Sokong Plan Transformasi Negara
Saturday, 28 January 2012
Kisah bantu Elfira sesat di Penang
Friday, 27 January 2012
PAC for PTD on 19/11/2011 Result Is Out!!
Wednesday, 25 January 2012
Blogku berwajah Baru
Tuesday, 24 January 2012
Cuti-cuti CNY
Ni semua sbb aku baru download M8 papago dlm iphone, so kiranya nak test power la kan..hehe..sib baik la aku tak beli gps betul2 sbb kalo beli pon mau 4 5 ratus, nih download dr appstore baru 75 je..huhu(aku tak jailbreak ok)..
So harinih nak crita ttg cuti2 saya nih la kan..hehe sampai KL pon dah malam 22/1/2012 sebab patutnya aku standby utk apa2 masalah di kilang, tgk sampai tgh hari tuh takde masalah sgt..pas Zohor aku pon bertolak..
Sampai malam tuh lapar giler..niat dihati nak p makan nasi lemak antarabangsa di Kpg baru sebab aku duduk pon kat KL international hotel tuh mmg dekat dgn kpg baru. Tapi sayangnya aku p tadak lak parking kan, pastu igt nak makan aa western kat kpg baru..nasib baik ada satu spot letak kreta..masuk2 kedai tuh full house lak..arghhh geram nye pasal aku shoot p bangsar makan nasi di pelita..habis crita aku kenyang..
Esoknya 23/1/2012 mula2 igt nak p melaka tapi baca kat twitter plustrafik, tulis trafik sesak lak nak ke melaka nih..sudahh aku mmg malas bab sesak2 nih..so tukar la plan..shoot p Putrajaya..hehe..rancang nak jalan2 tgk tasik dye..
Tapi bila sampai sana rasa nak p masjid besi lak..hehe so cam ok aa p jalan2 kat tasik den p solat kat masjid besi tuh..usha2 tgk putrajaya cruise tuh jalan 2.15 petang lak, so aku amik keputusan p aa semayang dulu..so pas semayang tgk pon dah kui 2 aku bajet takdan dah..so p makan n it nak p naik kui 3.30ptg punya.
Dalam kui 3 p nak beli tiket, dah habis pulak kena tunggu 4.45, so aku pon mcm malas je, lain kali je la aku naik cruise tuh..by the way harga takde la mahal sgt..RM30 je utk warganegara Malaysia..hehe
Monday, 23 January 2012
Khutbah terakhir Rasullullah S.A.W
Harini saya nak kongsi berkenaan amanat terakhir manusia yg paling Allah dan kita umat manusia syg iaitu Nabi Muhammad S.A.W.. Moga kita ambil iktibar akan peringatan Baginda.
"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
Sunday, 22 January 2012
Gong Xi Fa Cai
Esok rakyat Malaysia berbangsa Cina akan menymbut perayaan tahun baru lunar. In fact malam ni pon dah start dgn gathering dan reunion dinner with families, makan yee sang(betui ke ejaan ni).
Sebagai salah satu bangsa utama dalam negara kita, nyata sambutan ini disambut meriah tambahan pula dengan seruan Dato Seri Najib Razak yang meminta agar rakyat Malaysia mengamalkan rumah terbuka pada semua rakyat Malaysia.
Ada juga yang tanya aku, aku tak sambut ke perayaan ni sbb aku pon ada darah keturunan Cina. Jawapannye aku tak sambut pon sbb takde family Cina pon.
Mak saya mmg seorng yg pure Cina tapi dia dah diberikan dan dibela oleh keluarga Melayu jadi dia pon dibesarkan Islam. Orang dulu2 snng amik anak angkat takyah birokrasi2 ni.
Surat branak pon snng2 je boh nama sapa, ibu bapa sapa semua leh bubuh je nama sapa kita nak kan. So, aku tak sambut cuma aku banyak tau adat dan cara2 perayaan ni disambut sbb banyak kawan dan semua jiran tu pon Cina.
Tahun ni tahun Naga air, fuhh terigt dulu2 baca komik mesti ada unsur2 naga2 ni paling takleh lupa 18 cakar penunduk naga(ni hikmat khas kumpulan pengemis)..adehh jauh lak aku menyimpang kan..
So di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Cina buat semua rakan2 berbangsa Cina khususnya dan seluruh rakyat berbangsa Cina Malaysia amnya, may u have a prosperous year ahead.
Friday, 20 January 2012
Wanita dan Semalu..
