Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Tuesday, 10 January 2012

Puisi Bumi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Ini merupakan puisi yang pertama saya cipta 8-9 tahun yang lalu. Mencuba nasib dalam majalah sekolah dan pernah memenangi Hadiah Puisi Pilihan bagi majalah tahun 2008. Mari kita hayati dan insaf atas perbuatan diri kita di muka bumi ini.

Bumi,
Dahulu kau hijau,
Dahulu kau jernih,
Dahulu kau nyaman,
Tetapi itu sekadar kenangan.

Bumi,
Apa sudah jadi?
Isimu dipunggah,
Hutanmu ditebang,
Udaramu dicemar,
Oleh manusia,
Yang jahil lagi zalim.

Bumi,
Hutanmu bukan lagi ditumbuhi tumbuhan,
Tetapi ditumbuhi oleh besi dan konkrit,
Yang lebih dikenali sebagai Hutan Konkrit.

Bumi,
Airmu bukan sekadar air,
Tetapi ditemani sampah dan sisa toksik,
Yang bukan sahaja mencemar airmu,
Tetapi membunuh tumbuhan dan hidupan,
Di dalam airmu.

Bumi,
Apakah dosamu?
Sehingga diperlakukan sebegini rupa,
Tak ku sangka,
Manusia yang diturunkan Tuhan untuk membelamu,
Akhirnya menjadi musuh dan pemusnah dirimu.

Bumi,
Sabarlah sebentar,
Hayatmu sudah pendek,
Bila kau digulung Yang Maha Berkuasa,
Kau bebas dari semua ini,
Manusia yang jahil,
Mencemarkan dan merosakkan dirimu,
akan dihadapkan kepada Yang Maha Esa,
Untuk pengadilan dan hukuman,
Atas apa yang telah mereka lakukan.

No comments:

Post a Comment