Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Sebelum memulakan bicara, ingin saya jelaskan kepada yang banyak bertanya pada saya, Coretan Kehidupan bukan wadah politik. Kebetulan isu panas sekarang adalah berkenaan politik di Perak jadi saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan, pendapat saya sebagai MAHASISWA berkenaan isu yang makin hebat dibicarakan, mungkin sehebat cadangan penubuhan Malaysia Baru selepas 16 September 2008 yang lalu, cuma bezanya ini di peringkat negeri dan ‘berjaya’ dilaksanakan.
Saya lihat keputusan di Perak sebenarnya tidak memihak mana-mana malah dapat kita lihat yang kedua-duanya tidak ada bezanya pun. Tetapi apa yang lebih mengecewakan, ada orang yang sanggup membelakangkan arahan dan perintah Sultan.
Di pihak kerajaan, pengambil alihan negeri Perak ini telah menimbulkan banyak persoalan. Bermula detik 25 Januari 2009 bila Adun Bota mengambil keputusan keluar dari parti asalnya, Perak tak lekang dengan isu-isu panas melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kemudian 3 lagi Adun yang keluar parti masing-masing dan berdiri sebagai bebas. Sesungguhnya latar belakang 2 daripada Adun itu agak kurang baik, tetapi siapalah saya untuk kata siapa baik dan siapa tidak.
Perdana Menteri Ke-4, Tun. Mahathir sendiri meminta agar pihak kerajaan berhati-hati dan tidak membuat tindakan terdesak menyerap masuk mereka dalam pihak kerajaan. Sekurang-kurang sehingga mereka didapati tidak bersalah dalam perbicaraan kes salah laku ketika menjawat jawatan exco beberapa bulan yang lalu. Tindakan menyerap mereka masuk mungkin membawa kesan buruk pada pihak kerajaan kelak kata Tun Mahathir yang terkenal sebagai orang yang mempunyai visi yang mampu melihat dan merancang ke depan.
Di pihak pembangkang, saya kurang senang tindakan bekas Menteri Besar yang enggan melepaskan jawatannya sekaligus dikatakan menderhaka pada Sultan. Walaupun tindakan beliau menghantar surat tunjuk sebab mengapa beliau enggan meletakan jawatannya kepada Tuanku adalah cara yang betul, tetapi titah Tuanku perlu kita junjung terutama bila anda orang Melayu yang sangat taat pada pemerintahan Sultannya. Walaupun saya hadir dari negeri yang tidak beraja tetapi saya tahu apa konsep beraja itu.
Hari ini tindakan pakatan pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambri Kadir bukan suatu tindakan yang bijak. Ini sekali lagi boleh mendatangkan murka Sultan Perak. Selain itu, rancangan membuat demonstrasi besar-besar untuk ‘merayu’ Sultan membubarkan DUN jelas tidak wajar. Tidak mungkin Sultan, pemerintah tertinggi negeri boleh senang-senang menukarkan keputusan Baginda melainkan anda mempunyai bukti yang benar-benar kuat.
Saya harap anda tunggu keputusan mahkamah setelah Speaker DUN Perak memfailkan tuntutan melucutkan gelaran 3 ADUN yang dikatakan hilang kelayakan mereka sebagai Adun itu. Sementara itu, akur pada perintah Sultan. Saya doakan kesejahteraan ke atas kerajaan baru Perak dan mengharapkan rakyat Perak akan mendapatkan faedahnya daripada perubahan ini.

Hope and Change...Yes we can
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekita di Malaysia ni menggunakan perundangan sistem raja berpelembagaan..persoalan yang timbul di sini bagaimana perlembagaan tidak dihormati?
di sini bukan bermaksud nak menderhaka kepada raja, cuma keputusam raja menimbul persoalan..raja adil kita sanjung..daulat tuanku.
kalau di tanya secara rambang kepada rakyat banyak memilih untuk pilihanraya..undia sms di buat oleh NTV7 94% pilih mengundi..
sekian...
yes..
