Sedih saya lihat kanak-kanak ini diperlakukan sedemikian. Gambar memaparkan sebahagian pelajar tabika KEMAS di depan pintu pagar tabika mereka dikunci JKKK Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. Gambar ehsan Utusan Online.
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Apa lagi nak dikatakan, rintihan kanak-kanak belum cukup terjawabkah? Apa yang difikirkan oleh JKKK Kuala Sungai Pinang , lupa nak buka pintu pagar ke pakcik?
Kejadian semalam ini benar-benar menyedihkan. Apa salah kanak-kanak ini apabila JKKK kampung tersebut tidak membenarkan pihak tabika KEMAS menggunakan bangunan Desa Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang itu. Bukankah kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan melalui pejabat daerah untuk tidak mengganggu semua tabika Kemas di Pulau Pinang dan ia dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Bayangkan jika itu anak-anak anda ataupun adik-adik anda. Dibiarkan mereka belajar di bawah panas terik dari jam 8 pagi hingga 11 pagi. Saya seru jika ini akibat percanggahan fahaman politik, tolong buangkan ia jauh-jauh terutama apabila melibatkan kanak-kanak ini. Jika kerajaan negeri bagi kebenaran, kenapa JKKK ini perlu bertindak menghantar surat menyuruh dewan itu dikosongkan? Besar sangatkah kuasa JKKK sehingga melampaui kuasa kerajaan negeri? Ini suatu yang saya tak dapat terima dek akal. Sungguh tidak berhati perut.
Saya meminta agar JKKK kampung tersebut memberi penjelasan terbaik untuk kejadian semalam. Jika ianya satu penjelasan yang baik, saya dengan terbuka meminta maaf atas cetusan kurang sopan saya. Tetapi jika ia mempunyai penjelasan yang baik sekalipun, pihak pentadbiran tabika itu perlu diberitahu awal-awal agar persedian tambahan boleh dijalankan dengan lebih baik dan bukan dengan membuat pengajaran di bawah matahari terik.
Rata-rata anak itu daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah dan kebanyakannya adalah anak kepada nelayan. Mereka tidak harus didiskriminasi dan pengajaran terhadap mereka perlu terus diberikan kerana siapa kita tanpa ilmu. Islam sendiri mengutamakan ilmu dalam perjuangannya. Mengapa rata-rata ahli JKKK yang beragama Islam sanggup melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran mereka ini. Tak terfikirkah mereka nasib anak bangsa mereka ini. Adakah ini orang-orang yang ingin memajukan negara?
Kanak-kanak ini adalah mutiara negara. Mereka bakal menjadi pemimpin dan pewaris negara ini. Sungguh saya sangat sedih dan marah jika kanak-kanak dipergunakan untuk kepentingan individu tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingannya itu. Saya memohon agar kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengambil tindakan terhadap JKKK kampung ini kerana telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan kerajaan negeri itu sendiri.
Kepada ahli JKKK kampung tersebut, jangan anda rasa anda sudah mempunyai kuasa yang besar untuk melakukan apa sahaja yang anda suka. Kuasa yang diberi harus hadir dengan sikap tanggungjawab dan amanah kepada setiap penduduk. Saya yakin anda semua mesti lebih berumur sekaligus lebih berpengalaman daripada saya.
Dengan nada hormat saya merayu agar kejadian ini tidak akan berlaku lagi di mana-mana negeri sekalipun demi menjaga anak-anak ini, membimbing mereka satu demi satu bagi melahirkan pemimpin negara yang suatu hari boleh meneruskan usaha murni kerajaan dalam memajukan lagi negara kita dan menjamin keamanan serta kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Karikatur ehsan Utusan Online.
No comments:
Post a Comment