Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Friday, 11 September 2009

Retaknya Rumpun Nusantara

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Baru-baru ini telah gempar di dada akhbar dan juga di kaca tv negara mahupun luar negara berkenaan aksi protes rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang telah bermula sejak 2 minggu yang lalu.

Tindakan menyerbu dan bertindak liar d depan kedutaan Malaysia di Indonesia membabitkan mahasiswa negara tersebut sebenarnya bukan kali pertama dan ia bukan isu baru di rantau ini.

Tetapi hakikatnya dendam dan benci ini sebenarnya tidak patut timbul terutamanya di antara 2 negara Islam yang cukup ternama di rantau antarabangsa, di mana Indonesia menjadi negara Islam terbesar dunia manakala Malaysia merupakan negara Islam paling pesat membangun kala ini.

Terbaru, akibat tersiarnya sebuah dokumentari yang memaparkan Tarian Pedet, sejenis tarian tradisional yang terkemuka dan berasal daripada Bali dikatakan telah dijadikan sebagai tarian kebudayaan negara Malaysia benar-benar menimbulkan rasa marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia.

Walau bagaimanapun, perkara ini adalah amat tidak benar dan difahamkan penyiar dokumentari itu telah pun menghantar surat memohon maaf atas kesilapan yang mereka lakukan terhadap dokumentari tersebut.

Akan tetapi, isu ini bukan permulaan bagi semua yang sedang berlaku sekarang kerana dendam antara dua negara ini telah bermula sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963 lagi di mana Indonesia berang dengan kemasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia kerana menggangap ia sebagai pencerobohan terhadap wilayah mereka.

Malah motto mereka ’Ganyang Malaysia’ juga merupakan motto yang sama digunakan oleh nenek moyang mereka pada ketika itu dahulu. Walau bagaimanapun saya yakin jumlah ekstrimis ini tidak mewakili suara keseluruhan warga Indonesia malah mereka adalah kumpulan minoriti yang bertindak mengikut rasa tersendiri

Selain itu, pelbagai lagi isu seperti isu ambalat, isu monahara, isu pembantu rumah dan sebagainya di antara Malaysia dan Indonesia semakin lama semakin menampakkan ketegangan di antara 2 negara rumpun nusantara ini.

Antara medium yang ’terbaik’ dalam mewujudkan api-api kemarahan dua negara ini merupakan media massa yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini antara dua negara ini.

Media massa yang kebanyakkan di kuasai oleh negara-negara besar amat menyukai hal sebegini untuk memudahkan urusan mereka dalam memecahbelahkan rantau nusantara ini agar mereka dapat menjajah semula tanah air kita ini.

Sedangkan di negara mereka sendiri seperti di England, New York, Israel juga timbul kekecohan dan demonstrasi jalanan tetapi ia didiamkan daripada siaran media untuk menggambarkan bertapa harmoninya negara mereka dan ingin menunjukkan mereka mampu membawa keharmonian kepada negara lain termasuk rantau kita ini.

Pihak Barat sedar kita tidak akan mampu jatuh selagi perpaduan antara kita kekal teguh dan oleh sebab itu, merepa menggunakan proksi media untuk mengapi-api dan melagakan dua negara besar ini sebagai langkah pertama untuk meruntuhkan perpaduan dan hubungan yang baik selama ini telah dijalinkan.

Pecah dan perintah merupakan dasar penjajah yang telah lama diamalkan oleh penjajah sejak mereka menguasai Tanah Melayu ratusan tahun yang dahulu.

Akan tetapi, apabila muncul nama-nama seperti Tun Onn Jaafar, Presiden Soekarno yang membawa perpaduan kepada seluruh pelusuk negara masing-masing, akhirnye negara kita bebas daripada cengkaman penjajah hasil perpaduan dan semangat cintakan negara yang tebal.

Setelah lebih setengah abad kita merdeka dan menjalinkan hubungan baik Kuala Lumpur-Jakarta, adakah kita mahu mensia-siakan keharmonian serantau ini hanya kerana perkara yang kecil akibat salah faham ini.

Tidakkah kita mengambil iktibar terhadap kejadian di negara saudara kita di Palestin, Iraq, Afganistan, Selatan Thai dan negara-negara Islam yang semakin rakus diasak pihak Barat.

Saya menyeru agar kerajaan kedua-dua negara ini berpakat dan berbincang cara terbaik bagi menyelesaikan masalah ini kerana tiada gunanya jika sesama pimpinan negara baik tetapi rakyat Indonesia dan Malaysia memusuhi antara satu sama lain.

Satu mekanisma penerangan terhadap rakyat kedua-dua buah negara ini perlu cepat diwujudkan agar segala kekusutan dapat dijelaskan tanpa menyentuh sebarang isu sensetif dan membawa kepada peperangan di antara 2 buah serantau ini.

Buat mahasiswa kedua-dua negara, saya faham akan darah muda yang ada pada diri masing-masing dan kita menyayangi negara kita masing-masing.

Tetapi menggunakan kekerasan, maki hamun dan peperangan bukan satu jalan penyelesaian yang baik kerana kita sebagai anak muda pewaris kepimpinan negara semestinya mempunyai minda intelek dalam mengatasi masalah yang sedemikian.

Kita terbuka kepada sebarang rundingan mahupun perbincangan terbuka antara mahasiswa Indonesia bersama mahasiswa Malaysia dan menolak jauh segala sentimen keganasan dan cuma membawa ilmu pengetahuan untuk diperdebatkan dan diperjelaskan.

Sesungguhnya Allah melarang kita sesama saudara Islam memusuhi antara satu sama lain malahan kita disuruh untuk mencari dan membantu saudara kita, berbuat baik antara satu dengan lain agar kita tidak dipandang enteng oleh musuh-musuh Islam.

Akhir kata, pergaduhan dan perperangan bukan penyelesaian bagi segala permasalahan sebaliknya kita perlu menumpukan kepada penyelesaian secara teratur dan sistematik agar ketenteraman di rantau nusantara ini terjaga dan perpaduan di antara Kuala Lumpur – Jakarta akan berkekalan selamanya.

No comments:

Post a Comment