Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Saturday 14 January 2012

Arranged Marriage?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Arrange marriage once so popular about 20-30 years ago by our grand parents and great grand parents but is it still relevant these days?





Zaman sekarang nih semuanya start dari darjah2 lagi pandai dah nak bercinta2..dan hingga ke besar mereka memilih untuk mencari teman hidup mereka masing2 dan bukan lagi mengikut telunjuk ibu bapa mereka.


Tapi kalo kita nak kaji, divorce rate between arranged marriage couple is less lower compared to nowdays love marriage, thus a question rised in my head whether do we really need to continue this tradition nowdays?




Sumber Blog cintaohcinta


Tapi nak kata arrange marriage la 'ubat' bagi masalah penceraian di malaysia nih pon takleh jugak sebab pada pendapat saya, sikap individu itu sendiri yang memainkan peranan.

20 30 tahun lepas cara ibu bapa, nenek datuk kita dibesarkan sangat berbeza berbanding kita sekarang. Paling nyata sekarang kanak2 dimanjakan dan hingga ke satu tahap mereka boleh dianggap 'spoil' hingga sikap bertanggungjawab dalam diri itu langsung tiada.



Mereka banyak bergantung pada sokongan ibu bapa dalam segenap hal hatta ini juga bakal dipengaruhi jika mereka sudah berkahwin kelak dan ini salah satu faktor yang sangat lain berbanding orang dulu.


Orang2 dulu mereka sangat berdikari dan menurut nenek saya kanak2 10 tahun pada zaman dulu sudah mampu menjadi cikgu di rumah mengajar adik2 membuat kerja rumah dan sebagainya.


Begitulah besarnya jurang zaman dalam negara kita ini, dan tak terkecuali kecanggihan teknologi juga memberi kesan pada rumah tangga zaman sekarang. Zaman dulunya mana ada facebook twitter nih semua jadi bila mereka sudah berkahwin, mereka mmg akan kekal setia dan sayang pada pasangan mereka kerana mereka kurang ruang untuk mengenali orang lain dan bersosial.


Lambakkan laman sosial juga boleh dikatakan punca menaiknya kadar kecurangan dalam masyarakat kita. Mereka mudah berkenalan dengan perempuan atau lelaki lain dan jika nafsu mereka goyah maka runtuhlah masjid yang telah mereka bina.


Faktor pornografi juga tidak terkecuali dalam proses meruntuhkan rumah tangga sekarang ini bila lelaki mahupun perempuan yang ketagih dengan bahan ini akan mula rasa kurang puas bila bersama pasangan masing2 dan mula membandingkan dengan aksi yang mereka tonton itu.


Mentaliti juga semakin berubah sekarang nih bila dulu mereka bukan hanya memikirkan kekayaan dan kesenangan semata2 tetapi mendahulukan kebahagian anak isteri mereka tetapi sekarang ni semuanya dah terbalik.


Kepesatan negara membangun telah memberikan tekanan pada rakyat sehingga mentaliti mereka lebih terarah kepada kesenangan hidup dan ini nyata makin menggoyahkan institusi rumah tangga itu sendiri.


Anak-anak terbiar dan jika dijaga pon oleh bibik bukan ibu bapa mereka jadi tumbesaran mereka sudah tidak berpandukan acuan negara kita tetapi lebih terarah kepada cara bibik itu membesarkannya.


Bila anak2 diluar kawalan, suami isteri masing2 menyalahkan satu sama lain hingga mencetuskan situasi yang digambarkan sebagai mengegarkan Arasy itu.


Oleh itu, bukan saya nak kondem arrange marriage nih sebab kadang2 ia bagus bila merujuk pada bercinta lepas kahwin tetapi saya cuma tidak setuju jika dikatakan arrange marriage nih la sebab perkahwinan org dulu2 bertahan lama.


Kesimpulannya, jika kita mampu memupuk kasih sayang dalam keluarga kita mirip zaman datuk nenek kita, kita mampu membentuk rumah tangga yang bahagia meskipun ianya perkahwinan suka sama suka.

2 comments:

  1. easier said, it's all in the person whether he/she wants to make things work or not. and a sound cant be made without both hands clapping.

    ReplyDelete
  2. My i know which part is easier said? But its true both party has to be responsible for it

    ReplyDelete