Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Monday 5 July 2010

Tingkat Kesedaran Pengundi Melayu

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.

Isu 40:1 atau 40 pengundi bukan Melayu berbanding 1 pengundi Melayu dilihat satu propaganda yang besar cuba dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memusnahkan keharmonian hidup di Malaysia.

Berbekalkan modal isu ini menandakan kerajaan Malaysia sekarang akan tumbang pada pilihan raya akan datang dan menyaksikan kemunduran orang Melayu akan terus berleluasan di Malaysia.

Sungguhpun ini hanya satu agenda palsu yang dibawa pihak tak bertanggungjawab, pengundi terutamanya berbangsa Melayu perlu sedar akan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan tiap 4 atau 5 tahun.

Kesedaran remaja kalangan orang Melayu dilihat amat cetek apabila berhadapan proses pilihan raya dan ada yang sambil lewa hanya bergoyang kaki tanpa merasa apa-apa bebanan di bahu mereka masing-masing.

Golongan muda yang sudah mencapai umur 21 tahun sepatutnya mendaftar sebagai pengundi di kawasan masing-masing untuk mendapatkan hak anda bagi memilih dan menyuarakan pendapat anda untuk mencorak kepimpinan negara kelak.

Malangnya hal ini kian dipandang sipi terutamanya golongan muda Melayu kerana kurangnya kefahaman mereka terhadap kepentingan mereka untuk berbuat demikian.

Pihak Suruhanjaya Piliihan Raya (SPR) perlu berganding bahu bersama-sama dengan institusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dalam menyebarkan kesedaran buat golongan muda bermula di universiti.

Memang benar di universiti kita tidak dibenarkan berpolitik tetapi ingat kita masih bertanggungjawab kepada negara sebaik sahaja umur kita mencecah 21 tahun.

Kita mengundi untuk masa depan negara dan bukan bertujuan berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran di universiti.

Kepentingan dan kewajipan untuk mengundi perlu dititikberatkan bermula daripada sekarang sebelum generasi-generasi muda akan datang terus hanyut dalam alam kemewahan tanpa sedar dari mana kemewahan itu datang.

Antara sebab mengapa mereka tidak mendaftar adalah kurangan pengetahuan berkenaan tempat untuk mengundi dan kekurangan maklumat berkenaan pendaftaran pengundi ini.

Saya ingat dahulu sekitar tahun 90an banyak disiarkan iklan-iklan untuk mendaftar mengundi di kaca tv tetapi iklan-iklan itu seperti sudah tidak kelihatan pada masa kini.

Kuasa untuk mengundi adalah sangat penting dan kita sebagai pengundi sepatutnya bertanggungjawab dalam pengundian dan juga pemilihan wakil rakyat tidak kira bahagian parlimen mahupun DUN.

Apabila melihat beberapa pilihanraya yang lepas, jumlah yang turun mengundi amat menyedihkan dan yang tertinggi pun hanya lebih kurang 70% sahaja.

Apabila kajian mendalam dibuat, dilihat kehadiran pada saluran generasi muda kaum Melayu adalah paling menyedihkan dan ini adalah suatu yang membimbangkan negara kita.

Hal ini jelas berlaku pada Pulau Pinang pada pilihan raya umum yang lepas di mana banyak pengundi Melayu yang tidak turun mengundi dan jika ada pun terpengaruh dengan janji palsu PKR dan PAS di Pulau Pinang.

Akhirnya, Pulau Pinang menjadi suatu tempat yang ‘trauma’ buat kaum Melayu apabila banyak penindasan kaum yang dapat kita lihat secara terang-terangan berlaku apabila kedai-kedai milik orang melayu banyak dihapuskan dan yang terbaru, Kampung Jalan Asam pula bakal tergadai.

Ini mungkin terjadi di seluruh negara dan tanda-tanda awal telah diberikanoleh Karpal Singh yang terang-terang menentang penubuhan Negara Islam di Malaysia apabila pembangkang memerintah dan mencela pemerintahan PAS di Kelantan baru-baru ini.

