Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..
Beberapa minggu lepas aku kena p buat medical checkup kat Tanjung medical center atas permintaan company. Yg bes ttg company ni apa ja berkenaan medical tak kira amik ubat or checkup skali pon..semua ditanggung beres..FOC beb..
Aku yang 1st time p utk real med checkup pon blur2 aa kan..tapi menda biasa macam amik berat, darah, kencing n xray tu biasa la..tapi ada tambah dua yang tak penah aku buat sebelum ni iaitu ecg utk check jantung kita dan ultrasonic untuk check liver, pankreas dan juga kidney.
Semalam aku p jumpa doktor untuk amik result dia..hmmm seems ok tapi rasanya kalo aku tak jaga gaya hidup dan pemakanan aku rasanya akan ada masalah je di masa hadapan..
1st of all BMI aku dah terlebih..27 kot..org biasa dlm 24 je(kalo tak salah aa) so ini mmg yang 1st skali doktor tegur dan minta aku untuk kurangkan berat badan lepas ni..
Blood pressure aku pon dah normal high..Huhu so aku ni nampaknya dok ada di par je la antara yg sihat dan kurang sihat ni...huhu ada lagi kot..huuhu
Ultrasound, xray dan ecg aku semua ok takde masalah ketumbuhan ataupon gallstone yang ditemui..tapi banyak masalah tu dtg dr arah aku sebenarnye..huhu
Gula dalam darah aku pon katanya da tahap normal high dah..errr...tapi aku rasa sbb aku p mnum nescafe kot mlm tuh sikitt baru prasan esoknya nak p med checkup..tapi aku check biasa guna mesin mak aku beli pon cam tak jauh beza je..5.3 gak..so rasanya i need to cut from dringkin to much sugar base drinks and less carbo in my meal.
Cholestrol plak..aku tatau plak sblum ni ada good kolestrol (HDL) tau ada bad kolestrol je(LDL) so bila doc cakap hdl aku rendah dr biasa aku pon heran aa..tambah lak dia kata ldl aku agak tinggi(3.6) lagi laa aku pelik..
Persoalan aku mcm mana nak improve..dia kata paling senang makan ubat kolestrol tapi pada umur aku itu tak digalakkan..dia suruh aku ubah cara hidup dan pemakanan ku..kena kurangkan minyak serta lemak tapu n byk buat senaman untuk kuat dan sehatkan badan.
Lepas dapat dr nasihat doktor ni baru aku sedar kita ni dok rasa kita punya cara hidup dah betul selama ini tapi bila dah test baru tau apa sbnarnya impak pada badan kita.
Oleh itu saya rasa med checkup ni penting dan perlu dititik beratkan oleh semua orang.
Pada yang company sponsor, bagus la tapi kalo yg tak sponsor blnja la dlm 2-3 ratus.. Insyaalah berbaloi.
Oleh itu saya rasa med checkup ni penting dan perlu dititik beratkan oleh semua orang.
Pada yang company sponsor, bagus la tapi kalo yg tak sponsor blnja la dlm 2-3 ratus.. Insyaalah berbaloi.
Jika kita dapat tau masalah dlman kita lebih awal kita mampu mengubah sebelum ia melarat hingga umur kita lanjut.
Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jangan dah terantuk baru nak terngadah.
Kekalkan cara hidup sihat dan insyaalah dengan izin Allah kita akan sihat walafiat sentiasa.
Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jangan dah terantuk baru nak terngadah.
Kekalkan cara hidup sihat dan insyaalah dengan izin Allah kita akan sihat walafiat sentiasa.
P/S Camna nak tau yang mana kanan yg mana kiri??
kiri kurang satu.hehehe
ReplyDeleteerr kurang??
ReplyDeleteinformation, kudos to you! It is good and correct. The usefulness and importance is overwhelming. Thanks again for this unbelievably powerful post and good luck!
ReplyDeleteTOSHIBA PVM-375AT