Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Alhamdulillah syukur pada ilahi kita ilahirkan sempurna segalanya, tidak kira hidup senang mahupun susah tapi segala nikmat panca indera kita cukup dikurniakan oleh Allah SWT, Maha Pencipta yang Agung.
Walaupun kita ini sempurna sifat, kita tidak harus melupakan sahabat kita yang dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, mungkin ini takdir dan ketentuanNya bukan pilihan mereka mahupun keluarga mereka jika mereka dilahirkan dalam keadaan yang tidak seperti rakan2nya yang lain.
Akan tetapi, walau apa sahaja yang Allah takdirkan keadaan kita kita harus percaya yang kita masih merupakan ciptaan Allah yang baik dan mulia seperti Firman Allah dalam Surah At-Tin ayat ke 4: "Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".
Jika difikirkan kembali, sebenarnya sahabat2 kita ni tidak ada yang kurang dengan kita pun, malah kadang2 mereka itu mempunyai banyak kelebihan daripada kita yang normal ini.
Contohnya bagi sahabat kita yang tidak dapat mendengan dan bercakap, mereka dapat menguasai sejenis bahasa yang amat unik iaitu bahasa isyarat, di mana mereka menggunakan pergerakkan badan, tangan serta ekspresi muka untuk berkomunikasi.
Buat sahabat kita yang tidak dapat melihat, alat tulisan braile sudah pasti menjadi kepakaran mereka dan jika difikirkan kembali, bertapa kagumnya saya pada mereka dapat menginteprestasikan titik2 di atas kertas menjadi ayat2 dan kata2 yang indah sekali.
Bagi mereka yang mengalami masalah untuk berjalan, pelbagai jenis kerusi roda yang ada dipasaran bagi memudahkan mereka untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Tidak terhenti setakat itu, dilihat mereka yang menganggotai sukan Paralimpik mewakili negara seringkali membawa pulang kejayaan yang lebih baik berbanding atlit yang normal tetapi sayang jasa mereka hanya dipandang sipi oleh masyarakat kita.
Dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang mereka ada, wajarkah mereka digelar OKU(orang kurang upaya)? Ramai yang cuba persoalkan di mana K itu sebenarnya sudah ditukarkan kepada kelainan, bukan kurang seperti yang kita ketahui.
Tapi hakikatnya, pemahaman kita sudah ditetapkan bila terpampang OKU maka maksudnya orang Kurang upaya, bukan orang kelainan upaya, ini terbukti dalam artikel Utusan Malaysia 14/2/2011bertajuk OKU Perlu Ikon - Bakti.
Bagi saya, jelas akronim OKU ini sudah tidak relavan untuk golongan istimewa ini kerana panggilan ini seolah2 merendah2kan kedudukan mereka dan jika anda berada di tempat mereka, apa perasaan anda jika dipanggil 'kurang'?
Sebenarnya tak ada apa yang kurang pada mereka malah mereka sebenarnya mempunyai seribu satu kelebihan yang mungkin kita tak nampak di dunia ini, balasannya di akhirat kelak.
Oleh itu, saya mahu kita ubah akronim pada golongan istimewa ini daripada OKU kepada OI(Orang Istimewa) kerana mereka sebenarnya harus diangkat atas keistimewaan mereka dan menjadi tanggungjawab kita menyediakan sebanyak mungkin kemudahan bagi mereka.
Mereka juga perlu mempunyai seorang wakil dalam Dewan Negara, dan setahu saya dahulu pernah ada tetapi sekarang saya tidak dapat pastikan sama ada masih ada tempat bagi mereka ataupun sudah tidak dipraktikkan lagi.
Kerajaan, pihak swasta mahupun NGO2 diluar sana harus menggandakan usaha dalam membina masyarakat yang sedar akan kelebihan golongan OI ini dan mereka terutamanya pihak kerajaan dan pihak swasta perlu bergandingan bagi melengkapkan setiap sudut di negara kita dengan asas keperluan orang2 istimewa ini.
Akhir kata, mereka juga manusia sama seperti kita, mempunyai sekeping hati yang mudah terluka biar sekental mana sekalipun. Marilah sama2 kita menjaga antara satu sama lain bagi membina keharmonian yang lebih utuh dan perpaduan yang lebih nyata dalam negara indah kita ini.
No comments:
Post a Comment