Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Monday, 7 November 2011

Girls..beware of iPhone users..

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

K mest gadis2 pelik apsal laa aku kata kena berhati2 ni..

Tahukah anda..dengan teknologi ios 5 orang dah tak perlu tekan butang capture di phone utk amik gamba??


What they need is a handsfree and walla..by pressing the up button they ready to take ur pictures..






Ini sebab kita pon tatau betui ke dia tekan tu nak up volume dye ke or mmg nak amik gamba kan..jadi hati2 la..stalker itu ramai di luar sana..

Same goes to guys gak la kalo ada pmpuan yg minat kat..they might do the same as well..

Sorry guys/girls kalo korang igt aku mengkantoikan korang..sebagai lelaki, khalifah di muka bumi dan pelindung wanita2 yang lemah..aku rasa bertanggungjawab utk menjelaskan hal sebenar pada semua..

So when u see a person holding/pressing his iphone volume toggle, just be carefull..ur picture might end up somewhere u wont want it to be..

Saturday, 5 November 2011

This is my Kura-Kura a.k.a torties stories

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Entry Kura-kura Sebagai Haiwan Peliharaan nampaknya sangat mendapat hit daripada pengunjung blog saya ni..terima kasih kerana anda sudi mencedok serba sedikit ilmu di ruangan saya yang hina ini..

Seperti yang saya pernah katakan, jaga kura2 nih bukan la sesuatu yang susah tapi agak remeh dan memerlukan penjagaan yang sedikit rapi..

Dah lebih setahun saya bergiat membela kura2..rasanya lebih kurang 10-12 ekor kura2 dah saya bela..tapi sekarang ini yang tinggal hanya 7 ekor je..jadi saya pon ingin la perkenalkan anda dengan mereka2 ini..



Nama dia ni si gemuk..asalnya dia ni paling gemuk antara semua kura2 saya dan yang paling awal saya bela..ini pemberian seorang kawan lama saya..jaga dia sangat senang..dia tak banyak meragam sangat..bagi je ikan bilis or pallet..cepat je dia ngap2..ini jantan sebab tu saiz dia tak la besar sangat..




Ini plak kopral..dia ni betina..mesti pelikkan nape la nama kopral..hehe dulu saya ada beli 3 ekor kura2 sekali..nama sbb tatau nak bagi apa saya boh je sarjan (akan diperkenalkan nanti), lans kopral(akan diceritakan kemudian gak) dan ini la kopral..dia ni aktif menepis ajakan asmara si gemuk di atas..oh lupa citer..dua2 nih duduk satu akuarium..hehe..dia pon kuat makan nih...




Ini plak si kecut, gu(nama lain bagi regu atau yang dibela sama waktu dengan)nya si gemuk..dulu bagi nama dia kecut sebab dia nih tamau makan je..badan pon kecikk je..tapi dia seekor kura2 yang sihat..manja gak..slalu suap dia makan..tapi penah gak dia geget jariku..n time bermanja dia geget idung aku..haha dia mmg agak nakall...oh btw ini jantan ye..




Ha ini pulak sarjan...antara semua dia paling besar walaupon dia bukanlah yang terawal pon..kire second batch nih..(ke third aku pon tak ingat)..tapi sebab kuat makan n aktif je..tuh jadi besar n salah satu sebab lain..dia nih betina so mmg normal dia besar dari biasa..dia juga mempunyai cengkerang yang sangat cantik..kalo banding dengan lain2..dia punya antara terbaik..keras..bentuk pon lentik.blakang plak bertingkat2..kalo dalam dunia manusia..mmg hot la minah nih..heheh



Ini dulu panggei dia panjang sebab ekor dia panjang..tapi skang sebab dah besar panggei dia giant hitam..hehe tau knapa??sebab dia nih paling besar kot...besar skali ganda tapak tangan aku nih..kaki saiz 7 aku pon mcm kecik je dr cengkerang dia nih..ini di beli di penang ja tapi 1st skali jumpa species nih masa p sarawak dulu..terus balik penang cari tengok2 ada..huhu..dulu beli dua ekor yang mcm nih..tapi gu dia mati masa kami bawak diorang mua nih p KL sempena konvo aku..huhu..skang dia the only of its species..cuba cari lagi species nih tapi mmg dah tak jumpa dah..kalo nak jual nih bleh aku beli iphone 4s lak kot..hahaha..btw i dont know its sex sebab belum kaji dalam2 la species nih..hhehe sori je giant hitamm





