Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Monday 13 February 2012

Katakan TIDAK Pada HARI KEKASIH@VALENTINE

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Dalam blog saya ada beberapa artikel yang saya tulis berkenaan Larangan Menyambut Hari Kekasih dan teringat pula masa dulu2 ada juga hadir dalam forum untuk bahaskan hal ini. Saya yakin ini banyak menjawab persoalan2 anda berkenaan hari kekasih ini.

Hari yang diciptakan oleh orang Kristian untuk memperingati seorang paderi kini menjadi 'trend' anak muda bagi menunjukkan rasa kasih dah sayang mereka pada kekasih mereka dan ini bukan sahaja salah malah boleh dikatakan melanggar akidah Islam.


Allah menciptakan manusia memiliki pelbagai perasaan dan cinta tidak lari dari perasaan manusia, ciptaan Allah yang cukup cantik di muka bumi ini. Tetapi cinta juga banyak memakan diri manusia diseluruh alam, ada yang sanggup mati, korbankan maruah serta gadaikan harta benda semata2 cinta itu.

Perasaan ini sepatutnya menjadi kekuatan dalam diri kita masing2 dan bukan menjadi faktor kehancuran tak kira dari segi fizikal mahupun rohani bagi manusia ciptaan Allah ini.

Justeru, jangan la kita cemarkan bulan Februari sebagai bulan Maksiat pula dan jangan pula jadikan bulan Oktober, November mahupun Disember sebagai bulan buang anak beramai2 pula..

Kepada yang lelaki, anda sebagai khalifah di muka bumi ini, jadi patuh dan taat pada Penciptamu agar kamu dapat menjaga maruah wanita2 mahupun mana2 makhluk ciptaan Allah tidak kira yang bersaudara mahupun yang bukan bersaudara denganmu.

Kepada yang perempuan, jadilah kamu bak buah epal yang tinggi nun jauh di atas sepohon pokok. Jangan kamu sekali2 merelakan dirimu jatuh sebelum masanya semata2 untuk menjadi lahapan segelintir manusia tetapi biarlah dirimu dipuncak dan jika mereka yang benar2 inginkanmu, biarlah mereka berusaha untuk mendapatkanmu dengan cara halal.

Islam tidak pernah menganjurkan hari yang spesifik untuk menghargai kekasih anda malah dalam Islam, kita dianjurkan untuk mengasihi saudara mara kita, sahabat handai serta saudara seagama kita pada bila2 masa sekalipun.

Oleh itu, mari sama2 kita tolak hari yang tak bermoral ini dan kita gantikan dengan semangat cintakan Allah dan RasulNya, moga kita akan terus diberi syafaat dan hidayah oleh Nya.

2 comments: