Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum, agama, budaya, adat dan lain2..
Oleh itu negara luar sering memandang keunikan Malaysia ini dan tertarik dengan perpaduan kaum yang tercapai sesama rakyat.
Banyak caranya untuk mengukuhkan perpaduan kaum ini sebenarnya tapi harini aku nak cerita ttg 1 saja iaitu bahasa..
Harini aku saksikan satu kejadian yang sepatutnya tidak berlaku sesama rakan sekerja iaitu pergaduhan.
Jika dikaji permulaan pergaduhan ini nampak sgt mudah bila seorang lelaki India(A) bercakap dgn seorang lelaki Cina(B) dlm bhasa tamil dan dibalas dengan bahasa Cina.
Pada permulaan ini semua dianggap suatu yg main2 skadar suka2 saja tpi lma2 kelamaan nmpk ketegangan mula tercetus.
B mula tidak puas hati bila A asyik ckp dgn B dlm bahasa tamil. Mungkin akibat B tidak paham atau merasa A sedang ckp buruk ttg B maka tercetuslah 1 pergaduhan.
Melihat akn kejadian ini membuatkn saya berfikir apa akn jdi kalau kita takda bahasa Malaysia(BM) sbgai bhasa kebangsaan.
Tidak dinafikan setiap bangsa akn bangga dan mempertahankan bhasa mereka tetapi dlm ngara berbilang kaum, itu perlu ada toleransi.
Saya bersyukur negara kita telah mewartakan dlm perlembagaan bekenaan kedudukan BM itu sendiri.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu akur dan menerima penggunaan BM dan ia harus digunakan scra meluas terutamanya dlm hal rasmi pkerjaan.
Sifat perkauman perlu dikikis oleh setiap rakyat Malaysia bg membolehkan kita hidup terus harmoni dan bergerak memajukan negara bersama2..
Tidak perlu kita menimbulkan isu sensetif dlm negara hingga dapat memecahbelahkan perpaduan sesama kita.
Akhir kata, usahlah kita jadi duri dalam dging mahupun gunting dlm lipatan bagi negara kita sendiri kerana perpaduan adalah tonggak kekuatan negara, jadi marilah kita kekalkan keharmonian negara kita sampai bila2..
No comments:
Post a Comment