Ini plak lans kopral...haa now can u see why i call them in sequence (sarjan, kopral, lans kopral)?? Ape..sebab saiz?? Haa betul la tuh..pandai la korang nih teka..hehe masa mula2 beli sama je saiz tapi dlm sebulan dua tgk ada perubahan pada saiz masing2 so tuh yg bagi nama ikut sequence..dia nih banyak sikit masalah..byk kali sakit..mula2 tamau makan..den sakit mata..dia je la yang suka berkunjung kat vet tuh..yang lain takde lak nak p ke sana..hehe..sampai skang dia makan pon tak byk..ala kadar je..nak maintain slim le tuh..hahah..sbb saiz dia kecik mnyebabkan aku pon susah nak tentukan jantinanya..tunggu la nanti kita check..hehe





Ini yang paling latest...tak sampai setahun pon..ada aa 4 5 bulan..nama dia acu..hehe..nih ganas/liar siket..tak pandai bermanja..tgk org lari(berenang dengan laju) melarikan diri untuk bersembunyi..huhu.dari segi makan lak..dia pon tak byk makan..ala kadar je..takpe la janji ko sehat ye tak acu..hehe..




So guys...thats all about my kure2..so if you have your own story of your torties, do leave your link in the comment space..i would love to read and learn about yours as well...




To all torties lovers..adioss.....

Najwa Latif in Penang...Eve of Aidil Adha

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



Hari ni cuti and i'm not so good in staying at home..jadi petang pas zohor tu tido mmg tak ingat dunia la...bangun pon sebab uncle nak balik dah..mamai2 p salam diorang n naik check twitter..

Bukak2 tgk ada twit najwa latif perform di Gurney..aku baru je berhajat dia perfom di Penang..nak gak layan live..tup2 dia mai..mmg Cun aa..

Drive direct p Gurney n up to red box..tgk mcm sunyi sepi je..mcm dah habis kot..agak kuciwa..tapi tup2 tgk seorang gadis kecil keluar membawa gitar yg agak besar dr dia sendrik..aku mcm eh biar betul mata aku nih..najwa latif tu..

Bak lirik CMB..otak kata jangan hati pula kata ya..aku nih dah aa segan amik2 gamba dgn org nih tapi beranikan diri..pederaih p jumpa dia aa..aku bajet dia mest ingat aku cina so aku cakap aa melayu..


Pas bergambar aku pon citer aa dgn seseorang nih and mms gambar di atas tuh, sampai dia jeles..huhu jangan la jeles ya..minat najwa latif for her talent at her young age..tak ramai yang berani expresikan diri pada umur yang sebegitu muda..



Tapi sayang tak dapat sembang panjang..nampak mcm letih je..ye aa smlm kat ASK, pagi tadi jauh jalan ke penang n petang tuh lak perform..so mmg paham aa condition dia..n satu lagi sayang..tak dapat tgk dia perform live..haizz..hope ada lagi show di Penang ye dik..


But just a reminder, jangan lupakan pelajaran ye adik najwa..SPM next year kan..be prepare and Insyaalah, nak sambung bidang seni pon takda masalah..

Last but not least..esok umat Islam akan menyambut salah satu hari lebaran yang dinanti2kan..sama ada di Tanah Haram bagi yang mengerjakan haji, di sini yang mengerjakan ibadah kurban dan tak kurang semua umumnya..

Saya dengan penuh rasa kerdil ini mengucapkan Selamat Hari raya Aidi Adha buat semua rakan dan ahli keluarga..maaf zahir dan batin...moga kita sentiasa mendapat barakah daripada Ilahi..

Thursday, 3 November 2011

ios 5 cekik bateri!!


Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia

Kepada sesiapa yang dah update ios5, ada x rasa bateri cepat giler habis..few of my friends and i feel the exact things..

Ada yang kata ni sebab bug yang sentiasa aktifkan sistem pencarian lokasi utk iphone kita tau waktu semasa di lokasi kita.

Oleh itu, saya telah mencuba untuk off location service and it turn out the battery drain has reduced significantly..harini pula saya tukar setting date and time dari set automatically and i off it..will try and see what turn up

Jika ada sesapa yang ada masalah yang sama dan dah jumpa solution sementara, kongsi2 la ye senentara tunggu apple release ios 5.0.1 yang dijangka untuk membetulkan bug ini..but sadly it wont be release soon..

