Yang berusaha, Dr. Woo Chaw Seng, Pengetua Kolej Kediaman Pertama, En. Mat Zaid, penyelia penasihat Majlis Makan Malam Pelajar Tahun Akhir(MMPTA), barisan penyelia, barisan pembantu penyelia, saudara Aidil selaku pengarah MMPTA, barisan JIK, JTK dan tak dilupakan hadirin para pelajar tahun akhir ASTARIAN sekalian, Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.
Syukur ke hadrat ilahi, MMPTA dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada tenaga penggerak projek ini, daripada pengarah hingga kepada semua ahli jawatankuasa. Komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang penglibatan anda dalam projek ini.
MMPTA yang saban tahun diadakan tidak lain tidak bukan untuk menghargai jasa pelajar tahun akhir yang menghuni kolej kediaman pertama ini. Sesungguhnya jasa dan bakti yang anda taburkan amat-amat dihargai dan tidak dapat dilupakan.
Sebagai pelajar senior ataupun pelajar tahun akhir, kami prihatin dengan kesibukan anda dalam bidang akademik masing. Ada yang perlu membuat tesis dan ada juga yang membuat projek tahun akhir bergantung pada bidang masing-masing.
Walau bagaimanapun, anda tetap meluangkan masa memberi sokongan pada projek kolej seperti SUKMUM dan FESENI. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berkenaan sesungguhnya penyertaan anda ini akan menjadi satu inspirasi buat pelajat junior bagi mengikut jejak langkah anda.
Dengan tema Kenangi ASTAR, saya berharap rakan-rakan yang bakal menamatkan pengajian ini agar tidak terus melupakan ASTAR sebaik sahaja mendapat skrol anda di DTC kelak. Kami senantiasa mengalu-alukan kehadiran anda di kolej ini satu hari kelak.
Tidak dilupakan, malam ini kita turut akan menyampaikan anugerah-anugerah bagi bidang kesenian kepada seniman dan seniwati ASTAR. Tahniah dan syabas kepada anda semua kerana berjaya mendapat juara keseluruhan dalam FESENI baru-baru ini. Semoga anda akan terus berusaha mengekalkan prestasi ini di masa-masa akan datang.
Akhir kata saya mewakili barisan JIK dan JTK memohon maaf jika ada kekurangan yang menimbulkan ketidakpuasan hati bukan sahaja kepada pelajar tahun akhir malah kepada penghuni lain sepanjang sesi pimpinan kami, yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu hakikatnya daripada Allah jua tetapi disebabkan kekurangan kami sendiri. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T..
Wednesday, 8 April 2009
Teks Ucapan Sempena Makan Malam Pelajar Tahun Akhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Baru-baru ini saya mempunyai hobi yang terbaru iaitu membela kura-kura sebagai haiwan peliharaan dan b...
-
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Hmm..dah hampir setahun pakai Iphone nih tapi tak penah lak try nak bukak micro sim kad tray dia nih....
-
Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan Pergi ke kedai membeli ciku, Di makan sambil membaca buku, Bila ditanya tempat asalku, Ku bangga menjaw...
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Tibe2 je terpikir nak buat entry pasai menatang nih..apsal?? Hehe ni sebab masa kat INTURA smalam ...
-
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan Aku lahir pada 20 Februari Curahan kasih mula diberi Oleh nenek dan ibu sendiri Tanpa ayah tetap berseri...
-
Yang berusaha, Dr. Woo Chaw Seng, Pengetua Kolej Kediaman Pertama, En. Mat Zaid, penyelia penasihat Majlis Makan Malam Pelajar Tahun Akhir(M...
-
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Selepas berbincang dengan seorang pgawai JPA melalui telifon pada 23 Jun 2010, sesiapa yang mendapat s...
-
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. Lama dah rasanya saya tak menukilkan pantun..so ini sekadar suka2 dari saya.. Bila diajak makan bihu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. Hmm Isnin lepas dapat berita yang saya kena p interview PTD 30/3/2012 ni..hai la tarikh nih...sgt la ...
-
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. Sekarang nih semua pon nak online..daripada bersosial, menunjukkan bakat, menambah kenalan baru hingg...
No comments:
Post a Comment