Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Wednesday, 13 January 2010

Pilihan Raya Pilih Ketua Murid

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pilihan Raya telah menjadi salah satu simbol demokrasi negara ini kerana ia menjadi saluran buat kita memilih nakhoda kerajaan bagi memacu negara kita ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Setiap rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas sudah layak mendaftar sebagai pengundi dan berhak membuang undi pada masa dan ketika yang akan ditetapkan sebagai salah satu tanggungjawab pada negara.

Baru-baru ini, salah sebuah sekolah rendah di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) telah menarik perhatian apabila mengambil langkah membuat satu pilihan raya dengan pemantauan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.

MURID Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur, Aimi Sarafana Balqis membuang undi pada pilihan raya pemilihan ketua murid, kelmarin. Gambar Ehsan Berita Harian Online


Difahamkan pilihan raya untuk memilih ketua kelas ini sudah dijalankan sebanyak dua kali tetapi baru ini kali pertama dilakukan dengan kerjasama SPR.

Pada satu sudut, ini mungkin menjadi permulaan yang baik bagi mendedahkan murid-murid terhadap demokrasi negara terutamanya dengan cara mengundi.

Ini kerana statistik menunjukkan masih ramai golongan muda yang tidak mempunyai kesedaran bertapa pentingnya pilihan raya pada negara dan masih ramai yang tidak mendaftar pemilih sehingga ada yg sudah berusia senja.

Oleh sebab itu, cara ini mungkin dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran pada murid-murid dan penerapan nilan tanggungjawab dalam diri mereka agar mereka semai dan pupuk agar menjadi golongan yang lebih bertanggungjawab pada negara kelak.

Pada satu sudut yang lain, usia seawal mereka iaitu 6-12 tahun masih terlalu awal untuk didedahkan kepada proses pengundian sebenar termasuk dengan pengawasan SPR.

Jika kita ingat kenangan waktu kita bersekolah, kita juga sebenarnya mengundi dalam pemilihan ketua kelas dan sebagainya tetapi hanya dengan cara mengangkat tangan kerana dirasakan cara ini lebih relevan untuk murid pada usia sebegitu.

Ini bukan sahaja seperti mempersendakan tanggungjawab SPR bahkan ia seperti tidak menghargai kewujudan SPR untuk memikul tanggungjawab yang sebenar iaitu mengendalikan pilihan raya di peringkat nasional.

Saya yakin, SPR turut mempunyai cara-cara tersendiri untuk menyemai rasa tanggungjawab kepada semua golongan terutamanya golongan muda untuk menjalankan tanggungjawab dan cara-cara ini lebih sesuai dikenakan pada mereka yang berkenaan seperti pelajar kolej mahupun universiti.

Usia mereka yang kurang matang juga boleh menyebabkan mereka senang terpengaruh terutamanya jika ada terdapat anasir politik yang mempengaruhi minda mereka terutama sekali pembawaan ibu bapa mereka serta pendedahan mereka terhadap media massa.

Salah faham amat mudah untuk berlaku jika proses ini tidak diawasi dengan lebih ketat oleh para guru dan ibu bapa murid-murid supaya segala persoalan mereka dapat dijelaskan dengan cara yang betul dan telus.

Pendedahan ini nyata mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan tidak boleh diberikan satu keputusan yang khusus buat masa ini.

Saya harap kita mungkin boleh ambil perkara ini pada sudut positif untuk menyemai sifat demokrasi kepada murid-murid ini tetapi satu langkah-langkah proaktif perlu digiatkan terutamanya bagi membendung langkah ini disalahgunakan.

Selain itu, SPR perlu berusaha lebih keras menarik lebih ramai pemuda untuk terus bertanggungjawab pada negara dengan mendaftar dan mengundi untuk masa depan negara.

Kesedaran individu itu adalah yang paling mustahak dan kita sebagai mahasiswa permata negara perlu sedar akan tanggungjawab kita dan jangan lepaskan kuasa mengundi kita.

2 comments:

  1. salam...

    kalau lah di peringkat sekolah itu, memilih ketua kelas pun menggunakan sistem undi...

    mengapa tidak ia diaplikasikan di kolej2 kediaman untuk memilih presiden n jik n jtk ??? ade sesiapa nak jawab ???

    ReplyDelete
  2. sistem ini ada baik dan buruknya di kolej, tetapi kita tidak mau keseimbangan kaum di kolej tergugat dek keputusan undi..kalo kita nak tetapkan kuota kaum dan sebagainya, lebih nampak kepada terlalu 'play safe' tetapi natijahnya bdak2 kita nih rajin ke nak turun undi banding yg satu lagi...hmm..byk lagi persoalannya dah pon saya bincangkan dalam salah 1 artikel saya, mungkin boleh tgk tgk lagi..

    ReplyDelete