Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Negara digemparkan dengan keputusan Mahkamah Malaysia apabila membenarkan Herald Katholik, sebuah majalah terbitan gereja Kristian Katolik menggunakan nama Allah sebagai rujukan nama tuhan mereka.
Ini perkara serius yang perlu dilihat dan dinilai akibatnya jika tiada sebarang tindakan diambil sekarang oleh pihak sepatutnya dan dalam kes ini melibat seluruh umat Islam dalam negara kita.
Negara digemparkan dengan keputusan Mahkamah Malaysia apabila membenarkan Herald Katholik, sebuah majalah terbitan gereja Kristian Katolik menggunakan nama Allah sebagai rujukan nama tuhan mereka.
Ini perkara serius yang perlu dilihat dan dinilai akibatnya jika tiada sebarang tindakan diambil sekarang oleh pihak sepatutnya dan dalam kes ini melibat seluruh umat Islam dalam negara kita.
AHLI Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Selangor memegang sepanduk membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. – UTusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH
Antara alasan yang diberikan oleh pihak gereja menggunakan nama Allah adalah kerana mereka sukar menyebut nama tuhan mereka bila memberi ceramah dalam bahasa Melayu terutama di kawasan luar bandar yang rata-rata penganut mereka tidak memahami bahasa Inggeris.
Oleh itu, mereka memilih untuk menggunakan nama Allah untuk merujuk nama tuhan mereka ketika memberi ceramah di gereja masing-masing dan disifatkan sebagai ‘memudahkan’ kerja mereka.
Umat Islam perlu lebih serius dan berhati-hati. Bayangkan anak kita berumur lima tahun, kita ajar dia beriman pada Allah, dan apabila dia pergi ke sekolah dan bergaul dengan kawan mereka yang beragama Kristian yang kata tuhan dia juga Allah, semestinya mereka akan keliru akan agamnya.
Umat Islam perlu peka, ini bukan perkara yang main-main kerana ini bukan sahaja boleh mengelirukan kanak-kanak, malah orang dewasa sekalipun mungkin boleh tergelincir daripada akidahnya dan ia mungkin boleh menghuru-harakan negara jika kes ini tidak ditangani dengan secepat mungkin.
Kita perlu sama-sama bersatu untuk menyokong hasrat murni kerajaan yang diwakili oleh Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri untuk merayu semula kepada mahkamah rayuan sebagai pembelaan kepada umat Islam demi memastikan kesucian Agama Allah di negara ini.
Sebagai mahasiswa, jika mahu menunjukkan bakti pada negara ini yang perlu mereka bantah dan membuat kesatuan demi meneguhkan syiar Islam bermula di kampus untuk ditunjukkan ke mata masyarakat.
Kita diajar untuk menjadi terbuka tetapi kita tidak boleh terlalu terbuka hingga melibatkan keamanan dan kesucian agama kita diperjudikan oleh orang-orang yang berkepentingan sahaja.
Rakyat perlu faham sensitivity sesuatu agama dan bukan sekadar menggunakan agama Islam hanya untuk memudahkan mereka mengajar penganut mereka sendiri, jika tidak mampu mengajar lebih baik letak jawatan dan buat perkara lain.
Negara kita yang mengamalkan kebebasan beragama tidak bermakna agama yang ada bebas menggunakan nama tuhan agama yang lain dengan sewenang-wenangnya hanya untuk mengajar agama mereka agar penganut lebih mudah faham.
Di kesempatan ini, saya menyeru umat Islam tidak kira luar Bandar mahupun dalam bandar, tua atau muda, siswa dan siswi sekalian untuk rapatkan saf dan teruskan perjuangan mempertahankan agama kita kerana kita dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memastikan berkembangnya agama Allah.
Akhir kata, kita ramai dan jika kita bersatu kita mampu meruntuhkan walaupun sebesar tembok cina, ini hanya satu dugaan kecil, kita akan berhadapan dengan pelbagai cubaan untuk mengoyahkan iman anak cucu kita.
Bersatulah kita hari ini untuk kesejahteraan agama Allah di bumi kita yang tercinta demi masa depan anak cucu kita yang tercinta.
http://drmaza.com/home/?p=915
ReplyDeletecadangan Dr Asri nampak bagus jugak.