Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday 18 October 2012

Pukau! Benar atau Rekaan?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Pernahkah anda dalam situasi dipukau? Apakah itu pukau? Secara umum, pukau adalah satu kejadian dimana kita disihir supaya minda kita kosong dan dikawal orang orang yang memukau kita. Dengan kata lain, orang tersebut mampu mengambil kesempatan ke atas kita dengan apa cara jua tidak kira mencuri, merogol, menganiaya dan sebagainya.

Jika dikaji, di barat juga ada mengamalkan ilmu ini yang mereka lebih kenali sebagai hypnosis atau hyptonism.

"Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.
Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.
Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang"  Petikan dari blog Tuan Zahiruddin.

Di sini saya juga ingin menceritakan satu kisah berkenaan diri saya yang saya rasakan saya hampir dipukau oleh seorang wanita tua. Kebiasaan hujung minggu pagi, saya akan keluar untuk mencari sarapan. Selalunya tiada apa yang luar biasa terjadi.

Tetapi atas izin Allah, satu hari saya ketika baru berjalan masuk rokwok(orang luar kenal sebagai Lorong Kulit), saya ditahan seorang wanita yang hampir separuh abad. Dia bertanyakan pada saya adakah saya Islam(sering berlaku kerana muka saya lebih pada Cina).

Bila saya mengaku saya Islam, dia mula membaca doa yang pelik sambil menunjukkan sekeping kertas yang mempunyai ayat2 jawi. Terdetik di hati saya ini bukan sesuatu yang baik.

Pertama, dia memulakan bacaannya tanpa bukaan Bismillah-ir Rahman- ir Rahim, dan bacaannya itu sangat pelik walaupun menyerupai bacaan Quran, tapi saya yakin saya tidak pernah terjumpa potongan ayat yang dia baca walaupon tak sampai 10saat saya dengar.

Saya dengan baik meminta makcik berkenaan menghentikan bacaan itu dan saya beredar secepat mungkin. Ini mungkin detik biasa buat orang lain tapi entah kenapa saya rasa ini suatu yang tidak baik bagi saya.

Adakah saya hampir dipukau? Atau ini sekadar mainan perasaan saya? Hanya Allah saja tahu hikmah disebalik kejadiaan ini dan saya bersyukur tiada apa yang tidak baik berlaku.

Kita rakyat Malaysia memang prihatin dan sering lembut hati ingin menolong orang lain. Tetapi ada juga segelintir golongan yang menyalahgunakan ilmu yang mereka ada untuk mengambil kesempatan atas budi baik masyarakat kita.

Untuk mengelakkan perkara yang tak dingini berlaku, saya memetik lagi dari blog Tuan Zahiruddin;

"Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;

1. Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak."

Akhir kata, moga2 kita sentiasa dirahmatiNya dan agar Allah sentiasa memelihara kita daripada segala jenis bala bencana di dunia mahupun akhirat.





No comments:

Post a Comment