Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Semalam dan hari ini saya mendapat banyak persoalan yang sudah dijangkakan. “Hafiz, nak chek in ni macam mana, ofis tutup kan?”. Inilah soalan yang popular dan rasanya hampir 30 sms tak termasuk panggilan telefon serta melalui YM, semuanya soalan yang sama saya terima. Penat juga nak menjawab tapi dek kerana ini tanggungjawab saya jelaskan juga dengan tenang.
Buat rakan-rakan saya meminta maaf kerana tidak dapat membantu anda dalam isu ini. Ini kerana pihak kolej telah keluarkan Notis berkenaan cuti pertengahan semester ini kira-kira 2 minggu sebelum pelajar memulakan cutinya dan dalam notis itu jelas serta telah di’bold’kan hari dan waktu pendaftaran semula pelajar setelah pulang bari cuti.
Apa yang saya minta adalah anda budayakan sifat membaca notis. Ini kerana hampir semua yang tidak tahu adalah kerana tidak membaca notis. Itu mungkin dapat dimaafkan tetapi ada yang sudah baca tetapi gagal merancang perjalanan itu lebih mengecewakan. Saya menyeru dan merayu pelajar tak kira warga ASTARIAN mahupun warga kampus UM agar menerbitkan lebih rasa tanggungjawab dalam diri kita masing-masing agar keselesaan kita semua terjamin. Saya yakin saya akan mendapat lebih kejian dengan menerbitkan artikel ini tetapi saya rela menerimanya dengan hati terbuka agar anda tidak mengulangi kesilapan ini lagi dan berharap anda akan mendapat lebih keselesaan di masa akan datang.
Sekali lagi saya memohon ampun kerana tidak dapat membantu anda kerana ini kuasa di bawah pentadbiran dan kunci hanya boleh diberikan oleh pegawai di pejabat sahaja, malah penyelia mahupun pengetua juga tidak boleh melanggari prosedur ini. Hanya budi bicara penyelia sahaja yang boleh kita tagih untuk membantu kita membuka bilik kita. Sekian harap maklum.
ASTAR is FIRST!
UM is ONE!!!

No comments:
Post a Comment