Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Saturday, 24 December 2011

Ku tak cari kesempurnaan..

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Zaman sekarang ni ada ka manusia yang hidup di dunia ni yang kita boleh kategorikan sebagai sempurna?? Mcm takde je..

Tapi lain plak kata Andra & the black dog bone dlam lagu sempurna:
"kau begitu sempurna,
Dimata ku kau begitu indah,
Kau membuat diriku agar slalu memuja mu"

Hakikatnya memang tiada manusia yang sempurna dalm hidup ini tapi kita melihat seseorang itu sempurna sbb dia ada ciri2 yang boleh melengkapi kita.

Sebenarnya dalm mencari pasangan hidup setiap orang ada pilihan dan cara masing2. Ada yg nak cantik, ada yg nak cool, ada yg suka tough dan sebagainya.

Tapi bagi aku aku cuma mencari 3 sifat ja dalam diri seorang wanita untuk menjadi bkl suri hidupku.

Pertama taat pada Allah, Rasul dan aku sebagai bakal khalifahnya. Ketaatan ini penting kerana jika ada sifat ini pasangan kita mest akan mendahulukan hukum Tuhannya dan patuh akan kata2 suaminya..

Kedua adalah ingatan yang kuat. Ini bukan sebab nak suruh hafal nama ubat atau formula2 math tapi ingat pada nasihat dan peringatanku selagi ia tak bertentang dgn syarak.

Ketiga sedap mata memandang, sebab walau tak cantik sekalipun di mata tapi dia sedap dimataku, aku sudah cukup gembira dan syukur atas kurniaanNya..

Memang banyak kalo nak ikut pada penjelasan nabi untuk memilih bakal pasangan hidup kita tapi aku tak mencari kesempurnaan.

Asal dia mahu berubah dan mahu belajar, akan ku pacu dia ke arah kebaikan dan terus menjadi insan yang solehah.

Manusia mmg takkan lari dari membuat kesalahan tapi jadikan kesalahan yang kita buat sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri kita.

Saya tidak suka org yang sudah ditegur tapi masih melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Jika ia dibuat tanpa sedar mungkin boleh dimaafkan tapi jika dibuat secara terang-terangan memang tak dapat diterima.

Kejujuran seseorang itu juga memainkn peranan yang penting kiranya dia betul2 mahu menjadi sebahagian dari hidupku.

Hidup dalam pembohongan dan kepura-puraan hanya akan memacu kita ke jalan kemusnahan walaupun ia nampak indah di permukaan tapi didasarnya ia hodoh bak kurap, busuk bak bangkai.

"Its not perfection i'm looking for, its the sincererity is what i'm searching".

Ini adalah kata2 yang terlintas dibenakku tika beberapa perkara yang merumitkan timbul dalam diriku baru-baru ini.

Insyaalah masa masih panjang bagiku dan jodoh aku yakin Allah akan berikan dalam apa jua cara yang Dia inginkan.

Dan sehingga aku berjaya mendapat dia yang diredhai Allah, aku takkan berhenti usaha dan terus mencari bakal suriku, bakal pelengkap hidupku.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    tertanye2..mcmne pulak kalu yg awk tulis ni brlaku kat org pmpuan ye?tp bezanye tak mencari bakal suri..tp sdg memilih..tp yg pnting "ku bkn cr kesempurnaan" :-)
    Hope u understand..need someone to share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..maksud awak ciri2 yang saya hendak pada seorang wanita, ditukarkan kepada seorang wanita inginkan ciri sama supaya lelaki tu juga ada?
      Maaf jika saya salah sila betulkan..jika iya..wanita mempunyai hak yang sama untuk memilih pasangannya. bukan bulat2 ikut terima sahaja..ambil masa dan selami hati budi orang itu dengan cara yang betul. Jangan asyik fikir perlu kahwin secepat mungkin sebab Siti Khadijah pon bahagia di sisi Rasullullah walaupun dia sudah berusia 40 tahun. Sabar dan teruskan berdoa kepada Allah, Insyaallah Dia akan balas pemintaan ikhlas kita

      Delete