Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Tuesday 5 January 2010

Pelajar kini boleh dapatkan kad diskaun 50% KTMB

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Pelajar tempatan berumur 13 tahun dan ke atas kini boleh mendapatkan kad diskaun 50 peratus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan jarak jauh secara percuma di semua stesen KTMB dan pejabat perkhidmatan antara bandarnya.

Kad diskaun itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2010 untuk membantu pelajar, mula dikeluarkan KTMB sejak semalam.

"Pengeluaran kad ini tertakluk kepada syarat dan kami berikan hanya untuk tempat duduk kelas kedua dan ekonomi sahaja,” kata Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antara Bandar KTMB, Mohd. Noordin Kimi.

Kad itu layak diperoleh oleh pelajar sama ada mereka di sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, pelajar separuh masa atau pengajian jarak jauh.

"Semua pelajar layak, tidak kira daripada keluarga miskin atau kaya, selagi seseorang itu masih bergelar pelajar tidak kiralah penuntut Sarjana atau Phd., mempunyai kad pelajar dan belajar di dalam Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun pelajar dari maktab-maktab perguruan, jururawat, polis, tentera dan juga institut kesihatan perlu membayar harga kad tersebut dengan membayar RM30 setahun, tambahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kad tersebut, pelajar boleh menghubungi KTMB di talian 03-2279 8852 ataupun mengunjungi laman web www.ktmb.com.my. – Bernama

No comments:

Post a Comment