Tengah melayari internet tanpa arah aku terjumpa satu artikel menarik, kisah Rasullullah S.A.W dan anaknya Saidatina Fatimah r.a. mengenai pohon semalu..jom kita ambil iktibar.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
iOS 5.1 with facebook Intergration
There a rumours after the big hit of twitter integration on iOS 5, Apple will intergrate another big social network to its idevices, Facebook with its coming iOS 5.1 update.
My 1st impression was, oh yeahh!! That is what they should do earlier man..now what i did if i need to upload some pictures to Facebook is all the old way stuff..open the app and upload it manually.
Compared to my twitter, it is all so easy..opening my gallery and share all those photos that I like on twitter(and also Instagram would be another alternative way), uploading youtube videos, posting blog article on twitter also never been easier.
Besides that, we not only save our friends contact number in the contact apps but with this, all their Facebook id will also available to be saved in the contact app right after this intergration goes live. So after this you wont miss your friends twitter and facebook id anymore :) .
So this next step from Apple to include the Facebook for this purpose is most welcome by me and for sure millions of Apple iDevice fans out there.
Saturday, 14 January 2012
Arranged Marriage?
Zaman sekarang nih semuanya start dari darjah2 lagi pandai dah nak bercinta2..dan hingga ke besar mereka memilih untuk mencari teman hidup mereka masing2 dan bukan lagi mengikut telunjuk ibu bapa mereka.
Tapi kalo kita nak kaji, divorce rate between arranged marriage couple is less lower compared to nowdays love marriage, thus a question rised in my head whether do we really need to continue this tradition nowdays?
Tuesday, 10 January 2012
Puisi masa; Tiada Nilai Setandingnya
Masa,
Masa,
Engkau cemburu padaku,
Kau sering dibazirkan,
Puisi Bumi
Ini merupakan puisi yang pertama saya cipta 8-9 tahun yang lalu. Mencuba nasib dalam majalah sekolah dan pernah memenangi Hadiah Puisi Pilihan bagi majalah tahun 2008. Mari kita hayati dan insaf atas perbuatan diri kita di muka bumi ini.
Bumi,
Dahulu kau hijau,
Dahulu kau jernih,
Dahulu kau nyaman,
Tetapi itu sekadar kenangan.
Bumi,
Apa sudah jadi?
Isimu dipunggah,
Hutanmu ditebang,
Udaramu dicemar,
Oleh manusia,
Yang jahil lagi zalim.
Bumi,
Hutanmu bukan lagi ditumbuhi tumbuhan,
Tetapi ditumbuhi oleh besi dan konkrit,
Yang lebih dikenali sebagai Hutan Konkrit.
Bumi,
Airmu bukan sekadar air,
Tetapi ditemani sampah dan sisa toksik,
Yang bukan sahaja mencemar airmu,
Tetapi membunuh tumbuhan dan hidupan,
Di dalam airmu.
Bumi,
Apakah dosamu?
Sehingga diperlakukan sebegini rupa,
Tak ku sangka,
Manusia yang diturunkan Tuhan untuk membelamu,
Akhirnya menjadi musuh dan pemusnah dirimu.
Bumi,
Sabarlah sebentar,
Hayatmu sudah pendek,
Bila kau digulung Yang Maha Berkuasa,
Kau bebas dari semua ini,
Manusia yang jahil,
Mencemarkan dan merosakkan dirimu,
akan dihadapkan kepada Yang Maha Esa,
Untuk pengadilan dan hukuman,
Atas apa yang telah mereka lakukan.
Pantun Putus Cinta
Lama dah rasanya saya tak menukilkan pantun..so ini sekadar suka2 dari saya..
Bila diajak makan bihun,
Tidak mahu pula katanya,
Bercinta betahun-tahun,
Putus jua akhirnya.
Pi pasar beli kelapa,
Bukan yang muda tapi yang tua,
Muka tak handsome takpa,
Hati yang baik dikenang jua.
Bapa sedang baca buku,
Mama pula dok potong kuku,
Biar beribu tolak cintaku,
Asal Allah kasih padaku.
Kakak manja bila meminta,
Minta ayah sebuah cermin,
Buat apa kita bercinta,
Kalau bukan untuk ke pelamin.
Diriku kini sangat sadis,
Kusut masai tak urus diri,
Kalau diri direject gadis,
Jangan pula bunuh diri.
Guruh dilangit kuat berdentum,
Yang turun pula hanya gerimis,
Bunga diluar bukan sekuntum,
Tidak juga ia sejenis.
Buat apa badan sasa,
Kalau takut pegang sepat,
Jangan kita putus asa,
Terus mencari sampai dapat.
Duduk rumah makan serabai,
Serabai makan bersama kuah,
Bila dapat jangan abai,
Kelak menyesal tak sudah.
Untung nasib siapa nak duga,
Girangnya hati tak terperi,
Kasih abadi sampai syurga,
Kasih halal suami isteri.
