Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Sunday 25 December 2011

Surau Queensbay terabai..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sedih juga bila dipikir-pikir yang sebuah pusat membeli belah yang tersohor di Penang iaitu Queensbay mall gagal menjaga fasiliti surau dengan baik.

Sudah berkali2 saya memerhatikan hal ini tadi saya tak terpanggil utk menulis pape sebab ingat ini pkara mudah dan patutnya akan ditangani.

Tapi nyata setelah hampir sebulan dan beberapa kali saya hadir ke surau ni langsungvtak berubah.

Apa yang saya maksudkan adalah fasiliti penghawa dingin dalam surau yang sudah rosak dan bocor.

Apa yg mampu mereka lakukan hanya meletak satu bekas untuk menakung air hasil kebocoran penghawa dingin tersebut.

Masalahnya ia diletakkan betul2 di tengah surau dan nyata mengganggu pengguna surau terbabit.

Misal kata pada waktu puncak solat dan ramai jemaah yg hadir, tidakkah ini mengundang kesukaran apabila jemaah perlu menyusun saf supaya tidak kena pada lelehan air yang bocor itu.

Selain itu, dinding surau ini pun sudah nampak berkulat dan kotor. Ini nyata bertentang dengan konsep rumah Allah yang semestinya perlu dalam keadaan bersih dan cantik.

Nyata pengurusan queensbay gagal dalam menjaga fasiliti penting mereka yakni surau ini.

Dengan nada sedih dan kesal saya mengharapkan pengurusan cepat membuat perubahan kerana masalah yang dihadapi itu tidak sukar utk diperbaiki.

Apa yang mereka perlukan adalah usaha dan rasa bertanggungjawab ke atas salah satu fasiliti penting bagi umat Islam ini.

Akhir kata, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, diharapkan pengurusan queensbay akan cepat mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah ini.

No comments:

Post a Comment