Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Monday, 2 February 2009

Dari Politik ke Bola Sepak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pandukan pada tajuk pun rasanya semua dah tau apa agaknya coretan kali ini. Kita beralih sekeja dari isu panas di Perak ke isu yang tak kurang suamnya juga di Wisma FAM apabila jurulatih negara B Sathianthan dan pengurus pasukan bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun dilucutkan daripada jawatan mereka masing-masing sebagai ‘hukuman’ prestasi merudun skuad bola sepak negara.

Walaupun Sathianathan nampak tenang menerima berita sedih ini tapi jelas hatinya terguris gara-gara sekadar menerima sms menyatakan beliau telah dipecat oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Wajah sungul bekas ketua jurulatih bola sepak negara, B Sathianathan


Rata-rata pemain pun tidak begitu gembira menerima berita ini. Jika kegagalan dibelasah UAE dijadikan kayu ukur, ramai menyatakan itu bukan salah jurulatih 100% malah banyak lagi faktor-faktor lain.

Sathinathan yang diberi peluang kedua setelah gagal membawa pasukan Malaysia ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF baru-baru ini bagai mencari nahas dengan membuat kenyataan pedas terhadap mutu bola sepak dan pertandingan liga perdana Malaysia sekarang ini. Katanya, liga perdana kita ini bukan bola sepak sebenar.

Dari sudut pandangan saya, kekalahan kita tidak hadir dari pada pihak pemain mahupun jurulatih sahaja, walaupun jelas kualiti sedia ada tidak setanding negara asing bahkan tidak mendatangkan gerun pada pasukan negara jiran kita lagi. Tiada lagi nama-nama seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Abdul Ghani Minhat dan ramai lagi ‘pejuang’ negara di padang bola sepak zaman ini.

Barisan kepimpinan FAM juga dilihat antar faktor yang utama. Walaupun dikatakan perlu membuat rombakan besar-besaran tetapi masih ada segelintir yang orang yang tidak mahu melepaskan jawatan ‘panas’ dalam FAM itu sendiri. Pada pandangan saya, orang-orang lama yang sudah masak dengan bola sepak negara seperti pemain dulu itu sendiri perlu diserap dalam FAM untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih terus.

Menteria Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri yang baru-baru ini menyatakan beliau akan membuat perjumpaan dengan pemain veteran ini bagi mendapatkan sumbangan idea dari mereka. Persoalannya, perlukah Menteri yang buat sedemikian, apa guna adanya badan bernama FAM itu sendiri.

Pelbagai masalah dan kritikan diterima namun masih belum ada satu jawapan mahupun formula khas untuk FAM bagi menguatkan kembali jentera bola sepak negara. Bila selesai suatu pertandingan, jika menang heboh bagai nak rak kehebatan pasukan negara. Bila kalah dihentam secukupnya dari pelbagai arah. Oleh itu, saya menyarankan agar FAM membentuk pasukan muda belia kita dengan lebih baik, cari tajaan yang lebih untuk memberi pemain pendedahan luar negaran tak kisah dari segi perlawanan persaabatan mahupun menaja mereka bermain dengan kelab-kelab luar negara. Ini bukan sahaja dapat meingkatkan mutu permainan mereka malah dapat membuka fikiran mereka pada skop yang lebih luas berbanding liga tempatan sahaja.

Saranan ini saya tujukan kepada semua badan sukan negara bukan FAM sahaja kerana jelas atlit-atlit negara kita kurang pendedahan antarabangsa. Jika hanya diharapkan Sukan SEA, ASIA, Komenwel mahupun Olimpik sahaja, sampai bila pun emas olimpik kita takkan dapat gapai. Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment