Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday 8 March 2012

Reviu 'The New ipad'

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Harini merupakan hari yang dinanti2kan oleh peminat Apple umumnya dan ipad khususnya kerana awal pagi tadi, Apple Inc. menerusi Ketua Pegawai Operasinya, Tim Cook dengan rasmi melancarkan ipad generasi ketiga dan ia tidak dinamakan ipad 3 sebaliknya digelar sebagai 'The New Ipad'.


Dari segi fizikal, tidak ada bezanya antara ipad 2 dan ipad baru ni cuma ipad baru lebih kurang 50g lebih berat dan 0.6mm lebih tebal berbanding ipad 2. Butang Home pula masih dikekalkan, tidak seperti yang saya war2kan sebelum ini.

Antara penambahbaikkan yang telah dibuat pada ipad baru ini adalah seperti berikut:


  • Paparan retina. Dengan 2048x1536 resolution, ipad baru mempunyai resolusi yang lebih baik berbanding tv HD 40 ke 50" yang berada dipasaran ketika ini. Selain itu, ia juga mempunyai 264 pixel per inch, bermakna mata kasar manusia memang takkan dapat kesan pixel tersebut pada jarak 15inci atau lebih dekat.

  • Prosessor A5X yang baru. Ia merupakan antara prosessor mudah alih paling canggih buat  masa ini dengan 4 teras(quad core), bermakna ia bukan sahaja boleh membuatkan ipad baru ini beroperasi dengan lebih pantas(2 kali lebih laju dari ipad 2), ia juga menambahbaikkan kesan grafik terutamanya pada permainan game serta pengawalan kuasa bateri yang lebih baik.
 

  • Insight camera. Ini bakal mendiamkan mulut2 pengkritik ipad diluar sana bila Apple memperkenalkan kamera 5megapixel dengan menggunakan teknologi yang sama seperti pada iphone 4s dengan 5 lensa kamera berkuasa tinggi. Walaupun hanya 5megapixel, hasilnya nyata melangkaui batas imaginasi kita terhadap kamera 5mp kerana ia juga dibantu dengan paparan retina yang tiada tandingannya itu. Ia juga dilengkapi dengan face detection di mana setiap kali anda ambil gambar yang ada muka org, semua akan dikesan utk memberi kesan cahaya yang lebih baik.


     
  • Rakaman video HD. Ini telah menambahkan kesan grafik kepada 1080p, lebih baik berbanding 720p pada ipad2 bermakna kualiti gambar itu lebih baik tanpa sebarang pixelated effect. Tambahan pula dengan kuasa prosessor A5X, ia telah menjana tenaga untuk menstabilkan video yang diambil(tanpa banyak kesan gegaran).
  •  
  • Aplikasi pengesan suara(Dictation). Walaupun ramai yang mengharapkan Siri didatangkan bersama ipad baru, tetapi apa yang ada hanyalah Dictation. Semasa menulis email, nota atau mesej pesanan ringkas, kita hanya perlu menekan butang Dictation dan cakap. Ipad baru akan menginterpretasikan percakapan kita dah dizahirkan dalam bentuk perkataan. Untuk masa kini, hanya 6 bahasa yang boleh diterima antaranya english, french, german dan terbaru jepun.
  •  
  • Akhir sekali, internet mudah alih berkelajuan tinggi 4G LTE(Long term evolution). Dengan kelajuan berkuasa tinggi ini, kita mampu menonton video, melayari web dan membuka mail yang penuh dengan attachment 10 kali lebih laju berbanding 3g sekarang.Tapi buat masa ni, hanya YES sahaja yang menawarkan kelajuan 4G di Malaysia. Jadi kita mungkin akan melihat persaingan 4G di Malaysia sebaik sahaja ketibaan ipad baru ini di sini.

Dengan kesemua fungsi dan penambahbaikkan ini, kuasa bateri masih ditahap yang sama iaitu 10 jam penggunaan biasa dan 9 jam jika penggunaan 4G yang kerap.

Bagi saya, ipad baru ini adalah satu gajet yang boleh diklasifikasikan sebagai suatu gajet yang harus dimiliki dan harganya pula sama dengan ipad 2 jadi pemilik ipad yang sediakini sudah tentu tidak akan banyak berfikir untuk menukarnya.

Akan tetapi bagi saya, mungkin bukan tahun ini untuk menukar pada gajet yang baru ini kerana prospek saya lebih jauh iaitu mennatikan iphone 5 atau mungkin dipanggil the new iphone pula. Oleh itu buat anda diluar sana, tepuk dada tanyalah selera masing2.



No comments:

Post a Comment