Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Tuesday, 13 March 2012

Selamatkah Kita??

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Masih ingatkah anda pembunuhan kejam seorang usahwan wanita yang dibakar bersama pemandu dan rakan niaga beliau tahun lepas? Pada saya kes ini masih belum lagi selesai dan ia masih bermain lagi diingatan rakyat Malaysia amnya.

Semalam pula kita digemparkan dengan berita adik Nurul Nadirah atau lebih dekat dipanggil Dirang ditemui mati akibat dibakar oleh segolongan manusia durjana berhati syaitan dan bertopengkan manusia untuk hidup di bumi ini.

Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac yang lalu ditemui dalam keadaan yang sangat sukar untuk dicam, hanya ujian DNA berjaya memastikan bahwa itu adalah anak kepada Puan Roselyn Alan.


Sekaligus menimbulkan persoalan dibenak pemikiran saya, benarkah Malaysia ini selamat tanpa perlu ada rasa ragu2..hingga Malaysia diiktiraf negara ke-19 paling selamat dan aman di dunia, adakah cukup dgn transformasi yang jalankan oleh PDRM untuk kurangkan kadar jenayah?

Jenayah melibatkan kanak seringkali dilihat kes yg enteng dan tidak popular tetapi sejak kes adik Nurin Jazlin, kes ini dilihat menjadi2 tanpa sebarang 'countermeasure' yang benar2 kukuh, adakah hanya pihak polis perlu dipertanggungjawabkan.

Pertama, ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan kanak2 ini. Adakah biasa bagi anda membiarkan anak kecil berumur 5 tahun pergi ke kedai runcit membeli barang tanpa sebarang pemantauan org dewasa? Ini hakikat kes adik Dirang! Dia dibiarkan bersendirian pergi membeli barangan runcit ini.

Hatta walaupun mereka hanya bermain di halaman rumah sekalipun, ibu bapa atau org lebih dewasa harus memberikan perhatian pada mereka kerana mereka masih lagi kanak2 yang tidak tahu mengesan atau menghidu bahaya yang bakal datang.

Kedua, nilai kejiranan yang membimbangkan. Dahulu, institusi kejiranan merupakan suatu institusi yang dipandang tinggi dan ukhwah sesama jirang sentiasa dijaga dan dipeliharan. Nabi Muhammad S.A.W dalam hadisnya pernah menerangkan berkenaan institusi kejiranan ini.

Maksudnya hadis berkenaan: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berbuat baik dengan jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan mengatakan bahawa seseorang jiran boleh menjadi waris kepada jirannya.”

Oleh itu, kita harus sentiasa membantu dan memerhatikan anak2 jiran kita juga jika dilihat mereka seakan2 tidak dipedulikan ibu bapa mereka sendiri kerana ini sudah menjadi tanggungjawab kita bila berjiran. Jangan hanya kita tahu pergi kerja dan balik kerja tanpa mengenal siapa jiran kita.

Dua faktor yang saya utarakan di atas jika kita benar2 terap dan aplikasikan, Insyaallah masalah sebegini rupa tidak akan timbul kerana pada pendapat saya pihak berkuasa sudah menjalankan tugas mereka sebaik mungkin dan apa yang kita perlu buat adalah di peringkat pencegahan.


Akhir kata, jenayah harian tidak akan berkurang jika kita tidak menanganinya bersama2..mengharapkan pihak berkuasa sahaja adalah satu tindakan yang pentingkan diri sendiri.

Kita perlu membuat inisiatif, to take extra step to care and to protect ourselves and out family from all those dangers forms which we already know and can be predicted.

Moga Allah menempatkan adik Dirang di sisi orang beriman dan berharap ahli keluarga Dirang akan tabah menjalani hidup tanpa gelak tawa anak comel ini.. Al Fatihah..

No comments:

Post a Comment