Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Tuesday, 22 November 2011

Lets talk about Harimau Muda..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah buat skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee atas kemenangan mereka memenangi pingat emas semalam.



Perlawanan bertemu Indonesia yang juga tuan rumah Sukan SEA 2011 ini nyata menggetirkan bukan sahaja pemain malah juga peminat di tanah air.



Setibanya pasukan kita di Gelora Bung Karno, mereka sudah pun ditekan oleh peminat Indonesia bila bas yang dinaiki pasuka Harimau Muda ditahan dan diganggu oleh peminat Indonesia sehingga menyebabkan skuad Harimau Muda lewat tiba ke stadium.



Walaupun skuad negara tersentak dengan jaringan awal, nyata kekuatan mental mereka dan semangat sepasukan mereka menjadi kunci kemenangan mereka pada malam itu.

Ini dapat dilihat setelah Indonesia mendapat gol, kita berjaya mengatur serangan demi serangan tetapi sayang ketumpulan penyerang muda seperti fakri dan thamil menyebabkan pergerakan di midfield sia-sia sahaja.



Nasib juga merupakan faktor yang perlu kita hargai kerana hasil larian kapten, badrol bakhtiar yang berani meloloskan diri daripada pertahanan lalu membuat satu hantaran ke tengah dan atas faktor nasib ini, asrarudin yang kelihatan off balance berjaya membuat contact dan menanduk bola masuk jauh ke sudut yang penjaga gol gagal menepis lagi.



Selepas bermula separuh masa kedua juga jelas akibat ketumpulan jentera serangan gara-gara kehilangan izaq faris(yang nih pon...lu pikir la sendiri) dan beberapa pemain utama yang lain nyata membataskan lagi peluang kita menjaringkan gol.



Kita banyak mengharapkan back for serta khairul fahmi sebagai benteng terakhir untuk memastikan penyerang2 Indonesia tidak mampu membuat apa2 pada malam itu.



Ini nyata berkesan kerana kita dapat mengekang pemain mereka yang mempunyai skil yang baik itu hingga ke minit 120 perlawanan dan membolehkan kita mengheret mereka ke pertarungan penalti di mana khairul fahmi sekali lagi bertindak kemas menahan penalti pihak lawan manakala kapten badrol pula dengan rembatan kencang walaupun ditahan penjaga gol indonesia tetapi bola tetap bergolek masuk tanda emas milik Malaysia.



Tetapi sebalik kegembiraan ini, nyata banyak lagi lompang yang nyata perlu diperbaiki oleh ong kim swee terutamanya jentera serangan negara.


Beliau perlu mencungkil bakat muda seperti nazmi faiz di bahagian serangan bagi mendapatkan safee sali junior dalam skuad Harimau Muda.

Indonesia pula dilihat gagal mengambil kesempatan bermain di laman sendiri tatkala mendapat sokongan hampir 100 000 orang penyokong malam itu.


Mereka gagal bermain sebagai satu pasukan tetapi banyak melihat pergerakkan mereka hanya berkisar pada individu tertentu dan ini nyata membawa padah pada negara yang sekurang-kurangnya mendapat dua pemain import ini.


Biarlah kemenangan ini menjadi batu loncatan buat pasuka muda negara ini untuk mengorak langkah lebih bermakna di masa hadapan dan esok mereka akan sekali lagi turun bagi menentang Syria untuk kelayakan ke Olimpik.


Walaupun dilihat ini satu disadvantage bagi mereka tetapi apa yang penting mereka harus profesional dan menguatkan mental serta fizikal bagi mengharungi setiap perlawanan yang mereka sertai.


Akhir kata, kita perlu segera bangkit membimbing skuad muda negara bukan sahaja sukan bola sepak malah sukan seperti badminton, sepak takraw, skuash dan boling perlu sedar yang mereka memerlukan pemain pelapis untuk meneruskan kegemilangan sukan negara di mata dunia.

No comments:

Post a Comment