Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Saturday, 30 January 2010

Kecoh-Kecoh Di UM!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sesi pemilihan majlis perwakilan mahasiswa (PMPM) yang dijangka mudah dan cepat apabila menggunakan e-undi nyata meleset apabila keputusan PMPM sesi ini terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

Ini berikutan sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) dengan lantang membantah penggunaan e-undi kerana mendakwa ada keraguan pada sistem berkenaan.

Selain itu, mereka juga meminta agar PMPM dijalankan semula dengan cara manual iaitu menggunakan kertas undi, bukan menggunakan komputer seperti yang digunapakai sesi ini.

Keadaan menjadi huru hara apabila sekumpulan mahasiswa menyerbu masuk Canselori UM untuk meminta Naib Cancelor UM, Prof. Dato’ Ghauth Jasmon menunaikan janji beliau iaitu meletak jawatan sekiranya sistem e-undi tidak telus.

Akan tetapi, tindakan mereka boleh disimpulkan sebagai keterlaluan kerana masih belum ada bukti menunjukkan sistem yang diguna pakai adalah tidak telus dan terdapat penyelewengan pada mana-mana bahagian.

Mereka yang menjerit dan memekik supaya NC dan TNC keluar memberikan penjelasan bermula jam 10.30 pagi semalam mula mengganas apabila merempuh masuk dan naik ke aras pejabat NC setelah mereka tidak dihiraukan.

Kira-kira jam 11.30 pagi, Prof. Dato’ Dr. Ghauth Jasmon bersama Prof Madya Dato’ Dr. Azarae diiringi beberapa orang polis kelihatan menuju ke DTC untuk membuat pengumuman berkenaan keputusan rasmi PMPM setelah menimbangkan bantahan beberapa calon MPMUM sesi ini.

Keadaan kembali tegang apabila seorang penyokong Pro-M menjerit ‘rasuah’ terhadap NC menyebabkan NC terpaksa naik berhadapan dengan sekumpulan mahasiswa tersebut untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Di pihak Penggerak Mahasiswa, sistem e-undi sememangnya baru dan ketelusan sistem ini masih juga diragui.

Akan tetapi, Gerak tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah e-undi malah menyambut baik cadangan NC untuk menjemput mana-mana kumpulan penyiasat luar untuk menyiasat sistem e-undi UM.

Pada pendapat peribadi saya, NC seorang tokoh yang sangat terkenal tidak perlu menggunakan e-undi untuk memperalatkan mahasiswa kerana tugasan beliau yang lain lebih penting.

NC merupakan tunjang utama UM mengorak langkah ke rangkin 180 THES sepatutnya dihormati dan ada banyak cara ain bagi mahasiswa meluahkan pendapat dan aduan.

Saya bukan menulis artikel ini untuk membela NC ataupun sesiapa sekalipun tetapi atas kapasiti saya sebagai mahasiswa yang berfikiran waras, orang yang lebih muda seharusnya menghormati orang yang lebih tua.

Tidakkah kita mengambil rasa hati beliau, apabila kita yang mengaku sebagai ‘anak’ beliau menjerit, memekik dan menuduh beliau dengan pelbagai tohmahan tanpa usul periksa dan bukti yang sahih.

Kami juga tidak mahu dilayan seperti budak tadika dan menurut apa sahaja yang diperintahkan tetapi kami di pihak Gerak tahu masih ada banyak saluran yang sesuai terutamanya bila berhadapan dengan orang seperti NC.

Jika bukan kerana pangkatnya sekalipun, kita harus menghormatinya beliau daripada segi faktor usia yang jauh berbeza dengan kita.

Bertambah sedih apabila orang yang berperilaku sedemikian adalah orang yang mendalami ilmu agama Islam setiap hari di akademi mereka membuatkan saya tertanya adakah Nabi Muhammad mengajar umatnya sebegitu.

Mungkin ilmu agama saya cetek tetapi saya belum pernah menghadiri majlis ilmu yang menerangkan Allah ataupun Rasullullah mengajar kita untuk berkelakuan kasar dan kurang ajar terhadap orang tua yang seagama dengan kita walaupun dia bersalah.

Oleh itu, keputusan PMPM yang sebelum ini diumumkan pada hari Khamis yang lepas digantung buat sementara sambil menunggu keputusan siasatan terhadap ketelusan sistem berkenaan dan juga siasatan berkenaan TNC HEPA yang menyalahgunakan kuasa.

