Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Harini hari Jumaat yang mulia..sajala nak bagi peringatan pada diri saya dan juga kawan2 semua berkenaan sifat jujur dan amanah pada diri sendiri dan yang paling penting, jangan sesekali ambil sesuatu yang bukan hak dan kepunyaan atau rezeki kita.
Tadi masa makan, saya dicaj RM6.80 dan selepas makan saya pon bakan dengan sehelai wang RM10, tetapi akak cashier tuh pulangkan balik RM4.20 kepada saya sedangkan jumlah yang sepatutnya diberikan hanyalah RM3.20.
Tentu ramai diluar sana kalo nampak dia bagi lebih kita buat senyap je la dan pergi cepat tapi kalo dapat duit lebih yang kurang pulak, mest nak naik angin ngamuk2 kat cashier tuh..hmm jangan la kita buat perangai macam tuh..buruk jugak la..
Kalo rasanya itu bukan barang kita, pulangkan balik dan saya pulangkan balik RM1 pada akak itu..nyata itu bukan hak kita dan tidak halal bagi kita jadi kalo kita guna akan jadi barang yg haram dan kalau digunakan utk makanan lagi teruk..
Cakap pasai nih pulak, terasa pula nak cakap2 la pasai National Feedlot Cooperation nih..ntah la sapa yang betul atau sapa yang salah itu kita serahkan saja pada pihak berkuasa yang tentukan tapi ini adalah contoh amat baik supaya kita tak ambil sesuatu yang bukan hak kita.
NFC yang mempunyai hubungan rapat dengan Menteri wanita Malaysia nih menjadi isu hangat apabila ada dakwaan yang mereka sekeluarga telah menggunakan wang yang sepatutnya untuk syarikat tetapi digunakan untuk kegunaan peribadi seperti membeli rumah mahal serta kereta berjenama mewah.
Yang bertambah pelik, ada cakap2 yang mengatakan hal ini sebenarnya dibocorkan oleh orang dalam parti si menteri nih jugak..alahai kes tikam belakang nih dalam politik memang tak dapat dielakkan lagi. Yang lebih menyedihkan ni disebabkan beliau nak bertanding kerusi di mana baru2 nih menteri tuh kalah..so dia pecahkan lubang si menteri nih supaya menterinih pon digugurkan.
Jadi peluang dia cerahla untuk bertanding kerusi parlimen tuh..alahai kenapa la nak buat macam tuh eh..Kalo betul nak cegah keburukan yang dilakukan, gunalah cara yang berhemah..terus pada menteri tuh atau pon pihak berkuasa.
Kan itu lebih elok sebab kita tidak melibatkan politik dalam salah laku peribadi masing2..biasa la kalo dah dapat modal..si parti lawan mesti akan jatuhkan seteruk2nya si menteri nih..alahaii..harapkan Pegar..pegar dah kenyang makan padi tu..
Tapi sebenarnya situasi nih sepatutnya tidak berlaku jika tiada penyelewengan yang berlaku dalam NFC nih, bila manusia beragama Islam tahu mana halal atau haram, mana yg hak dan mana yang bukan..kes seperti ini mest dapat dielakkan.
Oleh itu, jangan la kita jadi orang yang tamak..ini sebab orang yang tamak mungkin akan kaya sementara waktu sahaja tapi sebabkan rezeki itu bukan milik kita maka hukumnya haram kita guna jadi Allah pasti membalas keburukan yang kita lakukan jika tidak di muka bumi ini, di Padang mahsyar itu pasti dimalukan dihadapan seluruh umat manusia.
Akhir kata, golongan muda seperti saya dan rakan2 perlu menguatkan iltizam dan penderian kita agar kita tak menerima apa yang bukan hak kita..jauhkan diri kita dari rasuah kerana rasuah itu bak anai2 yang mampu merobek dan menjahanamkan sebuah pokok walau sebesar mana pokok itu.
No comments:
Post a Comment