Monday, 31 October 2011

How to restrore iphone/ipod/ipad if it hangs

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia..

It has been so long since i updated this blog..today my blogging might be a little bit different than before,,

Ok lets talk technology..have u encounter a bricked idevice?or in other word hang??

Easy, just follow the steps in this video and wallaa...u r done..

Sunday, 7 November 2010

Kepujian Sejarah Bukan Jawapan

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mewartakan antara skema yang dititikberatkan untuk kemasukan pelajar ke IPTA adalah mencapai kepujian untuk subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Antara IPTA yang pertama menyahut seruan kerajaan adalah UiTM yang mahukan bakal pelajar UiTM perlu terdiri daripada mereka yang benar-benar memahami sejarah.

Sehubungan dengan itu, banyak yang diperkatakan mengenai subjek Sejarah dan pembaharuan yang akan dibuat bagi memperkuatkan lagi pemahaman pelajar mengenainya.

Akan tetapi walau diperhalusi sedalam mana sekalipun berkenaan sejarah, adalah sukar bagi mendapatkan seorang pelajar yang benar-benar ‘memahami’ Sejarah jika format peperiksaan tidak diubah.

Boleh dikatakan hampir 90% pelajar yang mengambil peperiksaan di Malaysia hanya menghafal fakta-fakta yang tertulis dalam buku teks, jauh sekali daripada memahaminya.

Walaupun format diubah kepada tugasan atau ‘assignment’ yang lebih diberikan sekalipun, pelajar di abad yang serba moden ini sudah pandai menggunakan internet untuk salin dan cetak.

Jika mereka tidak mahu ditangkap plagiat sekalipun, mereka akan mengubah beberapa kata-kata yang senang agar ia tidak kelihatan serupa.

Dengan kata mudahnya, tugasan yang diberikan bukan sekadar tidak difahami malah meeka juga tidak membaca apa yang mereka salin daripada internet itu kerana apa yang mereka mahukan adalah gred yang baik.

Oleh itu jika kerajaan benar-benar mahukan pelajar itu memahami dan mendalami sejarah, satu mekanisma yang lebih teratur dan menjurus kepada objektif perlu diwujudkan.

Ini kerana sekadar menghafal fakta dan menyalin daripada sejarah, sesiapa sahaja boleh mendapat kepujian bermakna apa yang telah ditakrifkan oleh kerajaan bukan sahaja tidak menepati objektif malah lebih teruk mereka meneruskan kesalahan yang lampau bertopengkan perubahan baru.

Apa yang pelajar ini perlukan adalah kajian demi kajian dan pembentangan kepada semua kajian-kajian mereka untuk menilai sejauh mana pemahaman mereka terhadap kajian yang telah dijalankan.

Dari segi mental, pelajar yang cekap menghafal memang mudah menterjemahkan apa sahaja hafalan mereka melalui tulisan di atas kertas tetapi bila ia disoal oleh guru mahupun rakan sekelas, rasa gugup itu boleh menghilangkan semua hafalan mereka dan apa yang tinggal hanya apa yang mereka fahami.

Dengan itu, guru mampu menilai tahap kefahaman sebenar pelajar itu malah ia sebenarnya lebih menjimatkan wang dari segi pencetakan kertas peperiksaan dan masa dari segi peruntukan untuk menyemak kertas-kertas peperiksaan pelajar tersebut.

Selain itu, kita mempunyai banyak aliran sekolah seperti sekolah aliran kebangsaan, aliran jenis kebangsaan dan juga aliran agama Islam.

Ini juga mungkin menyumbangkan kepada kegagalan rancangan kerajaan ini kerana ‘handicap’ yang perlu diberikan kepada beberapa sekolah jenis kebangsaan.

Bukan saya ingin menuduh, tetapi bolehkah anda bayangkan sekolah jenis kebangsaan mengajar dan menitikberatkan kepada pelajarnya yang kontrak sosial perlu dijaga dan menghormati hak istimewa Melayu di Malaysia?

Jika difikirkan dan dibayangkan semula, ia boleh dianggap sebagai kelakar tetapi realitinya perlu ditimbang kerana ini sebenarnya wujud di dalam negara kita ini.

Oleh itu, mereka yang mahukan pelajar anak bangsa mereka mendapat kepujian dalam sejarah mampu berbuat apa sahaja contohnya mengurniakan ‘handicap’ tertentu kepada pelajar-pelajarnya.

Ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh Kementerian Pelajaran kerana bukan mudah untuk menguatkan jati diri seseorang hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja.

