Assalamualaikum...Salam Perpaduan..
Semalam mungkin menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh sesetengah rakan-rakan. Setengahnya menggelarkan semalam sebagai 'New Year's Eve'. Bagi yang lain, kelihatan berpusu-pusu keluar beramai-ramai. Bila saya bertanya, saya mendapat jawapan yang mereka sebenarnya nak pergi tengok bunga api. Saya membalas jawapan mereka dengan senyuman..
Dan pada malamnya pula, saya berada di kolej. Masih ada yang bingit di kolej. Rupanya tidak semua yang keluar bergembira menyambut kedatangan tahun baru yang dimeriahkan dengan tembakkan bunga api yang cantik berwarna-warni itu. Ada segolongan orang yang sanggup duduk, menari, menepuk, pukul alat muzik dan sebagainya. Membuatkan saya terasa adakah mereka tau esoknya dah tahun baru?mengapa masih ada di situ.
Aku pergi bersama-sama mereka walaupun niatku sebenarnya ingin keluar nikmati suasana tahun baru itu juga. Aku dapat melihat adik-adik ku sungguh giat berlatih bagi Feseni akan datang. Tak kira apa jua, dikir barat, boria mahupun kompang, rata-rata dianggotai pelajar tahun 1. Membuatkan aku terfikir sejenak, apa sebenarnya sudah jadi pada senior yang menjadi sebahagian daripada pasukan itu tahun lepas. Aku batalkan niat aku dan aku duduk bersama adik-adik ku.
Pertama sekali aku bersama-sama pasukan boria. Dengan gerak tari yang agak rumit, tidak semua adik-adik ku dapat menangkapnya dengan cepat. Ada yang masih janggal kerana sebelum ini belum pun pernah menari. Tetapi dengan keazaman dan semangat cintakan kolej, mereka rempuh cabaran dan berlatih mendapatkan gaya yang telah diajar oleh jurulatih. Kemudian jurulatih itu meminta aku menolong adik-adikku ini dengan jalan cerita dan juga pantun lagu bagi boria. Melihat muka-muka mereka, aku tanpa rasa berat menyetujui untuk membantu mereka walaupun komitmen ku masih banyak di luar dan di dalam kolej ini. Tetapi jika adikku boleh korbankan masa luang mereka, kenapa tidak aku membantu mereka. Ayuh kita martabatkan boria kolej kediaman pertama.
Selepas tamat latihan boria, aku turun menyaksikan adik-adikku ini berdikir pula. Rupanya kebanyakkan ahli boria ini juga ahli dikir barat. 'Oh sudah!'. Timbul dalam fikiran aku, takkan dalam kolej ini dihuni seramai 800 orang tidak pula ada sesiapa yang boleh turut serta malah terpaksa menggunakan orang yang sama. Insyaalah isu ini akan saya kupas di 'post' yang seterusnya. Bila bersama-sama adik-adik ku dikir, aku pun terasa semangat. Ku ambilnya gendang dan aku mula memukul. Gendang baru yang diperoleh, terima kasih atas usaha penyelia penasihat itu masih keras. Agak sakit juga jari ku memukulnya. Tetapi dek semangat yang kental ditunjukkan adikku semua, aku meneruskannya walau ku tahu rasa yang dialami. Aku juga diminta membantu tok jogho untuk melatihnya menyanyi kerana sebelum ini, aku pernah melatih juga tukang karut. Berbekalkan sedikit ilmu yang pernah ku belajar, aku ajarkan semuanya pada mereka, adik-adikku semua. Walaupun ada kekurangan, tetapi jauh disudut hatiku dia mampu melaksanakan tugas ini.
SEBAHAGIAN daripada warga kota meraikan detik sambutan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. Gambar Ehsan Berita Harian Online
Detik 12 tengah malam pun menjelang tiba, pancutan bunga api boleh kelihatan dari kolej ku ini. Ada yang daripada arah KL, ada dari arah Damansara dan ada juga dari arah Bangsar (agak-agaknya la, bukan fakta sebenar). Tetapi adik-adikku ini masih giat menjalankan latihan mereka. Sungguh aku terasa bangga dengan mereka. Mereka korbankan masa cuti untuk berlatih, mereka korbankan masa berhibur untuk berlatih dan saya yakin jika ini semangat yang semua ASTARIAN ada, maka kita akan terus berkembang ke arah kejayaan. Teruskan usaha adik-adikku, sesungguhnya kami barisan pimpinan kolej amat menghargai pengorbanan anda dan diharapkan anda akan terus cemerlang dalam apa jua yang anda lakukan kelak.
Astar is First!
UM is ONE!!!
No comments:
Post a Comment