Bila lagi kita orang Melayu nak sedar yang kuasa kita semakin hari semakin terhakis dek perbuatan leka dan sifat malas yang ada dalam diri kita ini.

Sampai bila perasaan hasad dengki itu perlu wujud sesama kita saudara seagama Islam ini padahal orang lain senang-senang membuli kita di tanah pusaka kita ini.

Sudah tiba masanya untuk Melayu BANGKIT dan BERSATU untuk menangkis cubaan-cubaan pihak asing dalam melunturkan jati diri kita selama ini.

Kita perlu bersama-sama bangun dari igauan indah ini kerana wang ringgit tidak akan bertahan lama dan tidak akan kekal membahagiakan anak cucu kita.

Kita perlu pertahankan tanah pusaka kita daripada terus diceroboh oleh mereka yang tidak mempunyai rasa hormat pada kita dan mereka yang sentiasa mengamalkan politik perkauman.

Apabili kita bangkit bersatu, dikatakan kita mengamalkan sifat perkauman sedangkan kita hanya mahu mempertahankan hak milik kita sendiri jauh sekali mahu menceroboh hak milik bangsa-bangsa lain.

Apa yang saya harapkan adalah kesedaran orang Melayu dalam isu-isu yang dilihat sebagai pencerobohan kepada hak orang Melayu dan cara untuk kita tangani semua ini adalah bersatu dan berganding bahu.

Permulaannya adalah kita sebagai orang muda harus faham akan tangungjawab kita dan sama-sama menjalankan tangungjawab kita apabila diperlukan.

Rujuk web SPR untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran pengundi dan cepat-cepat mendaftar sebelum anda sesal di kemudian hari.

Akhir kata, apabila sampai masanya untuk mengahdapi pilihan raya, kita sudah mampu siap sedia dengan ‘bala tentera’ kita untuk terus menyokong penuh pemimpin negara sedia ada, dan menyokong penuh kerajaan Barisan Nasional yang ikhlas memperjuangkan rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa.

2 comments:

  1. Kenapa pula nak menangkan BN yg telah rosakkan negara ini dgn rasuah.
    Try pula PR. Why not give a try...untuk 5 tahun saja...

    Supaya semua parti yg nak jadi kerajaan, mesti prihatin dan menjaga kepentingan rakyat bukan kroni...

    ReplyDelete
  2. hehe PR di selangor tak smpai 5 tahun pon dah goyah..ketua kerajaan lain, ketua politik lain..mana da kapal leh ada 2 nakhoda..di penang pulak..pulau kecik pon orang melayu dah tak puas hati ngan kerajaan, kalo 1 negarajadi camtu??mau tak 13 may terjadi semula..
    lain kalo PAS..tak sangkal di kelantan n kedah pemerintahan pas agak lncar..di perak kerajaan PAS goyah sebb cmpur tgn DAP dan pelaksanaan Islam gagal dijalankan sempurna..
    jadi kalo kata PAS perintah saya terima..kalo PR..maaf sukar untuk diterima..mungkin tidak dalam masa yang terdekat..
    kalo BN rasuah..rasanya PR ada perkauman(penang), gila kuasa(selangor), pilih bulu(azmin or khalid), salah laku peribadi org lain yang dilindungi PAS(terresa), jilat yahudi, kata APCO yahudi sedangkan terang2 APCO nafi pastu p minta maaf kat yahudi(boleh chek la sapa org tu kan), kaki fitnah(terbaru kes felda)..byk lagi laa..
    dua dua side pon takde yg bgus..tapi pilih la apa yang telah menjadikan Malaysia satu negara terkenal..
    bukan tanak tukar..tunggu la mcm politik jepun, bila betui2 kerajaan sekarang menampakkan hilang kredibiliti dan PR(dgn harapan PAS sahaja) menonjolkan kepimpinan yang cemerlang, sudah pasti PR boleh naik

    ReplyDelete