Pada Khamis yang lepas, Penggerak Mahasiswa mendominasi kerusi MPMUM sesi 09/10 dengan majoriti mudah 21 kerusi berbanding 16 yang diperolehi oleh Pro-M dan 3 orang menyatakan diri mereka bebas iaitu 2 wakil fakulti undang-undang dan seorang dari Pusat kebudayaan.

Pada pendapat saya, keadaan huru hara ini sengaja diadakan bagi mengelakkan kabinet Penggerak Mahasiswa ditubuhkan dan saya pasti jika Pro-M memperoleh kerusi majoriti, hal ini mungkin tidak dibesar-besarkan.

Walau apa jua alasan dan sebab berlakunya kekecohan ini, saya tetap yakin yang kebenaran akan pasti menang dan tindakan mereka ini suatu hari kelak akan memakan diri mereka sendiri.

Kepada mahasiswa di luar sana, saya mengharapkan anda sudah boleh menilai yang mana intan dan yang mana kaca kerana orang yang mendakwa mereka malu dengan UM ini sebenarnya orang-orang yang memalukan UM sebenarnya.

Tapi bagi mereka, mereka yakin yang perjuangan mereka sebenarnya berlandaskan syariat Islam untuk menuntut keadilan dan demokrasi.

Mahasiswa lebih cerdik untuk menilai sama ada tindakan ini mencerminkan syariat Islam ataupun kata-kata hipokrit semata-semata, kerana niat sudah menghalalkan cara bagi mereka.

Akhir kata dari saya, sama-sama kita doakan agar kebenaran kembali ditegakkan dan cara semoga Allah memberikan kemaafan bagi orang-orang yang biadap kepada orang yang lebih tua daripada mereka.

Kami pendokong Penggerak Mahasiswa menyokong penuh kepimpinan Naib Canselor UM, Prof. Dato' Dr. Ghauth Jasmon.

UM is ONE!! Towards 1Malaysia!

3 comments:

  1. En. Hafizzudin, sy sokong dgn apa yg telah en. tulis di blog ni. Semua ni adalah kebenaran dan sy berpendapat bhw semua mahasiswa/i patut tahu tentang kebenaran ini. Terutama sekali junior2 UM :) Terima kasih kerana telah membuka minda kami... :)
    Teruskan usaha kami akan terus menyokong. Semoga Allah bersama kita. Amin...
    -dr kami... student UM-

    ReplyDelete
  2. salam,

    aku pernah belajar kejap di Pusat Asasi Sains sebelum aku melanjutkan pelajaran di Indonesia waktu tahun 2004.

    dulu tak de pulak aku dengar cerita-cerita macam ni..mungkin sebab sebulan je aku di sana jadi tak tahu a big picture mengenai UM.

    waloapapon, perkembangan mengenai UM tetap menarik minat aku untuk aku ikuti.

    ternyata mahasiswa kita sepertinya tidak begitu matang dalam politik..

    masak di luar, mentah di dalam. apalah sangat dengan kerusi di universiti, tak mati pon kalo tak dapat..

    minta link nya untuk disavekan di blok aku..

    ini link aku:
    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

    aku banyak berbicara isu politik dan hal-hal mengenai mahasiswa di indonesia

    khairul hafidz,
    YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat sesi 09/10
    Bandung, Indonesia

    p/s: silakan jika ingin bertanya apa-apa sahaja mengenai hal kami di sana..:)

    ReplyDelete
  3. buat mira, saya juga masih pelajar jadi encik tuh tak sesuai lagi dgn saya...ajak rakan-rakan berfikir dan memerhati agar kita mahasiswa tidak diperbodohkan oleh politik emosi dan nafsu. sama2 kita fikir dan menilai mana kaca dan mana intan.
    buat khairul hafidz, terima kasih atas kunjungan saudara, tahun 2004 tidak begitu kencang politik susulan gagasan ketika itupincang dan tiada sokongan mana-mana mahasiswa. akan tetapi setelah mereka 'rebrand' diri mereka sebagai pro mahasiswa, mereka mula mendabik dada dgn slogan perubahan dan sebagainya. mungkin saudara di indonesia lebih dekat dgn suasana politik di indonesia yang khabarnya lebih agresif tetapi di malaysia juga apa kurangnya terutamanya dr kampus tertua, UM ini.

    ReplyDelete