Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Wednesday 31 December 2008

Di Sebalik Keputusan PMR : PPSMI masih Relavan

Assalamualaikum dan Selamat Perpaduan
Sebahagian pelajar yang mendapat semua A di salah sebuah sekolah di Pasir Mas. Gambar ehsan Berita Harian Online

Keputusan PMR yang diumumkan semalam hampir menjawab teka teki keberkesanan PPSMI yang kebelakangan ini dikritik habis-habisan oleh sesetengah pihak. Ini telah terbukti apabila mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya dan prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007. Rakyat harus sedar dan faham akan data-data yang terbukti ini.

Oleh itu, saya ingin memohon agar pihak yang berkenaan supaya memberi peluang kepada Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula sistem ini. Jika buruknya banyak, kita perhalusi dan perbaiki lagi. Jika baik, apa salah jika ia diteruskan. Ini bagi menjamin masa depan mutu pembelajaran generasi muda akan datang.

Pelajar cacat penglihatan juga mampu mengharungi cabaran PPSMI dalam mencapai kejayaan melalui PMR. Gambar ehsan Utusan Online

Walau bagaimanapun, saya yakin akan timbul isu segolongan pihak yang tidak yakin akan perangkaan ini dan menggangap keputusan ini tidak telus dan sebagainya. Bagi orang yang sebegini, saya harap anda berfikir semula kerana tiada faedah bagi sesiapa pun untuk menyeleweng dalam pengeluaran keputusan dan data-data peperiksaan seperti ini. Mereka mempunyai pelbagai peringkat untuk dilepasi. Oleh itu, saya berharap keputusan yang selama ini tidak dijadikan isu supaya tidak sesekali dibangkitkan mahupun dipersoalkan.
Bangkitlah rakyat Malaysia daripada zon selesa dan marilah kita bersama-sama memacu cabaran bagi merealisasikan kemajuan negara menjelang Wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment