bukan sahaja dalam UM sendiri malah di luar hingga ke stesen LRT Universiti. Bukan itu sahaja, beberapa kenderaan telah terkandas. Dari pemerhatian saya, ada teksi yang mati enjin ketika hendak masuk meredah air di depan pintu gerbang itu dan ada kereta Kelisa yang terbabas ke dalam longkang sebelah susur ke pintu gerbang dari kolej 12 serta bas RapidKL juga terpaksa berundur akibat tidak mahu menanggung risiko. Usah dicakap hal pejalan kaki, memang ramai yang terkandas kerana tidak dapat jalan keluar dan masuk universiti. Tetapi ada juga orang yang meredah sahaja ‘banjir’ itu dengan kaki ayam walaupun tahun itu bukan tindakan yang bijak dan selamat tambahan bila berjalan di jalan raya yang berkemungkinan ada kaca, paku, serpihan batu dan sebagainya.

Melihat daripada kejadian ini, jelas menampakkan yang ada suatu yang tak kena dengan sistem saliran dalam UM. Bukan di depan pintu gerbang itu sahaja, malah kejadian ini juga pernah berlaku di kawasan depan kolej pertama dan mungkin beberapa tempat yang saya tidak ketahui. Inilah tanggungjawab yang sepatutnya MPMUM sebagai badan mahasiswa tertinggi ajukan serta adukan masalah ini kepada pihak pentadbiran universiti.

Mungkin pentadbiran sudah tahu tetapi inilah masanya kita menunjukkan yang mahasiswa benar-benar prihatin dengan masalah-masalah di sekitar UM ini dan bukan pada isu-isu lapuk di luar sana. Kejadian banjir kilat sebegini sudah lama berlaku dan masih berlaku. MPMUM sesi lepas sudah bergerak dengan berdiplomasi dan menyatakan masalah ini, hasilnya beberapa projek yang membabitkan saliran air dalam UM sedang giat dijalankan. Sudah lama rasanya tidak ada banjir kilat sedemikian, mungkin kerana hujan yang tidak terlalu lebat. Tetapi kejadian semalam benar-benar mengejutkan saya yang menganggap kejadian ini tidak akan berulang setelah projek saliran ini siap.

MPMUM berhak menuntut penjelasan daripada pentadbiran universiti tentang status projek itu dan apa sebenarnya sebab kes ini berlaku untuk diberitahu kepada masyarakat kampus. Ini baru skop kerja MPMUM yang benar-benar ingin memperjuangkan kebajikan pelajar bukan menghapuskan ISA dan pelbagai manifesto pelik yang keluar baru-baru ini.

Oleh itu saya memohon agar isu ini boleh diberi perhatian oleh MPMUM yang baru ini sebagai titik permulaan pembelaan nasib mahasiswa seterusnya kepada pentadbiran Universiti agar dapat memberi penjelasan dan kerjasama kepada pelajar agar isu ini dapat diselesaikan dengan pantas.

UM is ONE!!!
Dibawah merupakan beberapa gambar keadaan semalam di luar pintu gerbang KL