Akhir kata, sikap sayangkan negara dan memahami kronologi sejarah negara tidak mampu dicapai melalui peperiksaan sahaja tetapi jiwa dan hati mereka perlu dipahat dengan tinta-tinta sejarah negara untuk menjadikan mereka seorang warganegara Malaysia yang benar-benar faham sejarah perjuangan negara ini.


Thursday, 4 November 2010

Bencana Alam Milik Allah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hampir sebulan blog ini dibiarkan bersawang gara-gara kekangan masa untuk mengemaskini artikel-artikel yang terbaru.

Kebelakangan ini sibuk di tempat kerja apabila ‘major shutdown’ telah berjalan selama hampir 3 minggu menyebabkan saya hampir 3 minggu menumpukan masa di tempat kerja sahaja.

Alhamdulillah, Allah terus memberi kesihatan yang baik buat diriku sehingga hari ini dan mengharapkan kesihatanku akan terus dipelihara oleh Ilahi.

Terbaru, Utara tanah air sedang dilanda banjir yang dikatakan antara yang terburuk dalam tempoh 100 tahun.

Dengan 3 kematian telah dicatatkan serta hampir keseluruhan Bandar Kangar dikatakan sudah ditenggelami air, masih belum ada tanda-tanda banjir ini akan surut melainkan di Rantau panjang yang menunjukkan perkembangan yang baik.

Inilah salah satu bencana alam yang Allah turunkan kepada kita untuk membuka mata kita dan memberi kita kesedaran tentang apa yang sedang berlaku di persekitaran kita.

Allah Maha Kaya dan Maha Agung, mampu menciptakan dan tidak mustahil untuk meghapuskan apa sahaja yang Allah inginkan.

Akan tetapi kita juga perlu tahu yang Allah itu Maha Bijaksana, apa sahaja yang Allah turunkan kepada kita sentiasa mempunyai isi atau hikmah yang tersirat yang perlu kita singkap dan kita perhalusi.

Ini kerana kita perlu mengambil iktibar atas kesalahan kita selama ini dan berusaha memperbaiki diri kita kerana jika kita terus lalai walaupun sudah ‘ditegur’, maka tidak mustahil tiada lagi amaran yang akan diberi, mungkin kemusnahan itu datang tanpa disangka-sangka.

Antara banyak-banyak golongan, sudah pasti pelajar tingkatan 5 di kawasan yang terjejas yang paling banyak menanggung impak bencana ini kerana tarikh peperiksaan SPM sudah menjelang tiba.

SPM yang dijangka pada 23 November 2010 mungkin akan menambahkan beban mereka yang sudah kehilangan buku-buku serta nota-nota akibat dihanyutkan arus deras air bah.

Diharapkan golongan ini akan tabah mengharungi ujian Allah ini dan setiap kesabaran ini pasti akan dibalas dengan ganjarang-ganjaran Allah baik yang boleh kita lihat atau rasai mahupun secara ghaib yakni pahal untuk akhirat kelak.

Jika dibandingkan negara-negara lain, rakyat Malaysia sudah dikira sangat beruntung kerana bantuan serta bekalan makanan semuanya cukup untuk menampung jumlah mangsa yang terjejas.

Tempat tinggal dan makanan semuanya sudah disediakan kerajaan tempatan dan pusat untuk memberikan keselesaan dan kemudahan buat mangsa-mangsa banjir.

Sudah menjadi kewajipan pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi apa yang saya kesalkan adalah sikap meminta-minta mangsa banjir di sesetengah tempat amat mendukacitakan.

Kita faham situasi mereka yang mengalami kesusahan tetapi mereka juga perlu faham yang pihak berkuasa perlu melayan beratus-ratus keluarga dan jika perancangan teliti dibuat sekalipun, sudah pasti ada kepincangannya.

Inilah masa kita diuji bukan sahaja secara fizikal tetapi mental juga diuji secara tidak langsung membuatkan kita hilang pertimbangan diri.

Oleh itu, saya mendoakan agar setiap seorang mangsa bencana kali ini dikurniakan kesabaran yang tinggi bagi melalui bencana banjir ini dan diberikan kekuatan untuk membina semula hidup mereka selepas surut bencana ini.

Akhir kata, berimanlah kepada Allah kerana setiap kejadian itu hanya berlaku dengan keizinanNya dan setiap yang Allah izin itu datang dengan hikmah buat umat manusia.