Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday 24 November 2011

Perlukah kita berubah..

Assalamualaikun dan salam 1Malaysia..

Dalam hidup kita ni, kita tak boleh hidup dalam satu cara sahaja. Bila sampai masanya kita harus berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan mahupun seseorang.

Sejak kecil jika kita boleh bertanya pada ibu bapa mahupun mereka yang rapat dengan kita, sebenarnya kita sedang berubah dengan pesat tanpa pengetahuan kita.

Sama ada perubahan itu ada perubahan pada fizikal mahupun kelakuan itu semua mungkin tidak lagi sama dengan apa diri kita 10 tahun yang lpas.

Dalam Islam sekalipun menuntut umatNya untuk merubah diri mereka ke arah kebaikan.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ini sudah jelas menunjukkan sebagai seorang manusia kita seharusnya sentiasa merubah diri kita untuk mengubah nasib kita.

Contohnya, jika kita tahu kita ini orang yang malas tetapi kita mahu berjaya dalam kehidupan, maka kita perlu berubah untuk kepentingan masa depan kita.

Selain itu, jika kita merasakan peranai kita tidak elok dan tidak disenangi orang yang rapat dengan kita, berubahlah sebelum kita dibiarkan menjadi kera sumbang.

Janganlah ambil kata2 seperti 'saya cintakan awak seadanya' ataupun 'walau bagaimana diri awak saya tetap terima awak' sebagai faktor kita berhenti dari usaha mengubah diri kita.

Mungkin benar kata2 itu tetapi sejauh mana keikhlasan kata2 itu kita sendiri pun tidak pasti, jadi utk lebih pasti ia perlu hadir dengan usaha kita memperbaiki diri kita.

Sebaliknya ada juga manusia diluar sana berusaha untuk merubah diri kita menjadi yang kurang elok.

Desakan kehidupan duniawi menyebabkan manusia sentiasa mencari jalan mudah dalam mencapai suatu matlamat dengan cepat.

Contohnya seorang anak kepada imam sekalipun jika hatinya tidak cukup kuat dia bakal dipukul badai kehidupan hingga jatuh ke lembah hina.

Perubahan jenis ini perlulah kita hindari hatta berfikir sekalipun sepatutnya tidak patut muncul dalam cetusan minda kita ini.

Berjaya atau tidak itu kita berserah pada Allah kerana tidak semua yang kuta hajati itu dikabulkan Allah tetapi apa yang penting di sini adalah usaha kita ke arah kebaikan itu.

Tetapi kita tidak harus berhenti usaha jika kita lihat usaha kita untuk berubah itu gagal pada percubaan yang awal.

Sejarah membuktikan dengan kesabaran dan ketekunan, usaha kita satu hari mampu membuahkan hasil dalam satu tempoh masa yang hanya Allah dapat tentukan.

Oleh itu, jelas di sini persoalan tentang perubahan sesorang (ke arah kebaikan) itu sememangnya suatu yang perlu dan ia perlu dilakukan secara istiqamah(berterusan).

Dan sesungguhnya kita perlu mengelakkan diri kita daripada sikap suka mengambil jalan mudah kerana ini memudahkan kita dipesong ke arah keburukan.

Saya tujukan entry ini pada mereka yang merasakan perubahan itu amat janggal pada mereka dan berkeras itu hidup sebagaimana yang mereka ada sekarang.

Sedangkan Rasullullah S.A.W sendiri berubah apabila menerima perintah Allah untuk mengubah hala tuju dari Mekkah ke Madinah, inikan pula kita hamba kerdil yang menentang lumrah perubahan kehidupan.

Jangan kita menjadi angkuh kerana mereka yang angkuh seperti Firaun, qarun dan Abu Jahal akhirnya tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Akhir kata, sempena Sambutan Awal Muharam yang bakal kita sambut Ahad nanti, sama2 lah kita berazam untuk merubah diri kita dari situasi yang kurang elok ke situasi yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment