Sokong Plan Transformasi Negara

Sokong Plan Transformasi Negara

Thursday 19 February 2009

Teks Ucapan Sempena Malam Bersama Pemimpin

Terima kasih pengerusi majlis. Yang berusaha, Dr. Woo Chaw Seng, pengetua kolej kediaman pertama, Yang Dihormati, Dr. Abd Wahab Hassan, Pengarah Syarikat ASLAH Industri Sdn. Bhd., Cik Hasniah Daud, penyelia penasihat Malam Bersama Pemimpin (MBP), barisan penyelia, barisan pembantu penyelia, saudara pengarah, Lim Wai Kit, JIK, JTK dan tak dilupakan hadirin para ASTARIAN sekalian, Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat ilahi, MBP dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada tenaga penggerak projek ini, daripada pengarah hingga kepada semua ahli jawatankuasa. Komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang penglibatan anda dalam projek ini.

MBP kali ke 3 ini telah membuat kelainan setelah 2 sesi sebelum ini kita hanya membawa pemimpin dari dalam universiti sahaja iaitu Prof Datuk Dr Hasyim Yacob, mantan Naib Canselor UM dan Prof Datuk Dr. Razali Agus, mantan TNC HEPA UM.. Alhamdulillah berkat usaha ajk, kita berjaya membawa salah seorang tokoh koperat yang berjaya datang untuk memberi dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau dengan kita.

Dr. Abd Wahab yang juga alumni UM pada 1975 dalam bidang sosiologi mempunyai banyak pengalaman bekerja samada di pihak kerajaan mahupun swasta. Dengan pengalaman yang banyak ini, beliau telah menubuhkan Aslah industri pada tahun 2000.

Sukar bagi kita mencari tokoh sebegini,walaupun beliau sibuk dengan urusan rasmi, beliau juga aktif dalam memimpin komuniti dan berkhidmat dalam pelbagai badan professional, NGO dan membimbing usahawan muda. Jika tak salah saya, beliau juga merupakan fellow untuk Oxford Center for Leadership, United Kingdom.

Saya mengharapkan malam ini tuan dapat berkongsi pengalaman tuan bersama kami agar suatu hari nanti, mahasiswa UM dan khususnya penghuni ASTAR ini bukan sahaja mencapai kejayaan setaraf tuan malah Insyaalah ada yang boleh mencapai lebih daripada ini berkat kehadiran tuan malam ini.

Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Abd Wahab kerana sudi hadir ke kolej kami dan tahniah kepada ajk di bawah bimbingan Cik Hasniah atas kejayaan penganjuran malam ini. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T..

2 comments:

  1. salam...
    just betulkan...
    dr abd wahab b hashim... bukan hassan
    semlm hafiz mungkin tak perasan...
    hafiz pun bace sebagai hassan... instead of hashim...
    mesti dr tu pelik jer...
    n mane2 audience yg perasan pun mesti pelik n confius....

    harap maybe lepas ni bole check dulu betul2 teks ucapan...
    n ajk protokol yg sediakan teks tu... jgn salah2 lagi yer....lain semua ok je sepanjang mbp berlangsung

    :)

    ReplyDelete
  2. itu sbnarnya salah saya, mungkin saya salah baca dr latar blakang tetamu yang dbri oleh ajk tempoh hari. dah ckp dengan dr abd wahab, dia kata takpa studen lagi..masanya kita blajar

    ReplyDelete