Siamang..hmmm bila aku dengar nama nih aku ingat menda nih hantu geng2 pontianak, langsuir dan sebagainya tapi sebenarnya sangkaan tuh jauh dari segala perkara yang aku pikirkan..
Siamang ni sebenarnya sejenis haiwan terlindung yang tergolong dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus.
Bulu Siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding dengan siamang betina, dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit.
Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah (mungkin tuh ler sebabnya kalo kita tgk budak2 yg suka main gayut2 diorang digelar siamang). Siamang betina berjalan tegak dengan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan di belakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan.
Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya, akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik sahaja bercerai susu(kalo la bapa2 dari golongan manusia pon mcm nih...aman rumah tangga).
Siamang bangun sejurus sebelum matahari terbit dan mula tidur sejurus selepas matahari terbenam. Ia menghabiskan tujuh puluh peratus masanya untuk mencari makanan. Makanan paginya ialah buah-buahan yang ranum dan selepas itu, ia hanya makan pucuk-pucuk kayu.
Siamang takut akan air. Biasanya ia akan mencelupkan kaki depannya ke dalam air, dan menghisap air pada bulu kakinya itu sebagai minuman. Ia juga akan mendapatkan air minuman dari dalam tunggul pokok.
Hmm..ni la sedikit sebanyak yang ada mengenai fakta species bernama siamang nih..hakikatnya manusia, haiwan, alam flora ni patutnya hidup harmoni dan saling memerlukan antara satu sama lain..
Punca binatang ini mengganas sampai mencederakan manusia adalah keranan habitat asal mereka seringkali dimusnahkan dek kerakusan manusia yang tamak mengejar kekayaan duniawi.
Allah telah menciptakan hutan rimba khas buat haiwan2 sebegini untuk hidup serta membiak dengan normal. Walaupun kita juga berhak untuk menggunakan sebahagian daripada alam ini tidak bermaksud kita boleh menghapuskan habitat mereka sesuka hati.
Langkah menjaga mereka di zoo adalah niat yang murni tetapi mereka juga makhluk Allah yang mempunyai hati dan perasaan, jika kita tidak menjaganya mereka juga akan marah dan mungkin mengamuk sama juga macam manusia sendiri.
Oleh itu, marilah kita memupuk rasa cintakan alam flora dan fauna pada generasi muda agar mereka satu hari kelak dapat menebus kesilapan yang telah nenek moyang mereka lakukan. Moga kita dapat hidup kembali aman seperti sedia kala..
baru tahu :)
ReplyDeleteilmu harus dikongsi :)
ReplyDelete