Sedih dan kecewa. Itu adalah perasaan saya apabila mendapat tahu, sekolah yang saya banggakan, Penang Free School (PFS) sudah menjadi pentas politik yang tidak munasabah.
Tambah karut apabila politik perkauman dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya ingin mengganggu gugat keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia.
Isu timbul apabila nama dan alamat PFS ditulis dengan TULISAN JAWI pada salah sebuah tembok di sebelah pintu gerbang PFS.
Oleh itu, terdapat beberapa individu ‘tidak senang duduk’ tatkala tembok it terus gah berada di hadapan sekolah yang tertua di Asia Tenggara itu.
Lebih-lebih lagi, tuduhan yang keras bagi saya dilemparkan kepada pengetua PFS dengan satu kenyataan yang berbaur perkauman. ‘There were no muslim principals until 1993. 5 consecutive muslim principals and there you go with ‘jawi’ – komen seorang yang bernama Bravehrt pada artikel tulisan Allen Chee.
Terlintas di benak hati saya, mengapa hal ini tidak dijadikan isu di Terengganu kerana tulisan Jawi digunakan dengan meluas di sana tidak kira pada papantanda mahupun iklan di tepi jalan.
Rakyat Malaysia seharusnya memahami Artikel 152 Perlembagaan Malaysia.
"Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi.”
Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang." - Speedrider
Saya yakin tulisan Jawi adalah relevan kerana ia masih mematuhi Artikel 152 kerana ia dieja dengan sebutan bahasa Melayu tetapi adakah tulisan bahasa lain boleh dibaca dengan bahasa Melayu (bermaksud dibaca secara terus dan bukan dialih bahasa).
Saya mengharapkan, politik berbaur perkauman ini dihentikan dan isu sebegini sepatutnya dikupas dengan penuh intelek dan panduan undang-undang, bukan sekadar cakap lepas mengikut emosi masing-masing.
Seharusnya ikon politik yang dikenali ramai menunjukkan satu semangat perpaduan yang tinggi bukan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman hingga merangsang minda sesetengah orang untuk bangun memberontak menegakkan benang yang basah.
Selain itu, ikon politik ini seharusnya menumpukan kosentrasi mereka serta fokus dalam isu pentadbiran negeri/negara terutamanya berkenaan hal kebajikan rakyat mahupun pengurusan bajet mereka untuk memajukan negara kita ini.
Saya benar-benar mengharapkan di bawah gagasan 1Malaysia, seluruh rakyat Malaysia akan menerima perbezaan dan variasi hidup berbilang bangsa untuk terus memakmurkan negara kita.
PFS adalah mangsa individu2 yang rakus berpolitik untuk menaikkan nama sendiri.
ReplyDeletemy 2 cents
salam perkenalan
fortis atque fidelis
sebagai seorang bekas pelajar, saya memang sedih dgn pembangunan sekolah ini terutamanya dari segi insaniah dan penampilan pelajarnya. orang tidak lagi memandang tinggi pelajarnya...seharusnya tokoh politik yang mengaku OLD FREES ini mengambil inisiatif untuk mengembalikan kegemilangan PFS, idea2 bernas mereka adalah amat ditagih. Bukan penghinaan terhadap perkara kecil sebegini
ReplyDelete