Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Monday, 21 December 2009

NC Pula Jadi Mangsa

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Universiti Malaya yang tidak pernah malap dengan isu-isu panas sekali lagi menjadi perhatian dan kali ini melibatkan seorang ahli parlimen (AP) PAS (Parit Buntar), Mujahid Yusuf Rawa yang membuat satu sidang media mengenai hal ini di Parlimen baru-baru ini.

Ini berikutan isu pelantikan profesor dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Dr. David Ngo Chek Leng dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Dr. David Asirvatham oleh Naib Canselor (NC) UM, Prof Datuk Dr Gauth Jasmon yang katanya merupakan pelatikan berdasarkan kronisme semata-mata bukan kerana mereka layak.

Tetapi hal ini telah disangkal oleh NC dalam sebuah laporan berita Bernama dengan menyatakan pelantikan mereka telah dipersetujui oleh Lembaga Pengurusan UM. “Beliau pernah berkerja dengan saya di Universiti Multimedia (MMU) dan pernah menjadi dekan fakulti teknologi maklumat selama 6 tahun. Dari segi kelayakan, beliau memang cemerlang,” katanya.


Selain itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, “Kalau ada MP (Member of Parliament) menyatakan tidak ada temuduga, itu semua tidak betul,” .

Tahun lepas, Timbalan Naib Cancelor (TNC) Hal Ehwal Pelajar & Alumni dituduh mengamalkan rasuah serta penyebaran fitnah ini turut berleluasa hinggakan berlanjutan ke waktu Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (PMPM) hingga memaksa TNC turun padang untuk menerangkan dan menjelaskan hal sebenarnya.

Tetapi pada kali ini, agenda ‘mereka’ sudah berpaling ke arah NC kerana beliau dikatakan antara yang begitu kuat menyokong pelaksanaan e-undi atau e-voting untuk pelaksanaan PMPM pada tahun ini.

Tindakan yang didalangi oleh sesetengah pelajar UM yang berjawatan tinggi dalam MPMUM sendiri menunjukkan yang mereka tidak tahu menggunakan saluran yang betul untuk menegur jika ada sesuatu yang salah.

Hal rumah tangga kita (UM), seharusnya diselesaikan di antara kita sahaja kerana kita mampu melakukannya tanpa melibatkan sebarang campur tangan luar terutamanya parti politik yang tidak sepatutnya mencampuri hal pentadbiran universiti.

Saya yakin dan percaya, hal yang ditimbulkan ini bakal menjadi batu loncatan kepada pihak sana sekaligus menjadi isu fitnah seterusnya sempenah PMPM yang bakal menjelang semester akan datang.

Mahasiswa perlu jelas tindakan yang diambil oleh sesetengah pimpinan mahasiswa ini jelas memalukan nama baik universiti kita yang juga universiti perdana dalam negara.

Kita seharusnya bersyukur kerana NC yang telah banyak berusaha menaikkan ranking UM hingga ke tangga 180 dalam THES-QS menarik beberapa tokoh yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing untuk berkhidmat di UM.

Jika ditanya kepada beberapa mahasiswa MMU, mereka cukup terkilan apabila perpindahan beberapa tokoh yang terbaik di MMU telah dikritik hebat oleh pelajar UM sendiri.

Sebagai seorang pemimpin dalam universiti kita, kita seharusnya menyokong tindakan NC kita selagi mana ia tidak membawa kemudaratan kepada kita malah tindakan ini sebenarnya akan membawa faedah yang besar pada kita sebagai mahasiswa UM.

Kita mohon pihak yang menuduh agar menyiarkan bukti-bukti jika pengamalan kronisme itu benar-benar diamalkan dan berharap Lembaga Universiti dapat menjawab isu ini sebelum ia berlarutan lebih teruk.

Sebelum sebarang bukti berjaya dilampirkan, saya mengharapkan mahasiswa UM untuk menolak mentah-mentah sebarang khabar angin yang dilemparkan tidak kira kepada sesiapa pun bagi menunjukkan sokongan yang kita sebagai mahasiswa intelek tidak mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah seperti ini.

Selain itu, kita juga mengharapkan pihak yang berkenaan agar tidak menyalahgunakan pihak ketiga seperti media ataupun menggunakan AP dan sebagainya kerana sebagai pimpinan tertinggi mahasiswa UM, anda mempunyai banyak saluran dan cara untuk berinteraksi dalam universiti bagi memperoleh maklumat yang dikehendaki.

Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.

Jangan kerana perbuatan sumbang beberapa orang ini, habis nama UM ini tercemar dan dicemuh oleh pihak lain.

Oleh itu, mari sama-sama kita kembali bersatu hati untuk terus menaikkan nama UM dan jika benar ada keraguan mahupun salah dan silap di peringkat dalaman, kita selesaikan secara dalaman tanpa mendedahkan pekung di dada.

Akhir kata, sebagai mahasiswa yang intelek, kita sepatutnya sudah boleh membezakan yang mana kaca mahupun intan agar kita tidak terus diperbodohkan dan sempena PMPM yang akan datang, pilih pemimpin yang boleh membawa isu kebajikan dan isu yang relevan berkenaan mahasiswa, bukan pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi bukan untuk mahasiswa.

UM is ONE! Towards 1Malaysia!

1 comment:

  1. Salam...

    Pertamanya saya bersetuju dengan pendapat saudara hal keluarga selesaikan dengan keluarga sendiri. Seperti hal UM cuba selesaikan sendiri di dalam UM.

    Dalam hal ini apa yang dapat dilihat mungkin AP dari Pas tidak tahu pasal cerita sebenar tapi hanya mendapat cerita dan maklumat semata-mata dari pelajar UM sendiri (MPMUM) dan pelajar itu menggunakan AP Pas sebagai speaker. Sedikit sebanyak AP itu juga melakukan kesalahan kerana tidak siasat terlebih dahulu.

    Saya juga memuji dengan sikap NC UM yang tidak mudah melatah dan pantas memberi reaksi terhadap tuduhan yang dilemparkan. Yang benar dikatakan benar yang salah dikatan salah.

    p/s: jika benar itu fitnah jauhilah dari memilih dan menyokong MPMUM itu.

    ReplyDelete