Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday, 10 November 2011

Beri laluan pada Ambulans

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Tadi masa bersesak2 di jalan sungai pinang tu, ada la sebuah ambulans ni datang. Ne no ne no la punya ne no..tak bergenjak pon kereta2 di depan dia..hai la tatau la takda ruang nak gerak atau mereka tak ambik pusing hal ni.

Ramai yang prejudis dengan ambulans ni sebenarnya...antara yang terlintas dlm hati org kalo ada je bunyi ambulans adalah
1. Ala mest driver ni saja ja nak lalu cepat ni..
2. Apa hal ni dlm jem nak bising2 hon plak..hon balik dia..
3. Ah biar la aku pon nak cepat sampai gak..

Kalau ada antara kita yang beranggapan sebegini, berubah la dan bersangka baiklah pada mereka. We never know what is the real condition. Katakanlah betui ada pesakit dlm ambulans tu yang memerlukan rawatan segera, takke berdosa kita kalau dia tak sempat sampai sebab kita yang sellfish..

Bayangkan kalau kita yang berada dalam ambulans tu, kita pon mau org memahami dan memberi ruang pada kita utk kita cepat sampai hospital. Jadi kalau kita nak orang buat yang sama, kita pon kenalah berubah dan membuka minda agar orang lain pon boleh turut sama kita membuka laluan bagi ambulans untuk jalan.

Kepada pemandu ambulans pula, jangan la nak ambik kesempatan pula. Bila orang dah beri ruang pada ambulans, gunakan untuk kecemasan sahaja dan bukan untuk kepentingan diri.

Oleh itu, moral for today if we listen to the ambulance siren, please make way for them as the live in the ambulance might not have long time to survive without prior medication...renung2 kan lah ye..

No comments:

Post a Comment