ReplyDeletesepaptutnye ...
kalo sultan x perkenan bubar dun x pe..
ade lg care lain..
MB dan exco boleh letak jawatan secare rasmi..
tp mereke x nak buat begitu..
so,ade lg 1 option iaitu undi tidak percaye...
kenape x laksanekan??
mmg undi tak pecaya adalah yang paling relevan. tetapi ia perlu la ada persidangan. tapi kena igt, hanya menteri besar@speaker(tak igt yang mana) boleh panggil dun bersidang. rasanya kalau dia dah tau org akan buat undi tak pecaya, adakah dia akan panggil untuk bersidang lagi?
ReplyDeletehuhu...
ReplyDeleteok..
walaupun itu faktanye...
tetap tidak berlaku 3 care perlucutan jawatan tuh..
so,x kesah a die nak panggil atau x..
selagi tidak terjadi mane2 antare 3 care tuh..
mereke masih kerajaan yg sah...
membawa maksud perlantikan MB zamry tidak sah sama sekali...
bukan sy saje cakap camni..
ReplyDeletepemimpin dan bekas pemimpin umno pon cakap sebegitu..
iaitu ku li n mahathir....
Sekali lagi saya ingatkan bahawa skop perbincangan saya adalah kuasa Sultan itu sendiri. Sultan Azlan Shah merupakan pakar perundangan, jika org besar(yang pandai dan arif) pertikaikan itu soal lain, tetapi sapa kita nak tentukan samaada keputusan Sultan itu sah atau tidak, degree pon tak lepas lagi. nak dengar cakap org, knapa tak dengar ckp pemimpin yang sokong, sbliknya dngar segelintir yg tak sokong. bila kita bincang pasal politik, tiap2 pihak ada taktiknya. pemimpin politik juga banyak cabang lidahnya. bila ada kepentingan mereka sokong, bila takda mereka bangkang, itu lumrahbaik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. presepsi anda patut di ubah jangan ambil yang sebelah shaja. kita tunggu keputusan mahkamah sama ada ia sah atau tidak kerana itu lebih arif, sementara itu, kita patut menyokong Sultan yang selama ini menjadi tunjang dan payung negeri dan negara kita.
ReplyDeleteorang besar yg mempertikaikan itu menyatakan atas dasar perlembagaan ape mere mempertikaikan keputusan sultan..yg mane kite sendiri walaupon x lepas degree lg boleh paham gak ape yg perlembagaan tuh cakap dgn jelas...
ReplyDeletedan setakat ini pihak umno sendiri tidak pernah menyatakan perlembagaan mane yg menyatakan bahawa ir nizar bukan mb perak lg..hanya perpegang pada usul nizar menderhaka sultan...sultan dalam kondisi rakyat yg membantah sehingga menyebabkan nama baik baginda sendiri tercemar sepaptutnye boleh la membuat sedikit kenyataan..ini hanya berdiam diri... saye sememangnye menyanjungi sultan saye tuh... saye pon mmg orang perak..mmg saye teramat hormat dgn sultan saye...tp keputusan itu bg sy terlampau drastik dan tidak relevan..jikalau mengikut perlembagaan yg saye bace la..kalo ade perlembagaan lain yg menyebabkan terbatalnye perlembagaan yg sedia ada..sy x tau la pulak...tp ape2 pon..seperti yg saudara cakapkan..kite tunggu je lah keputusan mahkamah...saye akan hormat keputusan mahkamah...lg pon ini hanye pandangan saye yg tidak seberape arif...
agak menarik artikel di link ini..
ReplyDeleteboleh lah bace..
http://saifulislam.com/?p=4633
jika ttg perlembagaan boleh tgk2 http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id=387973
ReplyDeletetambahan untuk hal berkenaan undang undang
ReplyDeletehttp://writtenbyhim.wordpress.com/2009/02/07/krisis-di-perak-penjelasan-dari-sudut-undang-undang-penyokong-pakatan-harap-baca/#more-1603