Sunday, 8 January 2012
Sejauh mana suara itu aurat wanita..
Pagi ni ada plak mamat nk tnya soklan tnpa usul periksa kan..hai laa tapi hal ini mmg da jd persoalan sgt lama..
Perempuan ni katanya suara itu aurat..sejauh mna kbnarannya..aku pon kaji la d internet(most simple knowledge pool).
Aku jumpa 1 artikel dan aku rasa sgt sesuai utk dkongsi sbb ni bukan tulis ikut suka hati tp dgn nas dan fakta.
“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]
“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]
Sumber dari seorang hamba Allah yang tak dikenali
So, jika ini dikatakan salah dan berdosa..
Ini pula apa??
Yang dilarang cumalah melunakkan suara dengan tujuan menggoda.. itu bila kita khususnya dalam bab suara. Ustaz love juga menulis dlm blognya suara lunak dan menggoda ini, memang ada larangan di dalam al-Quran :
“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (al-Ahzab : 32)
Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/04/soal-jawab-suara-wanita-aurat/#ixzz1ipn0Jyq4
Jika kita membuat satu statement umum seperti suara wanita itu aurat, sudah tentu ianya salah kerana ia bermaksud wanita ni kalo bukan dengan muhrim kena diam je la kan..ish..persepsi kita ni masih jauh ketinggalan.
Wanita ada hak mereka asalkan wanita itu tidak bersuara manja, merayu-rayu, mendesah dan seumpamanya, yang dapat menimbulkan hasrat yang bukan-bukan bagi kaum lelaki
Akhir kata, jangan la nak serbu tembok kalo tak pakai helmet...kita kaji dan kita bicara seperti org yang berilmu..jika anda berpenderian itu haram, maka bagus lah untuk kamu tapi kita harus menerima pendapat orang dan bertolak ansur jika perlu.
Saturday, 7 January 2012
BM bahasa perpaduan..
Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum, agama, budaya, adat dan lain2..
Oleh itu negara luar sering memandang keunikan Malaysia ini dan tertarik dengan perpaduan kaum yang tercapai sesama rakyat.
Banyak caranya untuk mengukuhkan perpaduan kaum ini sebenarnya tapi harini aku nak cerita ttg 1 saja iaitu bahasa..
Harini aku saksikan satu kejadian yang sepatutnya tidak berlaku sesama rakan sekerja iaitu pergaduhan.
Jika dikaji permulaan pergaduhan ini nampak sgt mudah bila seorang lelaki India(A) bercakap dgn seorang lelaki Cina(B) dlm bhasa tamil dan dibalas dengan bahasa Cina.
Pada permulaan ini semua dianggap suatu yg main2 skadar suka2 saja tpi lma2 kelamaan nmpk ketegangan mula tercetus.
B mula tidak puas hati bila A asyik ckp dgn B dlm bahasa tamil. Mungkin akibat B tidak paham atau merasa A sedang ckp buruk ttg B maka tercetuslah 1 pergaduhan.
Melihat akn kejadian ini membuatkn saya berfikir apa akn jdi kalau kita takda bahasa Malaysia(BM) sbgai bhasa kebangsaan.
Tidak dinafikan setiap bangsa akn bangga dan mempertahankan bhasa mereka tetapi dlm ngara berbilang kaum, itu perlu ada toleransi.
Saya bersyukur negara kita telah mewartakan dlm perlembagaan bekenaan kedudukan BM itu sendiri.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu akur dan menerima penggunaan BM dan ia harus digunakan scra meluas terutamanya dlm hal rasmi pkerjaan.
Sifat perkauman perlu dikikis oleh setiap rakyat Malaysia bg membolehkan kita hidup terus harmoni dan bergerak memajukan negara bersama2..
Tidak perlu kita menimbulkan isu sensetif dlm negara hingga dapat memecahbelahkan perpaduan sesama kita.
Akhir kata, usahlah kita jadi duri dalam dging mahupun gunting dlm lipatan bagi negara kita sendiri kerana perpaduan adalah tonggak kekuatan negara, jadi marilah kita kekalkan keharmonian negara kita sampai bila2..
Bahaya ke siamang nih..
Siamang..hmmm bila aku dengar nama nih aku ingat menda nih hantu geng2 pontianak, langsuir dan sebagainya tapi sebenarnya sangkaan tuh jauh dari segala perkara yang aku pikirkan..
Siamang ni sebenarnya sejenis haiwan terlindung yang tergolong dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus.
Bulu Siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding dengan siamang betina, dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit.
Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah (mungkin tuh ler sebabnya kalo kita tgk budak2 yg suka main gayut2 diorang digelar siamang). Siamang betina berjalan tegak dengan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan di belakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan.
Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya, akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik sahaja bercerai susu(kalo la bapa2 dari golongan manusia pon mcm nih...aman rumah tangga).
Siamang bangun sejurus sebelum matahari terbit dan mula tidur sejurus selepas matahari terbenam. Ia menghabiskan tujuh puluh peratus masanya untuk mencari makanan. Makanan paginya ialah buah-buahan yang ranum dan selepas itu, ia hanya makan pucuk-pucuk kayu.
Siamang takut akan air. Biasanya ia akan mencelupkan kaki depannya ke dalam air, dan menghisap air pada bulu kakinya itu sebagai minuman. Ia juga akan mendapatkan air minuman dari dalam tunggul pokok.
Hmm..ni la sedikit sebanyak yang ada mengenai fakta species bernama siamang nih..hakikatnya manusia, haiwan, alam flora ni patutnya hidup harmoni dan saling memerlukan antara satu sama lain..
Punca binatang ini mengganas sampai mencederakan manusia adalah keranan habitat asal mereka seringkali dimusnahkan dek kerakusan manusia yang tamak mengejar kekayaan duniawi.
Allah telah menciptakan hutan rimba khas buat haiwan2 sebegini untuk hidup serta membiak dengan normal. Walaupun kita juga berhak untuk menggunakan sebahagian daripada alam ini tidak bermaksud kita boleh menghapuskan habitat mereka sesuka hati.
Langkah menjaga mereka di zoo adalah niat yang murni tetapi mereka juga makhluk Allah yang mempunyai hati dan perasaan, jika kita tidak menjaganya mereka juga akan marah dan mungkin mengamuk sama juga macam manusia sendiri.
Oleh itu, marilah kita memupuk rasa cintakan alam flora dan fauna pada generasi muda agar mereka satu hari kelak dapat menebus kesilapan yang telah nenek moyang mereka lakukan. Moga kita dapat hidup kembali aman seperti sedia kala..
Friday, 6 January 2012
Kenapa aku anti giler Legging..
Legging..ape sebenarnya legging ni..pda noob di luar sana..legging nih sejenis kain ketat2 yg cover dari pusat kebawah yg mana dia diperbuat dari bahan yang boleh strecth dan ikut boddy shape..so besar punggung ke, paha berlekuk ke..segala lurah dendam pon mmg nampak la..so this is y the main reason y i hate it.
Please la perempuan ni Allah ciptakan sangat mulia, sebagai ibu, sebagai kekuatan di sebalik seorang lelaki jadi tak perlu la korang menjatuhkan maruah korang free2 je dengan pakai pakaian tak senonoh nih semua.
Hadith di atas menguatkan lagi sebab aku tak suka pompuan dok pakai legging nih..sedangkan wanitalah yang paling senang masuk syurga..buat mknan anak dapat pahala, bagi suami seronok dapat pahal..jadi anak yang solehah dapat pahala..tapi sebab nak berfesyen bagai nak gadaikan habuan di akhirat..arghhh tak dapat nak terima.
Buat adik2 yang baru nak test2 pakai legging nih..saya nasihatkan baik korang pakai bikini or g string je la keluar sebab takde beza kot..habis semuanya nampak..aduhh..malu la sikit dengan masyarakat di luar sana tu.
Allah bagi kita otak, bagi kita akal, bagi kita segalanya untuk kita pikir dan guna bagi memilih mana yang baik dan mana yang buruk..watpe nak pilih yang clearly buruk dan terbonjol2 weii...plss laa
Jadi muslimah bukannya takleh berfesyen..fesyen la tapi ikut apa yang dilandaskan oleh syariat..paling tak bleh blah or in english cannot go is perempuan yang bertudung..tapi legging...wooo ini mmg aku pangkah depan2 wei..
Tolong la mmg tulisan kalini agak emosional dan kasar tapi tolong la sedar dr 'lamunan' korang yang legging tuh bukan sejenis pakaian pon..aku kalo ada adik pompuan, kakak, isteri or anak perempuan mmg aku haramkan je legging tuh dlm rumah aku tuh..
Biarla korang beli rm100 ke 200 ke..aku nampak mmg aku bakor je..this shows how much i hate it..
Lagi satu kalo aku tak tegur ko..tak ke dlm kubur aku pon aku kena soal..tak pasai2 aku kena sebat sbb aku tak bagitau perkara yang sebenarnya pada korang..nehi nehi..kuch nehi bettehh..aku tamau laa tanggung di sana..aku tanggung di hina korang takpe lagi tak sanggup kalo Allah yang hina aku..