Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Friday 7 August 2015

Penang 1 day tour for Mr. and Mrs Holdaway



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Semalam saya membawa 3 orang pelancong warga Australia, Mr. and Mrs Holdaway berserta anak merka Mr. Garreth Holdaway  berjalan2 di Pulau Pinang.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Tour bermula seawal 8.30 pagi dan dimulakan ke Penang Hill.. Oh sudah masa nih risau gak sebab hujan turun mencurah2..tak lebat sangat tapi rasa tak syok aa xdapat nikmati pemandangan.. Sebelum keluar rumah dah agak akan hujan nih so siap2 dah prepare paying dalam kereta. Sampai penang hill mmg lebat la..so beli tiket semua naik dalam jam 9.15 am..

Dah naik atas pon hujan masih lebat so macam sabar je la, mereka pon Nampak redha dan takde la nak frust ke apa kan..nak tengok pemandangan mulanya pon berkabus tebal apa pon tak Nampak di bawah..bawa mereka pusing tengok kawasan love lock dan kemudian turun dan masuk ke Owl museum, banyak gak info2 yang kami perolehi ttg burung hantu dalam nih..

Mrs Holdaway sedang baca info tentang burung hantu
Masa nak turun tu, baru Nampak cuaca kembali baik dan kabus mula menghilang, so leh la ambik sikit masa menikmati pemandangan keseluruhan pulau pinang dri atas penang hill..


Lepas tuh kami turun dan menuju ke kek lok si.. Sini kami mendaki naik dan tiba ke turtle pond atau org sana panggei liberation pond..mereka sangat kagum dengan jumlah kura-kura yang sangat banyak dalam kolam tersebut. Kami teruskan mendaki sampai atas dan sebab kesuntukan masa kami tpaksa pilih 1 saja sama ada nak ke kuan yin statue atau ke pagoda. Mereka pilih untuk ke kuan yin statue.

Nak naik atas tuh kereta pon boleh, tapi saja nak bawa pelancong menikmati architecture dan pemandangan kawasan kek lok si itu so kami naik saja jalan kaki. Sampai satu tahap tuh kena ambik inclined lift. Dia bukan train macam di penang hill, dia mcam lift tapi dia tak naik menegak mcm lift biasa dia naik ke atas secara ‘inclined’. Bayaran RM 6 p balik rasanya.

Da sampai atas, mereka sangat terpegun dengan kecantikan ukiran pada kawasan sekitar itu dan juga rasa takjub dengan saiz patung kuan yin yang sangat besar. Di atas sana suasana kembali cerah, langit biru pon dah Nampak..so dah lega la rasa..

Habis di sini kami gerak pula ke Fort cornwallis untuk  melihat tinggalan sejarah oleh kerajaan British di pulau pinang. Tamat sesi di sini, saya bawa mereka untuk lunch.. Mulanya bawa ke kedai biasa tapi Mr. and Mrs Holdaway tak makan sangat tengah hari, Cuma Garreth saja makan nasi goring sama saya. Kemudian mereka minta ke kedai yang sediakan western coffee, jadi saya bawak dan tinggal mereka di cafĂ©  China House sementara saya pergi solat dulu.

Selepas itu kami ke Muzium 3D, mereka sangat kagum dengan seni dan konsep muzium ini. Sempat juga mereka bergambar dengan beberapa seni 3d yang ada di sana.. Kemudian saya bawa mereka untuk makan chendol femes di penang nih..

Mr. dan Mrs Holdaway bersama

Salah satu tarikan yang dicuba oleh Mr and Mrs Holdaway

Garreth dan ET nya

Katanya 1st time makan cendol, ABC tuh dah biasa… sedap dan menyamankan kata mereka tapi sebab mereka tak makan banyak sangat so diorang beli 1 kongsi 3 orang saja..

Kemudian saya bawa mereka ke Armenian street dan menjelajah ke Georgetown Unesco World heritage area. Dengan beberapa street art dan rumah2 antik, mereka amat suka dengan kecantikan seni bina yang masih dipelihara sampai kini. Kemudian saya bawa pula mereka ke Chew Jetty, sempat mereka membeli buah tangan di sana dan menikmati angin  laut serta pemandangan indah dari jeti berkenaan.

Sebabkan petang tu cuaca agak panas, jadi mereka nak balik ke hotel, nak mandi dan tukar pakaian, so dalam 4.30 pm saya hantar mereka and ambik mereka semula di hotel dalam 5.30 pm. Kami terus gerak ke Batu Feringgi. Di sana, mereka menikmati keindahan alam, dengan percikan ombak yang kuat. Disebabakan ombak terlalu kuat, mereka dinasihatkan untuk tidak menghampiri laut tersebut. Saya belanja mereka minum air kelapa, dan mereka sangat sukakannya.

Kemudian kami sempat berjalan sebentar di night market berdekatan dan mereka juga membeli beberapa hadiah untuk rakan dan anak mereka di Australia. Kemudian kami pulang ke town sebab kami ada arrangement untuk makan malam bersama isteri Garreth, Puan Shazlyn. Puan Shazlyn yang menguruskan tour mereka ini dengan saya, jadi terima kasih ya puan sebab mempercayakan saya..

Testimoni dari Puan Shazlyn
It has been a good day for us, mereka pun sangat gembira dan saya sangat menghargai kata2 yang mereka berikan pada saya. Have a nice trip and hope to see you soon..

So sapa2 di luar sana yang nak rasa enjoy macam Mr and Mrs Holdaway, apa lagi call/whastapp or PM saja saya ya.. Hope to meet you guys soon..

No comments:

Post a Comment